Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Thursday, 16 November 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU :Kesan Migrain Teruk & Petua Hilang Migrain


Migrain rasanya seperti Sakit Kepala yang teruk sangat sampai rasa nak hentak kat dinding. Saya pernah lihat kawan saya hentak kepala dia dekat meja kuat kuat sebab nak redakan migrain.Dasyat betul serangan migrain ini

Migrain pada asasnya berlaku apabila salur darah di kepala mengembang dan menguncup dgn cepat.Itu yang bagi rasa berdenyut denyut kepala

Punca sebenar belum diketahui namun gaya hidup yang tidak sihat baik dari segi pemakanan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami migrain

Antara penyebab migrain adalah

1. Makan makanan ada MSG (berlebihan)
2. Minum kopi secara berlebihan (kafein lebih sgt menyempitkan salur darah
3. Stress kerja menyebabkan kepenatan melampau
4. Tangguh makan dan biar perut kosong terlalu lama
5. Tekanan jiwa dan emosi serta fizikal
6. Tak cukup tidur
7. Merokok atau duduk bersama perokok
8. Rabun mata dan silau
9. Bau wangian yang kuat
10. Bunyi bising dan kuat sangat

Mereka yang terdedah pada gaya hidup tidak sihat dan pencemaran persekitaran seperti dinyatakan diatas adalah sangat berpotensi diserang migrain

Kesan Migrain yang teruk akan menyebabkan pesakit

1. Cederakan diri sendirii seperti hentakkan kepala ke dinding
2. Mengambil dos ubat pada kadar tinggi dgn harapan mengurangkan sakit kepala
3. Risiko kecacatan otak kekal jika tidak dibendung

Migrain ibarat gangguan tumor kecil tanpa kesan masa panjang namun ia mampu menyebabkan berlaku luka kecil dalam otak dan sekaligus mencederakan otak tanpa kita sedar

Jangan dibiarkan kecacatan berlaku pada otak tanpa kt sedar disebabkan migrain

Petua Hilang Migrain

Antara cara yang saya syorkan adalah

1. Amalkan pemakanan sihat iaitu suku suku separuh

2. Bersenam untuk kesihatan dan kawal stress dan tekanan

3. Pengambilan supplement berkesan untuk cegah sebelum parah (Selalu pesakit ambil ubat lepas diserang migrain)

Pengambilan supplement berkesan yang saya syorkan adalah B Complex dan OsteMatrix

B complex dikenali sebagai vitamin saraf yang menenangkan kerana ia berupaya ransang pengeluaran hormon serotonin iaitu hormon gembira.Ini dapat membantu menenangkan dan melegakan stress impak migrain

Ostematrix pula mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D yang membantu mengekalkan tekanan darah yang normal, mengecutkan otot dan membantu mengurangkan masalah tekanan dan kemurungan

Semoga perkongsian ini dapat membantu pembaca dan semua orang yang ada masalah migrain yang teruk.

 ***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
013-8342092
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : Ostematrix Shaklee Atasi Sembelit Ketika Mengandung Dan Berpantang

CREDIT : https://dasyifa.blogspot.my/2014/12/ostematrix-shaklee-atasi-sembelit.html

Assalamualaikum  dan salam sejahtera.. Apa khabar semua? Harapnya semua baik-baik sahaja dan semua berada dibawah lindungan Allah, aminnn... Pagi  ini saya nak share mengenai Ostematrix Shaklee yang mampu mengatasi masalah Sembelit ketika Mengandung dan Berpantang... dah ramai yang berpuas hati dan percaya..



             Kepada ibu-ibu yang sedang mengandung atau berpantang, mesti terseksa kerana proses pembuangan menjadi sukar. Biasanya membuang hari-hari tetapi sebaliknya ketika mengandung tambah lagi berpantang, seminggu 2 kali pun susah...betul tak?





          Ok saya nak cerita dulu bagaimana kita boleh sembelit ketika mengandung. Bila si ibu mengandung, hormon estrogen dan progestron akan memainkan banyak peranan penting sepanjang tempoh kehamilan.



