Showing posts with label Tips Diet. Show all posts
Showing posts with label Tips Diet. Show all posts

Wednesday, 23 August 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : REVIEW ILMIAH: MENURUNKAN BERAT BADAN TANPA PERLU MENGIRA KALORI

credit https://kevinzahri.com/isa-abdullah-turun-berat-tanpa-kira-kalori/

Obese
FAKTA SEMASA: Setiap 2 daripada 5 penduduk Malaysia adalah tergolong dalam kategori obes.  Kadar obesiti 44% di Malaysia merupakan statistik yang tertinggi di Asia.
“Kurangkan makan, lebihkan senaman,” mesej begini sangat popular kita terima daripada golongan profesional dan individu tertentu di dalam bidang kesihatan, termasuklah jurulatih kecergasan dan perunding diet yang memberi tanggapan bahawa satu-satunya langkah supaya seseorang itu dapat menurunkan berat badan adalah dengan cara mengurangkan pengambilan kalori (Cox, S., 4 Januari 2015).  Hakikatnya, tanggapan sebegitu ternyata kurang tepat.

Komponen makanan yang berbeza akan memberi kesan lapar dan hormon dengan cara yang berbeza; tidak semua kalori adalah sama! Terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan di dalam usaha menurunkan berat badan, tanpa perlu mengira kalori. Berikut beberapa langkah yang terbukti berkesan untuk menghilangkan lebihan lemak secara semulajadi(Cox, S., 4 Januari 2015).

1. Makanan Berserat Tinggi Mengenyangkan Dengan Kalori Yang Lebih Rendah

makanan yang mempunyai kandungan air yang  tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Jika ingin berpuas hati dengan pengambilan kalori yang lebih rendah anda disyorkan mengambil makanan yang mempunyai kepadatan tenaga rendah, termasuklah makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu (Cox, S. 23 Jan 2015) . Kajian secara konsisten(Green LF, et.al.,2006) membuktikan bahawa pengamal diet yang mengamalkan pemakanan yang mempunyai kepadatan tenaga rendah telah berjaya menurunkan lebih banyak berat badan berbanding mereka yang mengamalkan pemakanan pada kepadatan tenaga tinggi(Stubbs RJ, et.al.,1998).

Dalam satu kajian, kumpulan wanita yang memakan sup(kepadatan tenaga rendah) telah berjaya menurunkan 50% lebih berat badan berbanding kumpulan wanita yang memakan snek tenaga(Rolls BJ, et.al., 2005). Di dalam beberapa kajian, sayur-sayuran juga kaya dengan serat boleh larut (Cox, S., 12 Mac 2015), yang telah terbukti membantu penurunan berat badan (Salas-Salvado J., 2008). Satu lagi kelebihan serat boleh larut ialah ia dapat diurai oleh bakteria dalam saluran pencernaan untuk menghasilkan asid lemak  butyrate, dengan signifikan memberi kesan anti-obesiti (Zhanguo Gao, et.al., 2009). Makanlah makanan berserat tinggi tanpa had(Kevin Zahri, Mac 18, 2015). Gabungan makanan berprotein tinggi dengan makanan berasaskan tumbuhan (kepadatan tenaga yang rendah)  adalah kunci utama di dalam penurunan berat badan bagi golongan obes.

2. Kecilkan Pengambilan Karbohidrat berbanding Mengawal Kalori

Kecilkan Pengambilan Karbohidrat seimbang dengan pengambilan protein.
Kecilkan Pengambilan Karbohidrat seimbang dengan pengambilan protein.
Satu lagi cara yang baik untuk menurunkan berat badan tanpa mengira kalori atau mengawal portion adalah dengan cara mengurangkan pengambilan karbohidrat, daripada 60% kepada 40%. Kajian secara konsisten menunjukkan bahawa seseorang yang kurang memakan karbohidrat terproses, iaitu karbohidrat ringkas, secara langsung akan makan pada kalori yang lebih rendah seterusnya menurunkan berat badan dengan lebih mudah(McClernon FJ, 2007). Adalah disarankan nisbah karbohidrat dan protein adalah seimbang.

Dalam satu kajian secara rawak ke atas 53 wanita yang terlebih berat badan serta obes,  sekumpulan pengamal karbohidrat rendah berbanding sekumpulan yang mengawal kalori dengan mengamalkan pemakanan rendah lemak, selama 6 bulan (Bonnie J., et.al., 2013). Wanita yang makan sehingga kenyang dalam kumpulan pengamal karbohidrat rendah  telah berjaya menurunkan berat badan dua kali ganda (sehingga 8.5 kg) berbanding dengan kumpulan yang mengawal kalori, iaitu kumpulan pengamal pemakanan rendah lemak (hanya berjaya menurunkan berat pada sekitar sehingga 3.9 kg sahaja) (Cox S, Jun 4, 2015).

