Showing posts with label Asma. Show all posts
Showing posts with label Asma. Show all posts

Thursday, 17 November 2016

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : ANAK BEBAS ASMA SELEPAS 2 BULAN AMALKAN VIVIX

OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 20: AZLINDA BT. ISMAIL
.

[ANAK BEBAS ASMA SELEPAS 2 BULAN AMALKAN VIVIX]
.

Hai Assalamualaikum W.B.T.. Nama saya Azlinda. Saya ingin berkongsi kisah anak saya, Muhammad Haqeem Al-Raziq yang diserang asma 'silent chest'.
.

Pada Januari 2016, Haqeem mengalami batuk tak berhenti dan kesukaran bernafas. Apabila dibawa ke wad kecemasan, pihak hospital tidak dapat memberikan rawatan segera kerana tiada simptom asma atau semput. Setelah 3 kali berulang ke hospital dalam hari yang sama, saya nekad membawa Haqeem ke hospital yang lain.
.

Setibanya di sana, doktor mendapati bacaan oksigen telah berkurang dan mungkin berdepan dengan kerosakan otak sekiranya lewat menerima rawatan. Doktor memberikan rawatan segera kepada Haqeem dan dimasukkan ke wad pagi itu. Keadaan Haqeem tidak begitu memuaskan, oleh itu doktor memutuskan untuk menempatkan Haqeem di Unit Rawatan Rapi bagi tujuan pemantau lanjut.
.

Doktor mengesahkan Haqeem mengalami "silent chest". Silent chest merupakan salah satu penyakit asma yang jarang berlaku namun menjadi teruk apabila ianya menyerang seseorang individu. Doktor mengesan dengan menggunakan stestoskop dan mendapati tiada bunyi udara yang memasuki paru-paru.
.

Antara simptom yang dihadapi Haqeem ialah batuk berterusan, tiada "wheezing" dan kesukaran bernafas. Selain itu kadar pernafasan Haqeem juga agak laju melebihi 60 per minit (boleh dipantau sendiri di rumah). Simptom-simptom ini sebenarnya telah berlaku sekitar tahun 2015 lagi.
.

Saya kerap kali membawa Haqeem ke klinik dan hospital untuk sekiranya Haqeem diserang penyakit tersebut. Saya juga mengawal pemakanan Haqeem seperti mengelakkan makanan-makanan sejuk dan makanan yang boleh menyebabkan batuk. Haqeem jarang menghidap batuk, tetapi akan menjadi sangat teruk apabila ia menyerangnya. Oleh itu, kawalan yang dapat dibuat hanyalah dengan memberikan bantuan pernafasan dan ubat nebulizer.
.

Sebelum ini, Haqeem memang makan Set Kesihatan kanak-Kanak yang terdiri dari Vitalea for children, OmegaGuard, Vita-C Chewable dan Mealshake. Setelah melihat banyak kesan perubahan positif terhadap pelanggan dan rakan-rakan yang mengalami masalah pernafasan dan mengambil Vivix sebagai suplemen tambahan, saya nekad untuk memberikan alternatif lain kepada Haqeem dan disitulah bermulanya episod Haqeem dan Vivix.
.

Saya berniat untuk memberikan Haqeem Vivix setelah berbincang dengan pakar nutrisi dan juga pakar kanak-kanak. Saya membawa bersama rujukan dan informasi Vivix kepada doktor pakar, dan berbincang sama ada boleh atau tidak saya berikan Vivix kepada Haqeem. Setelah doktor pakar kanak-kanak di Hospital Pantai Indah meneliti kandungan Vivix, beliau tidak menegah pengambilan Vivix malahan menggalakkan Haqeem makan makanan yang berkualiti bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali.
.

