Proses berpantang dilakukan mengikut budaya dan adat resam kaum masing-masing. Bergantung pada usia kandungan ketika keguguran berlaku. Sekiranya kandungan ketika itu berusia lebih daripada 22 minggu, anda disarankan untuk berpantang seperti wanita bersalin. Lazimnya berpantang akan mengambil kira faktor pemakanan, rehat dan pemulihan tubuh badan. Jika mengikut petua orang tua-tua, ada bermacam pantang larang termasuk bab pemakanan dan aktiviti seharian. Perkara ini tidak boleh dipandang mudah kerana ia boleh memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang.

1.    Pakai pakaian tebal untuk mengelakkan angin masuk.

2.    Ikat tocang rambut ketat-ketat.

3.    Bertungku seluruh badan setiap hari terutamanya selepas mandi.

4.    Urut seluruh badan dengan minyak herba..

5.    Mandi herba membantu memberikan kesan aromaterapi yang menenangkan.

6.    Elakkan duduk bawah kipas atau dalam bilik berpendingin hawa.

7.    Jika selalu rasa sakit kepala dan pening, boleh memakai pilis pada dahi.

8.    Rehat dan tidur secukupnya.

9.    Elakkan memakan makanan yang gatal, berangin dan makanan laut yang berbisa.

10.    Amalkan pemakanan seimbang.


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_



UMMI ZUBARI
SID 892671

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….