Tuesday 21 March 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : 11 Tips Masakan Secara Sihat Mengikut Kemampuan



Seringkali kita salahsangka akan masakan secara sihat adalah mahal dan di luar kemampuan kita, tetapi sebenarnya tanpa kita sedari atau pun tahu , masakan secara sihat adalah boleh di lakukan mengikut kemampuan dan belanjawan kita.
Apa yang penting kita tahu memilih yang mana sihat atau tidak ?Betul tak ??

11 Tips Masakan Secara Sihat Ikut Kemampuan

1. Buang Minuman yang Mahal

Jus, air soda, minuman sukan  yang semua ini tidak baik untuk kesihatan anda dan harganya juga mahal. Amalkan minuman yang asas seperti air lemon, air masak, teh dan susu adalah lebih sihat dan murah berbanding minuman yang tidak berkhasiat itu.
Kadang-kadang kita nak cepat , sambil ambil minuman dalam tin , dalam botol dan mudah tertipu dengan pemasaran media sekarang yang menyatakan minuman itu sihat tetapi hakikat sebenarnya kita telah tertipu dengan semua propaganda ini. Fresh its way better tau …

2. Tanam Sendiri Makanan Anda

bercucuk tanam
Anda tidak perlukan ruang yang luas atau masa yang banyak untuk bercucuk tanam di halaman rumah anda! Daripada herba dan sayur-sayuran hijau sehingga ke tomato dan lada semuanya boleh di tanah di halaman rumah anda dan hasilnya juga lumayan.
Mengikut pengalaman saya yang tinggal di apartment , tiada masalah untuk menaman herba sendiri seperti daun pudina, serai , daun pandan dan banyak lagi mengikut kreativiti masing-masing. Jangan jadi kan alasan tinggal di kawasan tiada tanah ya, macam-macam boleh buat.

3. Makan Daging Secara Bersedarhana

Menjadi seorang vegetarian separuh masa (satu ke dua hari seminggu) akan mengurangkan sedikit bajet anda untuk membeli daging. Ketika anda makan daging, kurangkan jumlah daging yang digunakan dan tambahkan dengan sayur-sayuran dengan cara menambahkan cendawan di dalamnya.
Cendawan sangat sedap dijadikan penganti daging dan harga lebih murag daripada daging. Tak salah sesekali menjadi vegetarian sebab ini adalah pilihan yang sangat sihat.

4. Masak Lebih daripada yang Anda Perlukan dalam Satu-satu Masa

penyediaan menu sihat
Mendapatkan hidangan sihat yang disediakan sendiri bermakna akan mengurangkan pesanan makanan dari luar disebabkan tiada makanan di rumah. Jika anda mampu, cuba sediakan satu atau dua hidangan lebihan yang boleh dimakan pula ketika malam.
Anda boleh memanaskan semua makanan tersebut dengan hanya perlu menyejukkannya sahaja di peti sejuk. Penyediaan makanan ini juga boleh dilakukan untuk seminggu, dengan ini anda dapat mengawal belanjawan anda dan mengurangkan makan di luar.

5. Sejukbekukan Makanan dalam Bahagian yang Berasingan

Antara cara lain bagi memastikan makanan anda tidak dibazirkan ialah dengan cara menyejukbekukan dalam bahagian yang berasingan. Sebagai contoh, jika anda membeli satu bungkus peha ayam sebanyak 24 ketul, anda sudah tentu tidak akan menggunakan semuanya sekaligus.
Jadi, bahagian yang tidak digunakan anda boleh simpan di dalam peti sejuk. Andai ada lebihan hidangan, anda pun boleh menyimpannya di dalam peti sejuk juga. Ia menjadikan anda mudah untuk mengeluarkan apa yang anda perlu ketika ia diperlukan.

6. Campur Semula Baki Makanan

Samada anda suka atau tidak, menggunakan semula makanan yang berbaki merupakan cara pemakanan yang sihat dan berpatutan. Barbanding dengan hanya makan makanan yang sama berulang kali, anda boleh cuba campurkannya.
Atau anda boleh lakukan seperti yang saya gemari iaitu sekali seminggu, kumpulkan semua baki makanan yang tinggal dan semua orang boleh pilih dan ambil yang disukai. Baki makanan ini bermaksud lauk pauk yang berbeza dan kita gabungkan menjadi satu hidangan yang lain.

7. Makan Pencuci Mulut Buatan Sendiri

Anda tidak boleh berhenti daripada membeli makanan manis? Ini merupakan salah satu cara yang saya gemari : Makan pencuci mulut yang anda sediakan sendiri!
Anda akan menjadi kurang berbelanja jika membeli bahan-bahan mentah berbanding anda beli cip, biskut dan kek. Tambahan pula, anda akan mendapati betapa anda sebenarnya telah berjimat untuk itu!

8. Bawa Bersama Makanan Tengah Hari serta Snek Anda

Elakkan daripada makan tengah hari di luar dengan membawa sendiri makanan dari rumah. Sekiranya anda teringin sesuatu ketika waktu petang, bawa bersama snek-snek yang sihat daripada anda membeli snek di mesin vendor.
Langkah ini bukan sahaja menjimatkan tetapi bagus juga kerana anda tahu apa yang anda makan dan masukkan dalam badan anda.

9. Lakukan Uji Kaji di Dapur

Jangan takut untuk menggunakan peluang yang ada ketika memasak. Jika anda sukakan satu-satu jenis sayur, namun apa yang ada ketika itu ialah sayur yang lain, tidak salah anda mencubanya.
Jika anda rasakan terdapat bahan-bahan yang boleh dicampur bersama, cuba saja! Bermain di dapur merupakan salah satu cara untuk memberikan keyakinan diri ketika memasak dan sekaligus menghargai makanan sihat.

10. Jangan Bayar untuk Barangan yang Menyenangkan

Sesetengah makanan yang dibungkus menjadi mudah untuk anda. Elakkan daripada membeli bertih jagung gelombang mikro yang merupakan satu bala kepada kesihatan anda.
Gantikan dengan sebungkus bertih organik untuk anda hasilkan sendiri di rumah, lebih murah tidak diproses dan rasanya juga enak. Gantikan juga manisan granola dan buatkan anda punya sendiri. Perubahan kecil ini sebenarnya memberikan kesan kepada wang tunai anda.
11. Membersihkan Almari Anda
Pernahkah anda terbayang apakah sebenarnya yang tersimpan di dalam almari anda? Di sini terdapat satu cabaran : Sebelum masa untuk membeli belah, keluarkan semua yang ada di dalam peti sejuk, pantri, almari dan sebagainya.
Kemudian, kenal pasti barangan yang benar-benar perlu untuk dibeli lagi seperti produk segar dan daging. Sering kali terjadi kita akan membeli barangan yang sudah sedia ada di rumah melebihi yang diperlukan. Sekiranya anda mendapati terdapat barangan yang berlebihan, anda boleh sumbangkan ke dalam simpanan di pantri anda.
Macam mana dapat sesuatu dari apa yang saya kongsikan hari ini, jika anda rasa ini bermanfaat boleh kongsikan artikel ini , moga dapat membantu rakan serta ahli keluarga anda memasak secara sihat.


No comments:

Post a Comment