Cara terbaik untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat di dalam pemakanan harian adalah dengan cara mengurangkan atau mengelakkan sumber karbohidrat yang negatif di dalam diet anda seperti gula bertapis, gula-gula, soda, dan makanan berkanji seperti roti, pasta, kentang, mee, mihun, pizza, donut dan lain-lain(Cox S, Jan 9, 2015). Jika anda masih mahu makan roti, pasta atau kentang, anda perlu belajar untuk membuat pilihan yang lebih baik, dengan memilih versi gandum, jenis putih yang tidak ditapis/diproses! Makanlah kentang merah dan manis berbanding kentang putih,  pada portion yang sederhana.

Satu lagi faedah apabila mengurangkan pengambilan karbohidrat, paras insulin anda akan turut menurun (Swasti Tiwari, et.al., 2007) seterusnya buah pinggang anda akan melimpahkan natrium dan air yang berlebihan daripada badan, dengan signifikan dapat mengurangkan masalah perut buncit dan masalah berat air (Cox S, 19 Mei 2015). Pengambilan karbohidrat dalam lingkungan 100-150 gram sehari boleh membantu anda dalam menurunkan berat. Jika anda ingin menurunkan berat badan dengan lebih cepat, mengambil karbohidrat 50 gram sehari boleh jadi amat berkesan(Cox S, April 7, 2015). Amalkan segenggam nasi atau karbohidrat pada setiap hidangan (Kevin Zahri, March 18, 2015).

3. Tukar Sarapan Berasaskan Karbohidrat kepada Protein

Ubah sarapan berteraskan karbohidrat kepada berteraskan protein.
Ubah sarapan berasaskan karbohidrat kepada berteraskan protein.
Betapa mudahnya menurunkan lebihan berat badan boleh jadi dengan hanya semudah menukar sarapan pagi anda. Dua kajian yang berasingan menunjukkan bahawa bersarapan dengan telur dan bukannya roti dapat membantu anda menghilangkan lebihan lemak badan. Dalam salah satu kajian ke atas sekumpulan 30 wanita obes bersarapan roti berbanding sekumpulan wanita yang bersarapan telur (Vander Wal JS, 2005). Kumpulan yang bersarapan telur didapati makan pada amaun kalori yang lebih kecil untuk makan tengah hari, sepanjang hari dan seterusnya untuk 36 jam berikutnya. Telur sangat mengenyangkan wanita dan secara automatik membantu mereka makan pada jumlah kalori yang lebih kecil sehingga sesi makan seterusnya(Vander Wal JS, et.al., 2008).

Dalam suatu kajian yang lain terhadap 152 lelaki dan wanita obes telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan bersarapan dengan telur, dan sekumpulan lagi bersarapan dengan roti(Jurnal Obesiti Antarabangsa, 2008). Selepas 8 minggu, kumpulan yang bersarapan dengan telur telah berjaya menurunkan lebih banyak berat badan berbanding kumpulan yang bersarapan dengan roti. Butiran perbandingan lanjut seperti berikut.
Perbandingan di antara kumpulan yang bersarapan dengan telur berbanding kumpulan yang bersarapan dengan roti:

65% Lebih penurunan Berat Badan (1kg berbanding 500gram).
61% Lebih penurunan BMI.
34% Lebih penurunan ukurlilit pinggang.
16% Lebih penurunan lemak badan.
Jika masa mencemburui anda, kerana faktor kesibukan dalam kerjaya dengan sedikit lebihan bajet, bolehlah mencuba formula makanan gantian yang dijual meluas di pasaran kerana ianya tergolong dalam kepadatan tenaga yang lebih rendah (1). Pilihlah yang mempunyai nisbah karbohidrat dan protein yang seimbang, nutrisi secukupnya dengan kalori per hidangan yang lebih rendah (biasanya sekitar 100 kalori sahaja) barulah ianya bernilai untuk wang anda.

4. Makan Lebih Protein Mengurangkan Selera Makan dan Meningkatkan Pembakaran Lemak
Makan Lebih Protein Mengurangkan selera makan dan Meningkatkan Pembakaran Lemak
Memakan Lebih Protein Mengurangkan selera makan dan Meningkatkan Pembakaran Lemak
Terdapat banyak hasil penyelidikan secara meluas yang telah membuktikan bahawa protein berupaya meningkatkan pembakaran lemak dan mengurangkan rasa lapar, seterusnya menurunkan berat badan. Tingkatkan pengambilan protein daripada 25% kepada 40%. Malahan kajian menunjukkan bahawa protein dapat mempertingkatkan kadar metabolisme lebih baik berbanding makronutrien lain (Nair KS, et.al., 1983). Ini adalah kerana protein lebih lama mencerna di dalam badan, menyebabkan ia membakar lebih banyak kalori, berbanding lemak dan karbohidrat. Protein juga terbukti begitu signifikan dapat meningkatkan rasa kenyang, seterusnya mengurangkan rasa lapar(Paddon-Jones D., 2008).