          Antara kesan sampingan daripada tugas kedua-dua hormon ini ialah mual dan muntah,sembelit, sakit tulang, pinggang, punggung dan bahu. 



          Peningkatan hormon progestron menyebabkan otot-otot menjadi rehat. Maka kesan tersebut juga menimpa otot-otot dalam sistem penghadaman. Makanan yang melalui sistem penghadaman bergerak lebih lambat.





         Keadaan akan menjadi lebih teruk apabila kandungan kita makin besar, sebab ia akan menekan rektum, Tu yang duk bertapa dalam toilet tu, kite diluar menunggula bagai nak rak. Tengok-tengok yang keluar mak buyung...so paham-pahamla k.


Pengambilan pil zat besi juga boleh menyebabkan sembelit ketika mengandung.



Bagi ibu-ibu yang  berpantang,sembelit boleh berpunca daripada
  • hormon progestron masih tinggi semasa hamil melambatkan pergerakan otot.
  • sistem pencernaan kita berfungsi lebih perlahan semasa proses kelahiran
  • ubat yang diberi untuk mengurangkan sakit ketika proses kelahiran seperti petidina boleh menyebabkan usus lambat berfungsi dari biasa.
  • kita pernah melahirkan anak sebelumnya
  • kita melalui kelahiran yang dibantu seperti forceps atau ventouse
  • pengambilan pil zat besi atau  ubat anti depresi


Luka jahitan menyebabkan ramai ibu-ibu takut untuk meneran kerana khuatir jahitan akan terbuka, Perasaan risau tersebut akan membuatkan kita semakin sukar membuang. Bagi kita orang Melayu, cara berpantang yang rigid juga menjadi salah satu sebab kita sembelit.



           Mak saya langsung tak benarkan saya minum air banyak, dan saya hanya minum air panas sahaja, air suam pun panas huhu..  Kalau minum air banyak ketika berpantang nanti perut buncit. Sayur-sayur pun memang tak sentuh langsung. Even ade sayur yang tak sejuk, tapi tetap mak saya tak izinkan saya makan.



       
 Dahla minum air sikit, sayur pulak langsung tak sentuh, buah apatah lagi. Saya pun sama dengan ibu-ibu lain yang takut nak meneran, memang confirm-confirm saya patut sembelit. Tapi sebaliknya saya langsung tiada masalah untuk membuang, sama ketika saya mengandung. Saya tiada masalah sembelit.


           Apa yang saya buat? Mesti ibu-ibu yang sedang membaca ade soalan ni dibenak kalian hihi...
Saya tak curi-curi minum air sampai bergelen-gelen. Saya jugak tak menyelinap senyap-senyap makan sayur atau buah dibelakang mak saya, Walaupun saya tak berapa setuju dengan saranan mak saya.



          Senang je, saya cuma telan pil ajaib putih dari syarikat pakcik Shaklee, memang berkesan. Lawas je selalu dan saya tak pulak sakit-sakit perut sebelum membuang. Kawan-kawan saya yang makan pil ajaib ni pun beritahu hal yang sama.



           Pil ajaib yang berwarna putih tu bernama Ostematrix Shaklee, nah sekarang jelaslah ramuan rahsia yang membuatkan saya tidak mempunyai masalah sembelit ketika mengandung dan berpantang. 
        


Apa keistimewaan Ostematrix Shaklee sehingga dengan mudah ia mampu menyelesaikan masalah sembelit yang sekian lama membelenggu ibu-ibu mengandung dan berpantang?
Magnesium didalam Ostematrix Shaklee selain daripada membantu dalam asimilasi kalsium kedalam tulang ia juga secara tidak langsung membantu pergerakan otot usus untuk mengeluarkan najis. 



Magnesium juga menarik air, penambahan air didalam kolon menyebabkan najis menjadi lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan. Disebabkan hal ini ibu-ibu perlu minum banyak air bagi mengelakkan tubuh kita kekurangan air.



               Ostematrix Shaklee juga banyak membantu saya ketika mengandung, untuk penerangan lebih jelas boleh merujuk Set Mengandung Shaklee Untuk Kehamilan Sihat dan Tingkatkan Hb.



