Tuesday 9 June 2015

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : B Complex Bantu Kurangkan Stress, Migraine Dan Sakit Kepala Berdenyut

Pernah rasa stress, tertekan, tension ataupun teruk lagi depression? Lepas tu sakit kepala berdenyut-denyut macam kena migraine. Yang saya sebut tu semua berkaitan dengan saraf. Vitamin B Complex adalah vitamin yang baik untuk meredakan ketegangan saraf dan seterusnya boleh bantu kurangkan sakit-sakit tadi.

Bukan tu je, banyak kelebihan dan faedah B Complex ni untuk sel tubuh. Sebab tu vitamin B Kompleks ni sebenarnya, ia salah satu vitamin asas yang semua orang sepatutnya amalkan. Ada banyak vitamin B Kompleks dalam pasaran tapi apa perbezaan vitamin jenama Shaklee ni berbanding brand lain?

B Kompleks bantu kurangkan migraine, stress dan sakit kepala berdenyut.
B Complex baik untuk bantu hilangkan migrain, stress dan sakit kepala berdenyut-denyut!

Kepentingan Pengambilan B Complex


Disebabkan asid folik semulajadi daripada makanan tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% acid folic yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik. Oleh itu, saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi pertama didunia dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.
B Kompleks Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B Kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.
Vitamin B adalah vitamin larut air. Vitamin yang terlebih tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu adalah penting untuk kita mengambil vitamin B Kompleks setiap hari. B Kompleks Shaklee tidak menyebabkan jangkitan kulat atau bakteria yis aktif seperti B Kompleks yang diekstrak daripada yis bir.

Kebaikan Dan Manfaat B Kompleks Shaklee


B Complex Shaklee sumber Asid Folik terbaik
Vitamin B Complex membekalkan Asid Folik mencukupi yang diperlukan badan.

Antara fungsi B Complex untuk kesihatan ialah:

1. Menukar makanan kepada tenaga – Membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan atau kelesuan.
2. Melawan tekanan – Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
3. Membantu tumbesaran – Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang.
4. Rambut beruban dan gugur – Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
5. Baik untuk mata – Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, memperkasakan memori dan daya pemerhatian atau fokus.
6. Mencegah anemia – Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi yang kuat, meransang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat dan mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
7. Meredakan senggugut – Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
8. Mencegah perleche – Dikenali juga sebagai rekahan mulut (mouth cheilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau.
9. Detoksifikasi – Meredakan alahan.

Ciri-Ciri B Kompleks Terbaik Shaklee Berbanding Jenama Lain


Antara perkara yang perlu diberi perhatian semasa memilih supplement B Complex ialah:
  • Mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil dalam masa yang sama).
  • Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
  • Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.
  • Elakkan pengambilan B Kompleks yang menawarkan rumusan larut air (sustain release).
B Complex Shaklee dicipta dengan mematuhi kualiti di atas.

Siapa Patut Ambil B Complex?


Individu yang digalakkan mengamalkan B Complex Shaklee ialah:
  • Pasangan yang merancang untuk hamil
  • Ibu hamil
  • Ibu bersalin dan menyusukan anak
  • Mempunyai penyakit darah tinggi, jantung dan berkaitan kardiovaskular
  • Menghidap kencing manis
  • Selalu letih dan lesu serta pucat
  • Kuat bekerja, kurang rehat dan selalu tidur lewat
  • Kurang selera makan
  • Ingin kurus atau tambah berat badan
  • Nak cantikkan kulit
  • Dan lain-lain

Sebotol B Complex Shaklee mengandungi 120 biji tablet yang berbentuk bujur dan mudah ditelan. Harga sebotol hanya RM53.75 dan boleh tahan selama 4 bulan. Siapa kata vitamin Shaklee mahal? Jimat sangat kan? Boleh hubungi saya untuk dapatkan vitamin ini dan cuba rasai faedah kesihatan yang lebih baik
:) 


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
 
 Kesempitan wang dan berminat nak jana duit? Sertai saya dalam group rahsia kami untuk ketahui bagaimana saya menjana pendapatan secara online daripada rumah.

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : 13 Tips Hilangkan Rasa Letih Dan Penat Lepas Travel Balik Kampung

credit :http://www.mamawidad.com/350/13-tips-hilangkan-rasa-letih-dan-penat-lepas-travel-balik-kampung/

Sebenarnya penat atau cergas ni bergantung kepada keupayaan tenaga badan seseorang. Tambah-tambah kalau umur makin meningkat, memang dapat rasa tenaga kita tak sama macam muda-muda dulu. Tapi macam mana ye kalau kita nak kekalkan tenaga ke paras optimum walaupun usia makin bertambah?

1. Jaga Pemakanan
Amalkan makan makanan yang segar, berkhasiat dan seimbang. Lengkapkan juga dengan makanan tambahan contohnya seperti CoQ10, B Complex, multivitamin, Vitamin C dan minuman tenaga protin soya. Dengan ini tubuh mendapat zat dan nutrien yang diperlukan sel badan untuk bekalan tenaga yang mencukupi, memperbaiki sel-sel yang rosak dan seterusnya menggalakkan pengaliran tenaga yang sempurna.

2. Kurangkan Pilihan (Option) Sekiranya Perlu Buat Keputusan
Dalam keadaan letih, kadang-kadang otak susah nak buat keputusan yang rational dan tepat. Badan pula dah tak larat nak buat kerja-kerja ‘research’. Proses berfikir tu sendiri memakan banyak tenaga. Jadi elakkan perlu buat keputusan-keputusan besar masa letih. Kalau perlu pun, hadkan pilihan yang ada supaya tak susah sangat nak fikir lama-lama.