Dalam satu kajian, meningkatkan pengambilan protein (Clifton, PM, et.al., 2008) kepada 30% daripada amaun kalori akan mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 441 kalori sehari(Weigle, DS, et.al, 2005). Banyak hasil penyelidikan menunjukkan bahawa meningkatkan pengambilan protein boleh membawa kepada penurunan berat badan secara langsung(Johnston, CS, et.al., 2004) meskipun kita makan sehingga kenyang(Claessens M, et.al., 2009).
Protein juga membantu pembentukan lebih banyak otot, terutamanya jika anda mengangkat berat, kerana tisu otot adalah metabolisme aktif, yang membakar kalori walaupun pada keadaan rehat (Pasiakos SM, et.al., 2013). Cara terbaik mendapatkan lebih banyak protein secara semulajadi adalah daripada sumber makanan seperti daging, ikan dan telur di hampir setiap hidangan.

5. Perolehi Tidur Berkualiti dan Elakkan Tekanan

Dapatkan Tidur Berkualiti dan Kurangkan Tekanan
Dapatkan Tidur Berkualiti dan Kurangkan Tekanan
Dua hal yang sering terabai ketika berbicara tentang kesihatan dan berat badan adalah kualiti tidur dan aras tekanan(Cox S, 25 Mac 2015). Kedua-duanya amatlah penting untuk badan dan hormon berfungsi secara optimum. Tidur yang tidak mencukupi merupakan salah satu faktor risiko utama masalah obesiti. Tempoh tidur yang singkat memberikan risiko sebanyak 89% kepada kanak-kanak dan 55% lagi dari kalangan orang dewasa (Cappuccio FP, et.al., 2008).
Tidur yang kurang berkualiti mengakibatkan peningkatan keinginan dan rasa lapar(Landis AM., et. al., 2009) dan menyebabkan kecenderungan biokimia untuk pertambahan berat badan dengan mengganggu hormon lapar seperti ghrelin dan leptin (Shahrad Taheri, et.al, 2004). Tahap tekanan yang berlebihan pula menyebabkan peningkatan tahap hormon kortisol anda(Rosmond R, et.al., 1998) yang meningkatkan pengumpulan lemak viseral serta risiko penyakit kronik kardiovaskular. Oleh itu, amatlah penting untuk anda memperuntukkan masa sebaiknya untuk tidur berkualiti, serta elakkan tekanan yang tidak diperlukan dalam hidup anda.

6. Sedikit Minyak Kelapa Untuk Tingkatkan Metabolisme & Mengurangkan Selera Makan

Minyak Kelapa untuk Tingkatkan Metabolisme & Mengurangkan selera makan
Minyak Kelapa untuk Tingkatkan Metabolisme & Mengurangkan selera makan
Minyak kelapa dara mempunyai ciri-ciri unik yang boleh membantu mengurangkan selera makan dan meningkatkan pembakaran lemak. Ia sarat dengan lemak baik yang dikenali sebagai Rantaian Trigliserida Sederhana(Stubbs RJ, Harbron CG., 1996). Asid lemak ini dapat dimetabolismekan berbeza daripada lemak lain, kerana ia akan terus ke hati untuk tenaga atau ditukarkan menjadi keton.
Berdasarkan dua kajian menunjukkan bahawa rantaian lemak sederhana ini boleh membantu seseorang memakan pada kalori yang lebih rendah, menunjukkan penurunan sebanyak 256 kalori setiap hari. Lemak ini juga membantu untuk meningkatkan tenaga sehingga 5% (Seaton TB, et.al., 1986).
Dengan mengambil hanya sedikit minyak kelapa, di sekitar kira-kira 30ml sahaja(Stubbs RJ, Harbron CG., 1996) dengan signifikan dapat menurunkan BMI dan ukurlilit pinggang pengamalnya (Wymelbeke VV, et.al., 1998). Anda tidak perlu makan minyak kelapa dalam amaun yang besar, tetapi sekadar menggantikan minyak masak sedia ada, sudah tentu ia akan memberi kesan yang amat signifikan (Kai Ming Liau, et.al., 2011).

7. Gunakan pinggan lebih kecil

Gunakan pinggan lebih kecil
Gunakan pinggan lebih kecil
Otak manusia adalah kompleks dan cenderung bekerja secara misteri. Ada cara untuk menipu otak anda untuk berfikir bahawa kita telah terlebih makan, dengan cara menggunakan pinggan yang lebih kecil (Kevin Zahri, 2013 & Wansink B., Ittersum KV, 2006).
Semakin besar pinggan anda, otak anda berfikir anda kurang makan. Jadi dengan menggunakan pinggan yang lebih kecil, anda menipu otak anda dengan berasa lebih berpuas hati dengan amaun kalori yang lebih rendah(Tengku Asmadi, 2012). Agak pelik, tetapi ahli psikologi telah mengkaji teknik ini dan mendapati ianya berkesan!

