Showing posts with label NUTRIFERON SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label NUTRIFERON SHAKLEE. Show all posts

Tuesday, 12 December 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : SAKIT KENCING TIKUS BERANSUR PULIH SELEPAS AMALKAN VIVIX DAN NUTRIFERON

 

Assalamualaikum dan selamat petang..jemput baca satu testimoni pesakit kencing tikus yang berikhtiar dengan produk shaklee..

 SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 45 : MOHD AMIRUL BIN BADRI
.
[SAKIT KENCING TIKUS BERANSUR PULIH SELEPAS AMALKAN VIVIX DAN NUTRIFERON]
.

Sebelum ni saya hanya pernah dengar tentang kencing tikus di berita dan saya tak sangka saya akan menjadi salah seorang yang mengalaminya. Kisah ni pada tahun lepas sekitar Ogos.
.

Pada mulanya saya berak darah lebih kurang dalam seminggu. Saya tak fikir ia sesuatu yang serius. Sebab saya tak ada sakit apa-apa. Kemudian lepas seminggu baru datang gatal-gatal badan, badan rasa lemah dan sakit kuat sangat di bahagian belakang. Rasa bisa-bisa badan.
.

Saya mula demam kebah, demam kebah dan saya cuba bertahan dua hari. Hari ketiga saya dah tak mampu tahan sakit sangat. Masa tu jam 4 pagi Subuh saya beritahu isteri dan isteri saya bawa saya ke hospital bahagian kecemasan. Saya diletakkan di katil kritikal dan dimasukkan air 8 botol. Masa tu tekanan darah terlalu rendah. Saya diletakkan di bahagian kecemasan lebih kurang 5 jam. Kemudian saya terus dihantar ke wad ICU.
.

Di sini saya diberitahu saya kena virus KENCING TIKUS. Ahli keluarga semua risau, yela kan KENCING TIKUS ni orang cakap PEMBUNUH SENYAP. Ia boleh menyerang fungsi organ lain macam buah pinggang, jantung, paru-paru dan sebagainya. Juga boleh mengakibatkan kematian mendadak. Mau tak risaunya. Semua risau terutama mak saya.
.

Di sini ICU saya dipantau rapi. Masa ni saya rasa sakit dada, muka bengkak, nak tidur pun tak selesa dan memang tak berdaya rasanya. Hati terubat bila ramai ahli keluarga, jiran-jiran dan sahabat yang datang melawat.
.

Saya ditahan di ICU selama dua hari. Masa hari kedua tu kakak saya datang dari Tanjung Malim hantarkan Vivix dan Nutriferon. Kali pertama dia bagi saya minum Vivix di katil ICU, dia bancuhkan ke dalam air botol. Merah. Pekat. Macam air sirap. Kakak saya pesan makan jugak Nutriferon yang diberi dalam bentuk sachet tu. Saya tuangkan je ke dalam mulut.
.

Selepas keluar dari ICU saya diletakkan di wad biasa selama 6 hari. Isteri saya terus berikan vitamin setiap hari. Alhamdulillah badan pun cepat rasa sihat dan segar. Hari ketujuh tu saya dah boleh teruskan kerja saya macam biasa. Terkejut geleng kepala group famili Tok Noi bila saya hantar gambar dah atas bot pada hari ketujuh tu.
.

Kakak saya beritahu vitamin yang diberi tu dapat membantu menguatkan imun badan saya melawan jangkitan virus dan bakteria dan memberi tenaga pada sel badan saya. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih semua ahli keluarga dan sahabat yang mendoakan. Terima kasih Shaklee.
 
**jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
013-8342092
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Sunday, 3 December 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : 5 Cara Singkir Parasit Dari Tubuh


Assalamualaikum dan salam sejahtera! Musim detoks tengah popular sekarang ni. Lagi-lagi sebab Ramadhan dah dekat. Kurang sebulan je lagi nak puasa. Jom pakat detoks. Bagi badan sihat bertenaga. Takde la lesu sepanjang hari.

Hari ini saya fokuskan kepada detoks parasit atau cacing dalam tubuh


Apa itu parasit?
Selain kuman, bakteria, syaitan, tubuh badan kita juga adalah rumah kepada organisma kecil yang dipanggil parasit.
Parasit adalah organisma yang masuk ke dalam tubuh kita, hidup dengan memakan nutrient kita, dan meninggalkan toksin pula kepada kita! Pendekatan parasit umpama tetamu tak diundang yang menyusahkan.
Antara parasit yang berumahtangga dalam tubuh kita ialah cacing. Haaa jangan ingat cacing ada dalam perut aje tau.
Jenis-jenis cacing yang biasa menyerang manusia adalah:
  • cacing tambang (paru paru dan usus)
  • anisakis (cacing dalam ikan dan biasa berpindah ke usus manusia bila makan ikan mentah)
  • cacing gelang (menyerang usus, paru paru, otak dan hati)
  • acanthamoeba (bila tak bersihkan contact lense)