3. Cuba Praktikkan Terapi Warna
Untuk tingkatkan tenaga, boleh cuba pakai baju-baju ataupun melihat persekitaran yang berwarna panas seperti kuning, merah dan oren boleh memberi efek menyegarkan berbanding warna-warna yang sejuk. Warna-warna panas ni menarik perhatian minda dan mencergaskan aktiviti otak.

4. Berhubung Dengan Orang Lain (Bersosial)
Berhubung melalui media social contohnya seperti Facebook dan Twitter. Menurut kajian saintis, bila kita dikelilingi oleh orang-orang yang rapat seperti rakan dan saudara, tubuh akan hasilkan hormon oxytocyn yang menyebabkan rasa lebih tenang dan gembira.

5. Bersenam
Bersenam boleh bantu tingkatkan stamina dan ketahanan badan. Jadi kalau dah selalu bersenam, walaupun terpaksa travel lama masalah penat tu kurang. Tak lah letih sangat sebab badan dah biasa berada dalam keadaan aktif dan cergas.

6. Minum Air Yang Mencukupi, Air Sejuk Boleh Menyegarkan
Pastikan bendalir badan mencukupi untuk pastikan sel tubuh dapat berfungsi dengan baik. Menurut kajian saintis bila badan didedahkan kepada air sejuk, kita akan jadi lebih peka. Ini kerana tubuh melepaskan hormon noradrenaline iaitu hormon yang membuatkan rasa lebih segar.

7. Makan Dan Minum Yang Menyegarkan
Makan makanan yang sedap dan disukai seperti buah-buahan, ais krim, kuih muih, minuman jus dan sebagainya. Makanan dan minuman ni rasanya sejuk dan manis serta memberi tenaga. Membuatkan rasa lebih menyegarkan.

8. Buang Rasa Kesal Dan Maju Ke Depan
Kadang-kadang masa travel berlaku perkara yang tak menyeronokkan. Contohnya sebab tempat yang dilawati tu tak best ke atau kereta rosak ke. Perkara dah lepas, jadi sebaiknya kita lupakan je benda-benda tak best tu. Ingat momen-momen yang seronok je. Tapi boleh lihat pengalaman lepas daripada sudut positif dan jadikan ingatan untuk masa akan datang. Elakkan perkara-perkara yang boleh buat rasa stress!

9. Ketepikan Urusan Kerja Seketika
Bila badan tengah letih, otak pun susah nak berfikir. Elakkan buat urusan peribadi ataupun hal kerja ketika ataupun selepas travel. Contohnya balas email pejabat ataupun hantar report. Kalau tak urgent, tutup dulu laptop dan ketepikan handphone. Buat perkara-perkara yang kita suka dan menyeronokkan contohnya bermalasan tengok movie, baca majalah, pergi berurut dan sebagainya. Senang cakap, berehat lah dulu ok!

10. Senaraikan Kejayaan Dan Pencapaian
Kadang-kadang apa yang kita rancang tak menjadi. Nasib tak baik ada je pula benda tak kena kan. Silap-silap rasa menyesal pula pergi travel. Kalau tau jadi macam tu baik tak payah pergi! Haa pernah rasa macam tu? 😀 Kalau ada, ingat tips No. 8. Kemudian ambil kertas dan pen dan senaraikan kejayaan ataupun perkara yang berjaya dicapai. Biarpun perkara kecik, tapi bersyukur lah atas nikmat yang Allah beri.

11. Lompat!
Melompat melawan graviti adalah senaman yang bukan saja meningkatkan degupan jantung segera, tapi juga mengepam oksigen ke seluruh badan dan memberi kesan positif pada minda. Mengikut kajian saintis, melompat atas katil ataupun melompat macam orang gembira boleh membuatkan rasa seronok dan mengeluarkan diri daripada rutin biasa.

12.Gunakan Produk Berasaskan Daun Pudina
Kajian menunjukkan bau mint ataupun pudina membuatkan individu bekerja dengan lebih cepat dan tepat atau bersenam dengan lebih lama. Bau ini membuatkan kita rasa lebih peka dan membawa kepada tenaga yang lebih banyak.

13. Rehat Dan Tidur
Kalau dah letih, ubatnya satu je. Kena rehat! Jadi jangan risau untuk ketepikan sementara perkara lain. Utamakan dulu untuk berehat pulihkan badan. Dapatkan tidur yang mencukupi. Tidur yang berkualiti tanpa gangguan walau sekejap dah cukup nak kembalikan fokus kepada urusan harian yang menunggu lepas tu. Daripada ditahan-tahan rasa letih tu menganggu prestasi dan kualiti kerja. Buat rasa moody pun ye juga.

Penat dan letih ni besar skopnya. Penat bekerja, letih buat kerja rumah, selalu rasa mengantuk, tak bermaya, asyik tidur je, rasa lemah ehh banyak lagi lah! Jangan jadikan sebab dah jadi ibu bapa, usia dah meningkat kurang tenaga ataupun ada anak kecil membuatkan kita susah nak travel.
Semuanya bermula dengan cara kita setting minda kita. Jom kita cuba lawan semua keletihan ni dengan 13 tips di atas. Tips ni bukan saja sesuai untuk travel melancong atau balik kampung tapi juga berkesan untuk para ibu yang letih buat kerja rumah.

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : 11 Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi Tanpa Ubat

CREDIT : http://www.mamawidad.com/370/11-cara-kawal-tekanan-darah-tinggi-tanpa-ubat/

 

Meninggal Secara Mengejut


Cara turunkan tekanan darah tinggi tanpa ubat
Tekanan darah tinggi boleh dikawal dengan menguba gaya hidup.