8. Minum air kosong secukupnya

Minum air kosong secukupnya
Minum air kosong secukupnya sehingga air kencing berwarna jernih (Kevin Zahri, 2013).
Dalam jangka pendek, terlebih minum air sudah tentu akan membuncitkan perut anda hanya untuk beberapa jam sahaja. Namun isipadu air itu akan lebih cepat tercerna dan tidak akan membuncitkan perut secara langsung. Air kosong tidak menggemukkan langsung kerana ia adalah sifar kalori. Tetapi, jika anda kurang mengambil makanan berserat dan banyak ambil garam, maka pengekalan air di dalam badan(water retention) akan bertambah. Tapi itu bukan salah minum air semasa atau sebelum makan (Kevin Zahri, 2012).
Di dalam artikel saya terdahulu, meminum air secukupnya untuk membantu anda rasa kenyang(Isa Abdullah, 2014). Amaun air harian yang badan kita perlukan hanya sekadar memastikan air kencing kita berwarna jernih(Cleverland Clinic, 2013). Air kencing yang berwarna kuning hingga kecoklatan adalah petanda bahawa badan kita kekurangan air. Minumlah air kosong secukupnya sehingga air kencing berwarna jernih (Kevin Zahri, 2013 & Cleverland Clinic, 2013).

Ramai yang sering menyalahkan air sejuk atau minum air berlebihan sebagai punca  kepada masalah buncit perut. Tapi benarkah ia adalah salah air atau perkara yang lain? Daripada hasil penyelidikan terdahulu (Denny Santoso, et.al., 2012) setiap 2 liter air sejuk yang diminum, badan akan membakar sekitar 74 Kalori. Walaupun jumlah pembakaran kalori tidak sebanyak mana namun hasil penemuan ini telah membuktikan bahawa air sejuk tidak menggemukkan, malahan turut membakar kalori!

Sunday, 21 May 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : 8 Tip Diet Mudah Sahur


Amalan bersahur sunnah Nabi S.A.W. Ia penting untuk bekalkan anda dengan tenaga dan nutrisi untuk hadapi cabaran puasa.

1. Jangan skip sahur.

Sahur penting untuk bekalkan nutrisi, air dan tenaga untuk amalan berpuasa. Lagi-lagi dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap di Malaysia.

2. Komplex Karbo.

Pastikan karbohidrat kompleks menjadi pilihan diet anda semasa bersahur. Kenapa? Karbohidrat kompleks bekalkan sumber tenaga yang lebih perlahan dan lebih mengenyangkan.
Contoh sumber: Roti perang, nasi perang atau nasi putih yang ada serat dan rendah GI (glycemic indeks)

3. Target Kalori: dalam 500kcal

Secara purata, target pengambilan kalori untuk hidangan sahur should be dalam lingkungan 500kcal. Pastikan ada sumber protein dan karbohidrat berserat. Contoh hidangan:
  • Segenggam nasi, lauk ayam, sahur dan air.
  • Roti perang 2x keping + sapu, tuna ikan dalam sos tomato (awas sos-sos biasa tinggi garam)
  • 1x mangkuk cereal berserat + susu lemak rendah.

4. Protein yang bersih.

Makanan berprotein seperti ayam, ikan sangat mengenyangkan dan mengambil masa berjam untuk lalui proses penghadaman.

5. Elak Garam.

Garam adalah penyerap atau penyimpan air. Ya betul ia penting untuk kurangkan dehydration semasa bersukan tapi dalam keadaan berpuasa, pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng etc ia lagi cepatkan dehyration dan akan buat anda cepat berasa haus.

6. Elak Kafein

Kafein dalam minuman seperti teh tarik, teh hijau, Nescafe, kopi, milo dan lain-lain adalah diuretik – kualiti yang memaksa badan buang air. Ini lagi mempercepatkan dehydration semasa berpuasa.

7. Kenali kandungan kafein minuman

Air gas, teh dan cholatate pun biasa mengandungi kafein. Kandungan kafein dalam setiap minuman berbeza-beza. Jadi kalau nak minum air koklat (contohnya) tidaklah menjadi masalah yang besar tapi kalau boleh, kurangkan kuantiti pengambilan.

8. Jangan minum banyak sangat!

Lagi banyak anda minum, lagi cepat badan akan membuangnya dan lagi lah cepat anda anda berasa haus. Sebagai panduan: Jumlah: 2-3 gelas sederhana dah cukup. Suhu: Paling baik yang suam. Kalau yang ais pun boleh tapi pagi-pagi buta, badan agak terkejut dengan air ais. Jenis? Kalau nak air manis pun, jangan lebihkan dari air kosong. Contoh: 1 gelas manis, 2 gelas air kosong.
 
 
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : panduan diet dan senaman dari Nadra yang berjaya kurangkan berat badan lebih 50kg dalam 15 bulan



Nadhrathul Ain binti Ibrahim

  • Umur: 25 tahun
  • Tinggi: 162cm
  • Berat Asal: 122kg
  • Berat Sekarang: 71.8kg
  • Pencapaian: Kurangkan 50kg dalam 15 bulan.
  • Kerjaya: Pelajar (PHD dalam Business Management UITM Shah Alam)
    .
  • Instagram: @aainnadra
  • Facebook: aain.nadra
  • Facebook Page: fitwithaainnadra

Saya merupakan pelajar semester 2 PHD in business management di uitm shah alam. Istilah kurus tidak pernah wujud dalam kamus hidup saya sebelum ini.