Saya beri sesudu kecil kepada Haqeem, 3 kali seminggu. Rasanya masam-masam manis tanpa gula tambahan, dan Haqeem memang sukakan rasanya. Antara kegemaran Haqeem ialah OmegaGuard. Kalau tak dihalang, boleh habis sebotol dimakan begitu sahaja. Kata doktor, OmegaGuard ni pun sangat bagus untuk kesihatan paru-paru Haqeem. Apa salahnya saya berhabis duit dengan makanan untuk kesihatan daripada berikan makanan yang bukan-bukan kepada anak-anak saya.
.

Selepas discaj daripada hospital, doktor memberikan tarikh rawatan susulan untuk menentukan samada Haqeem benar-benar mengalami masalah asma atau tidak. Sekiranya ya, Haqeem mungkin terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan asma sehingga dewasa kelak. Seminggu pertama selepas discaj, Haqeem mula ambil Vivix. Dah tiada lagi bunyi batuk dan kadar pernafasan Haqeem pada lebih kurang 30 per minit. Bacaan oksigen pun cantik je, 99-100% walaupun lepas berlari.
.

2 minggu selepas discaj, rawatan susulan pertama untuk Haqeem. Doktor kata setakat ini progress Haqeem nampaknya elok. Namun pemantauan masih perlu dibuat 2 minggu seterusnya. Rawatan susulan kedua, doktor senyum lebar tengok Haqeem. Kami diberi rawatan susulan terakhir, sebulan akan datang.
.

Ahamdulillah Haqeem beri respon yang baik dengan Vivix. Tak ada kesan pemulihan yang teruk pada Haqeem cuma selera makannya semakin bertambah dan pembuangan. Setelah 2 bulan konsisten dengan Vivix dan megadose OmegaGuard, Alhamdulillah saya dah tak gusar nak berjumpa doktor pada rawatan susulan nanti.
.

Memandangkan Haqeem hanya ambil sekali sekala, sebotol pun tak habis selama 2 bulan Haqeem konsisten minum Vivix. Rawatan susulan ketiga, dan yang terakhir selepas 2 bulan Haqeem discaj, Alhamdulillah doktor sahkan Haqeem bebas dari asma. Bermakna, Haqeem tak perlu bergantung kepada ubat-ubatan dan boleh aktif seperti biasa.
.

Ibubapa yang sayangkan anak, jangan susah hati berbelanja untuk kesihatan anak-anak. Anak-anak hanya pinjaman Allah swt, dan kita diamanahkan menjaga mereka sebaik-baiknya. Jangan risau nak berikan suplemn, namun belilah suplemen yang betul untuk mereka.
.

Alhamdulillah, saya dah tak lagi gusar nak memikirkan keadaan kesihatan Haqeem dan anak-anak yang lain. Kerana saya tahu perlindungan kesihatan yang saya telah berikan ini.
.

Terima kasih Allah kerana menemukan saya dengan suplemen yang terbaik ini. Terima kasih Shaklee!


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_



UMMI ZUBARI
SID 892671


call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Wednesday, 10 September 2014

Shaklee Bintulu : Astma

Assalamualaikum dan pagi semua....Asma merupakan penyakit alahan yang mengganggu saluran udara (bronkus). Semasa berlaku tindak balas alahan, bronkus menjadi sempit dan dipenuhi lendir. Ini menyebabkan kesesakan nafas. Serangan asma boleh menakutkan anak kerana perasaan lemas akan menyebabkan anak berasa panik dan ini membuat pernafasannya semakin sukar. Punca awal yang menyebabkan alahan, iaitu alergen seperti debunga atau habuk rumah, yang biasanya dibawa oleh angin. Bagi anak yang menghidap asma, tekanan emosi dan senaman boleh menyebabkan serangan.


Asma biasanya menyerang kanak-kanak yang berumur dua tahun ke atas. Keadaan ini biasanya masalah keturunan dan di susuli penyakit alahan lain seperti ekzema. Namun, kebanyakan kanak-kanak akan pulih semakin umur mereka meningkat.

