Tuesday 26 February 2013

RESIPI KEJAYAAN .KEKAYAAN..


Saya terjumpa artikel ini di internet...beliau ni bisnes intenet ie ebay.etc dan telah berjaya..sy baca resipi beliau...dan ternyata semua nya bukan lg rahsia atau sesuatu yg baru kerana semuanya adalah apa yg sy dan mereka yg telah berjaya amalkan...ianya resipi yg telah sy huraikan byk kali sblum ni....jom baca sebagai refresher dan moga pengalaman beliau mmbuka minda kita semua dan mnyuntik semangat kita utk terus istiqamah dgn RESIPI jutawan ini..dan moga mnambah keyakinan anda utk mengamalkan apa yg mentor anda selalu kongsikan.....jom baca..
----------
"... Sukacita ingin saya berkongsi apakah antara resepi menarik wang dan kekayaan yang diamalkan saya . Mengapa saya namakan ia resepi? Kerana ia ibarat resepi makanan, apabila acuan digaul dengan baik dan resepi yang betul, jadi masakan akan jadi lebih enak. Seperti itu jugalah rezeki dan kekayaan. Andai kita memulakannya dengan niat, landas dan cara-cara yang betul, ia akan memberi impak positif yang besar pada hidup kita. InsyaAllah. Antara resepi yang saya berikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Selamat membaca dan beramal

1. Hidup Bertuhan
Bagi saya hidup berTuhan maksudnya selalu berkomunikasi dengan Allah. Apa maksud berkomunikasi? Andai kita berkomunikasi dengan manusia, maksudnya kita bercakap dengan manusia seperti berbual, bergurau, meluahkan perasaan, memberi pendapat. Dengan Allah juga kita boleh begitu. Mungkin ada yang berkata,“Macam orang gila pula”Firman Allah SWT, Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Surah Qaf: 16)Ayat di atas membuktikan bahawa Allah sememangnya dekat dengan kita. Sangat dekat. Sebab itu Allah juga menyatakan,Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya (Surah Qaf: 16)Allah sentiasa mendengar isi hati kita. Dia tidak pernah tidur, tidak pernah lalai. Allah sentiasa berjaga. Betapanya hebatnya Allah, Dia telah mencipta million orang di dunia ini namun masih Dia mampu mengetahui isi hat tiap seorang daripada hamba-Nya. Subhanallah.Mulakanlah berkomunikasi dengan Allah walau sekecil apa pun yang kita mahu lakukan. Sekalipun Allah sudah tahu kita nak buat apa tetapi apa salahnya kita berkomunikasi dengan-Nya yang juga memberi kita bukti bahawa kita ingat pada-Nya.
Contoh,
“Allah, hari ini saya nak pergi temuduga, Kau permudahkanlah aku ya Allah. Kau kan Maha Baik hehe”
“Allah, bagilah aku duit poket, aku tak da duit poket ni. Kau kan Maha Kaya”
“Terima kasih ya Allah saya dapat makan hari ini. Sedap Allah kek tadi tu. Terima kasih juga bagi saya duit belanja”

Perkara ini mungkin nampak kecil tetapi besar impaknya. Kenapa? Sebab apabila suara kita familiar pada Allah ketika kita senang, Allah akan lebih ingat dan kenal kita ketika susah. Sebagaimana kita mungkin kurang suka andai kawan kita cari kita hanya ketika susah seperti itu jugalah Allah tidak suka kita mencari Dia hanya ketika susah.

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah berfirman : “Aku menurut dugaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. (Hadis ditakhrij oleh Turmidzi)“Kamu ingat Allah ketika kamu senang, Allah pasti ingat kamu ketika kamu susah” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Meditasi Dengan Tenaga ZIKIR.Sebelum memulakan zikir, ambil wudhuk dan tenangkan fikiran terlebih dahulu
Buat latihan pernafasan.
Tarik nafas dalam kiraan 4 saat
Tahan 6 saat
Lepas perlahan-lahan 8 saat
Ulang selama 5 minit
Niatkan zikir kerana Allah
Sebutlah zikir yang anda suka

3. Jaga Amalan Agama Melebihi Menjaga Diri Sendiri
Solat 5 fardhu di awal waktu
Surah Al Waqiah dan surah Al Mulk setiap malam
Surah Yaasin setiap pagi
Qiyamulail walau hanya 2 rakaat Tahajud dan 3 rakaat Witir
Istighfar 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus)
Selawat 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus)
Lailahaillah 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus)
Solat Dhuha 2 rakaat setiap pagi (kalau boleh wajibkan)JANGAN utamakan bisnes daripada Allah. Bila dah dengar azan, berhenti dan siapkan diri menunaikan solat. Katakan pada diri, “Allah first!” kerana Allah yang bagi kita rezeki. Andai Allah tahu bahawa kita utamakan dia, datang badai macam mana pun sekali Allah kata “Kun Faya Kun” PASTI rezeki tu dapat juga. Jadi, jangan risau tentang rezeki.
Percaya pada Allah. Kan rezeki tu Allah yang kasi, BUKAN Ebay bukan orang lain:)
“Kamu jaga Allah, pasti Allah menjaga kamu”

