Tuesday 27 May 2014

Shaklee Bintulu :Hakikat Soya Yang Perlu Anda Tahu

Hari ni nak share artiker yang di tulis oleh super upline saya tentang soya...

Soya oh soya..
Soya adalah antara makanan yang dilanda kontroversi paling hangat di dunia barangkali. Soya boleh jadi SANGAT BURUK, dan SANGAT BAIK, bergantung kepada siapa yang kita tanya tentang soya. Ia boleh jadi superfood, dan boleh jadi makanan penyebab penyakit kronik, bukan itu saja, malah menjadi salah satu dalam agenda kaum Yahudi Laknatullah.

Penelitian terhadap soya memberi argumen untuk kedua-dua pendapat ini… Jom teruskan pembacaan.
Kacang soya berasal dari Asia Timur (China, Jepun) dan sekarang diusahakan secara besar-besaran di US. Namun begitu, 90% dari tanaman soya yang diusahakan di Amerika adalah dari jenis GMO (genetically modified organism) dan juga disembur dengan pelbagai racun serangga, racun rumpai dan sebagainya [KLIK SINI untuk baca laporan tentang Roundup yang digunakan secara meluas di US]

Soya dimakan dengan pelbagai cara (tapi tak boleh makan mentah-mentah), misalnya dimakan secara terus selepas direbus, yakni edamame yang biasa didapati di kedai sushi; tofu; yang menjalani proses penapaian seperti natto dan tempeh; minuman soya dan pelbagai lagi.

Di Amerika, kacang soya tidak dijadikan bahan makanan secara meluas, kebanyakan kacang soya di US diproses menjadi minyak soya. Dan biasanya dari sisa pembuatan minyak soya inilah yang diproses menjadi makanan berasaskan soya, termasuk minuman soya!

Jadi tidak hairanlah kalau produk soya yang dihasilkan itu bukan lagi makanan sihat, tapi sebaliknya HAMPAS, dan ditambah dengan pelbagai ‘added vitamin’, ‘enriched with vitamin’ dan sebagainya.
Malah, produk soya yang namanya minyak soya adalah hasil dari pengekstrakan kacang soya dengan menggunakan larutan bahan kimia heksana. Heksana adalah sejenis pelarut yang diperbuat dari minyak petroleum yang banyak digunakan dalam industri pembuatan makanan termasuklah penghasilan minyak dari tumbuhan!

Salah satu bahan dalam soya yang dianggap sangat berbahaya kepada kesihatan adalah estrogen yang terdapat dalam soya dalam bentuk phytoestrogen. Banyak kajian terhadap estrogen atau hormon wanita menunjukkan pengambilan estrogen memberi kesan yang buruk kepada fungsi normal hormon estrogen dalam tubuh manusia. Namun. kajian2 tersebut dibuat ke atas estrogen semata-mata, bukan ke atas soya. Kajian yang dibuat ke atas bekas pesakit kanser payudara di China pula menunjukkan sebaliknya! Pengambilan soya tidak memberi kesan negatif kepada penderita kanser tersebut.
Proses penapaian (fermented) dikatakan menjadi punca kenapa soya tidak memberi kesan negatif kepada kesihatan penduduk Jepun. Namun begitu, orang-orang China tidak menjalankan proses tersebut ke atas soya makanan mereka, dan memiliki tahap pengidap kanser yang rendah. Kajian juga menunjukkan tiada beza antara soya yang ditapai atau tidak ditapai.
Terdapat satu kajian ke atas wanita yang diberi bahan makanan ekstrak dari soya, yang mana menunjukkan meningkatnya sel efitelial yang berkaitan dengan kanser payudara dalam tubuh mereka. Manakala satu lagi kajian yang mana sekumpulan wanita diberi makan soya yang tidak menjalani proses seperti di atas, menunjukkan penurunan risiko mendapat kanser payudara.

Ternyata soya sebenarnya bukan tidak bagus, tapi cara ia dihasilkan (GMO) dan cara ia diproses (menggunakan bahan kimia, hanya ambil hampas, etc) menjadikan soya sejenis makanan yang berbahaya!
Maka, pilihlah produk soya yang bukan GMO dan tidak menjalani proses yang mengurangkan khasiat sebenar soya, serta makanlah dengan besederhana.