Kebanyakan bayi yang berumur kurang satu tahun mempunyai bunyi nafas yang berdehit jika mereka menghidap bronkitis. Ini berlaku apabila saluran udaranya yang kecil menjadi radang. Bayi-bayi ini tidak semestinya menghidap asma. Apabila umur bayi meningkat dan saluran udara mereka semakin besar, bunyi ini akan berhenti. Keadaan ini biasanya disebabkan jangkitan dan bukan alahan.

Adakah keadaan ini serius?

Serangan asma mungkin menakutkan tetapi jika diberi ubat dan nasihat doktor diikuti, anak anda tidak akan menghadapi sebarang kerumitan.

Tanda-tanda
  • Sesak nafas. Menghembus nafas menjadi semakin sukar dan abdomen mungkin dikempiskan semasa anak bernafas.
  • Rasa lemas.
  • Bunyi nafas yang berdehit.
  • Batuk yang berterusan.
  • Bibir kelihatan biru (sianosis) disebabkan kekurangan oksigen.
  • Apakah tindakan pertama?
Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami serangan asma. Jika serangan ini berlaku semasa anak tidur, dudukkan anak dan sokong belakangnya dengan bantal. Anda juga boleh mendudukkan anak anda di atas kerusi dan lengannya diletakkan pada belakang kerusi supaya beban pada dadanya diringankan. Ini membolehkan otot dada mengeluarkan udara dengan lebih cekap.

Bertenang. Keresahan hanya akan membuat anak anda lebih takut. Semasa menunggu doktor, cuba alihkan perhatian anak kepada benda lain. Misalnya, menyanyikan lagu untuk membantu anak melupakan keadaan nafasnya yang berdehit.

Perlukah saya berjumpa doktor?

Bawa anak berjumpa doktor sebaik sahaja anak mengalami serangan asma.

Apakah tindakan doktor?

Doktor mungkin mengesyorkan penggunaan bronkodilator untuk membuka bronkus dengan mengendurkan otot. Dadah ini disedut terus kedaalm bronkus. Serangan yang teruk mungkin akan memerlukan rawatan hospital dan dos yang lebih tinggi diberikan secara sedutan atau titisan intravena.

Jika terdapat tanda-tanda jangkitan dada, antibiotik mungkin disyorkan. Doktor akan menerangkan cara menghalang serangan akan datang. Doktor mungkin menentukan alergennya, sama ada melalui ujian bagi alergen tertentu seperti debunga dan habuk rumah. Doktor akan memberi bekalan kecil dadah bronkodilator, sama ada dalam bentuk cecair atau kapsul untuk dimasukkan ke dalam penyedut. Ini harus diambil sebaik sahaja serangan bermula. Doktor akan menasihatkan anda supaya memberitahunya jika anak anda mengalami serangan yang teruk atau sekiranya serangan tidak reda walaupun anak anda diberi dua dos bronkodilator.

Doktor mungkin akan mengesyorkan dadah steroid jika langkah lain tidak dapat menghalang serangan berikutnya. Dos steroid yang rendah mungkin perlu disedut tiga atau empat kali sehari atau jika tindakan ini tidak berkesan, dos yang lebih tinggi diberi dalam bentuk pil.

Bagaimanakah saya boleh membantu?

Jika doktor gagal menentukan alergen, cuba tentukannya sendiri. Catatkan bila serangan ini berlaku dan waktunya. Pastikan rumah anda bebas dari alergen yang biasa seperti kekabu. Gunakan pembersih vakum untuk memvakum habuk di rumah.

Kebanyakan pesakit asma alah terhadap haiwan. Jika anda membela haiwan kesayangan, minta bantuan rakan untuk menjaganya selama beberapa minggu untuk menentukan sama ada kekerapan serangan asma anak anda berkurangan. Pastikan anak membawa ubat pada setiap masa. Maklumkan kepada pihak berkuasa sekolah tentang kemungkinan serangan ini akan berlaku.

Rujuk kepada pakar fisioterapi supaya anak anda boleh mempelajari cara bernafas untuk membantunya menenangkan diri semasa berlaku serangan. Galakkan anak duduk atau berdiri tegak supaya paru-parunya mempunyai lebih ruang. Jangan biarkan anak menjadi terlalu gemuk kerana ini akan membebankan paru-parunya.