4. Set Matlamat Utama Yang Kukuh
, saya telah pun memulakan perniagaan internet sejak 3 tahun yang lalu tetapi masih belum menemui sebuah kejayaan (menjana pendapatan yang saya impikan). Dengan hanya berbekalkan niat,“Aku ingin membawa a.k.a menaja perbelanjaan ibu aku pergi haji”Segala cabaran sepanjang penglibatan dalam perniagaan internet saya tempuhi dengan baik. Entah kenapa ada satu kekuatan yang ajaib dalam diri saya yang membuatkan saya tidak kenal erti ‘putus asa’ walau saya dah banyak laburkan duit beli produk di Internet. Saya berdegil untuk terus mencari apakah perniagaan internet yang sesuai dengan diri saya dan alhamdulillah saya telah menemuinya sekarang iaitu perniagaan Ebay:)

5. Reprogramming Mindset
Dalam apa jua yang kita lakukan, mindset sangat penting untuk menentukan sebuah kejayaan. Ramai antara kita mempunyai masalah mindsetting yang menyebabkan kita mudah tersungkur di awal fasa perniagaan dan saya tidak menafikan saya juga adalah antara salah seorang daripadanya dahulu.

Bak kata pepatah,“Belum duduk, dah melunjur”Sebelum mula, kita telah pun memupuk energi negatif dalam diri kita dengan mengatakan,“Mampukah aku?”

Seolah-olah kita tidak yakin pada diri sendiri kerana sesungguhnya kita adalah manusia sebaik-baik kejadian. Kita adalah seseorang yang hebat andai kita sedar. Jadi, bagaimana nak repogramming mindset? Belajarlah tentang ilmu Hukum Tarikan yang menggunakan hukum alam (sunnatullah) dan energi alam semesta. Selain itu tentang kuasa minda separa sedar, kuasa minda super sedar, dan yang paling saya recommended “Quranic Law of Attraction” yang sangat sesuai bagi muslim. Ia adalah ilmu yang sangat menarik bagi saya kerana sebenarnya kita boleh menggunakan spritual untuk menarik apa yang kita impikan.Saya bersyukur kerana Allah mengilhamkan saya belajar tentang Hukum Tarikan tatkala memulakan bisnes Ebay dan hasilnya sangat positif. Selain itu, anda juga boleh menggunakan audio hipnosis untuk reprogramming mindset anda yang bertindak secara halus melalui minda separa sedar. Anda hanya perlu memasangkan audio itu sebelum tidur dan biarkan maklumat disimpan dalam minda separa sedar anda. InsyaAllah lama kelamaan, anda akan rasa impaknya terhadap diri anda yang akan memudahkan anda menarik rezeki dan wang ke dalam hidup anda. Yang pasti, dengan izin-Nya.Artikel berkaitan: Rahsia Tarikan Rezeki dan Kekayaan

6. Tenaga Doa:
Teruskan Berdoa, Yakin Pada Allah, Dia Kabulkan Doa AndaPernahkah anda memikirkan suatu impian atau hajat dan mendapat rezeki yang tak disangka-sangka? Saya pernah. Dengan menggunakan Hukum Tarikan, Quranic Law Of Attraction dan tenaga doa, saya mendapat rezeki yang tak disangka-sangka. Saya tak pernah memikirkan atau terbayang yang Allah akan berikan saya rezeki itu. Seperti bulan jatuh ke riba. Sekilas pandang. Allah bagi apa yang saya nak.Benarlah kata-kata dalam ebook Hukum Tarikan,“Kita tak perlu fikirkan bagaimana impian kita dapat dicapai, kita hanya perlu bayangkan, rasakan perasaan ketika itu dan ulang perkara itu setiap hari agar dapat menarik impian itu ke dalam hidup kita”Ada orang kata,“Usaha kena ada”Perkara itu sememangnya penting cuma apa yang saya ingin memberitahu adalah,“When you think BIG, you will transmit BIG positive energy to the world - Apabila anda memikirkan perkara yang BESAR, anda akan memancarkan energi positif kepada alam semesta. (Hukum Tarikan)”Contoh,“Aku nak jadi jutawan”Puas kita fikirkan, bagaimana? Tak perlu fikir bagaimana. Dengan Allah NOTHING impossible. InsyaAllah, andai Dia izinkan, esok pun Dia boleh jadikan anda jutawan. Percayalah pada rezeki yang tidak disangka-sangka dengan syarat: Jaga hubungan dengan Allah melalui amalan agama Teruskan berdoa. Luahkan pada Allah segala impian anda seusai solat di hamparan sejadah.