Untuk mendapatkan maklumat tentang soya, sila dapatkan dari pelbagai pihak, dan pelbagai bahan  bacaan. Jangan hanya mendapatkannya dari penjual produk soya, dan jangan hanya mendapatkannya dari mereka yang anti-soya. Sebaliknya dapatkan bukti-bukti dari kajian yang telah pun dilakukan. Dari banyak kajian yang dibuat, kebanyakan kajian terhadap bahan dalam soya yang dikaji secara isolated (contohnya, dalam soya ada isoflavone, yang dikaji cuma isoflavone saja) memberi keputusan yang negatif. Manakala kajian terhadap pengambilan soya yang lebih baik (bukan makan/cucuk isoflavones semata-mata misalnya) memberi keputusan positif.

Apa-apa pun, nilai dengan ilmu, bukan emosi. Walaupun soya tidak terdapat dalam resepi masakan Timur Tengah (mungkin iklim tidak sesuai untuk ditanam di sana), namun ia tidak tertulis di mana-mana sebagai haram.

Credit : http://vitaminsemulajadi.com/hakikat-soya-yang-perlu-anda-tahu/

Thursday 22 May 2014

Pengedar Shaklee Bintulu :Berikut adalah 10 Makanan Yang Membakar Lemak


1. Oat :
Ia bukan sahaja mempunyai rasa yang hebat tetapi juga mengurangkan rasa lapar anda. Oat mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol .
2. Telur: 
Telur adalah sumber yang kaya dengan protein dan rendah kalori. Telur membantu kita untuk membina otot dan membangunkan kolesterol baik .
3. Epal :
Epal diperkaya dengan antioksidan yang kuat dan makanan tambahan lain. Paling penting ia mengandungi pektin yang membantu untuk mengurangkan sel-sel lemak di dalam badan.
4. Green Cili :
cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu untuk membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori dalam masa cepat.
5. Bawang putih:
Bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai ciri-ciri anti -bakteria membantu kita untuk mengurangkan lemak dan membuang kolesterol tidak baik .
6. Madu: 
Madu adalah salah satu yang terbaik untuk membakar lemak. Tambah madu dalam air suam dan minum setiap hari pada awal pagi .
7. Teh Hijau:
Teh Hijau adalah salah satu yang paling berkesan yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi Antioksidan yang membantu dan menstabilkan berat badan kita .Amik 2 cawan setiap hari teh hijau ini untuk hasil yang lebih baik.
8. Rumput Gandum (WHEAT GRASS) : 
Ia meningkatkan metabolisme dan membantu untuk mengurangkan lemak.
9. Tomato :
Tomato membantu kita untuk membakar lemak dalam masa cepat. Ia juga membantu kita untuk menjauhkan diri dari kanser. Jadi Ambil tomato dalam diet anda secara berkala.
10. Coklat Gelap :
Coklat gelap mengandungi Flavonoid, ciri-ciri anti -radang yang membantu untuk
mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Ia merangsang pertumbuhan serotonin
dalam darah dan juga membakar lemak.

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : RAHSIA AWET MUDAKAN OTAK !!

Assalamualaikum dan petang....terjumpa ni dalam web Mama Faiz...macam menarik je...

Saya kongsikan disini beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk mengasah otak agar awet muda dan cerdas. 

*Belajar bahasa baru - Belajar bahasa asing ni bagus yer untuk otak. Ia membina jalur baru dalam otak kita... Kelas bahasa Mandarin dah start last week..nextweek kelas bahasa Arab.. nanti saya nak belajar gak bahasa perancis, jepun... bukanlah nak expert berpidato bagai..tapi sekurang2nya saya boleh bercakap dan faham apa yang mereka tuturkan.   

*Belajar alat musik - sy teringin nak belajar kelas piano...apa lagi yer.. 