Kisah 1

Senior sekolah saya. Walaupun tak rapat tapi saya ingat lah dia ni. Bujang lagi. Badan besar. Tua setahun je daripada saya. Satu hari dia balik bercuti ke rumah mak ayahnya. Sedang dia berjalan nak pergi duduk atas kerusi, tiba-tiba jatuh! Terus tak ada… Macam tau-tau aje ajalnya dah sampai. Ditakdirkan dia balik bercuti dapat jumpa mak ayah kali terakhir. Kalau jadi apa-apa sorang-sorang di rumah sewa macam mana lah kan…
Rupa-rupanya dia memang ada masalah hypertension. Ditakdirkan waktu tu salur darah dia tersumbat. Burst terus sebab tekanan darah tinggi sangat.

Kisah 2

Kakak kepada orang yang saya kenal. Kenal pun tak rapat sangat. Kakak ni muda lagi. Usia dalam awal 30an. Masih anak dara. Kerja pun bagus. Orangnya kurus aje. Memang nampak sihat lah. Tapi satu hari dapat berita dia meninggal. Masa di shopping complex tiba-tiba dia collapsed. Rupa-rupanya terkena serangan jantung mengejut. Saya pun tak pasti lah dia memang ada masalah darah tinggi atau jantung ke.
Tapi kalau tengok susuk tubuh dia memang tak sangka lah kan. Muda lagi plak tu. Tapi yelah dah ajal…

Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi


Jangan main-main dengan penyakit berkaitan kardiovaskular. Penyakit ni tak terjadi kalau kita ambil langkah daripada awal untuk elak dan kawal tekanan darah tinggi. Sebab once darah tinggi dah tak normal, akan membawa kepada pelbagai penyakit lain yang lebih serius. Kata kuncinya ialah ubah cara hidup ke arah lebih sihat!

1. Amalkan Pengambilan Makanan Tambahan

Pengambilan supplement seperti CoQ10, B Complex, Vitamin C, Omega 3, Garlic dan Phytocol (penyekat kolestrol) sangat membantu untuk mengawal tekanan darah tinggi. Kalau anda gugel, boleh jumpa banyaknya manfaat setiap satu supplement ni untuk kesihatan kardiovaskular dan jantung. Boleh pilih supplement yang berasaskan semulajadi ni tanpa bahan kimia bahaya daripada rangkaian produk Shaklee.
Kelebihan CoQ10 untuk kesihatan
Faedah CoQ10 untuk kesihatan

2. Kawal Berat Badan

Sangat penting untuk pastikan berat badan kita idea. Terlalu kurus pun tak baik dan kalau terlebih berat sampai tahap obesiti pun lagi lah tak bagus. Bila berat badan kurang, selalunya bacaan tekanan darah akan jadi lebih rendah. Sebab jantung tak perlu bekerja terlalu teruk nak pam darah kalau dibandingkan dengan badan yang gemuk.

3. Rajin-Rajinlah Bersenam

Bersenam baik untuk kesihatan. Bersenam secara berterusan dan konsisten boleh bantu mengawal berat badan dan turunkan berat badan berlebihan. Kolestrol berlebihan dalam badan boleh terbakar. Sekiranya tak, kolestrol yang terkumpul akan jadi lemak tambahan dalam badan. Bersenam boleh bantu kurangkan stress dan turunkan bacaan tekanan darah. Peredaran darah juga jadi lebih lancar.

4. Makan Secara Seimbang Dan Sihat

Amalkan makan makanan yang menyihatkan secara seimbang. Elakkan makan berlebihan, makan makanan tinggi lemak, berminyak, bergoreng, makanan manis dan makanan segera atau diproses. Sebab makanan begini mempunyai nilai kalori yang tinggi tapi kurang zat berkhasiat. Pastikan kita lebih banyak ambil buah-buahan dan sayuran segar dan dalam masa sama minum banyak air kosong.

5. Kurangkan Garam Dalam Masakan

Garam antara punca utama tekanan darah tinggi meningkat. Kawal pemakanan bermula dengan menyediakan makanan yang kurang garam dan perasa. Elakkan letak garam berlebihan. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan garam seperti makanan ringan dan makanan diproses. Sebaiknya baca label makanan sebelum membeli makanan.
Kurangkan garam dalam masakan
Elakkan makan garam berlebihan

6. Kawal Pengambilan Alkohol

Sebagai Muslim adalah diharamkan untuk minum alkohol. Sebab sememangnya terbukti alkohol langsung tidak membawa apa-apa manfaat kepada kesihatan. Tetapi bagi yang bukan Muslim, kawal pengambilan alkohol agar tak diambil berlebihan. Alkohol boleh meningkatkan tekanan darah dan merosakkan jantung dan buah pinggang. Sebaiknya berhenti mengambil alkohol.

7. Elakkan Kafein Berlebihan

Bukan saja kafein menyekat penyerapan zat dan nutrien berkhasiat ke dalam badan secara efektif tapi pengambilan kafein berlebihan boleh menaikkan tekanan darah tinggi. Kafein juga menyebabkan fungsi tubuh berubah contohnya rasa mengantuk hilang. Sekiranya dijadikan amalan minum kafein untuk hilangkan mengantuk secara berterusan, tekanan darah boleh naik mendadak dan membahayakan kesihatan.

8. Elakkan Merokok Dan Menjadi Perokok Sekunder

Merokok boleh menaikkan suhu dalam darah. Secara tak langsung meningkatkan tekanan darah. Terlalu banyak kesan sampingan akibat daripada merokok. Antaranya sakit jantung, kanser paru-paru, sesak nafas dan sebagainya. Merokok juga tidak membawa apa-apa faedah kepada individu malah memberikan kesan lebih buruk kepada orang sekeliling yang terpaksa menghidu asap rokok. Adalah lebih baik terus berhenti merokok.

9. Kurangkan Stress

Ada banyak punca stress. Sebaiknya kurangkan dan cuba elakkan perkara yang boleh menyebabkan tekanan. Stress boleh meningkatkan tekanan darah dan tak baik untung kesihatan jantung. Kurang rehat dan kurang tidur juga boleh menyebabkan stress. Cuba kawal stress dengan baik terutamanya berkaitan dengan kerja ataupun peribadi. Sekiranya perlu dapatkan nasihat dan cuba bercakap dengan orang yang boleh dipercayai.