95kg semasa berumur 12 tahun

Berat badan saya ketika berumur 9 tahun mencecah 55kg dan paling mengejutkan saya ketika berumur 12 tahun berat bertambah hingga 95kg. Tapi itu tidak menjadi titik penguat kepada saya untuk berdiet. Bahkan berat saya terus bertambah sehingga mencecah 122kg ketika berusia 24 tahun.
Bohong kalau saya katakan niat untuk kurus tidak pernah singgah di hati saya kerana saya juga mahu kelihatan kurus dan cantik seperti kawan-kawan lain. Tetapi setiap kali diajak berdiet bersama rakan-rakan, saya sering tidak mengendahkan ajakan dan nasihat mereka kerana bimbang saya tidak konsisten berdiet.

Penggemar Fast Food.

Sebelum memulakan diet, saya seorang yang kuat makan dan terlalu gemar makan nasi dan fast food. Sekiranya saya makan nasi, saya masih boleh menghabiskan fast food dan menganggapnya sebagai hidangan sampingan. Saya seorang yang tidak suka bersenam dan susah mengawal nafsu makan terutama ketika sedang stress. Disebabkan stress, saya akan makan hidangan berat walaupun untuk supper meal. Ketika menggunakan produk supplement kurus tersebut saya membelanjakn ribuan ringgit dan menyebabkn saya terpaksa bertungkus lumus berdiet kerana memikirkan jumlah pelaburan besar yang telah saya buat untuk menguruskan badan.

Bermula dengan Atkins

Kesedaran mula timbul ketika bulan Jun 2013 untuk berdiet tetapi disebabkan saya tiada ilmu untuk berdiet, saya telah mencuba sejenis produk untuk menguruskan badan. Ketika menggunakan produk tersebut, saya disarankan berdiet secara ketat dengan mngamalkan diet Atkins.
Alhamdulillah diet tersebut berkesan dan saya memutuskan untuk berhenti menggunakan produk tersebut kerana saya yakin tanpa produk itu saya masih boleh kurus. Saya mula membeli ebook cikgu kevin sejak September 2013 dan mengaplikasi petua cikgu kevin dalam diet Atkins saya. Hati terdetik untuk menyertai Jom Kurus 1 Malaysia Season2 di kawasan Shah Alam tetapi sayangnya ketika itu saya lambat membuat pendaftaran.
Oleh itu saya meneruskan niat tersebut dengan menyertai JK1M season 3. Pemahaman diet saya semakin bertambah setelah membeli ebook cikgu Kevin dan menyebabkan saya menukar cara diet saya dari atkins kepada balanced diet seperti yang diajar cikgu Kevin.
…Suplemen? Yes 8 bulan pertama diet sahaja kerana cetek ilmu…

Belajar cara kawal kalori dan buang gemuk air

Melalui eBook tersebut saya banyak belajar tentang pengiraan kalori yg perlu keluar dan masuk ke dalam badan dan saya lebih peka dalam memilih produk yang rendah jumlah lemak dan kalori. Selain itu saya mengalami masalah gemuk air dan semua tips dari ebook sangat berkesan untuk mengurangkan masalah gemuk air. Seterusnya, saya selalu mengikuti video circuit training dari cikgu Kevin dan mengupah personal trainer untuk menyusun jadual circuit training saya. Setiap kali motivasi dalam diri merudum saya akan terus membaca success story di web pages cikgu Kevin untuk memastikan saya kembali yakin bahawa saya mampu menurunkan berat badan seperti mereka yang telah berjaya.
Group Support JK1M: Tambahan pula, setelah menyertai cabaran JK1M season 3, saya mempunyai support group yang lebih besar menyebabkan hati selalu berkobar-kobar untuk meneruskan misi berdiet.

10 Amalan Diet Untuk Kurangkan Berat Badan

Yes pada peringkat awal saya melakukan diet atkins kerana tidak begitu memahami tentang balance diet. Setelah membaca dan mendalami ebook cikgu Kevin, saya cuba menukarkan cara pemakanan semasa berdiet dan apa yang dapat saya simpulkan ialah konsep diet atkins dan balance diet ada beberapa persamaan dan perbezaan tetapi terpulang kepada kita untuk mengubahsuai dan menyepadankan konsep tersebut dalam amalan diet kita. Point penting dalam berdiet ialah:
  1. Hadkan jumlah pengambilan carbo berbanding protein dan fiber
  2. Pengambilan plain water untuk mendapat urine yang jernih
  3. Amalkan detox process
  4. Jangan skip breakfast
  5. Makan sedikit tetapi kerap
  6. Rehat dan tidur secukupnya pada waktu malam
  7. Kurangkan stress
  8. Jaga portion
  9. Fahami konsep calorie out n in dlm badan
  10. Pilih makanan yg rendah kaori tetapi mengenyangkan berbanding tinggi kalori tapi  tidak kenyang.
Senaman? Untuk senaman, saya lakukan Zumba, circuit training (wajib burpees, jumping jack squat, sumo squat, lunges, and others), abs exercise, jogging and running, hiking.
…Saya ikut pesanan cikgu Kevin untuk amalkan senaman yang pelbagai dan penting yang saya enjoy…