*Melancong -- mulakan dengan perjalanan didalam negeri,jika ada cukup bajet, boleh berjalan2 ke luar negeri/negara. sebab tu saya suka melancong. Duit ada, apa lagi..jaalan lah..yer tak?...simpan banyak2 pun belum tentu itu milik kita.. tapi yang kita keluarkan dan belanjakan, itulah milik kita.. tapi pastikan kita belanjakan ke arah yang berfaedah dan bermanfaat..hihihi 

*Melakukan aktiviti sukarela- membentuk jaringan dengan orang baru juga bagus untuk kesihatan otak. Bagi saya, bila saya turun padang, jengah program magika anak2 bisnes..haa tu part of my aktiviti sukarela..hihi..sebab berpeluang jumpa orang2 baru.. refresh otak...kasi awett mudaaa 

*Hadapi cabaran hidup.. bukan lari dari masalah- ramai yang lari daripada masalah dan cabaran sedangkan perkara2 itu lah yang Menjadikan otak sihat. MasyaAllah.. Hebat sungguh kuasaNya...betul tak.. sesungguhnya Allah tu sayang dengan kita maka diberinya kita cabaran dan ujian sebab nak bantu otak kita sihat dan awet muda... jadi lepas ni kalau dapat cabaran, terima dengan terbuka.. anggap ianya latihan untuk otak..prektis jadi awet muda... conquer your fear 

*Olahraga - part ni saya kurang sikit.. hihi.. Kena paksa diri ni. register dah gym, tapi arrghhh asyik skip je..hihi.. 

*Main game 

*Mendaftarkan diri di mana2 kelas - kelas ilmu berkaitan leadership, management, account, manage duit, soft skill,kelas renang, kelas memasak, kelas blog, kelas..hmm macam2 kelas boleh register 

*Mempelajari teknologi baru 

#UNTUK KECERGASAN OTAK PULAK BOLEH AMBIL OMEGA GUARD SHAKLEE...



***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Tuesday 20 May 2014

Pengedar Shaklee Bintulu : Kebaikan Alfalfa Shaklee

Assalamualaikum dan salam tengah hari .....
 

Hari ni rasa nak sharing tentang kebaikan Alfalfa Shaklee yang juga merupakan HOT SELLER.....

Untuk pengetahuan anda ...Akar pokok Alfalfa tumbuh Sedalam 20-60 Kaki Ke Dasar Bumi. Seperti yang semua tahu, semakin dalam ke bawah tanah, semakin banyak nutrient dan mineral yang terdapat di dalamnya. Maka, akar pokok Alfalfa dikenali sebagai "Nature's Miners" yang menyerap segala nutrient di dasar bumi dan menyimpannya di dalam daun Alfalfa. Jadi, daun Alfalfa adalah ibarat stor penyimpanan nutrient. Oleh sebab itu, Alfalfa Turut Dikenali Sebagai Raja Tumbuhan.
Keistimewaan Utama Alfalfa Keluaran Shaklee Adalah Seperti Berikut :-
                                            
 
Hanya menggunakan Alfalfa yang telah mencapai tahap Kematangan 5-7 tahun. Kebanyakan minuman klorofil di pasaran hanya menggunakan daun dari tumbuhan hijau yang masih muda dan berakar pendek yang mana kandungan nutrient-nya adalah lebih sedikit berbanding Alfalfa yang mempunyai akar yang dalam..  
 
#Mempunyai kadar klorofil yang tinggi. Tumbuhan hanya akan mencapai kadar klorofil yang tinggi sekiranya ia dituai setelah mencapai tahap kematangan mutlak. 
 
#Ditanam secara organik dan bebas dari racun serangga dan bahan bertoksik. 
 
#Hanya Menggunakan Daun Alfalfa (tidak dicampurkan bersama batang/ranting pokok). Daun Alfalfa ini akan dikeringkan dan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. 
 
#Diproses pada suhu rendah bagi memastikan enzyme yang terkandung di dalamnya terpelihara 
 
#Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji.
 
Kenapa  Dr. Shaklee Memilih Alfalfa Shaklee Sebagai Supplement Pertama..?? Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikkan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang sangat-sangat memberi manfaat kepada jutaan manusia.