7. Sedekah
Kadang-kala kita tak rasa sedekah yang pernah kita bagi pada orang lain, bantu orang lain berbalik kepada kita. Renung dan nilai segala urusan yang dipermudah, rezeki dan wang yang menarik-narik dalam hidup kita. Semuanya adalah disebabkan sedekah yang kita berikan kepada orang lain.Sedekah ada banyak definisi, ia tidak hanya terhad kepada wang ringgi. Zikir, amal soleh, dan senyuman juga adalah salah satu bentuk sedekah.“Andai kita mampu makan di gerai dan harga makanan adalah RM5, apa salahnya kita berikan walau hanya sekecil 10 sen kepada peminta sedekah yang datang atau adakah kita malu kerana berikan wang yang sedikit? Letakkanlah malu pada tempat yang sesuai”Itulah pesan sahabat saya. Bila saya renung, buat saya muhasabah diri. Kadang-kala kita malu tak bertempat. Kadang-kala terlalu kedekut dan takut duit kita akan berkurangan. Bukankah sedekah tidak akanmengurangi harta? Malah dengan bersedekahlah kita menarik rezeki dan kekayaan yang tidak pernah kita sangka-sangka.Tips mudah memulakan kehidupan dengan bersedekah
Maniskan muka dengan senyuman
Sedekah sekurang-kurangnya RM1 seminggu
Solat awal waktu
Berkata hanya yang positif atau diam..InsyaAllah.
Jika istiqomah buat perkara-perkara ringan ini , akan terasa perubahannya. Moga mudah-mudahan, impaknya turut dirasai dalam urusan bisnes kita.Sumber: Hasbul AqillArtikel berkaitan: Hebatnya Sedekah

8. Syukur
Firman Allah SWT,Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. (Surah Ibrahim: 7)Ayat di atas menjelaskan bahawa apabila kita banyak bersyukur, Allah akan tambah nikmat-Nya kepada kita. Syukur ibarat penghargaan daripada seorang hamba kepada Tuhannya iaitu Allah. Analoginya, orang yang kita tolong mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada kita berulang-ulang kali menunjukkan betapa dia menghargai pertolongan kita padanya.Begitu juga Allah, tatkala hamba-Nya mengucapkan rasa syukur, Allah merasai penghargaan daripada hamba-Nya terhadap nikmat yang telah diberikan-Nya. Tiap kali dapat rezeki walaupun sesimple mana pun, bersyukurlah. Ucapkan terima kasih walau hanya di hati
.“Terima kasih ya Allah, hari ini aku dapat komisyen affiliate”
“Terima kasih ya Allah, aku ada makanan untuk dimakan hari ini”
“Terima kasih ya Allah, aku dapat on9 internet untuk uruskan bisnes aku”

CARA MENGHIDUPKAN KESYUKURAN

1. Yakinlah
Tatkala kita menadah tangan, sekalipun hanya berbicara, yakinlah doa kita akan termakbul. Yakin dan percaya ada kaitan dengan iman. Sepertimana kita percaya pada Allah yang Dia akan selesaikan masalah kita, seperti itulah iman kita. Bukankah Allah itu Maha Besar? Malah daripada-Nyalah datangnya masalah itu jadi pastinya kepada-Nyalah kita memohon pertolongan agar diselesaikan masalah itu.Oleh sebab itu, kita perlulah yakin Allah makbulkan doa kita tatkala kita meluahkan keinginan kita.