6 Tip kepada pembaca yang ingin kurang berat badan?

  • Jangan give up.
  • Fahami konsep diet yang sesuai dengan diri sendiri.
  • Berkawan dengan orang yang mempunyai matlamat yang sama. JK1M merupakan platform yang hebat untuk mencari kawan sekawasan yang mempunyai masalah dan matlamat yang sama.
  • Setiap kali kelaut boleh rujuk kisah kejayaan orang lain di web kevinzahri.com
  • Fahami tentang kandungan berat lemak, air dan otot
  • Banyakkan membaca dan belajar ilmu diet dan aplikasikan apa yang sesuai dengan anda sahaja.
  •  
  •  
    ***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


    UMMI ZUBARI
    SID 892671
     
    atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : Fadhli Atan berjaya kurangkan lebih 40kg berat badan

Fadhli Atan berjaya kurangkan lebih 40kg berat badan sejak sertai cabaran jom kurus 1malaysia atau JK1M bersama rakan Farhana, Nasyreen dan Laily.

Mohd Fadhli Bin Atan

  • Umur: 31 tahun
  • Tinggi: 168cm
  • Berat Asal: 120kg
  • Berat Sekarang: 77kg
  • Pencapaian: Kurangkan 43kg dalam 11 bulan.
  • Kerjaya:Business Analyst
  • Instagram: @palieatan
  • Facebook: mohdfadhli.atan

Setiap tahun berat badan saya meningkat. Tapi saya tak pernah sedar. Setiap kali saya rasakan diri masih OK. Bila tengok cermin pun tak rasa diri sendiri gemuk sangat walaupun berat telah cecah 120KG hahahhaha.. Kelakar bukan. Sampai la satu tahap ramai orang mula menegur yang saya semakin membulat.
Saya pernah juga mencuba untuk mengurangkan berat. Saya ambil supplement yang berada di pasaran. Saya juga mula berhenti makan nasi tetapi menggantikan dengan mee mihun atau roti. Saya tak pernah rasa bersungguh untuk kurus. Saya join JK1M sessi 1 pun di atas ajakan bersungguh-sungguh 3 orang sahabat iaitu Farhana (Nana), Nasyreen (Reen) dan Laily (Kak Lai). Dari situ bermula la perjalanan jom kurus saya. Di bawah bimbingan coach Salleh dan isteri, saya mula menjalani process pengurusan badan dengan cara yang betul melalui cara pemakanan dan senaman yang betul.

Gaya Hidup Sebelum JK1M

Sebelum join JK1M, saya sangat malas bersukan. Saya sangat benci berpeluh sebab ia cuma akan membuatkan badan berbau. Saya sedikit pun tidak rasa mahu melakukan sebarang jenis sukan kecuali renang. Saya ada juga mengambil beberapa produk yang di mana produk-produk itu sentiasa menjanjikan pengurangan berat badan tanpa mengubah cara makan dan tanpa perlu bersenam. Berbagai jenis produk saya cuba tetapi malangnye, tiada sebarang hasil kerana cara pemakanan saya masih sama dan tidak melakukan sebarang senaman. Pada masa sama juga saya ade mendaftar di gym-gym mahal, tetapi disebabkan rasa malu untuk bersenam dikhalayak ramai dan tanpa sebarang rujukan membuatkan bayaran bulan-bulan gym tersebut adalah sia-sia.
Melalui JK1M terlalu banyak benda baru yang saya pelajari. eBook Kevin Zahri saya jadikan panduan harian. Daripada cara kiraan pengambilan kalori, jenis-jenis makanan sehinggalah senaman yang sesuai. Kalo dulu bila diet tanpa ilmu, saya menggantikan nasi dengan roti atau mihun, tapi selepas membaca eBook Kevin baru saya faham yang nasi tidak bersalah. Banyak benda saya pelajari dari eBook kevin yang dulu saya buat dengan cara salah.
Yang paling penting bagi saya dalam eBook tersebut adalah mengetahui jumlah calorie intake dengan calorie out.
Saya juga mengikuti facebook page dan instagram Kevin Zahri. Dari situ, saya mula mengambil berat tips-tips yang disarankan.

Nasi Segenggam dan Snek-snek Sihat

Selepas meneliti eBook Kevin Zahri, disamping tunjuk ajar dari coach-coach JK1M, saya mula belajar cara diet yang betul. Saya mulakan dengan mengurangkan pengambilan minuman manis. Saya juga mengurangkan pengambilan carbo dalam menu harian saya. Memandangkan saya jenis tak pandai masak dan selalu makan luar, jadi menu-menu di kedai saya perlu pilih dengan teliti.
  • Saya mula ambil nasi segenggam
  • Makan sayur-sayuran masak air (bayam dan brokoli adalah yang terbaik) berserta ayam atau ikan bakar.
  • Saya juga mengantikan snek-snek kepada menu yang lebih sihat seperti buah-buahan dan kekacang.
  • Saya tidak lagi ambil makanan ringan yang banyak di pasaran yg penuh dengan bahan-bahan yang kurang sihat.