Kebaikkan Mengambil Alfalfa Sebagai Makanan Tambahan :-
  1. Kaya Dengan Vitamin Dan Mineral. Alfalfa Shaklee mengandungi Vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. Malah turut mengandungi Mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa Shaklee juga mengandungi Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak dan Antioksidan.
  2. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protien, dan karbohidrat.
  3.  Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah
20 Kebaikan Dan Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan :-
  • Merawat gangguan pencernaan.
  • Mengawal kolestrol dalam darah.
  • Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.
  • Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah.
  • Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan.
  • Mengurangkan simptom menopous.
  • Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan.
  • Merawat masalah sembelit.
  • Menyahkan toksik dalam tubuh.
  • Mengurangkan kesakitan otot dan sendi.
  • Meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
  • Membantu masalah penghadaman.
  • Membantu memperbanyakkan susu ibu.
  • Mengurangkan masalah pundi kencing.
  • Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati.
  • Meningkatkan kesihatan prostat.
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita.
  • Menghangatkan hubungan suami isteri.
  • Membantu tingkatkan kesihatan lelaki
Dan masih banyak lagi kebaikan dan kegunaan Alfalfa Complex untuk diceritakan. Alfalfa juga merupakan salah satu supplement untuk pencuci darah, darah yang bersih dan sihat mampu mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit yang berpunca daripada pengumpulan toksin di dalam darah.
 

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : SUPPLIMENT UNTUK RESDUNG

Alfalfa Complex
  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.
B Complex
  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.
Vitamin C
  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.
 
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
 

Thursday 15 May 2014

SHAKLEE BINTULU : Bahaya Kurang Kalsium bagi Ibu Hamil & Menyusukan anak

ASSALAMUALAIKUM DAN MALAM SEMUA.....HARI NI NAK CERITA TENTANG BAHAYA KURANG KALSIUM BAGI IBU HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK.....

Adakah anda mendapat cukup kalsium setiap hari? Tahukah anda ibu hamil & menyusukan anak memerlukan lebih kalsium daripada wanita biasa? Nak tahu apa bahayanya jika anda tidak mendapatkan cukup kalsium? Jom baca lebih lanjut artikel rujukan daripada Metro.
——————————————-
Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya. 

Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.
Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.

Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang. “Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.

Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula. Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.


Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.


“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang. “Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.

TULANG rapuh disebabkan kalsium di dalamnya telah diserap oleh tubuh.

Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.

UNTUK YANG TAK SUKA MINUM SUSU SECARA KONSISTANT ....SHAKLEE ADA SUPPLEMENT KALSIUM JUGA YANG DI PANGGIL OSTERMARIK....

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Tuesday 13 May 2014

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU ;Fakta Tentang Kalori Untuk Tips Diet Turunkan Berat Badan


Anda perlu mengetahui tentang fakta yang tepat dan betul tentang kalori sebelum anda memulakan diet untuk turunkan berat badan supaya diet anda tidak sia-sia. Tips diet untuk turunkan berat badan perlu digabungkan dengan fakta tentang kalori supaya anda faham tentang konsep kalori masuk dan kalori keluar. Objektif terakhir sudah tentulah untuk mendapatkan berat badan yang ideal bagi menjamin kesihatan tubuh.images Fakta Tentang Kalori Untuk Tips Diet Turunkan Berat Badan1. Apa yang dimaksudkan dengan kalori?
Kalori sebenarnya ialah unit ukuran untuk tenaga.
2. Adakah benar atau mitos bahawa tubuh manusia memerlukan kalori?
BENAR. Tubuh badan manusia memerlukan kalori bagi menjana tenaga, namun masalah akan timbul jika kuantiti kalori yang diambil (apa yang anda makan) terlalu banyak dan tidak pula dibakar. Akhirnya, akan bertukar menjadi
lemak yang tersimpan dalam badan. Inilah penyebab berat badan bertambah dan ianya bahaya untuk kesihatan.
3. Bagaimana saya mahu mengira jumlah kalori dalam makanan yang diambil?
Pada kebiasaanya, setiap produk yang dijual akan menunjukkan kandungan jumlah kalorinya pada bahagian
Maklumat Tentang Pemakanan.
Tetapi kiraan kalori boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi tersebut dengan nombor pekali tertentu yang disenaraikan.
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.
Contoh:
Satu hidangan Sos Cili didapati mengandungi kuantiti:
i. Karbohidrat –  53 gram (Berat) x 4 (nombor pekali) = 212 Kalori.
ii. Protein – 1 gram (Berat) X 4 (nombor pekali) = 4 Kalori
iii. Gula (sejenis karbohidrat) -16g (Berat) x 4 (nombor pekali) =  64 Kalori
Justeru, untuk 1 tuangan sos cili kuantiti kalorinya adalah 280.
4. Berapa banyak kalori yang perlu bagi setiap lelaki dan wanita dewasa dalam satu hari?
Menurut kajian pakar diet, jumlah yang diperlukan oleh lelaki dewasa adalah 2000 hingga 2500 kalori sehari. Manakala bagi wanita dewasa pula adalah 1600 hingga 2000 kalori sehari.
5. Apa akan terjadi andainya saya makan lebih daripada kuantiti yang disyorkan itu?
Ini penting untuk anda faham. Setiap 8000 kalori yang terkumpul dalam badan (tidak dibakar) akan menyebabkan berat badan naik sebanyak 1 kilogram.
6. Maklumat tambahan sebagai panduan. Berapa anggaran kuantiti kalori dalam makanan rakyat Malaysia?