10. Periksa Tekanan Darah Secara Berkala

Adalah bagus jadikan amalan untuk periksa tekanan darah secara berkala. Boleh beli alat bacaan tekanan darah dan simpan satu di rumah. Lagi bagus kalau buat pemeriksaan rutin secara berkala dengan doktor. Kadang-kadang kita rasa sihat tapi sebenarnya tak. Pemeriksaan dengan doktor adalah lebih teliti dan doktor boleh nasihatkan sekiranya ada perkara yang perlu diberi perhatian.
Periksa tekanan darah
Sebaiknya setiap tahun buat full medical check up untuk periksa tahap kesihatan

11. Dapatkan Sokongan Keluarga Dan Rakan

Untuk kawal tekanan darah bermula dengan amalan gaya hidup sihat. Kadang-kadang agak mencabar untuk disiplinkan diri sekiranya orang sekeliling kurang sensitif dan tidak memahami. Jadi beritahu mereka akan akan masalah dan target anda dan minta mereka untuk memberikan bantuan sewajarnya. Lagi bagus, sertai kumpulan sokongan online ataupun offline supaya boleh bertukar maklumat dan pendapat berkaitan kesihatan.

Sebenarnya mahu tak mahu memang kita kena ambil tahu tahap kesihatan sendiri dari semasa ke semasa. Terutamanya kalau dah berkahwin dan ada anak. Kalau kita sayangkan anak-anak, suami atau isteri, kita kena terlebih dahulu sayang diri sendiri. Sebab mereka perlukan kita lama lagi untuk teruskan hidup bersama sebagai keluarga lengkap.
Kalaupun belum kahwin, macam mana pula dengan mak ayah? Dah cukup ke kebaikan kita dah buat untuk mereka diusia tua ni? Macam mana pula dengan adik-beradik, saudara mara, staff-staff di tempat kerja ataupun masyarakat yang mungkin memerlukan khidmat kita?
Hidup bukan untuk diri sendiri saja. Ingat-ingat lah yang tersayang. Boleh mulakan amal gaya hidup sihat sepeti di atas dan konsisten ambil vitamin yang membantu mengawal tekanan darah tinggi. Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut dan order vitamin-vitamin yang sesuai untuk kesihatan kardiovasular dan jantung.

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU :Cara Melegakan Sakit Sendi Lutut, Rawatan Mana Paling Berkesan?

CREDIT :  http://www.mamawidad.com/464/cara-melegakan-sakit-sendi-lutut-rawatan-mana-paling-berkesan/

Bila sendi lutut dah sakit sangat, mestilah kita nak cari ubat yang paling berkesan. Yelah, supaya ubat tu dapat rawat dan hilangkan terus sakit tu. Mana boleh nak tahan sakit lama-lama. Dah lah nak bergerak pun susah, banyak kerja yang tertangguh. Dalam entry yang lepas, saya ada share tentang Simptom-Simptom Sakit Sendi Dan Penyakit Yang Berkaitan Sendi.

Baru-baru ini juga saya ada kongsikan kelebihan Advanced Joint Health Tablet (AJHT) Shaklee yang terbukti memberikan kesan positif memperbaiki kesihatan sendi dalam masa paling cepat 5 hari. Hari ni saya nak share pula dengan lebih mendalam set vitamin lengkap untuk sendi dan kenapa setiap vitamin ni sangat penting peranannya dalam memelihara kesihatan sendi.

Rawatan berkesan untuk legakan sakit sendi seperti sakit lutut.
Apakah rawatan yang paling berkesan dan selamat untuk legakan sakit sendi?

Tapi sebelum tu saya nak cerita sikit tentang rawatan sakit sendi lutut yang biasa digunakan oleh doktor di hospital.

Cara Untuk Menghilangkan Sakit Sendi

Sakit sendi yang paling selalu kita dengar ramai orang hadapi ialah sakit lutut. Rawatan untuk sakit lutut ni juga bergantung kepada tahap kerosakan sendi individu. Terdapat beberapa cara untuk melegakan sakit sendi. Antaranya ialah:

1. Menggunakan ubat atau suntikan. Tetapi kekurangan kaedah ini ialah:
– Melegakan keradangan dan kesakitan sementara waktu sahaja
– Merosakkan organ-organ dalaman akibat pergantungan kepada ubat dalam tempoh jangka masa panjang

Ubat tahan sakit diberikan untuk hilangkan sakit dan bengkak pada lutut.
Ubat penahan sakit diberikan untuk hilangkan sakit dan bengkak pada sendi.

2. Melalui pembedahan. Tetapi kekurangan kaedah ini ialah:
– Kos yang mahal dan tak ramai orang mampu
– Pergerakan anggota badan yang terhad sebab sendi dah tak berfungsi dengan sempurna seperti asal

Pembedahan sendi lutut.
Pembedahan sendi lutut adalah rawatan terakhir untuk sendi yang mengalami kerosakan teruk.

Namun begitu, terdapat alternatif cara semulajadi yang boleh bantu kurangkan dan perbaiki kesihatan sendi. Terutamanya bagi sakit sendi yang minor dan tak serius. Iaitu dengan mengamalkan pengambilan set vitamin sendi yang lebih selamat tanpa bahan kimia bahaya, sihat, semulajadi, tak menyakitkan dan menjimatkan.