Senaman ringan dapat membantu pernafasan anak tetapi latihan yang berat boleh membawa kepada serangan asma. Berenang merupakan latihan jasmani yang sangat baik.

sumber : http://www.sabah.org.my

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

UMMI ZUBARI
SID 892671


call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE…. 

Pengedar Shaklee Bintulu : Batuk pagi, malam tanda asma

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera... hari ni kita study tentang batuk... ramai yang kenal batuk tapi mungkin tak tahu kaitan batuk dan asma...ni artikel dalam utusan malaysia..

Oleh  ZUHAYATI YAZID
 BATUK antara penyakit yang sering di pandang ringan. Ada yang menganggap ia kurang berbahaya termasuk yang dialami di kalangan kanak-kanak.Tetapi ibu bapa perlu sedar, ia mungkin merupakan petanda awal asma atau lelah terutama apabila anak-anak sering batuk pada waktu malam.Biasanya penyakit asma di kalangan kanak-kanak bermula dengan batuk berpanjangan di waktu malam dan awal pagi.

 Pakar Kanak-kanak, Hospital Perubatan Pantai, Dr. Amir Mohd. Nor memberitahu, asma sememangnya biasa berlaku pada kanak-kanak yang mana ia akan hilang apabila mereka meningkat dewasa.

 ”Dalam keadaan ini, mereka selalunya berkahak yang boleh menyebabkan batuk dan muntah. Sesetengah kanak-kanak juga mudah berhingus atau hidung berair pada waktu malam,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Secara umumnya menurut Dr. Amir, asma berlaku apabila salur pada paru-paru sempit atau tersumbat.

 ”Di sini, udara yang beroksigen akan menyerap ke salur darah dan menyebabkan kandungan oksigen dalam darah tinggi.

 “Apa yang dimaksudkan dengan asma ialah keadaan di mana salur paru-paru kecil (bronchiol) menjadi radang sekali gus menyebabkan salur paru-paru tersebut sempit,” terangnya lagi.

 Secara klasiknya, asma menyebabkan kanak-kanak akan mengalami batuk berterusan, nafas berbunyi dan semput. Biasanya batuk yang dialami kanak-kanak itu adalah basah dan berkahak.Bagaimanapun, terdapat sebahagian daripada kanak-kanak yang tidak mempunyai tanda-tanda klasik tersebut.

 ”Ini akan menyukarkan diagnosis dan kebanyakan kanak-kanak ini akan mengalami batuk berterusan yang tidak baik walaupun sudah makan pelbagai jenis ubat. Sekira ada juga simptom alahan seperti ruam, resdung atau selesema awal pagi, ia lebih meninggikan lagi kemungkinan asma atau lelah. Kanak-kanak yang mempunyai masalah asma senang mengalami jangkitan kuman pada paru-parunya,” terangnya.

 Disebabkan asma selalu dicetuskan selepas demam selesema biasa, ini menyebabkan kadar kemasukan hospital lebih tinggi di kalangan kanak-kanak menghidap penyakit tersebut. Bagaimanapun, terdapat faktor lain yang boleh mencetuskan simptom lelah seperti habuk atau hama habuk, asap rokok, buah-buahan dan sebagainya. Tegasnya, walaupun perkara yang menyebabkan asma itu berbeza dari seorang ke seorang tetapi secara umumnya apa yang dinyatakan di atas ialah punca utama. Ditanya mengenai rawatan asma, Dr. Amir Mohd. Nor berkata, tiada rawatan khusus bagi menyembuhkan asma.

 ”Ubat yang dimakan kanak-kanak menghidap asma hanya untuk mengawal simptom itu tetapi tidak menyembuhkan seseorang itu daripada masalah asma,” katanya. Malah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap asma ini akan pulih dengan sendiri apabila mereka besar atau mencapai peringkat remaja.