Kategori: Buah-buahan
  • Tembikai (sepotong) = 20 kalori
  • Betik (sepotong) = 45 kalori
  • Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
  • Durian (5 ulas) = 64 kalori
  • Limau (sebiji) = 42 kalori
  • Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
  • Nenas (sepotong) = 59 kalori
  • Epal (sebiji) = 63 kalori
  • Ciku (sebiji) = 44 kalori
  • Mangga (sebiji) = 103 kalori
Kategori: Kuih Muih
  • Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
  • Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
  • Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
  • Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
  • Popia goreng (satu) = 130 kalori
  • Popia basah (satu) = 95 kalori
  • Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
  • Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
  • Karipap (sebiji) = 130 kalori
  • Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
  • Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
Kategori: Lauk Pauk
  • Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
  • Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
  • Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
  • Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
  • Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
  • Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
  • Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
  • Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
  • Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
  • Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
  • Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
  • Taufufa goreng (sekeping) = 110 kalori
  • Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori
Kategori: Makanan Ruji
  • Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
  • Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
  • Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
  • Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
  • Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
  • Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
  • Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
  • Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
  • Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
  • Roti putih (2 keping) = 156 kalori
  • Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
  • Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
  • Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
  • Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori
Kategori: Makanan Segera
  • Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
  • Nugget ayam (satu) = 60 kalori
  • Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
  • Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
  • Burger keju (satu) = 425 kalori
  • Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
  • Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
  • Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
7. Berapa banyak kalori selalunya orang dewasa makan dalam sehari?
a) Sarapan Pagi:
Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) =  541 kalori
b) Minum Pukul 10 pagi:
Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
c) Makan tengahari:
Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori)
+ Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori
d) Minum petang:
Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
e) Makan Malam:
Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah keseluruhan dalam sehari : 541 + 410 + 900 + 510 + 682 = 3043 kalori!!
8. Apa akan terjadi jika tabiat makan di atas tidak diubah selama setahun?
Ambil situasi lelaki dewasa, lelaki biasanya akan membakar kembali 2500 kalori yang diambil tetapi jika ambilan 3043 kalori sehari akan terdapat lebihan sebanyak 543 kalori setiap hari dalam bentuk lemak. Jika dihitung dengan matematik mudah 543 kalori berlebihan X 365 hari = 198,195 kalori setahun akan disimpan dan tidak terbakar. Akhirnya, dalam masa setahun berat kita akan meningkat sebanyak 24.77 kilogram iaitu kenaikan 1 kilogram bagi setiap 8000 kalori yang tidak dibakar. Darab pula dengan 5 tahun sekiranya tabiat pemakanan masih sama!
9. Bagaimana kalori berlebihan dapat dibakar?
Ubah stail hidup anda. Amalkan gaya hidup aktif, berjalan lebih pantas, naik dan turun tangga tanpa lif, mencuci sendiri kereta, lebih kerap bersukan dan bersenam. Kurangkan masa menonton televisyen atau bermain komputer kerana tubuh hanya mampu membakar 1 kalori seminit dan ianya sama kuantiti dengan kalori yang dibakar semasa tidur.
10. Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Jumlah kalori yang terbakar bergantung pada ketumpatan tubuh dan berat badan seseorang.  Berikut anggaran kiraan kalori dibakar bagi individu seberat 68 kilogram membuat aktiviti selama 1 jam.
  •  Aerobik = 405 kalori
  • Bermain bola keranjang (agresif)= 450 kalori
  • Berjalan pantas= 300 kalori
  • Berkebun= 320 kalori
  • Mengemas rumah= 240 kalori
  • Bermain golf (tanpa kedi) = 385 kalori
  • Bermain Pingpong = 280 kalori
  • Menonton televisyen = 40 kalori
  • Berbasikal statik= 380 kalori
Jadi, sekarang anda sudah faham dan tahu tentang konsep kalori masuk dan kalori keluar. Elakkanlah berdiet dengan skip waktu makan kerana ianya adalah diet yang kurang sihat. Akibatnya, boleh merosakkan sel-sel badan kerana kurangnya pengambilan nutrien . Anda boleh membetulkan persepsi ini dengan fakta dan maklumat yang telah diberikan di atas. Tinggalkanlah diet tidak sihat tersebut dan pilihlah makanan dengan jumlah kalori yang diperlukan dan pastikan kalori yang diambil tidak berlebihan atau pun bakar kembali kalori berlebihan tersebut dengan aktiviti riadah yang disarankan.
Tetapi, sekiranya anda ingin memastikan diet untuk menurunkan berat badan anda sihat tanpa mengabaikan nutrien dan memastikan kalori yang anda ambil tidak akan berlebihan dari sepatutnya, anda boleh mengambil ‘replacement meal’ bagi memastikan tubuh anda sentiasa kenyang dan kekal bertenaga.