2. Rasakanlah
Dengan berasa yakin, ia masih tidak cukup bagi menuju kebahagiaan hidup. Ini kerana keyakinan kita sering berubah-ubah seperti iman kita, turun naik. Itulah lumrah manusia. Ada ketika di atas, ada ketika di bawah, seperti putaran roda. Oleh sebab itu, untuk menstabilkan keyakinan itu, kita perlu mengadakan perasaan pada keinginan kita. Contoh,“Saya memiliki isteri solehah dan berakhlak mulia”Bagi adam yang membaca pasti tersenyum ketika membacanya. Dalam hatinya pasti berkata,“Subhanallah. Indahnya andai ia jadi kenyataan”Untuk merasakan statement di atas, anda bayangkanlah perasaan ketika itu. Apa yang anda ingin ada pada isteri anda. Antaranya, anda membayangkan dia bertudung labuh, memakai stokin sebelum keluar rumah dan melayan anda dengan baik. Rasakan perasaan anda tatkala mendapat statement di atas. Pasti indah bukan? Begitu juga apabila menyatakan keinginan anda. Walau apa sahaja keinginan anda, cuba untuk merasakan perasaan itu. Ketika hendak berdoa, kuatkan keyakinan yang doa anda pasti dimakbulkan. Langkah seterusnya adalah melantunkan keingingan-keinginan anda dengan tegas. Jangan ragu-ragu. Jangan fikirkan bagaimana kerana Allah itu Maha Besar. Percayalah adanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Arahkan fikiran dan perasaan pada keinginan-keinginan anda. Sekali lagi, ucapkan dengan tegas dalam hati anda. Jangan ada putus asa atau kecewa. Ucapkan kalimat-kalimat yang mengandungi makna tegas, positif beserta keyakinan mendalam. Elakkan membaca doa seperti ini,“Ya Allah ampunilah aku jika Engkau suka. Ya Allah rahmatilah aku jika Engkau suka”Sebaliknya sebutlah permintaan anda sesungguhnya anda tidak pernah memaksa. Lakukan pengakuan dalam hati dan fikiran anda. Rasakan keinginan-keinginan itu sudah pun hadir. Kemudian bersyukurlah.“Alhamdulillah, terima kasih Allah. Hari ini saya sudah mula dapat beri ibu dan ayah saya RM1000 seorang pada tiap bulan”

3. Rebutlah
Setelah sudah yakin dan rasakan keinginan-keinginan anda, ucapkanlah kata-kata yang dapat memberi kesan kuat dalam diri anda. Contohnya,

“Saya bersyukur kerana mendapat rezeki pada hari ini”
“Saya bersyukur mendapat duit yang banyak dan kehidupan yang selesa”
“Saya gembira mendapat kemudahan urusan daripada Allah dalam kehidupan seharian saya”
“Saya bersyukur dan bahagia kerana membahagiakan ibu bapa dan mereka gembira apabila berada di sisi saya”

Sebutlah kata-kata itu sesudah berdoa. Tujuannya adalah untuk memberi anda energi positif yang kuat yang akan memberi pancaran energi positif kepada alam semesta. Tanamkan kata-kata itu hingga ia benar-benar menjiwai kehidupan anda. InsyaAllah selesai mengucapkannya, anda pasti berasa bahagia, damai dan tidak keluh kesah lagi.

p/s: Cara saya adalah dengan menulis pada sebuah buku (Buku Syukur) apa perkara yang saya bersyukur pada tiap hari. Kadang-kala andai tidak sempat update buku, saya akan ucapkan secara lisan,“Terima kasih Allah, hari ini saya dapat keuntungan yang banyak dalam perniagaan saya”“Terima kasih Allah, sesungguhnya nikmat Kau terlalu banyak untuk aku hitung dan takkan termampu untuk aku hitung. Oleh sebab itu, aku ingin mengucapkan terima kasih atas segalanya pada hari ini”

Dengan menulis perkara yang kita bersyukur tiap hari pada sebuah buku, kita kan memancarkan energi positif kepada alam semesta yang akan menarik lebih banyak rezeki dan wang ke dalam hidup kita. InsyaAllah.“Sungguh mengagumkan urusan orang mukmin itu, setiap urusannya adalah baik. Tidaklah ini berlaku melainkan hanya kepada orang mukmin, jika dia mendapat sesuatu yang menggembirakan, dia bersyukur maka itu baik baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu juga baik baginya.” (Diriwayatkan oleh Muslim)

Semoga apabila lebih banyak nikmat-Nya hadir dalam hidup kita, kita menjadi hamba-Nya yang lebih banyak bersyukur, lebih lama qiyamuilail dan lebih lama sujudnya. Aamiin~Sumber: Petikan buku Quranic Law of Attraction—

InsyaAllah sekian sahaja Resepi Menarik Rezeki Dan Kejayaan berdasarkan pengalaman saya sebagai motivasi agar anda juga turut mengamalkannya, saya juga ingin berkongsi proven testimonial saya dengan resepi ini.Bukti Resepi Ini Berkesan Pada Saya

