Wednesday 15 March 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : Chicken Chop yang mudah dan sedap


Dinner chicken chop resepi sauce nya dari sahabat baik saya, Zulaifha. Cikgu KH-Ert ni, memang terror masak. Sahabat saya grill kan ayam, tapi saya goreng disebabkan kurang kerajinan hihihi...

Chicken Chop
Oleh : Surianti Ramli

Bahan2 :

Ayam :
5 keping paha ayam (buang tulangnya)
5 ulas bawang putih dipotong dadu
2 sb serbuk lada putih
2 biji telur dipukul dengan garfu
Serbuk roti secukupnya (bread crumb ini boleh dibeli dikedai peralatan bakeri)
Sedikit tepung gandum
-gaulkan ayam dengan bawang putih dan lada putih, perap 1 - 2 jam.
-gaulkan ayam dengan tepung gandum.
-celupkan ayam dalam telur.
-golekkan dalam serbuk roti sepenuhnya.
-goreng dalam minyak panas hingga masak.
*kalau tak mahu buat cara diatas, boleh juga salutkan ayam dengan tepung goreng ayam Adabi, Bestari dll, kemudiannya goreng hingga masak.

Sauce/Kuah Chicken Chop :
5 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
1 cawan Demi-Glace Brown Sauce jenama Knorr
3 cawan air
5 - 7 biji cendawan butang dalam tin dipotong kecil
2 sb lada hitam ditumbuk halus
1 sb mentega untuk menumis
-satukan kedua jenis bawang dan kisar halus. Ketepikan.
-satukan air dan brown sauce. Kisar menggunakan blender sekejap supaya ianya sebati tidak berketul.
-panaskan mentega hingga cair. Tumis bawang hingga sedikit garing dan harum baunya.
-masukkan campuran brown sauce dan air tadi. Masukkan cendawan butang dan juga serbuk lada hitam. Masak dalam api perlahan dan sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila kuah mulai pekat dan didih, tutupkan api.
*tak perlu masukkan garam atau gula kerana brown sauce telah cukup rasanya.

Gambar Demi-Glace Brown Sauce ikhsan dari google

Bahan Coleslaw :
1/4 biji kobis (saiz kecil)
1/2 batang karrot
1/4 biji capsicum
5 sb mayonis (anggaran sahaja, lebihkan jika suka)
1 sk gula
1 - 2 sb air perahan limau
-semua bahan sayur dipotong kecil. Gaulkan bersama mayonis, gula dan air perahan limau hingga sebati secukup rasa. Simpan dalam peti sejuk.

Bahan lain :
Kentang Goreng
Daun salad
Hirisan buah tomato
Brokoli
-hanya brokoli dicelur dalam air panas sekejap, yang lain tak perlu celur.

*pesanan penting dari sahabat saya, untuk chicken chop jangan sesekali gunakan bahagian lain kecuali paha ayam dan jangan gunakan lada kering untuk kuahnya. Memang rule nya begitu.
Sekian...
 
 
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_



UMMI ZUBARI
SID 892671
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

No comments:

Post a Comment