credit ; http://www.celikvitamin.com/v2/fakta-tentang-kalori-untuk-tips-diet-turunkan-berat-badan/


Saya mencadangkan Cinch Shake Mix yang mempunyai 5 perisa sebagai ‘replacement meal’ yang HALAL, semulajadi dan bebas dadah. Cinch Shake Mix sangat enak dan merupakan cara berkhasiat membantu menurunkan berat badan. Hubungi saya sekarang untuk tempahan Cinch Shake Mix yang terbukti secara klinikal ini. 

Read more http://www.celikvitamin.com/v2/fakta-tentang-kalori-untuk-tips-diet-turunkan-berat-badan/


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Sunday 11 May 2014

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : Kenapa urin jadi kuning terang selepas makan B-complex?

Assalamualaikum dan malam semua...

Malam ni nak share tentang B complex....saya ni sebelum ni memang dah amal B complex.. tapi saya ambil dr klinik panel kami.... saya mula berminat lepas dapat tahu artis Norjuma memang pengamal B complex...hihi....

Tentu ramai yang tertanya-tanya kan....adakah normal urin kuning lepas pengambilan B complex ni...

Jawapannya ye...sebab b complex shaklee ni memang berwarna kuning >... 

B-complex yang bewarna kuning tu lah penyebabnya....Kalau kita ingat balik, masa belajar SAINS tingkatan 2 kot, kita ada belajar tentang jenis2 vitamin. Ada vitamin larut air dan ada vitamin larut lemak (A, D, E dan K). B-complex adalah termasuk dalam vitamin larut air dan tidak disimpan di dalam badan, seperti beta-karotena dan vitamin E. Disebabkan sifatnya yang larut air, maka ianya akan dikeluarkan bersama urin apabila tidak diperlukan oleh tubuh.

Perubahan warna urin  bergantung kepada jenis Vitamin B yang anda ambil, tak kiralah apa2 brand sekalipun, termasuklah Shaklee. Vitamin seperti Vitamin B1 (thiamine), Vitamin B3 (niacin) dan jugaVitamin B6 (Pyridoxine) dikenali sebagai berwarna putih dalam bentuk semula jadi mereka. Oleh itu,tiada perubahan ketara dalam warna urin anda. Tapi, Vitamin B2 (Riboflavin) adalah berwarna jingga dan oleh itu, ia juga mungkin menjadikan urin anda berwarna jingga / kuning terang. 