Kita perlu tahu yang cacing boleh ada di dalam mana-mana organ dalaman badan kita iaitu paru paru, hati, pankreas, mata, malah otak juga.
Oleh itu menjaga kebersihan terutama persekitaran dan makanan amat penting untuk mengelakkan jangkitan parasit.
Simptom jangkitan parasit
Serangan parasit pada tubuh manusia adalah sejenis penyakit yang tersembunyi. Simptom yang diberi oleh jangkitan parasit ni menyamai simptom penyakit lain, jadi tak ramai orang sedar sebenarnya mereka mengalami masalah parasit. Kemungkinan ramai orang juga tidak sedar yang mereka hanya menyelesaikan masalah / sakit mereka yang bukan daripada punca sebenar iaitu parasit.
Cuba semak simptom parasit ini, adakah anda membelanya?
  • kelesuan
  • stress
  • tekanan perasaan
  • sering dalam keadaan ‘blur’
  • kembung
  • berat badan menurun
  • alergi
  • sensitif terhadap makanan/persekitaran
  • sering sakit
  • kegatalan pada bahagian sulit
  • sakit otot dan sendi
  • sembelit atau cirit-birit
  • ketidakstabilan haid
  • ekzema
  • teringin benda manis
  • sukar tidur dan sukar bangun
  • eye floaters

Kesan jangkitan parasit yang tidak dirawat amat bahaya. Ia boleh menyebabkan kanser!
Bagaimana menyahkan parasit?
Sebab itulah kita kena amalkan detoks badan. Dengan kata lain kita nak buang toksin dalam badan kita.
Badan kita ni sebenarnya banyak toksin. Toksin bukan saja datang daripada makanan, tetapi dari udara yang tercemar oleh asap rokok dan kenderaan, barang-barangan yang kita guna dan juga parasit.
Satu lagi yang kita perlu buang ialah heavy metal yang terkandung di dalam badan kita. Tahukan air adalah agen paling penting untuk pengoperasian tubuh badan kita. Jadi air paip yang kita minum mengandungi plumbum, ikan yang kita makan ada merkuri dan sebagainya. Benda yang sebegini tak elok dan tak boleh berada dalam badan kita. Ia boleh menganggu fizikal dan mengancam dalaman badan kita.
Antara langkah-langkah yang kita boleh lakukan:
  1. Parasit hidup gembira bila ada bekalan gula, jadi benda pertama kita kena buat ialah kurangkan pengambilan gula.
  2. Makan makanan yang mengandungi ‘anti-parasit’ seperti nanas, betik, kranberi, buah tin dan biji labu.
  3. Mengambil makanan yang tinggi kandungan Vitamin A, B Compleks, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin K, Kalsium, Protein dan Zat Besi.
  4. Mengambil makanan yang tinggi serat.
  5. Mengamalkan bawang putih kerana ia mengandungi sulfur semulajadi yang boleh menghalau parasit.
  6. Minum air bertapis secukupnya.
  7. Mengamalkan kismis terutama untuk anak-anak.
  8. Elakkan memakan tumbuhan yang tumbuh di dalam parit.
  9. Basuh dan masak makanan dengan sempurna sebelum memakannya.
  10. Cuci pakaian dalam, cadar dan selimut secara kerap dengan air hangat.
  11. Pastikan seisi rumah mencuci tangan dengan bersih terutama selepas menggunakan tandas dan sebelum mengendalikan makanan.
  12. Cuci rumah dengan kerap, terutama bilik tidur. Jangan lupa gunakan Basic H!
  13. Amalkan set asas detoks Shaklee untuk singkirkan parasit iaitu Herb-Lax, NutriFeron dan Garlic Complex. Ini adalah set asas untuk singkirkan cacing dari organ dan keluarkannya dari badan melalui usus serta menguatkan imuniti badan kita daripada dihuni oleh parasit.
Manfaat Set Asas Detoks Shaklee
Herb-Lax adalah produk Shaklee yang sememangnya bertujuan untuk detoks usus.
Sebotol Herb-Lax mengandungi daun senna, akar rhubab, blue mallow, akar culver, akar likoris, kulit kayu buckthron, daun alfalfa, bunga lawang, dan buah pelaga. Kesemua ini adalah bahan tradisional untuk mencuci usus kita.

NutriFeron pula membantu untuk menguatkan imuniti badan kita. Kandungan utama di dalam NutriFeron adalah biji labu yang sememangnya agen yang mampu menyingkirkan parasit.

Garlic Complex, iaitu bawang putih bertindak untuk menghalau parasit. Setiap tablet mengandungi sebanyak 500mg bawang putih. Dalam Garlic Complex ini juga boleh memberikan khasiat Vitamin A, B dan C yang diperlukan untuk menghalau parasit.
Tambahan set detoks
Untuk memaksimumkan proses detoks, kita juga boleh mengambil DTX Complex dan Alfalfa Complex.

DTX Complex membantu untuk mendetokskan hati iaitu membuang benda-benda asing dari hati kita. Alfalfa Complex pula membantu untuk mendetokskan badan kita secara keseluruhan.
Buang parasit yang bersarang dalam diri kita! Banyak masalah kehidupan yang timbul disebabkan mereka. Hubungi saya segera untuk pesanan set anti parasit dan tips untuk menyingkirkan parasit dari tubuh kita!