 ”Ada dua kategori ubat ketika memberi rawatan kepada kanak-kanak menghidap asma iaitu ubat-ubatan yang mencegah kanak-kanak daripada serangan asma dan ubat-ubatan yang mengurangkan simptom asma ,” akuinya.

 Bagaimanapun Dr. Amir menegaskan apabila kanak-kanak sering mendapat simptom asma, mereka perlu mengambil ubat yang boleh mencegah simptom daripada berulang.

 ”Ubat ini memerlukan pengambilan setiap hari oleh itu ramai ibu bapa berasa takut kononnya kanak-kanak itu terpaksa bergantung kepada ubat. Ini tidak benar, bagaimanapun mendapat rawatan secara berterusan mampu memberikan kesihatan yang baik kepada anak-anak ini,” katanya.
sumber : Utusan Malaysia

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

UMMI ZUBARI
SID 892671


call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE…. 

Tuesday, 22 July 2014

Shaklee Bintulu : Asma/ Asthma: Bagaimana Omega 3 Membantu Mencegah & Mengurangkan Serangan Bagi Yg Menghidapinya?

Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.

Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.

Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan.
Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.

Pengurus Besar Total Health Concept, Jagdev Singh berkata, kajian Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) dan Persatuan Thorasik Malaysia mendapati asma adalah penyebab utama kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana sakit.

Statistik menunjukkan lebih dari 53 peratus kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana masalah paru-paru dari September hingga November 2001.

Malah, ibu bapa juga terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk kos perubatan seperti ubat, lawatan ke doktor dan penginapan di hospital.

“Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.

“Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan,” katanya.
Menurut beliau, hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan.

Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil.

Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.
“Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA).

“Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya,” jelasnya.


Tambah Jagdev, antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.

Sumber
Antara ubatan yg biasa dicdgkan oleh doc utk merawat asma/ asthma adalah steroid. Tp kita tahu steroid memberi kesan sampingan dlm jangka masa panjang. For info, kandungan omega 3 mampu bertindak spt steroid tapi ianya tidak akan memberikn kesan sampingan seperti mana steroid. Bonus kpd ibu mnyusu kerana kandungan DHA dlm Omega Guard akn disalurkan kpd anak (DHA baik utk otak anak).
Kajian juga menunjukkan mereka yang menghidap penyakit berkaitan inflamasi seperti asma/ asthma mempunyai kandungan Omega-3 yang rendah.

Pengambilan Omega-3 dari minyak ikan terbaik Omega Guard membantu meredakan inflamasi.
Mengapa Omega Guard Shaklee berbanding minyak ikan lain?
1. Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.

2. Ultratulen & Bergred Farmaseutikal
Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.
3. 50% lebih pekat dari mana2 produk di pasaran
Jadi dapatkan sekarang! Berikan yg terbaik buat anda dan anak anda!
 
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
 

Monday, 4 March 2013

Shaklee Bintulu :Testimoni Asma

Sumber dr blog :
http://www.mamafaiz.com/search/label/vitamin%20utk%20kanak2
Salah satu sebab saya suke bisnes online ni ialah.. saya dapat tambah kawan.yahooo .. biarpun kenal di alam maya jer.... Kalau nak ikutkan ..hari2 ada testimoni2 best2... saya je yg tak sempat nak share kat sini...lately busy yang teramat..pagi ptg siang mlm kerja.. (tidur?..sambil tidur pun otak bekerja..ahaksss..).. 

 and mmg sy perlukan sangat PA (personal assistant).... Kepada yang saya belum follow up atau tak sempat bertanya khabar..... saya harap anda semua sejahtera di bwh lindungan rahmatNya.. hanya doa yg sy kirimkan buat ada semua..kalian tetap di hati saya...
Dipendekkan cerita... ptg ni sebenarnya saya nak kongsi testimoni si Lia ni...yang gembira dgn suplemen yg dibelikan utk anaknya dan juga dirinya.. Jom baca
_____________________________________________

