Kanak-kanak berusia tiga tahun masih belum mampu memegang pensil dengan sempurna. Memang sifanya suka menconteng pada kertas kerana sedang meniru seperti orang dewasa menulis. Sebenarnyn keinginan  untuk menulis atau sekadar menconteng  pada kertas adalah perkembangan motor halus bagi kanak-kanak pada usia tiga hingga lima tahun. Jadi untuk menggalakkan mereka untuk menulis dengan baik pada tahap usia ini. Terdapat beberapa panduan untuk merangsang mereka melakukan aktiviti menulis dengan gembira.  
      
5 pekara yang perlu tahu sebelum melatih anak menulis.
1.Persediaan memegang pensel atau alat tulis lain.
Latih anak setiap hari. Biarkan jarinya memegang pensil dengan betul sehingga  dia dapat menconteng pada kertas dengan selesa.
 
2.Pemahaman anak terhadap bahasa atau simbol.
Anak harus kenal simbol-simbol dan menguasai konsep huruf. Ini bermakna anak mampu membezakan antara huruf a dan b. Seeloknya kenalkan huruf kecil terlebih dahulu kerana lebih mudah difahami atau lebih senang digunakan untuk menulis.
 
3.Bentuk pengajaran menulis mengikut minat anak.
Mulakan daripada sesuatu yang menarik perhatian anak dan sesuai mengikut keperluannya  seperti namanya sendiri, minum, makan, pakaian dan lain-lain.
 
4.Belajar menulis di mana jua
Untuk belajar menulis tidak perlu ditempat khusus. Lakukan sambil bermain. Misalnya dengan ranting pohon di tanah, di pantai dengan jari dan lain-lain. Juga pengenalan huruf di sekitar badan sendiri, misalnya mulut yang berbentuk O. Juga dengan objek nyata iaitu huruf h mewakili hidung, huruf a untuk buah ayam dan seterusnya.
 
 5.Jangan paksa
Namun jika si manja masih belum ingin ‘menulis’ sebaiknya jangan paksa. Tindakan ini akan menyebabkan anak trauma dan sekali gus mengakibatkan  dia malas untuk mengembangkan kemampuannya untuk menulis.
 
Jom buat aktiviti mengikut garis putus-putus

a.Pilih bahan yang menjadi kegemaran anak anda. Misalnya jika dia menyukai binatang, sediakan buku  bergambar haiwan.

b.Berikan  pensil dan biarkan dia mengikut garis putus-putus berbentuk haiwan.

c.Biarkan dia melakukan secara perlahan. Tidak perlu dipaksa.

d.Sambil menunggu dia menyiapkan gambarnya, ceritakan keistimewaan haiwan itu. Secara tidak langsung si kecil mendapat tambahan pengetahuan.

e.Setelah anak berjaya meniru bentuk  gambar haiwan, Kemudian di tingkatkan dengan bentuk geometris seperti lingkaran, segitiga, segiempat dan lain-lain.

f.Pada awalnya, anda membimbing sambil memegang tangan anak. Selanjutnya, rangsang anak untuk meniru sendiri.

g.Kemudian, pertingkatkan kemahirannya dengan menggambarkan bentuk-bentuk yang ada disekitarnya  seperti wajah ibunya, meja makan, telur, bola dan lain-lain.


 

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_



UMMI ZUBARI
SID 892671

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….