1. Dengan menggunakan tenaga doa, sering kali saya berdoa seusai solat untuk masuk satu coaching Ebay bernilai RM399. Saya berusaha melalui perniagaan Ebay untuk dapatkan modal itu kerana pada masa itu saya short RM100. Sememangnya ketika itu saya tiada simpanan yang lain untuk cover RM100. Saya bukan seseorang yang suka minta ibu bapa duit. Kadang-kala malu nak minta pada mereka walaupun itu adalah tanggungjawab mereka.Saya terus berdoa dan menggunakan Hukum Tarikan + Quranic Law Of Attraction, saya membayangkan saya dapat masuk coaching itu. Saya bayangkan saya bayar RM399 dan masuk coaching tu. Alhamdulillah, Allah permudah. Saya sendiri tak sangka dapat rezeki daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Tetiba, PAP! Saya terus dapat full modal untuk bayar coaching itu. Subhanallah. Sejak daripada itu, saya semakin yakin dan percaya bahawa tenaga doa itu sangat hebat!2. Apabila saya mulakan hidup berTuhan dan menggunakan Hukum Tarikan, Allah seringkali membantu saya menjadi pemikir positif. Suatu hari saya kehilangan kad akses rumah saya bernilai RM60. Bagi saya yang baru mula menjana pendapatan yang lumayan di Ebay, ketika itu duit saya masih tidak mampu menampung sara hidup saya di bandar besar seperti Shah Alam. Setelah pulang ke rumah dan menyedari kehilangan kad akses itu, saya mula rasa down dan energi positif saya berkurang kerana saya mula berasa kecewa dengan Allah.Tetapi pada petangnya, Allah gantikan dengan item Ebay yang bernilai AUD 60 terjual. Subhanallah.

Setelah itu, saya mula mempositifkan diri agar sentiasa bersangka baik pada Allah.Kisah lain, suatu hari saya menghadapi kesukaran dalam perniagaan Ebay. Saya mula rasa down dan kekecewaan mula menyelinap ke dalam diri saya. Tak lama daripada itu, saya mendapat berita yang kakak saya telah selamat melahirkan anaknya yang mana sebelum itu saya risau keadaannya yang hampir 2 hari berjuang melahirkan anaknya. Disebabkan kegembiraan tentang anak buah saya, rasa down saya terubat dan kekecewaan saya terus hilang. Saya rasa bersalah pada Allah kerana saya berburuk sangka pada dia. Rasa malu kerana di kala saya mula kecewa dengan Dia, Dia akan cure kekecewaan saya dengan sesuatu perkara yang lebih baik yang menggantikan kekecewaan itu. Terima kasih Allah.InsyaAllah itu sahaja perkongsian kesan daripada resepi yang saya amalkan seperti di atas. Semoga ia memberi anda motivasi dan inspirasi serta manfaat kepada anda untuk sama-sama kita amalkan. Impian terdekat saya adalah membeli Blackberry Torch 9810 pada 1.6.2012 dengan hasil 100% duit Ebay saya. Dengan Allah NOTHING impossible. Yes I CAN!“When i think about it, i never doubt about it ever a second.

.”Terima kasih Allah atas segalanya. Sungguh nikmat hidup berTuhan. Subhanallah.Semoga anda kaya dan berjaya dunia akhirat. InsyaAllah. Yes WE CAN
-------
Sekian..jom muhasabah dan amalkan...resipi ini bukn lg rahsia...jika nak rasai keajaibannya..kenelah amalkn. ..kalau bliau berjaya dlm ebay sbb itu passion dia..saya percaya kita akan berjaya dlm biz shaklee kerana ini passion kita..insyaallah. ..
SELAMAT MENGADUN RESEPI..semua ada peluang utk berjaya..insyaallah. ...aplikasikannya dlm urusan harian anda bersama biz shaklee..

Mamafaiz.....

Sunday 24 February 2013

Dunia Shaklee yang penuh excitement!

Strory dapat daripada rakan FB saya : 

http://ummumuhammadfateh.blogspot.com/search?updated-max=2013-02-02T14:34:00-08:00&max-results=7


Allahuakbar, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…

Syukur, segala puji bg Allah…tak mampu rasanya nak mengungkap & menghitung nikmat yg Allah berikan. Hari ini bonus Shaklee masuk (untuk bulan Dec2012), dan saya terpana sebentar melihat amount yang tertera di Maybank2u. Allahuakbar!!! Betul ker ni?? Ianya hampir sama dgn gaji saya sebagai seorang engineer!

 “Ya Allah, jadikanlah aku di kalangan hamba-hambaMu yang paling bersyukur & yang paling dekat dgnMu” – ni adalah doa wajib saya setiap hari.

Sahabat2, sebenarnya kegembiraan saya bukan sekadar wang yang saya dapat, tetapi ia lebih kepada KEPUASAN & KESYUKURAN saya terhadap perniagaan Shaklee ini. Waktu ini saya rasa nak peluk semua keluarga Jutawan Shaklee, nak peluk ‘mak’ Shaklee saya Hafsah, nak peluk ‘moyang’ Shaklee saya Kak Cery, nak cium pipi semua rakan2 Jutawan Shaklee….