Aerobik dan Circuit Training 3x Seminggu

Memandangkan coach JK1M Bukit Jalil, Salleh focus kepada senam robik, saya mula berjinak-jinak juga dalam senaman ini. Selain aerobik, saya juga di ajar untuk melakukan circuit training. Selalunya saya akan bersenam paling kurang 3kali seminggu dengan melakukan senam robik selama sejam dan diteruskan dengan circuit training selama sejam yang dikelola oleh coach Salleh. Selepas JK1M sessi 2 saya meneruskan process pengurangan berat badan bersama coach Cem di bawah program SCOUTS.
Kini saya bergerak bersama dengan kawan saya yang kami menggelarkan diri THEZOO. Kini saya banyak focus cardio, strength dan endurance. Saya mula minat bidang larian. InsyaAllah akan mulakan larian 15KM yang pertama pada 30hb November 2014 di Putrajaya. Kami juga kerap melakukan tabata, circuit training dan lain-lain.
[one_whole boxed=”true”]Saya pernah menggunakan supplement sebelum menyertai jk1m. Tetapi tidak membuahkan hasil yang memberangsangkan. Berat saya berkurangan, tetapi cuma sedikit. Yang lebih malang, berat naik mendadak selepas berhenti menggunakan supplement tersebut, [/one_whole]

Tip kepada pembaca yang ingin kurang berat badan?

Saya tidak mempunyai tips yang spesifik. Semua proses dan perjalanan jom kurus saya, saya cilok dari eBook kevin dan juga atas sumber bacaan lain. Tiada jalan mudah untuk kurus. Saya mahu kurus yang bertenaga dan berstamina, bukan kurus semata kurus.
…”Jadi jalan terbaik adalah mengambilan pemakanan yang betul (rujuk eBook Kevin) dan senaman yang betul”…
Cuma pada pendapat saya, pada mereka yang obes, fokus pada senaman cardio seperti aerobik, jogging, renang dan cycling supaya berat badan turun dulu. Kemudian bila badan dah sedikit ringan, lebih mudah untuk kita melakukan senaman-senaman strength yang lain seperti tabata dan circuit training.


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : Ainurhana turun 31kg berat badan setelah berat beliau mencecah 97kg semasa sekolah menengah.

Baca kisah inspirasi Ainurhana turun 31kg berat badan setelah berat beliau mencecah 97kg semasa sekolah menengah. Dapatkan tip panduan diet dan senaman dari beliau.


Assalamualaikum wbt.
Nama saya Ainurhana, berumur 23 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur. Semasa saya kecil, saya merupakan seorang ‘tomboy’. Kenakalan dan kelasakan saya menjadikan saya kanak kanak aktif. Namun, apabila saya menginjak 10 tahun, ayah dan mama telah meminta saya agar tidak lagi bermain dengan lasak bersama budak lelaki.
Hal ini telah menyebabkan saya menjadi malas. Oleh kerana telah terbiasa mengambil amaun makanan yang banyak ketika aktif, saya masih mengambil jumlah makanan yang sama, malah ia semakin bertambah walaupun aktiviti saya hanyalah terbaring di hadapan televisyen. Seingat saya, ketika saya berusia 12 tahun, saya merupakan budak perempuan paling berat di dalam kelas dengan berat 63kg.
Kemudian, disebabkan perubahan hormon, dengan sekelip mata, ketika saya berusia 13 tahun, berat saya telah naik kepada 83kg. Yup, naik sebanyak 20kg dalam masa setahun. Tak tergambar rasanya malu ketika itu.

Berat 97kg semasa 16 tahun.

Menjelang saya berumur 15 tahun, saya pernah cuba mengambil initiatif untuk menurunkan berat badan, namun gagal. Malah berat saya ketika itu telah menginjak 87kg. Sehinggalah suatu ketika semasa menunggu keputusan SPM, saya telah memberanikan diri untuk menimbang berat saya semula. 97kg. Air mata menitis ke pipi. Saya memandang diri saya di hadapan cermin. “Apa yang aku dah buat?” Saya kecewa dengan diri saya. Kekurangan keyakinan diri akan paras saya menyebabkan saya benci melihat biasan diri sendiri yang akhirnya membiarkan diri saya menjadi seorang obese.
…saya telah memberanikan diri untuk menimbang berat saya semula. 97kg. Air mata menitis ke pipi…

Berikrar Untuk Buang Obes!

