Showing posts with label RESDUNG. Show all posts
Showing posts with label RESDUNG. Show all posts

Monday, 16 April 2018

Resdung Teruk Boleh Menyebabkan Migrain?

Resdung Teruk Boleh Menyebabkan Migrain?

Ada kaitan tak?

Bila resdung teruk boleh menyebabkan kita akan mendapat migrain?
Memang orang yang ada resdung teruk akan alami sakit kepala berdenyut di bahagian dahi ke hidung. Tanda seperti muka sembab air, hidung sentiasa gatal hingga sampai satu tahap sensitif dengan cahaya ataupun bunyi yang kuat.
Jadi sangat tidak selesa dan badan tak sihat jadinya.
Ubat untuk migrain dan resdung teruk
Jom saya kongsikan pengalaman sebenar kawan saya yang ada masalah resdung dan migrain teruk. Juga masalah gastrik.

Assalamualaikum W.B.T.. Saya Ayu Adyani Ab Rahman, berumur 33 tahun dan berasal dari Kota Bharu. Saya berkerja sebagai guru dan memiliki 3 orang anak.
Saya ingin berkongsi pengalaman saya mengidap penyakit sinus, migrain dan gastrik di tahap kritikal.

Antara simptom yang saya hadapi ialah bersin yang berpanjangan, bengkak muka dan migrain yang teruk sehingga muntah-muntah. Saya juga kerap mengambil cuti sakit akibat daripada penyakit-penyakit ini.
Saya telah mengidap penyakit ini sejak dari bangku sekolah lagi.
Untuk mengatasi masalah ini, saya kerap kali berjumpa dengan doktor, mengambil pain killer, PCM dan yang sewaktu dengannya. Saya juga pernah berjumpa dengan pakar neuro akibat masalah migrain yang teruk.

Doktor memberi saya ubat-ubatan, pain killer dan ubat sinus pula perlu kerap diambil ketika sinus menyerang.
Saya mula mengenali Shaklee selepas kelahiran anak ketiga ketika hadir ke sebuah kelas nutrisi anjuran Shaklee. Pakar nutrisi dalam kelas telah menjelaskan serba sedikit tentang kepentingan mengambil supplemen tambahan Shaklee.
Pulang dari kelas nutrisi, saya mula membuat kajian tentang Vivix, polifenol, resveratrol dan juga antioxidant.

Saya mula mengamalkan Vivix sejak kelas nutrisi tersebut dan mengambil sekurang-kurangnya 2 sudu sehari dan kadang-kadang lebih kerana rasanya yang enak.
ubat untuk kurangkan resdung dan migrain
Antara produk Shaklee lain yang turut saya ambil ialah:
  • ESP
  • Vitalea
  • Garlic Complex
  • B-Complex
  • Omega Guard
  • Vita-C
  • Alfalfa
  • Ostematrix
  • Lecithin
  • Herblax
  • GLA Complex
  • Vita-E.
Di awal pengambilan supplemen-supplemen ini, saya mengalami ‘body adjustment’ yang agak teruk seperti muka menjadi sembap, pening dan demam yang teruk selama seminggu.

Setelah beberapa minggu, saya mula perasan jerawat batu mulai kecut, muka semakin OK, parut-parut semakin pudar dan tidak lagi didatangi selsema.
Kini setelah 2 tahun, Alhamdulillah saya tidak lagi didatangi sinus dan tiada lagi rekod MC akibat sinus. Migrain dan gastrik saya juga semakin berkurang dan bebas daripada pain killer dan PCM. Yeayy!! Dah dua tahun tak sentuh PCM.
Saya masih lagi konsisten mengamalkan supplemen-supplemen ini dan sudah tidak terkira berapa bilangan Vivix yang telah saya ambil.

Pesanan saya kepada anda ialah jaga kesihatan sebaik mungkin dan berikhtiarlah dengan cara yang paling selamat. Amalkan makan supplemen sebelum datang penyakit yang tidak diundang.

Saya sangat berpuas hati dan berazam untuk membantu mereka yang ada masalah sama dengan saya untuk mencuba ikhtiar dengan Vivix dan supplemen lain juga.