Jadi tak perlu risau. Semua ni normal. Kalau urin  tak bertukar warna, itu patut korang risau. Maknanya vitamin B korang tak larut air. Tak larut air, macam mana sel2 nak serap? Tapi, kalau korang tak nak warna urin jadi kuning terang, korang minumlah air putih banyak2. Conform urin korang jadi tiada warna. Tak percaya? Sila cuba.

Satu botol ni ada 120 biji...makan sebiji sehari je pun...so tahan lah 4 bulan..

Harga ???

Murah sangatlah...berbaloi...

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Saturday 10 May 2014

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : Rahsia Kulit Cantik Berseri Dengan Shaklee


Malam ni masa saya buat google terjumpa testimoni pemilik blog yg saya google tu... jemput baca ya...saya pun memang teruja sebab suka sangat dengan set kecantikan kulit oleh shaklee ni.... 

Kulit oh Kulit

Lepas habis pantang sahabat tegur kulit saya nampak lain.. Sambil gelak2 saya ckp 'yea lah dah dok rumah 2 bulan tak keluar mana-mana memang lah cerah sikit.. Sahabat saya tak puas hati sbb dia pun pernah dok umah lama tapi tak mcm ni pun katanya, dan terus tanya saya pakai apa.

Saya tak jawab sbb saya mmg tak pakai apa-apa pun utk mencantikkan kulit.. Cuma saya pakai pencui muka Nutriwhite dari Shaklee yang saya memang dah pakai dari awal tahun lepas.

Bila masuk kerja, officemate pulak tegur. Bukan sorang dua, tapi agak ramai dan ramai jugak yg mengagak sebab amek Shaklee.. Saya masih takde jawapan sbb saya tak amek pun set kulit cantik.. Saya just consistently amek Shaklee masa saya pregnant tahun lepas. Amek set hamil, set bersalin dan seterusnya set menyusu.

Pastu bila citer kat hubby, dia pun setuju kulit saya nampak lain.
Saya pun makin curious lah.. Kena jugak cari jawapan ni.

Cari punya cari, terjumpa lah satu artikel ni. 


Dpt lah jawapan dia!! 
Rupa-rupanya the top 5 vitamins for glowing skin ni ada dalam set2 yg saya amek ni, dan saya amek setiap hari dlm kuantiti yg diperlukan oleh badan saya.

‘These nutrients nourish the skin inside & out, making it appear radiant, glowing and healthy. The first step to youthful, healthy looking skin is to optimise general health’





Tak sangka  pulak 'SIDE EFFECT'  dia BEST sampai mcm tu sebab saya amek supplements ni utk pastikan saya dan baby dlm kandungan sehat, pastu nak sehat dan bertenaga masa pantang, luka bersalin cepat sembuh dan dpt bg susu yg cukup dan berkhasiat utk anakanda, tak sangka pulak boleh improve my skin complexion.


Shaklee supplement ni works from inside. Maksudnyer dia bantu memulihkan dan menyihatkan sel-sel badan kita.. Bila semua dah sihat, terpancarlah ia pada kulit kita.. Tu yang jadi 'glowing' effect tu :)

Ni belum amek set Kulit Cantik Shaklee yang mengandungi Vitamin & GLA Complex selain Vitamin C. Belum jugak ambil Shaklee Collagen Powder yang sinonim dengan kulit tegang dah halus mulus serta ViViX yang famous dengan jolokan tonik anti penuaan.. ni yang buat saya teruja nak try produk-produk ni tapi kena sabar dulu, tunggu baby besar sikit J

Yang best lagi kita tak perlu risau sebab semua produk Shaklee dijamin semulajadi, selamat, berkesan dan HALAL.

Itulah rahsia kulit glowing berseri semulajadi saya.. :)
Healthy you shiny you!!

credit :http://raisingupimammudas.blogspot.com/2014/02/rahsia-kulit-cantik-berseri-dengan_16.html

so macam mana ??? tak teruja ke anda ???

SILA HUBUNGI SAYA SEKARANG !!!!!