Nutrien Untuk Sendi Yang Sihat


Untuk menjamin kesihatan sendi, terdapat beberapa nutrien penting yang boleh menyokong pemeliharaan sendi. Iaitu:

1. Glukosamina – Bahan pembinaan utama dalam membina tulang rawan dan bendalir sinovia.
2. Vitamin C – Menghalang kerosakan radikal bebas yang ditemui dalam bendalir sendi pesakit Rheumatoid Arthritis dan sendi yang mengalami keradangan.
3. Kalsium dan mineral – Penting dalam pembinaan sel tulang yang sihat.
4. Omega 3 – Sebagai agen anti-inflamasi (anti radang) dalam sendi.

Nutrien penting untuk menggalakkan kesihatan sendi.
Nutrien yang menyokong sendi yang sihat.

Oleh itu, berikut adalah cadangan suplemen yang lengkap untuk menyokong ketidakselesaan sendi yang terdiri daripada Advanced Joint Health Tablet, Omega Guard dan juga Ostematrix. Set lengkap ni mengandungi semua nutrien penting di atas. Setiap supplement memainkan peranan penting dalam membekalkan nutrien yang diperlukan oleh sendi.

Apakah Faedah Setiap Suplemen Terhadap Kesihatan Sendi?


Kombinasi 3 supplement di bawah dapat memelihara sendi yang kuat, fleksibel dan bebas bergerak. Ketiga-tiga supplement ni bertindak dengan 3 langkah penting.

Set Vitamin Sendi Shaklee.

Langkah 1 – Membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat dengan Advanced Joint Health Tablet (AJHT)
AJHT memberikan manfaat kepada sendi dalam 3 cara iaitu:
  1. Menyokong keselesaan sendi.
  1. Meningkatkan kesan kusyen.
  1. Memelihara tisu penyambung yang sihat.

Langkah 2 – Mengurangkan inflamasi sendi dengan OmegaGuard
Kajian terkini menunjukkan pengambilan Asid Lemak Omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. Ini kerana omega 3 dapat membantu:
  1. Melambatkan degradasi tulang rawan
  1. Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi dan seterusnya mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi
  1. Bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan untuk lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut dan sakit.

Langkah 3 – Mengekalkan sel tulang yang sihat dengan Ostematrix
Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Sementara magnesium diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi. Kebanyakan orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup pengambilan magnesium.

Ostematrix Shaklee adalah sumber kalsium premium. Dalamnya terdapat:
  1. Kalsium (1000mg) – Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap
  1. Magnesium (400mg) – Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya
  1. Vitamin D (400IU) – Merangsang penyerapan kalsium
  1. Boron – Membantu dalam metabolisma tulang
  1. Mangan, tembaga dan zink – Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.
Kajian menunjukkan pengambilan kalsium bukan sahaja menguatkan tulang tetapi membantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis.

Sekiranya anda adalah golongan berisiko terkena penyakit berkaitan sendi, ambi langkah pencegahan untuk menghalang sendi daripada rosak. Amalkan set vitamin sendi yang dicadagkan sekiranya sudah terdapat tanda-tanda ketidakselesaan sendi supaya tak jadi makin kronik. Masalah sendi boleh mengganggu kesihatan dan kualiti kehidupan harian.

Monday 8 June 2015

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : Tips Penjagaan Kulit Wajah Agar Kelihatan Mulus, Cantik Dan Anggun

 CREDIT :http://www.mamawidad.com/521/tips-penjagaan-kulit-wajah-agar-kelihatan-mulus-cantik-dan-anggun/

Ramai wanita ingin memiliki kulit wajah yang kelihatan mulus, cantik dan anggun. Ini adalah tak mustahil kalau kita tau tips penjagaan kulit wajah yang betul. Bukan saja orang yang berkulit putih tapi yang semulajadi berkulit kuning langsat, sawo matang ataupun hitam manis pun boleh memiliki kulit yang gebu kalau mengikuti dengan betul panduan harian merawat muka.
Tapi fenomena sekarang ramai orang nak kulit wajah yang putih. Eh bila sebut putih ni teringat tagline Qu Puteh.
Putih putih, barulah putih.
Hihi 😀
Memiliki kulit wajah yang putih, gebu dan mulus menjadi dambaan setiap gadis. Sampaikan yang berkulit gelap pun berlumba-lumba cari tips dan maklumat mengenai pemutihan kulit. Ada banyak lambakan produk pemutihan dipasaran. Hati-hati dalam memilih dan jangan consume produk pemutihan kulit yang sebarangan. Sebab dikhuatiri boleh merosakkan kulit atau lagi teruk, mengancam nyawa.

Cara penjagaan asas kulit wajah
Langkah penjagaan kulit muka yang betul bermula dengan perlu rajin mencuci muka!

Sebelum ambil keputusan nak cantikkan kulit, samada nak putihkan ke, licinkan ke, lembutkan ke mahupun gelapkan (eh minah salleh kan suka tanned kan kulit!) mula-mula sekali kenali dulu jenis kulit wajah masing-masing dan bagaimana cara terbaik untuk memberikan lebih kesegaran agar kecantikan lebih terserlah.

Panduan Asas Rawatan Kulit Wajah Di Rumah


Ada beberapa langkah asas untuk kita ikuti dalam menjaga kesihatan dan keserian kulit di bahagian muka terutamanya. Kenapa muka? Sebab bahagian ni penting! Itulah yang first orang tengok iaitu muka. Sebab tu lah ada pepatah dari mata jatuh ke hati. Yelah mata tu kan dekat wajah 😀

Adakah anda tahu bahawa kulit wajah merupakan jaringan kulit yang paling sensitif daripada bahagian tubuh yang lain. Ia mempunyai tiga lapisan iaitu epidermis, dermis dan hipodermis. Setiap satu ini memiliki lapisan yang berbeza-beza. Umur 20an membuatkan hormon endrogen berkurang dalam sistem tubuh badan kita. Disebabkan itu, lemak dan minyak banyak berkumpul pada kulit wajah hingga menyebabkan timbulnya jerawat.
Penjagaan yang betul sebenarnya adalah asas rawatan kulit wajah yang kita boleh buat sendiri di rumah. Ok apakah cara-caranya untuk merawat kulit?

