Wednesday 22 March 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : Cabaran Mini “Eat-Clean Diet”

Cabaran Mini “Eat-Clean Diet”

Beberapa hari yang lalu, topik berkenaan “Eat-Clean Diet” (Diet Bersih) telah dibangkitkan di group Susu Sejat dot Com di Facebook. Setelah melalui beberapa siri perbincangan, rata-rata di antara geng-geng SS bersetuju untuk mengadakan cabaran mini “Eat Clean” untuk tempoh sebulan, sehingga 19 Mei depan.
Cabaran ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang memiliki akaun Facebook dan haruslah join group “Susu Sejat dot Com” di Facebook. Segala urusan penyertaan akan dilakukan dalam group berkenaan. Penyertaan (berdaftar) hanya dihadkan kepada 20 orang sahaja. Sesiapa yang berminat, sila respond kepada admin-admin SS di group, sebelum 12 tengahari esok (17 April 2012). Hadiah kali ini berupa “Whey Protein” (1lb) dan “Minyak Wangi” sumbangan saudari Jalilah Nur. Idea asal untuk cabaran ini juga datangnya dari beliau.
Tetapi, berapa ramaikah di sini yang betul-betul faham apa itu “Eat-Clean Diet”?
Tosca Reno, individu yang bertanggungjawab mempopularkan diet ini, mendefinisikan “Eating-Clean” sebagai memilih makanan yang menghampiri fizikal asalnya, tidak diproses dan dicampurkan dengan bahan-bahan yang lain. Sebagai contoh, tomato adalah makanan yang “clean” tetapi tidak sos tomato. Meskipun sos tomato asalnya adalah tomato, tetapi ia telah menjalani beberapa proses dan dicampurkan dengan bahan-bahan kimia yang lain. Dalam erti kata mudah, lebih sedikit ramuan yang digunakan untuk membuat makanan tersebut, maka lebih “bersih” lah makanan tersebut.

Ada sesetengah yang mendakwa, antara kelebihan “Eat-Clean” adalah penurunan berat badan semulajadi-tanpa-sedar walaupun individu tersebut tidak memantau jumlah kalori yang diambil. Ini mungkin ada benarnya kerana makanan proses biasanya sudah dimasukkan dengan unsur-unsur tambahan, termasuklah lemak.

Sebagai contoh, lihat sahaja perbezaan di antara 80g daging burger dan 80g daging lembu (daging ori). Meskipun kedua-duanya sama berat, tetapi daging burger telah “ditambahkan” dengan lelemak haiwan dan beberapa bahan kimia lain untuk merubah tekstur rasanya dan membuatkan ia tahan lebih lama, manakala untuk 80g daging lembu yang asal, ia adalah semata-mata daging, terutamanya jika daging yang dipilih itu datang dari bahagian yang kurang lemak. Terang-terangan pilihan kedua itu lebih kurang jumlah kalorinya berbanding pilihan yang pertama.

Selain itu, ada juga yang berpendapat “Eat-Clean” merupakan butang reset buat manusia zaman moden yang saban hari terdedah dengan kimia-kimia buatan, terutamanya yang terkandung dalam makanan proses. Dengan mengamalkan corak pemakanan yang hampir sama dengan corak pemakanan manusia yang hidup beribu-ribu tahun dahulu, secara tidak langsung sel-sel dalam tubuh akan “berehat” seketika dari tempias-tempias kimia yang sering diambil sebelum ini.

Berkenaan Cabaran mini “Eat-Clean” yang SS hendak anjurkan, berikut adalah serba sedikit info berkenaannya.

1 – Makanan yang diambil sepanjang tempoh pertandingan haruslah makanan yang jatuh dalam definisi clean – secara asasnya makanan yang “hidup”, boleh membiak, atau boleh bergerak, seperti ikan, ayam, daging, telur, sayursayuran, biji-bijian, kekacang, susu, makanan laut dan beberapa jenis lagi.

2 – Makanan paket – jika mengikut peraturan sebenar “Eat-Clean”, makanan yang dibeli dipasaraya dalam bentuk paket adalah tidak patuh “Eat-Clean” kerana makanan yang sudah dipaket, ada yang berpendapat, sudah jatuh hukum sebagai makanan proses. Walaubagaimanapun, untuk memudahkan para peserta, maka peraturan ini telah digubal semula kerana bukan semua makanan yang dipaket semula itu teruk. Sebagai contoh, beras. Beras dijual dalam bentuk paket, terutamana dari jenis bukan beras perang (beras putih) yang telah menjalani proses pembuangan ‘husk’nya. Begitu juga dengan Quacker Oat (oat bancuh), jika anda merujuk pada ruangan ramuan “quacker oat”, ramuan yang tertulis hanyalah satu sahaja (tiada campuran bahan lain). Oleh yang demikian, untuk cabaran ini, makanan dalam bentuk paket boleh diambil, dengan syarat ramuan makanan tersebut haruslah tidak lebih dari 3 ramuan (kalau lebih, terbatal, tolak markah).