Kesihatan adalah nikmat yang perlu disyukuri dan dijaga! Bila sihat apa yang kita lakukan akan menjadi lebih bererti dan cemerlang!
Terima kasih Allah kerana telah menemukan saya dengan produk hebat ini. TQ juga kepada pakar nutrisi yang memberi penerangan dan terima kasih juga kepada encik suami yang banyak memberi sokongan. Terima kasih buat ahli keluarga lain dan kawan-kawan.

Ikutkan sebelum ini memang bergantung dengan ubat tahan sakit sahaja. Tetapi tidak melegakan.
Alhamduillah alternatif dengan suplemen Shaklee banyak merubah hidup beliau. Paling penting tidak perlu bergantung dengan mana-mana painkiller dah.

Suplemen untuk Masalah Resdung dan Migrain Teruk

Vivix
Ada kandungan polifenol yang bagus untuk mengurangkan keradangan dalam badan kita.
Alfalfa
Bagus untuk hilangkan alergik akibat terkena habuk ataupun hama.
Vitamin C
Untuk menguatkan antibodi badan kita untuk melawan jangkitan kuman dan juga sebagai antihistamin untuk kurangkan masalah resdung.
Garlic
Sangat bagus sebagai antibiotik semulajadi bagi mengelakkan jangkitan kuman/bakteria.
Bcompleks
Iaitu Vitamin B untuk melegakan tekanan di kepala bagus untuk kesihatan saraf
Ostematrix
Ada kandungan kalsium, magnesium dan vitamin D yang mana bagus untuk mengecutkan saraf dan otot yang tegang.
Wah banyak sangat ni.

Perlu semua vitamin ke?
Setiap vitamin ada peranan masing-masing untuk bantu masalah resdung dan migrain. Saling melengkapi untuk bantu melegakan tekanan dan mengurangkan simptom resdung.
Sebab masalah resdung ataupun migrain bukan semata-mata sakit kepala sahaja kan. Ia melibatkan tekanan di dinding darah, juga mungkin ada jangkitan dalam rongga hidung yang membuatkan bakteria aktif.

Yang penting alternatif suplemen Shaklee yang sememangnya dibuktikan secara sains memang tiada kesan sampingan.


**jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
013-8342092
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Friday, 6 October 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : Set Resdung Shaklee Untuk Rawatan Penyakit Resdung


Penyakit Resdung adalah antara penyakit yang sering menjadi masalah kepada ramai orang di Malaysia.Pelbagai rawatan telah dicuba untuk atasi masalah penyakit resdung ini.  
Set Resdung Shaklee disyorkan bagi membantu mengatasi masalah yang menghantui anda selama ini. Dalam istilah perubatan, penyakit resdung dikenali dengan nama sinusitis.
Masyarakat lazimnya menganggap penyakit ini adalah penyakit yang tidak berbahaya walaupun hakikatnya jika dibiarkan menjadi kronik ia boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!
Resdung

Punca Penyakit Resdung

Pada kebiasaannya, para pesakit resdung akan mengalami situasi seperti bersin dengan kerap, dengkuran luarbiasa, batuk, gatal hidung, cepat letih, muka terasa sakit dan pening kepala waktu pagi. Bagi pesakit resdung yang kronik, resdung berisiko menyebabkan punca telinga menjadi pekak.
Sebelum bercerita lebih lanjut tentang Set Resdung Shaklee, terlebih dahulu kita perlu tahu apa punca sebenarnya yang menjadi penyebab berlakunya penyakit resdung ini.
Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Sebagai tambahan, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus. 
Antara komplikasi penyakit resdung:
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.