              Bagi ibu yang sedang berpantang selain daripada membantu mengatasi masalah sembelit, Ostematrix Shaklee juga berperanan



  • membantu ibu-ibu mendapatkan rehat yang berkualiti
  • sebagai sumber kalsium tambahan
  • mengelakkan gigi rosak dan sakit tulang 
  • melegakan otot dan saraf ibu 
  • membantu menambah susu badan



            Sebotol Ostematrix Shaklee berharga RM61 sahaja dan terdapat 120 caplet, sebiji Ostematrix adalah bersamaan dengan segelas susu atau 80 biji badam!!! Jika kita buat sedikit kira-kira mudah, sebijik Ostematrix hanyalah berharga RM 0.51 sahaja!



          Segelas susu segar berharga tidak kurang dari RM1.50 segelas untuk segelas. Kalau ade diskaun maka akan turun RM1.25 segelas. Lebih kurang 3x ganda harga sebijik Ostematrix Shaklee. Wahhh memang jimat ni, pasti kaum ibu suka :))





          Ada banyak lagi manfaat Ostematrix Shaklee, saya akan share dientri lain. Jika anda adalah ibu yang sedang mencari penyelesaian untuk masalah sembelit dikala sedang mengandung atau berpantang, maka pilihlah Ostematrix Shaklee, saya yakin anda tidak menyesal!



    
 ***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
013-8342092
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
 

Tuesday, 10 October 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : Sakit Lutut? Mungkin Osteoarthritis

Assalamualaikum dan salam sejahtera... pasti kita biasa mendengar tentang masalah sakit lutut di kalangan ahli keluarga kita...ataupun mungkin kita sendiri pun sedang mengalaminya.. hari ni saya nak share tulis Dr Hassan tentang masalah ini dalam blog beliau..
 
 http://drhassanbasri.blogspot.my/2009/04/sakit-lutut-mungkin-osteoarthritis.html



Pernahkah atau anda sedang mengalami sakit lutut lebih-lebih lagi ketika berjalan? Mungkin Osteoarthritis adalah penyebabnya. Penyakit ini sering berlaku kepada orang yang gemuk, pernah mengalami kemalangan, atau orang yang lanjut usia. Biasanya sendi yang terlibat ialah sendi-sendi yang menyokong berat badan seperti sendi peha, lutut, dan tulang belakang.

Masalah utama yang berlaku pada Osteoarthritis ini ialah kehausan rawan pada pelapik sendi lutut. Pelapik sendi pada lutut berfungsi untuk mengurangkan geseran dan hentakan diantara tulang peha dan tulang fibula & tibia. Apabila rawan yang berada diantaranya menjadi haus, maka geseran akan berlaku diantara tulang-tulang tersbut dan akan menyebabkan kesakitan terutamanya apabila bergerak dan merangsang pertumbuhan tulang yang tidak normal seterusnya mengubah struktur anatomi lutut tersebut. Ini seterusnya akan mengehadkan pergerakan, bengkak, menjadikan tendon dan juga otot-otot yang menyokong sendi lutut itu lemah.
Antara faktor risiko untuk masalah ini ialah:
1) umur
2) obesiti
3) Kecederaan sendi
4) sejarah keluarga / keturunan
5) otot lemah

Untuk mengesahkan penyakit ini, biasanya doktor akan melakukan X-ray pada sendi terbabit.


















Rawatan
1) Pengurangan berat badan, senaman, rehat, sokongan pada sendi seperti menggunakan knee brace, bandage dsb.
2) Ubat - ubat makan, ubat sapu, suntikan untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan.
3) Ubat-ubatan tradisional dan juga makanan kesihatan tambahan, urutan, akupunktur.
4) Pembedahan artroplasti, artroskopi ( peringkat teruk )


##############################################
 
Kalau di lihat dari cadangan rawatan... Dr Hassan pun sarankan pengambilan makanan kesihatan tambahan atau pun suppliment...
 
Untuk produk shaklee..
 