3 – Setiap peserta cabaran yang berdaftar WAJIB update menu harian beliau sama ada dalam bentuk “Notes” dan share di group FB “Susu Sejat dot Com”, ataupun menulisnya dalam blog dan share juga dalam group yang sama.

4 – Setiap peserta wajib merekodkan Berat badan dan peratusan lemak badan (Body Fat %) “sebelum cabaran” pada  tarikh 18hb April – 20hb April, dan juga Berat badan dan BF % “selepas cabaran” pada tarikh 19hb Mei depan.

5 – Perhitungan pemenang adalah berdasarkan perhitungan merit untuk kedua-dua kualiti pemilihan makanan dan juga hasil akhir (perubahan berat dan peratusan lemak sepanjang tempoh cabaran). Ini akan diberitahu kelak dalam group.

Strategi/ tips/ contoh menu
Untuk memastikan anda tidak terbabas dari landasan cabaran ini, seelok-eloknya anda sediakan makanan anda sendiri (masak sendiri). Gunakan bahan-bahan semulajadi sahaja ketika memasak. Sebagai contoh, jika anda hendak membuat Tom Yam ayam, jangan gunakan perencah Tom Yam segera, sebaliknya sediakan ‘perencah’ anda sendiri untuk masakan Tom Yam tersebut (merangkumi limau purut, cili, serai, dan berbagai ramuan Tom Yam lain, rujuklah resepi berkaitan).

Mungkin ada yang tak sempat menyediakan makanan mereka sendiri, tak apa, anda masih boleh memilih makanan di luar, cuma pastikan ia terhad kepada hidangan nasi sahaja. Hidangan seperti Mee, Mee Hoon, Kuey Tiau, dan berbagai-bagai lagi selain nasi, terang-terangan adalah bukan lagi makanan yang “clean”.

Begitu juga dalam memilih lauk-pauk untuk hidangan nasi tersebut, kebanyakkan peniaga pasti menggunakan ‘bahan perasa lain’ untuk menyedapkan masakan mereka. Sebagai contoh, ikan bakar mungkin asalnya makanan yang “clean”, tetapi disebabkan peniaga tersebut dah guna sos perisa untuk menyedapkan ikan tersebut, dah jadi tak “clean”. Pokoknya di sini, berhati-hati dalam memilih lauk dan jika terpaksa, asingkan/basuh kuah yang mengandungi perisa-perisa tambahan itu.

Untuk info nombor 2 tadi, mungkin ada yang tak jelas akan maksudnya. Berikut dikongsikan 2 contoh situasi yang mungkin membantu. Kata kuncinya di sini mudah sahaja, rujuk label (ramuan) makanan.
Contoh pertama, cuba lihat rajah di atas, 2 produk kekacang dari Tong Garden. Kedua-duanya, sekali imbas nampak sama. Tetapi, cuba rujuk label ramuan kedua-dua produk di atas.
Ini merupakan senarai bahan-bahan untuk produk “Satay Broad Beans” keluaran Tong Garden. Cuba hitung senarai ramuan tersebut, dah lebih dari 3 bukan? Selalunya kalau dah lebih dari 3 ramuan ni, mesti ada ‘benda lain’ yang telah dimasukkan dalam makanan tersebut.
Ini pula merupakan senarai bahan-bahan untuk produk “Roasted Gram” keluaran Tong Garden. Cuba bilang berapa jumlah ramuan dalam produk ini. Perhatikan juga berapa kalori yang dimiliki untuk satu hidangan (serving). Dalam kes ini, “Roasted Gram” layak untuk diambil dalam cabaran “Eat-clean”, sebaliknya “Satay Broad Beans”, secara terang-terangan ‘tak lepas syarat’.

Contoh kedua untuk situasi seperti ini boleh rujuk pada entri SS sebelum ini iaitu “Oatmeal pilihan“. dalam entri tersebut ada diterangkan perbandingan di antara 2 produk Oatmeal, “Quaker  Oat Instant Oatmeal” dan “Nesvita 3 in 1 oat”.
Akhir sekali, untuk memastikan anda tidak terbabas dalam cabaran ini, anda boleh bahagikan hidangan sehari anda menggunakan formula ‘hidangan’ berikut.
Hidangan 1 – Makan oat / telur / susu skim
Hidangan 2 – Makan nasi bersama lauk-lauk yang clean.
Hidangan 3 – Makan buah-buahan seperti Tarzan
Hidangan 4 – Snek kekacang selaku sumber mineral yang baik. Terdapat beberapa snek kekacang yang boleh diambil, seperti produk “Roasted Gram” Tong Garden tadi, atau anda boleh sediakan sendiri snek kekacang anda seperti dalam entri ini.

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

No comments:

Post a Comment