1. Kenali Jenis Kulit
Saya memang jealous dengan orang yang berkulit normal. Sebab apa tau, gadis yang mempunyai kulit normal selalunya tak banyak masalah. Memang bertuah sangat sebab kulit kurang berminyak dan kelihatan berseri setiap masa waima tanpa sebarang solekan.
Kalau yang berkulit kering pula kulit macam ni selalunya mengalami masalah kulit menggelupas dan mudah terdedah kepada bahaya bahan kimia. Kalau tersalah pilih produk penjagaan wajah, kulit mudah jadi kemerah-merahan dan wajah terasa panas atau pun gatal. Memang perlu berhati-hati dengan pemilihan produk.
Saya pula kulit saya jenis yang berminyak. Majoriti gadis di luar sana menghadapi masalah kulit berminyak. Ini disebabkan faktor cuaca dan paling utama pemakanan. Tapi nak kata saya tak jaga makan pun tak juga. Memang dah jenis macam tu kan. Yang tak bestnya kulit begini jerawat senang tumbuh.

2. Produk Pencucian Wajah
Ok lepas dah kenal dengan jenis kulit wajah masing-masing, kita kena kenalpasti pula apa produk penjagaan wajah yang sesuai dengan kulit kita. Sepanjang hari dengan macam-macam aktiviti, menyebabkan kulit wajah terdedah pada kotoran degil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Seelok-eloknya cuci wajah dengan pembersih muka khas dua kali sehari iaitu selepas bangun tidur dan sebelum tidur.
Dalam memilih produk yang sesuai, sebaiknya pilih lah yang bebas daripada bahan kimia merbahaya contohnya yang boleh menghakis kulit wajah. Kalau rajin guna make-up, jangan lupa guna pencuci khas ataupun make-up remover untuk bersihkan bahagian kulit sensitif seperti mata dan bibir. Penjagaan rapi diperlukan kerana tempat-tempat ini mudah terdedah kepada bahaya bahan kimia yang tidak terkawal.

3. Rawatan Awal
Kulit wajah orang muda masih lagi bertenaga dan berupaya untuk menjana semula sel-sel baru. Jadi kulit sentiasa bertukar. Kulit wajah mengalami perubahan setiap dua atau tiga minggu sekali. Amalkan rutin rawatan wajah yang melibatkan penggunaan pembersih, toner, pelembap dan diikuti dengan urutan lembut, scrub dan masker mengikut waktu yang ditetapkan.
Rutin ini berfungsi membuang sel kulit mati. Dalam masa sama proses ini mampu membuka ruang pori dan memudahkan kekotoran dibuang, mengekalkan kesegaran, menyeimbangkan kelembapan, menyihatkan kulit dan wajah nampak lebih cantik.


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….


PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : KISAH BENAR TENTANG SESEORANG DAN JERAWAT......



Assalamualaikum dan petang...

nak share kisah seorang rakan saya tentang kulit beliau yang berjerawat...menarik juga perkongsian beliau ni... so baca hingga habis ya...

Kredit :  http://www.mamawidad.com/243/6-tips-atasi-masalah-jerawat-dan-hilangkan-parut-yang-hodoh-di-muka/

Kisah sejarah jerawat saya ni bermula masa di Tingkatan 3 iaitu tahun 1998. Saya percaya perubahan hormon yang pesat masa umur 15 tahun tu yang jadi punca pimples dan acne breakout yang berleluasa. Lagipun masa tu stress dengan nak peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan badan tengah alami tumbesaran yang pesat. Perubahan hormon tengah rancak kata orang. Jadi jerawat tumbuh subur dimuka.

Sepanjang tempoh tu macam-macam benda saya dah cuba. Ada yang ok dan ada yang tak. Pengalaman buruk pun ada menyebabkan saya terpaksa tanggung kesan jangka panjang sampai sekarang. Apalagi kalau bukan parut kekal. Saya pun tak sangka jadi macam tu. Andai lah masa tu boleh diputar balik.
Tip rawat masalah jerawat dan hilangkan parut jerawat
Kalau tak nak muka berparut, hentikan habit suka picit jerawat.

Tapi benda dah jadi. Kesal kemudian tiadalah gunanya. Nasib baik lah exboyfriend saya yang kenal saya masa tu terima saya adanya. Entah celah mana dia rasa saya ni comel agaknya. Dan sebab tak kisah dengan parut-parut jerawat tu lah dia boleh kahwin dengan saya. Nasib baik mak andam pandai tutup cela bekas-bekas jerawat.

Sebab tu saya semangat sangat nak kongsi dengan mereka-mereka yang senasib dan juga terutamanya adik-adik yang masih muda. Sekurang-kurangnya maklumat yang saya kongsikan ni dapat bantu anda buat keputusan yang betul untuk elakkan keadaan jadi lebih teruk. Pilih cara yang yang selamat, jimat, tak memudaratkan dan akhirnya buat anda gembira.