Kisah Ummi Zainab Yang Kulit Muka Berjerawat Teruk Akibat Resdung 


Saya Ummi Zainab Mohamad, Nama glemer di Fb Ummi Ussi (Cik Zai). Sebelum ini tak pernah kenal apakah itu Shaklee. Tak pernah tahu dan tak pernah diberitahu walaupun saya yang sangat aktif berinternet. Sehinggalah satu hari, saya ke hospital dan diperkenalkan oleh seorang Doktor. Langkah kanan gamaknya masuklah bilik No.1 dan saya menceritakan segala masalah saya kepada doctor tersebut . Tq yer doc !
.
Ok dipendekkan cerita, setelah diperkenalkan melalui flyer shaklee yang doc bagi saya tak mencuba terus sehinggalah saya tengok banyak suplemen di rumah saudara saya. So dia pulak menceritakan kebaikan Shaklee kepada saya. Ingat lagi suplemen first saya cuba adalah Alfalfa Complex.
.
Saya diberitahu Alfalfa Complex ni sesuai untuk penyakit resdung. So saya cubalah. Alhamdulilah memang menakjubkan kegatalan dimuka, hidung, lelangit, telinga kembali berkurang dan sembuh dengan sekelip mata. Kalau dulu saya peruntukkan hampir RM 300.00 untuk settle masalah resdung saya ni (facial muka, berbekam, beli batang rokok resdung) tetapi dengan Alfalfa Compex saya hanya peruntukkan RM 53.75 (harga bukan ahli) yang kuantiti sebanyak 330 biji. Bonusnya lagi masalah keputihan dan masalah dalaman saya semakin pulih dan hilang terus .. Menakjubkan !!!
.
Sejak dari sebotol Alfalfa Complex saya mula yakin bersama Shaklee. Saya semakin rajin google dan mencari input2 dan sharing/testimoni dari pengguna dan kebaikan dari suplemen shaklee.
.
Ok Settle masalah resdung & keputihan. Saya fokus untuk kecantikan kulit muka pula. Muka saya dulu teruk (kusam, bernanah,sensitif, berparut dan berjerawat) .Untuk masalah itu, saya mula mencuba set kecantikan kulit muka. Saya pernah cuba suplemen Esp, Vivix, Vitamin C, Vitamin E, Alfalfa Complex, B-Complex.Omega Guard,Herblax dan set skincare pula saya memilih Skincare Enfuselle (masa itu saya pakai sebab kulit muka teruk) sekarang dah takde jerawat saya kembali setia dengan Set SkinCare Nutriwhite (Kulit dah kelihatan normal dah). Memang banyak saya guna suplemen shaklee tetapi saya tak beli semua sekaligus la. Ada duit saya topup sikit untuk suplemen . Saya laburkan untuk diri saya sendiri. Semua BERJAYA kerana saya KOSISTEN guna selama 2 tahun.
.
Alhamdulilah, Allah dah temukan saya dengan suplemen yang sangat berkualiti dengan ujian klinikal yang terbaik dan ia sangat sesuai dengan diri saya. Tahniah untuk diri saya sendiri dan juga untuk berjuta-juta pengguna/testimoni lain yang telah berjaya bersama Shaklee.
.
Yang masih ragu-ragu dengan shaklee . Cuba dulu .. Alami sendiri.. Jangan buat andaian sebelum mencuba. Apa-apapun semoga testimoni ini memberi manfaat pada semua.

Set Resdung Shaklee Sebagai Rawatan Penyakit Resdung


 Alfalfa Complex
  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.
B Complex
  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.
Vitamin C
  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.
Jangan berlengah untuk mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah. Hakikatnya, penyakit resdung ini jika dibiarkan melarat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
013-8342092
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Wednesday, 24 September 2014

Pengedar Shaklee di Bintulu, Sarawak :Resdung Punca Jerawat Teruk

Assalamualaikum dah salam sejahtera.... macam menarik je entry ni saya dapat dari blog :

http://rezekisihat.com/2014/09/23/resdung/

Jom baca !!!!!

Apa Itu Resdung?

Resdung ialah salah satu penyakit berpunca daripada virus yang menyerang pada bahagian hidung dan menyebabkan hidung berair, gatal-gatal dan boleh merebak ke bahagian mata serta kepala.
Dikenali juga sinusitis, jika tidak dirawat akan menjadi lebih teruk. Sehinggakan ada yang terpaksa menjalani pembedahan pada bahagian hidung. Resdung juga boleh menyebabkan kanser hidung.
Semua manusia mempunyai resdung, cuma keadaan manusia itu tidak sama. Ada yang teruk dan ada yang biasa sahaja.