Akhirnya doa saya 5 tahun lepas dimakbulkan Allah. Saya masih ingat, selepas saya berkahwin, dan mengandung anak pertama, saya sudah mula ‘stress’ dgn kerja saya sebagai engineer di kilang elektronik. Sampaikan boss saya pernah bertanya, “Ainul, what happened to you? Your performance drop…”. Mana taknya, masa mula2 bekerja, hampir setiap hari saya pulang lewat malam, sekitar 11 malam, menyiapkan report, analisis, presentation..saya banyk shoot email fire ke other department sbb lambat respons, malah saya sanggup datang ke ofis pada hari weekend utk siapkan kerja saya. Hasilnya? Saya telah dipilih oleh department saya untuk terima AWARD sebagai best performance staff. Masatu agak bangga sebab dalam department saya yg besar & mostly chinese, hanya 2 org jer yg dipilih dan saya salah seorang di antaranya.

 

Tetapi itu semua sebelum suami saya pulang ke Malaysia. Bila suami saya pulang dan kami tinggal bersama, focus saya suddenly divert…saya rasa life saya bukan di kilang, bukan di tempat kerja..perasaan ini semakin bertambah bila saya mula mengandung. Saya semakin ‘eager’ utk berhenti kerja tetapi pada waktu itu, saya tak mampu. Yes, xmampu ukt berhenti kerja dan bergelar suri rumah di waktu suami pun baru saja mula bekerja (selepas habis graduation Master di UK), di waktu kami masih belum memiliki rumah, di waktu duit simpanan di bank pun hanya beberapa ribu sahaja. Bagaimana mungkin saya ingin meneruskan hasrat saya utk berhenti kerja?

Tetapi Allah beri saya suami yg sangat terbaik. Beliau faham akan tekanan saya di tempat kerja, beliau banyak membantu saya meneruskan impian saya utk bekerja TIDAK MAKAN GAJI. Kami dh cuba 2 peluang; Public Mutual & Amway.Terus terang saya katakan, most of the jobs were done by him! Beliau lah yang jumpa org, beliau lah yg terangkan pasal produk, beliaulah yang keluarkan duit beribu2 sebagai modal (duit minyak, beli cd, beli buku, attend seminars dll). Sampaikan beliau pernah berckp dgn saya, “Yang, awak kena buat betul2 ni, dh bnyk duit keluar utk buat biznes ni”. Tetapi sayang, kedua2 nya GAGAL utk kami, dan mungkin juga bukan rezeki kami di situ. Saya surrender…jiwa saya bukan dgn cara begitu.

Maka bermulalah episode saya utk kuburkan azam mnjadi suri rumah…dan bermulah episode saya MEMBENCI MLM. Saya telah tekad saya nk bekerja hingga saya habis bayar duit kereta, dan dalam masa yg sama, saya nk develop online business. Saya terfikir nak jual baju2 muslimah, baju baby, nak jual kek, nak jahit langsir dan mcm2 lagi. Boleh tgk blog2 lama saya:



Tetapi tidak sama sekali MLM business yg bagi saya sgt memalukan bila saya terpaksa jumpa org, cari org, jual produk dsb…Sehinggalah saya bertemu dgn Shaklee, dan lebih specifiknya, Group Jutawan Shaklee di bawah monitoring Master Cery. Ya Allah, syukur, syukur, syukur..sebenarnya banyk lag yg saya nk cerita (bagaimana saya jatuh cinta dgn Shaklee, bagaiman saya terbuka hati nk jadi distributor Shaklee) tapi nanti panjang lebar pulak tulisan saya ni. Or boleh refer pada previous entry saya.

Cumanya di sini, saya ingin sangat nk beritahu pada semua, pada pembaca setia blog ummumuhammadfateh, pada rakan2 FB saya, betapa perniagaan Shaklee yg saya jalankan sangat tidak memerlukan saya utk keluar rumah, jumpa org, jual produk TETAPI lebih kepada share & serve d people who need it! Trust me! Kebanyakan semua customer2 saya, adalah bukan dari approach saya tetapi mereka sendiri yg dtg bertanya yang akhirnya yakin dan terus nak cuba produk Shaklee. Dan yang paling best, saya hanya jalankan bisness Shaklee sambil saya susukan anak saya, smbil saya duduk di rumah bermain dgn anak2 saya. Dan ini adalah job yang paling saya nanti2kan selama ini! Allah telah kabulkan doa saya 5 tahun yg lalu..Allahuakbar, terima kasih ya Allah...

And Thanks also to all my loyal customer!!

Sahabat2 semua,

PERKARA PALING BERHARGA YANG TIDAK DAPAT SAYA LUPAKAN ADALAH….