Rawat Masalah Jerawat Dengan Hati-Hati


Memandangkan dalam adik-beradik, saya saja anak perempuan tunggal, mak ayah saya pun banyak juga lah berhabis nak rawat masalah muka saya ni dulu. Terutamanya masa saya masih belajar. Antara rawatan untuk jerawat yang saya pernah cuba ialah:
1. Guna macam-macam produk penjagaan wajah – Saya bertukar daripada satu produk ke satu produk. Pernah terguna produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya macam hidroquinon dan menyebabkan kulit menggelupas teruk.
2. Ambil ubat jerawat di klinik dan makan antibiotik – Tapi lepas beberapa bulan saya berhenti sebab tak nak bergantung dengan ubat-ubatan untuk jangka masa panjang.
Makan ubat untuk jerawat
Bagi masalah acne yang teruk pakar kulit mungkin akan suggest untuk makan antibiotik
3. Buat chemical peeling di klinik swasta – Sekali rawatan saja kosnya dah beratus-ratus sedangkan waktu tu saya cuma student university! Masa buat tu pedihnya. Dan kena makan ubat juga. Jadi lepas 3 kali saya berhenti.
4. Lap dan tuam muka dengan kain suam dan air panas, pakai mask putih telur, letak limau, letak rempah-rempah tertentu – Ada yang ok dan ada yang tak ok. Tapi sebenarnya tak lah membantu sangat dan akhirnya kulit jadi makin radang. Mungkin cara saya tak betul atau over-doing it.
5. Guna sabun jerawat yang dibeli di farmasi – Untuk seketika ianya membantu tapi lama-lama sangat mengeringkan dan menipiskan kulit.
Dan kesilapan saya yang paling besar ialah:
6. Buat rawatan wajah atau facial dengan orang yang tak mahir – Saya pernah buat rawatan di saloon tapi malangnya beautician tersebut bukan seorang yang mahir menyebabkan muka saya bengkak dan penuh dengan bintik-bintik parut. Kulit saya jadi merah dan radang macam udang kena bakar. Parut ni kekal berbulan-bulan dan mana-mana saya pergi, orang pandang. Tak tipu!
Produk kecantikan yang digunakan pula rupanya sangat kuat dan bagi kesan pada jangka masa panjang. Pernah sekali masa jalan-jalan di pasar malam ada mamat nakal tiba-tiba keji saya kata muka saya buruk! Waaa! Housemate saya terus peluk dan pujuk saya. Tapi saya masa tu dah pasrah tahap langit ke lapan. Huk huk!
Tapi mana lah saya tau nak jadi macam tu kan. Nasi dah jadi bubur, tak boleh nak patah balik!

Parut Makin Hilang, Harapan Nak Cantik Kembali Bersinar!


Tapi entah macam mana satu hari saya ditakdirkan berjumpa dengan beautician di sebuah salun kecantikan. Aunty tu kesian tengok saya. Siap offer nak buatkan rawatan dan bagi diskaun. Dia lah banyak nasihatkan saya. Katanya muka berjerawat ni kalau banyak blackhead dan whitehead ni kena buat facial. Buang keluar kekotoran. Ibarat longkang tersumbat. Kalau dibiarkan akan terus kotor walaupun kita cuba tutup.
Longkang katanya…
Tapi Alhamdulillah lepas beberapa kali rawatan memang muka saya makin baik. Parut kehitaman dah makin nipis. Pori-pori besar, blackhead dan whitehead makin kurang. Ya Allah of course lah saya happy sangat! Katanya lagi muka ni pun perlu maintenance. Produk kita guna ikut keadaan dan progress muka. Macam bangunan lah. Bila kotor kita cuci guna berus. Lepas tu bila dah bersih guna penyapu saja untuk maintain bersih.
Bangunan pulak dah…
Produk yang digunakan adalah daripada Canada dan takde dijual di kedai-kedai di Malaysia ada di pusat rawatan wajah terpilih je. Salun yang saya pergi ni di Kota Kinabalu, Sabah. Masa ni keluarga saya menetap di sini. Jadi lepas beberapa tahun saya stop guna produk tu sebab tinggal di luar negara dan susah nak beli. Lagipun boleh tahan mahal harganya.

6 Tips Atasi Jerawat Yang Perlu Diutamakan


Orang-orang muda dan anak-anak remaja terutamnya mesti stress tahap gaban bila tiba-tiba ada masalah jerawat ni. Tapi dalam keadaan terdesak jangan terburu-buru buat tindakan yang memburukkan lagi keadaan. Sepanjang pengalaman merawat jerawat, tips utama yang sangat membantu ialah:
1. Pilih Produk Penjagaan Kulit Wajah Yang Sesuai – Saya pernah cuba nak beli set penjagaan muka yang terkenal dan mahal tapi dinasihatkan oleh saleswoman tu kulit muka saya muda sangat lagi dan tak perlu guna produk yang kuat. Dia nasihatkan saya guna produk yang lembut, natural dan selamat untuk kulit remaja. Tak semestinya kena beli yang mahal!
2. Buat Rawatan Facial – Pergi ke pusat rawatan wajah ataupun spa kecantikan yang mahir dalam rawatan kulit. Kadang-kadang kita ada masalah blackhead, whiteheat, jerawat batu dicampur pula dengan resdung dan sebagainya. Jadi mereka ni akan bantu buang dan rawat jerawat tanpa memudaratkan kulit muka. Bayaran pun tak mahal sangat lebih kurang RM60 saja. Buat facial sebulan sekali saja pun dah cukup. Tapi hati-hati pilih tempat facial. Pastikan mereka memang mahir ok dan ada kelulusan bidang berkaitan.
Facial treatment di spa kecantikan muslimah
Memang besttt sangat buat facial. Rasa tenang, relax dan hilang stress masa rawatan. Silap-silap boleh tertidur!
3. Minum Air Kelapa – Saya dinasihatkan supaya rajin-rajin minum air kelapa. Dia kata tak perlu membazir duit beli macam-macam yang mahal-mahal. Minum air kelapa original sekali seminggu pun ok. Dan juga green tea. Tujuannya untuk detoks keluar toksin-toksin dalam badan yang boleh jadi punca jerawat.
4. Bertenang Dan Take It Easy! – Adalah normal bagi remaja yang sedang alami perubahan hormon mendadak alami masalah jerawat. Makin lama jerawat ni akan hilang. Enjoy proses tumbesaran semulajadi tubuh sendiri. Pandang jerawat daripada sudut positif. Tugas jerawat ialah buang keluar kekotoran dalam badan. Adalah lebih baik kotoran tu keluar daripada terkumpul dalam badan. Makin dewasa hormon makin stabil dan jerawat makin kurang.
5. Jaga Pemakanan – We are what we eat. Jerawat boleh dipengaruhi oleh amalan pemakanan. Saya elakkan dan makan secara disiplin makanan yang boleh jadi punca allergy dan jerawat contohnya makanan laut macam ketam, udang, kerang. Saya lebihkan makan sup dan kurangkan makanan berminyak dan bergoreng.
Punca muka berjerawat
Orang kata suka makan coklat antara sebab punca jerawat terjadi
6. Pakai Mask Berasakan Clay – Saya dapat tau amalan guna clay mask boleh bantu kurangkan kemerahan dan radang jerawat serta kecutkan jerawat. Dalam masa sama clay ni ada bahan yang boleh serap minyak berlebihan pada kulit. Boleh amalkan seminggu 2 kali dan biarkan clay mask tu kering selama 30-45 minit setiap kali. Boleh cari di farmasi atau kedai clay mask yang berasakan tumbuhan dan lagi best kalau ada ekstrak mint yang boleh sejukkan dan tenangkan kulit.
Memang lah tak best kalau ada jerawat. Tapi dengan pendekatan yang betul boleh membantu mengurangkan masalah jerawat dan elakkan daripada jadi lebih teruk. Kalau setakat ada sikit-sikit tu biasa lah kan.