Bagaimana Set Sendi Shaklee Membantu Mencegah Osteoarthritis? 



1) Vivix
Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan sendi...Vivix diperbuat daripada bahan botani semulajadi tiada bahan kimia bahaya..membantu memperbaiki kesihatan menyeluruh..

2) Omega guard
Omega Guard adalah omega3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi... omega juga bertindak sebagai pelincir... ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.


Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.

Omega juga membantu melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar..
3) Ostematrik..
Kalsium adalah elemen yang penting untuk mengekalkan kesihatan tulang, otot dan ligamen...Pengambilan kalsium disertai magnesium yang mencukupi dapat mengurangkan gejala Osteoarthritis...

Selain menguatkan tulang..Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

4) Collagen Powder Shaklee
Kolagen diperlukan untuk memperbaiki dan menyelenggara tisu-tisu lembut di sekitar sendi...Sebab kalau tisu-tisu ini rosak, itulah yang buat sendi rasa bekeriuk.. berbunyi.. sengal dan sakit... Secara ringkasnya kolagen dapat :

1) Membantu menyokong pergerakan yang lebih lancar dan stabil.
2) Meningkatkan metabolisme dan memberikan tenaga.
3) Mengurangkan rasa sakit belakang dan kesakitan ketika bergerak.
4) Memberikan fleksibiliti kepada sistem sendi dan tulang..




***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
013-8342092
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Friday, 6 October 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU :Cara Atasi Masalah Sakit Migrain


credit :http://superbvitamin.blogspot.my/2014/04/cara-atasi-masalah-sakit-migrain.html

Migrain Menyerang!

Adoooi! Bila sakit kepala melanda memang kita tak boleh buat apa-apa. Nak-nak tu sakit sebelah sahaja atau lebih dikenali migrain. Serangan migrain ini tidak mengira tempat dan waktu. Tak terdaya rasanya. Rasa kepala seperti dicucuk dan dihempap batu. Rasa nak buang jauh-jauh sakit migrain ni .Habis segala aktiviti yang dirancang tergendala. 

Cara Atasi Masalah Sakit Migrain

Bagaimana Sakit Migrain Terjadi?

Sakit Migrain berlaku apabila darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala, migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.

Punca Sakit Migrain Berlaku

  • Kesan daripada alahan seseorang
  • Silau akibat lampu yang terang
  • Bunyi yang terlalu kuat
  • Bau wangi yang terlampau kuat
  • Tekanan fizikal atau emosi
  • Waktu tidur yang tidak teratur
  • Merokok atau terdedah kepada asap rokok
  • Stress
  • Menahan lapar
  • Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.

Cara Mengelakkan Sakit Migrain

  • Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju 
  • Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
  • Elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
  • Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
  • Stress dan tekanan
  • Jadual tidur yang tak tetap
  • Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama
Kebiasaanya pesakit migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi pesakit migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka daripada kesakitan yang ditanggung.
Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan. Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah  sakit migrain.
Apa kata ubah gaya hidup kita. Amalkan gaya hidup sihat. Hindarkan diri kita daripada unsur-unsur yang boleh mendatangkan sakit migrain. Salah satunya kita amalkan pemakanan sihat. Kita boleh ganti ubat-ubat dengan supplement semulajadi. Kita cegah migrain sebelum ia melanda kita. Supplement Shaklee adalah supplement terbaik untuk atasi masalah sakit migrain ini.

Supplemen Shaklee atasi masalah sakit migraine:



Cara Atasi Masalah Sakit Migrain
Atasi Masalah Migrain dengan Shaklee


Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)


Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.


Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Kesimpulannya, sakit migrain akan menjejaskan kehidupan seharian kita dan ia mampu membawa kesan yang amat besar kepada kita seperti pelajaran, kerjaya dan lain-lain. Jika tidak diubati apabila dikesan, ia akan menjadi teruk dan susah diubati pada masa yang akan datang. Jadi, tindakan sewajar perlu diambil sebelum sakit migrain menjadi lebih teruk dan merbahaya. 


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
013-8342092
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….