GROUP JUTAWAN SHAKLEE YG TELAH BANYAK MENGAJAR SAYA ERTI SEBUAH KEHIDUPAN. MENGAJAR SAYA BAHAWA YAKIN & PERCAYA LAH BAHAWA 9/10 SUMBER REZEKI ITU ADALAH DATANG DR PERNIAGAAN & ALLAH LAH SEBAIK2 PEMBERI REZEKI, BUKAN SYARIKAT TEMPAT SAYA BEKERJA, BUKAN SUAMI SAYA, BUKAN SEGULUNG IJAZAH SAYA. BUKAN, BUKAN, BUKAN….

DI GROUP INI, SAYA BELAJAR UTK LEBIH MENDEKATI SANG PENCIPTA, DI GROUP INI, SAYA DIINGATKAN UNTUK SENTISA BERSEDEQAH & MENGELUARKAN ZAKAT, DI GROUP INI, SAYA DIAJAR UNTUK YAKIN, SABAR, TIDAK PUTUS ASA, MALAH SENTIASA BERSYUKUR…DAN DI GROUP INI JUGA, SAYA DIAJAR RAHSIA PARA JUTAWAN MUSLIM. IANYA BENAR2 HEBAT!!

PERCAYALAH SAHABAT2…GROUP INI SANGAT ISTIMEWA. ANDA HANYA PERLU RM75 SAHAJA (register sebagai member Shaklee) UNTUK ANDA TAHU SEGALA RAHSIA UNTUK MENJADI JUTAWAN.

IN SHAA ALLAH, THE NEXT MILESTONE SAYA ADALAH UNTUK MENDAPAT INCOME RM10K AND ABOVE.

Nantikan entry tersebut apabila saya telah benar2 berjaya utk mencapai impian saya….

Moga Allah permudahkan saya untuk bantu masyarakat di luar sana ke arah hidup yang lebih sihat & financially freedom…

Ameen

Dari Distributor Menjadi Master ~ Dari Biasa Menjadi Luar Biasa

Dapat daripada rakan FB ummi :

http://naluriibu.blogspot.com/


Terdetik hati ingin berkongsi sedikit kisah perjalanan saya bersama SHAKLEE selama hampir 13bulan. Jalan cerita yang mungkin agak panjang.. :) Ermm pada mulanya saya memang anti dengan SHAKLEE memang x suka laa. Sebab bagi saya semua MLM sama. Suami saya joint SHAKLEE dari tahun 2002. Tapi sebiji pun supplement SHAKLEE tak pernah masuk dalam mulut saya. Sehinggalah lahir putera ketiga kami. Entah bagaimana saya tergerak untuk mencari “sesuatu” untuk badan dan kesihatan saya. Memula serch jumpa Shaklee serch lagi jumpa shakle.. Stress jugak. Tapi entah camne digerakan hati untuk mencuba. Blog pertama yang saya jumpa Blog Master Nur Laila Saya message kat fon dia. Saya Tanya supplement apa yang perlu saya ambil. Tapi masa tu saya bagi tahu dia saya nak beli guna ID suami saya sebab suami saya member. Mungkin jodoh kami. Dia tak reject saya, dia advice n saya pun mula laa consume. Bila mula consume saya rasakan perubahan yang lebih positif. So saya pun mula share dengan kawan2 terdekat. Bila orang tanya saya, saya tanya kak laila. Dia terus menjawab setiap persoalan saya. Ade kalanya saya bagi customer kat dia, memula saya tanya berapa komisyen akak nak bagi kalau saya carikan akak customer. Hahahaa.. x terniat pun sebenarnya saje kacau dia. Then dia ajak saya join group dia. Mulanya saya berbelah bahagi sebab hubby pun dah ade ID sendiri. Tapi tu kisah lain. Tak perlulah saya ceritakan di sini. Oleh kerana cuba untuk berlaku adil dengan Kak Laila. Saya pun setuju untuk join member. Tapi saya bagi tahu dia, kak saya join tapi saya belum nak beli guna id saya k. Dia tak kisah. Saya memilih tarikh 26hb October 2011 sempena tarikh lahir anak kedua saya Aisy yang membawa maksud (kaya raya/ kesenangan hidup)tapi masa tu kak laila registerkan 27 hb, ok je.. xde maslah apa pun.. Walaupun dah ade id saya tetap n masih membeli dengan id suami.. oh ye bawah suami saya dah berlapis2 dah level.. tapi sebab dia tak aktifkan. Saya kata kat Kak Laila nanti dulu ye kak.. ehehehe..