Shaklee Kawan Baik Kulit Muka Saya Hingga Sekarang


Lepas daripada tu, saya tercari-cari produk penjagaan kulit yang sesuai dan tak mahal sangat. Yang penting selamat tanpa bahan kimia bahaya. Mak saya cadangkan guna Shaklee. Saya terus beli satu set produk skincare Enfuselle Shaklee dan mula guna tahun 2006. Dalam masa sama saya amalkan makan vitamin Shaklee. Sebab bila baca, nutrien tertentu memang boleh bantu kawal pertumbuhan jerawat.
Sangat penting sebenarnya berusaha amalkan nutrien yang baik untuk kulit. Sebab kecantikan dan kesihatan bermula daripada dalam badan. Bila dalaman sihat insyaAllah akan terserlah pada luaran. Antara vitamin yang saya ambil ialah:
1. Vitamin B Complex – Memperbaiki salurah darah pada kulit dan menjadikan sel kulit lebih sihat sebab dapat bekalan oksigen dan nutrien yang mencukupi untuk pemulihan. Menyebabkan kulit kelihatan lebih bermaya dan tak kusam.
2. Vitamin C – Membantu mengawal bakteria yang menyebabkan jerawat dan mengurangkan radang kemerahan akibat jerawat. Ianya juga antioksidan yang membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat cahaya matahari dan radikal bebas.

Amalkan Vitamin C untuk petua awet muda
Vitamin C memang terkenal daripada dulu sangat baik untuk kecantikan kulit
3. Alfalfa Complex – Agen detoks lembut yang menyingkirkan keluar semua toksin dan kotoran daripada badan menjadikan saluran darah lebih bersih. Membantu mengurangkan masalah jerawat, sinus, resdung, alahan dan sebagainya.
4. Zinc – Kajian menunjukkan zink dapat memperbaiki radang pada kulit seperti jerawat, allergy dan luka pada kulit.
5. Garlic – Antibiotik semulajadi yang menguatkan sistem imun untuk menghalang jangkitan penyakit dan serangan kuman yang menyebabkan sinus, allergy, selsema, kulat dan sebagainya.
Optional
6. GLA Complex – Membantu menyeimbangkan hormon, melegakan simptom PMS dan Menopause, memperbaiki tekstur dan penampilan kulit.
7. Vitamin E – Memperbaiki parut akibat jerawat, antioksidan yang melindungi sel daripada kerosakan yang lebih banyak akibat radikal bebas, melembutkan dan melembapkan kulit. Terbaik untuk hilangkan parut jerawat.
Vitamin E kurangkan parut jerawat
Vitamin E pula memang dah terkenal dengan kelebihannya mampu menghilangkan kesan parut.

8. ESP – Kaya dengan asid amino protein yang sangat penting untuk menggalakkan pertumbuhan sel, kuku, rambut yang sihat. Seterusnya menipiskan parut dan melegakan luka. Terbaik untuk gantikan sel kulit yang rosak dan nipiskan parut lama.

Alhamdulillah memang serasi dengan saya produk Shaklee ni. Mungkin sebab produk Shaklee memang takde bahan kimia sintetik bahaya jadi memang takde kesan buruk jangka masa panjang. Dah hampir 7 tahun dah saya guna skincare Shaklee dan vitamin untuk kulit. Parut-parut lama dah nipis dan jerawat dah tak tumbuh macam muda-muda dulu.

Jangan ambil ringan masalah jerawat terutamanya kalau ada masalah eczema dan resdung yang teruk. Sebab kalau dibiarkan boleh jadi lagi teruk dan tak mustahil terjadi parut kekal pada wajah. Tambah-tambah lagi kalau suka picit jerawat. Tu yang ada orang muka berlubang-lubang. Jangan korek! Cuba amalkan tips yang saya share tadi dan kalau mengalami jerawat kronik ataupun radang kulit, segera jumpa pakar kulit.

Saya faham sangat sebab saya pun pernah alami. Rasa buntu, frust. Semua dah pernah rasa. Jangan susah hati kalau ada jerawat. Boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi dan info lanjut tentang produk Shaklee yang sesuai. Bila cuba vitamin untuk jerawat bagilah sikit masa untuk nampak perubahan positif. Dalam masa sama kena lah disiplin dan amalkan gaya hidup sihat.
Amalkan minum banyak air kosong dan elakkan stress. Dan rajin-rajin lah cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari sebab kebersihan penting untuk kulit yang sihat 😉


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….