JAMINAN KAMI



Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
  • Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
  • Semulajadi
  • Berkesan
  • Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
  • Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.
     
  •  
  • **jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


    UMMI ZUBARI
    SID 892671
    013-8342092
     
    atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Wednesday, 11 October 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : SHAKLEE DAN TONSIL

Assalamualaikum dan salam sejahtera... pasti kita biasa mendengar tentang tonsil di kalangan ahli keluarga kita...ataupun mungkin kita sendiri pun sedang mengalaminya.. hari ni saya nak share tulis Dr Hassan tentang masalah ini dalam blog beliau..

http://drhassanbasri.blogspot.my/2009/07/


































Pernahkah anda mengalami sakit tekak, demam, sukar menelan dan batuk-batuk? Kemungkinan tonsil di tekak anda bengkak dan mengalami radang dan jangkitan.

Jangkitan boleh disebabkan oleh bakteria dan virus. Antara organisma yang terlibat ialah

Bakteria ;
1. Group A beta - hemolytic streptococci
2. Neisseria gonorrhea
3. Corynebacterium diphtheriae ( diptheria)
4. Haemophilus influenza
5. Moraxella ( Branhamella) catarhalis
6. Group C & G streptococcus

Virus
1. Rhinovirus
2. Adenovirus
3. Parainfluenza virus
4. Coxsackievirus
5. Coronavirus
6. Echovirus
7. Herpes simplex virus


Ia juga boleh disebabkan oleh aliran hingus daripada hidung yang kronik, kesan merokok yang berpanjangan, atau pun kanser.

Bukan semua orang memerlukan pembedahan membuang tonsil. Ada beberapa indikasi dimana tonsil anda perlu dibuang. Antara indikasi tersebut ialah


Indikasi mutlak
1) Tonsil yang besar mengakibatkan saluran udara tersumbat, susah menelan, gangguan tidur
dan komplikasi jantung dan paru-paru.
2) Tonsil bernanah yang tidak ada respon apabila diberi ubat.
3) Tonsil yang menyebabkan sawan demam lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak.
4) Tonsil yang memerlukan biopsi.

Indikasi relatif
1) Tiga atau lebih jangkitan tonsil dalam setahun walaupun diberi rawatan.
2) Nafas dan deria rasa yang berbau busuk disebabkan oleh kegagalan rawatan jangkitan
3) Jangkitan yang lama dan kronik yang tidak ada respon terhadap antibiotik.
4) Tonsil yang besar disebelah bahagian sahaja yang difikirkan kemungkinan kanser.
 
 
**************************************************************

Tonsilitis adalah disebabkan jangkitan kuman. Jika anda ke klinik kerana demam atau sakit tekak, doktor akan melihat ke dalam mulut untuk melihat samada tonsil membengkak. Doktor akan memberikan antibiotik kepada anda untuk masalah ini.

Ya, antibiotik adalah sesuatu yang akan diberikan doktor. Ia bertindak memusnahkan kesemua virus di dalam tubuh termasuk juga kuman yang baik. Jika diamalkan, lama kelamaan kuman jahat di dalam tubuh akan menjadi imun dengan antibiotik biasa maka anda memerlukan antibiotik yang lebih kuat apabila dijangkiti lagi kelak. 

Biasa dengan kan? Mencegah, lebih baik dari mengubati. Jika anda inginkan sesuatu yang bersifat semulajadi, selamat dan tiada kesan sampingan, Nutriferon adalah jawapannya. Nutriferon merupakan hasil kajian immunilogist jepun, Dr. Yasuhiko Kojima. selama 40 tahun penyelidikan ke atas lebih 200 herba yang membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Ianya menggunakan herba semulajadi maka selamat dan tidak mengundang bahaya atau risiko. 

Memandangkan tonsilitis disebabkan jangkitan kuman, maka nutriferon adalah pilihan terbaik untuk sistem pertahanan badan / imunisasi. 


Selain itu saya sadangkan Garlic produk dari bahan alami ini. Garlic Shaklee yang unik mengekalkan komponen semulajadi bawang putih segar termasuk pembentukan alisin dengan mengabungkn bawang putih, spearmint dan rosemary. Memandangkan begitu banyak khasiat bawang putih ini adalah di cadangkan mengambil Garlic Shaklee
anya dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California,USA sewaktu musim panas. Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak  semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary and Spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita. 
Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia
  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
  • Berfungsi sebagai anti-oksidan
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma

Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh

1.    Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.
2.    Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida
3.    Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap  penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis
4.    Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.
5.    Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet   Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
6.    Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
7.    Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
8.    Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan  bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana  mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.
9.    Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki
10.  Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)
11.  Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah
12. Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
      ~ Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
      ~ Perut memulas (stomach upset)
      ~ Cirit-birit (Diarrhea)
      ~ Bronkitis
      ~ Luka-luka (infected wounds)
     ~ Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air  
         kencing
credit : http://www.lovelyzaiz.com/2013/09/atasi-tonsil-bengkak-dengan-shaklee.html
 
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
013-8342092
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….