Simptom Resdung

Pelbagai keadaan atau simptom bagi yang mempunyai resdung dan setiap orang adalah berbeza. Antara simptomnya ialah :
  • Kerap bersin terutamanya pada waktu pagi
  • Mata dan hidung berair
  • Sakit kepala yang berlanjutan
  • Gatal-gatal pada bahagian mata dan hidung
  • Alahan pada makanan laut- bila makan akan menyebabkan kesan sampingan.
  • Jerawat teruk seperti bernanah dan jerawat batu
  • Hidung tersumbat dan menyebabkan deria bau terganggu
  • Selsema lambat sembuh dan berpanjangan
  • Bengkak gusi dan kerap sakit gigi
  • Nafas berbau

Kisah Saya Dan Resdung

Bercakap pasal resdung, saya teringat tentang masalah resdung yang di alami 2 tahun lepas. Kerana tersilap makan, wajah saya dipenuhi jerawat bernanah dan jerawat batu sehinggakan meninggalkan parut tebal. Parut-parut tersebut berwarna kebiruan seperti lebam.
resdung Saya memang suka bertukar-tukar produk penjagaan wajah. Setiap bulan pasti ada produk baru yang dicuba. Jika tidak memuaskan, saya akan tukar ke jenama lain.
Mempunyai jerawat teruk membuatkan saya tidak selesa dan malu untuk berjumpa klien. Memandangkan kerja saya akan berjumpa klien. Rakan-rakan sepejabat pandang semacam dan ada juga yang menjauhkan diri.
Saya terpaksa pantang makan minum dengan tidak makan makanan laut dan tidak minum ais. Saya langsung tidak sentuh makanan yang berunsurkan makanan laut seperti budu dan belacan.
Saya pernah berjumpa doktor pakar kulit dan doktor membekalkan saya antibiotik untuk jerawat, krim dan pencuci. Rawatan yang disediakan juga memakan belanja yang tinggi iaitu mencecah ratusan ringgit.
Namun, tiada perubahan. Lalu seorang kawan sarankan saya untuk mencuba sejenis produk kosmetik tempatan.
Alhamdulillah, jerawat mengecut dan parut semakin pudar. Tetapi itu hanyalah rawatan luaran. Selepas memperolehi kulit wajah yang sihat, saya mula tidak berpantang. Merdeka daripada berpantang.
Selepas berkahwin dan mempunyai seorang anak, resdung menyerang lagi bila mana saya makan makanan laut, akan keluar jerawat dan kerap bersin. Pada masa tersebut, saya sudah berhenti memakai produk kosmetik kerana tidak mempunyai masa menghias diri.
resdung
Selepas mencuba Set Resdung Shaklee
Kawan-kawan mencadangkan saya menggunakan Set Resdung Shaklee. Alhamdulillah, alergi saya semakin berkurangan. Saya tetap makan makanan laut kerana itulah makanan kegemaran saya. Setiap kali selepas makan makanan laut, saya akan makan Alfalfa Complex sebagai persediaan untuk alergi.

Set Resdung Shaklee Penawar Resdung Terbaik!

Terdiri daripada 3 jenis vitamin iaitu, Alfalfa Complex, B Complex dan Sustained Release Vitamin C Plus.

Alfalfa Complex mampu mengurangkan masalah alergi, gatal-gatal dan juga membuang toksin dalam badan. Untuk pengetahuan anda, makanan laut menghasilkan banyak toksin.

B Complex pula mencantikkan dan memperbaiki masalah kulit. Membantu proses penyembuhan jerawat serta mengecutkan jerawat.

Sustained Release Vitamin C Plus membantu memudarkan parut sekaligus mengecutkan jerawat. Mengatasi masalah selsema berpanjangan akibat resdung.

Bagi saya, Set Resdung Shaklee adalah yang terbaik kerana mampu menyelesaikan masalah saya tanpa kesan sampingan. Tambahan pula, ianya selamat, dan semulajadi tanpa bahan kimia.

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671


call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Tuesday, 20 May 2014

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : SUPPLIMENT UNTUK RESDUNG

Alfalfa Complex
  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.
B Complex
  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.
Vitamin C
  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.
 
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….