Saya berikrar pada diri sendiri pada malam itu bahawa saya tidak akan membiarkan diri saya kembali ke lubuk hitam ini lagi. “If I die, obese will NEVER be the reason!” Maka, bermulalah diet saya. Pada setiap pagi, saya akan mengikuti ayah saya untuk berjogging selama sejam. Kemudian, saya akan mengambil nestum sebagai breakfast, 3 sudu nasi putih bersama 1 mangkuk sayur hijau rebus bersama ayam/tauhu rebus sebagai makanan tengah hari dan malam. Saya berjaya menurunkan 8kg dalam masa sebulan. Namun, diet tersebut hanya bertahan selama sebulan. Saya mula mengambil makanan biasa dengan amaun yang berpatutan selama 6 bulan. Hasilnya, saya berjaya menurunkan 12kg.
…Oleh kerana telah selesa dengan pencapaian saya, berat saya mula naik semula…
Setelah saya menyambung pengajian saya, saya masih mengamalkan diet ‘makan sedikit’ di semester pertama. Hasilnya, saya berjaya menurunkan berat saya kepada 77kg. Oleh kerana telah selesa dengan pencapaian saya, berat saya mula naik semula. Akhirnya, ketika tamatnya diploma, berat saya telah menjadi 87kg. Tuhan saja yang tahu bertapa sedihnya saya ketika itu.
2011 - semasa berat yoyo naik-turun. Di sini 87kg.
2011 – semasa berat yoyo naik-turun. Di sini 87kg.

Food Lover

Saya kembali mencuba diet lama, namun gagal. Saya seorang ‘food lover’. Jadi, menghalang diri dari makan lambat laun pasti menemui kegagalan. Kemudian, apabila saya kembali meneruskan pengajian di peringkat ijazah, saya beriltizam untuk kembali menjadi aktif seperti dahulu. Berbekal dari pembacaan mengenai pemakanan, kesihatan, serta tips tips dari Kevin Zahri, saya memulakan hidup baru.
Jika pelajar lain ke kelas dengan bas, saya memilih untuk berjalan kaki. Biar berpeluh, saya tahu itu lebih berkat. Saya masih lagi makan makanan kegemaran saya, namun saya mengambil sunnah Nabi dan amalkannya ke dalam hidup saya iaitu “Makan apabila lapar”. Saya kosongkan drawer saya dari maggi, keropok mahupun biskut kerana saya tahu kebosanan akan menggoda saya untuk makan.
eBook Kevin Zahri
eBook Kevin Zahri
Setelah habis semester satu, berat saya telah turun kepada 80kg dan saya sama sekali tidak rasa tertekan dengan perubahan gaya hidup saya itu. Oleh itu, saya membuat kesimpulan bahawa berat saya turun kerana perubahan gaya hidup saya. Maka, ketika cuti semester itu, saya mula membaca ebook Kevin Zahri dan membuat kajian mengenai permakanan dan kalori, jenis jenis senaman, BMI, BMR dan bagaimana kesemuanya saling berkait dan mengubahsuainya untuk diaplikasikan ke dalam gaya hidup saya.

Kenali BMR dan keperluan makanan

Sejak itu, pada setiap hari, saya akan pastikan jumlah kalori pemakanan saya tidak akan melebihi BMR saya walaupun tidak pernah membuat ‘food diary’. Dan sekiranya saya terlebih, saya akan pastikan saya akan membakar semula tenaga berlebihan tersebut. Kesedaran terhadap kalori telah membantu saya untuk makan apa sahaja yang saya mahukan. Malah, oleh kerana saya mempunyai keinginan yang kuat untuk mempunyai badan yang ‘fit’ dan aktif disamping peluang untuk merasai pelbagai jenis makanan, saya telah menjebakkan diri dalam pelbagai senaman.

Senaman yang saya amalkan?

Antara senaman yang saya amalkan ialah jogging, sit up dan light weight lifting. Namun, disebabkan saya seorang pelajar, saya tidak mempunyai masa untuk ke gym, maka saya telah mengdownload beberapa jenis senaman dari Youtube terutama intense cardio kerana berdasarkan pembacaan saya, senaman cardio adalah senaman yang paling banyak membakar kalori selain ianya baik untuk kesihatan cardio kita.
2013 - Gambar terkini Ainurhana
2013 – Gambar terkini Ainurhana
Hasilnya kini, saya telah berjaya menurunkan 31 kg. Walaupun bagi sesetengah orang, penurunan berat badan sebanyak 31kg yang mengambil masa bertahun tahun itu adalah terlalu lama, namun bagi saya ianya adalah yang terbaik buat saya kerana kini saya bukan sahaja berjaya menurunkan berat badan, malah mengubah gaya hidup saya dimana saya mampu kekal cergas disamping berpeluang menikmati hidup dengan selesa.
Kini, saya masih lagi di dalam proses penurunan berat badan sebanyak 10kg lagi terutamanya di bahagian bawah badan. Namun begitu, matlamat saya kini telah bertukar kepada menambah sedikit jisim otot otot saya di bahagian lengan, perut, punggung serta kaki. Saya percaya bahawa jika saya mahu kelihatan ‘fit’ sekaligus menurunkan lemak lemak berlebihan, saya perlu lebih rajin bersenam.
…saya percaya bahawa jika saya mahu kelihatan ‘fit’ sekaligus menurunkan lemak lemak berlebihan, saya perlu lebih rajin bersenam…

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….