Well, yes, finally we met the 'one' product that suits us best. Shaklee it is. Actually, takde sape2 pun perkenalkan produk ni kat saya tapi, saya selalu masuk blog Fizza and link blog Cery ada kat situ. I kept browsing her blog and found out that she has a good product at best prices. At first macam taknak try tapi memandangkan testimoni yang ada kat blog tu sumanya positive improvement, so, why not I give it a try.
Kawan-kawan yang baca blog saya ni tentu tahu anak saya Irfan is suffering of bronchitis problem which eventually will leads to asthma. Dah banyak produk saya cuba tapi most of it tak serasi dengan Irfan. So, saya bagi Irfan try Mealshake. Mula-mula tu Irfan nampak ada selera makan balik. Sebab before this dia memang skinny and saya masak ape pun dia taknak makan. After few days trying, nampak dia active, tak cepat letih dan tidur malam pun taklar sharp kol 8mlm dah. If not tak sempat nak main2 dengan Irfan dah dia nak tidur. Then, after that, Irfan demam 2 hari, tapi saya tanya Cery sebab ape dia demam after consume Mealshake, Cery kata, body dia tengah create antibodi tu pasal dia demam tapi teruskan bg Mealshake. 2 hari demam plus dengan batuk asthma Irfan, cukup merisaukan saya. Saya teruskan bagi Mealshake, masuk hari ke-3 Irfan dah tak demam and batuk2 asthma dia terus hilang. 

 Irfan kembali aktif (actually aktif lagi dr biasa..hehe..) dan makan pun nak sahaja. If not, kalau dulu kena asthma attack, dah baik pun taknak makan, minum susu je. Risau Ummi tau..! Sekarang ni, Irfan makan pun dah start with those contain cow's milk. AlhamduLILLAH. Mealshake ni senang je nak bagi Irfan sbb boleh bancuh dalam susu dia. Sehari sekali, satu sudu teh campurkan dalam susu dia. But, what are the nutrition facts in Mealshake? haaa.. ni diaaa...
Shaklee Meal Shakes - French Vanilla
Functions of Meal Shake :
Shaklee Meal Shakes can be used as supplements for added nutritional insurance, delicious between-meal snacks, or beverages with meals. It provides 30% of the Daily Value (DV) for protein and 35% or more of the DVs for 19 essential vitamins and minerals. It is good sources of dietary fiber.
AlhamduLILLAH, Irfan makin sihat dan saya SANGAT bersyukur atas perubahannya.So, untuk saya, saya cuba Trial Pack Set F consists of 30 tabs of Vitamin E and 90 tabs of Alfalfa. Before this saya ada masalah lenguh2 leher sebab duduk lama depan pc kat ofis tu and bila malam kadang2 saya cepat rasa sejuk (tak kiralar suhu malam tu panas ke ape ke..) dan tidur mesti selimut dan pakai socks. Kadang2 rasa lenguh sangat especially dari pinggang ke kaki (maybe ni sebab saya lahirkan Irfan secara Csect). Bila dah lenguh2 tu mulalar badan pun cepat letih. Kalau Irfan tidur kol 8mlm, setengah jam lepas tu saya pun tidur.
 
 As if like rehat panjang tapi rasa macam tak cukup je. .AlhamduLILLAH, lepas a week consume those two vitamins, hilang dah lenguh2 kat leher ni, badan rasa ringan, mood pun tak swing (eheks..!), dan yang paling best malam takde rasa sejuk2 lagi. Sekarang ni time tidur socks tah ke mana, selimut dah tak guna dah. Tidur pun dalam kol 10 ke atas. So, ada masa lebih nak buat keja2 rumah..Pada saya harga vitamin2 ni murah. Sangat berbaloi sebab boleh beli online, payment online dan tunggu je barang2 tu sampai. Sangat mudah dan jimat masa, tenaga dan duit. So, this is the beginning of our healthy and happy life .. InshaALLAH.

sumber asal : blog Lia..disini
___________________________________________
I'm happy for you dear Lia... nnt sy share lagi pengalaman pengguna lain yg sukakan MealShake ni..



***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
 
 atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….