Entah bagaimana bulan 12 saya bagi tahu Kak Laila.. ok kak saya sedia nak sharing.. saya nak bantu semua ibu-ibu menyusu, saya nak semua ibu yang ada susu kan anak mereka. So saya start dengan buat Blog. Saya start share semua info yang berkaitan dengan penyusuan.Apa ada kat blog kak laila yang berkaitan saya copy kat blog saya. Iklan Pertama saya kat baby stuff hasil susu perahan yang saya perah selepas amalkan bco vit c vitalea n alfafa. Memang diluar jangkaan, saya post iklan tu hari sabtu dalam masa satu hari lebih 60 komen yang terpaksa saya reply. Haa amik kau.. masa tu saya cakap kat Kak Laila.. kak nak muntah dah reply komen orang ni. Last nya kak laila tolong reply kan separuh. Ehehehe.. Sambutan hangat hampir seminggu n iklan tu masih kekal sampai ke hari ni. Ade 3 versi.. tapi yang dua kene kacau dengan “seseorang” 



Saya keep on sharing. Sebab niat saya nak bantu semua ibu menyusu n saya yakin produk ni boleh bantu saya nak capai niat saya tu. Then tiba hari nak closing, bila nak closing Kak laila bagi tau uv saya banyak ni. Wahh banyaknya, terkejut gak, n terus naik supervisor. So masuk bulan kedua ade sorang kawan kata nak join member tapi dia nak makan sendiri Cuma nak ade id je. Dia join free membership. Punya laa saya tak kisah sangat kan pasal benda nie, saya suh dia g Shaklee daftar sendiri. Hahahaha. So dia pun daftarlah member bawah saya.



Tak lama lepas tu kak laila Tanya saya, zura ramai2 customer awak ni tak de ke yang nak join member. Saya kata sabar kak.. masanya akan tiba nanti. Ecehh.. Sekali tak lama lepas tu Allah kirimkan seseorang untuk saya. Bulan ketiga saya terus naik Sr Supervisor effective sendiri tanpa mak tolong lagi dah lepas tu. Start dikurniakan anak, saya mula bukak manual book Shaklee. Saya terfikir sendiri, apa best sangat yang Shaklee tawarkan. Saya study page by page. Saya baca semuanya sampai saya betul2 faham saya serch info n I get it. Bulan ke empat KakCery MamaFaiz turun JB. Masa tu terasa alamak boleh ke nak join kelas dorang ni. Malunya sebab sebelum ni saya jarang sangat berkomunikasi dgn Kak Cery. Hidup saya dengan mak saya je. Apa Mak suruh saya buat, apa mak cakap saya ikut. Tak pernah sekali pun rasanya saya pm mana-mana distributor lain camne nak jual, camne nak buat iklan camne nak promo. Saya buat ikut apa yang saya nak n apa yang mak ajar. Setiap hari saya Pm mak saya, dah macam orang bercinta, sehari tak pm rasa tak lengkap hidup. Tapi x pernah dengar suara tak pernah bertemu. Tak pernah bertemu sehingga saya bergelar MASTER. Jarak bukan alasan untuk kita berjaya. Ingat tu. Saya di Selatan dia di Barat. Saya FOKUS kat jalan saya sahaja. Masa tu Kak Cery pun x kenal saya, sebab nama kat fb lain kat statement dia dapat lain.. hahahaha. 



Tapi saya gagahkan juga, bagi tahu mak macam nak join, so dengan malu malu kucing saya pun pergi. Masa tu la pertama kali jumpa beeha, liyana, n fai. Sebelum ni pernah dengar nama tapi xpernah pun inbox ke apa. Alhamdulillah pertemuan tersebut sangat memberi kesan hingga ke hari ini. Ukhwah yang terbina sangat dalam rasanya. Masa tu saya mula ada target. Sebelum ni saya main redah je, janji saya effective, Tak de pun tulis nak jual esp bape tin nak jual bco berapa, yang saya tahu mesti effective. Saya memang jenis last minit. Mak saya pun semput dengan saya awal tu. 4 hari nak closing uv baru 500-600. Tapi saya kata kat dia akak relax insyaAllah effective. Yup saya effective n Allah kirimkan rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka. Tapi saya laa semput, setiap kali closing ku mcm hilang akal dok mengejar uv. Saya tak pernah simpan stok. Orang bank in saya baru beli. 



Oh ya, tak lama lepas tu saya pergi majlis NC. Masa tu saya dapat satu award je. Yang buat saya teruja bila saya tengok Kak Cery naik Stage Sebagai MASTER COORDINATOR. Saya bagi tahu kat beeha n liana. Tahun depan I naik Stage as MASTER ok. Hahahhaa. Tapi saya memang tanam dengan apa yang saya katakan.



Kemudian ALLAH kirimkan seorang demi seorang untuk saya. Ladang saya semakin besar. Saya terus melangkah tapak demi tapak. Saya pastikan setiap liku yang saya lalui dengan enjoy dan setiap langkah saya itu dapat memberi sedikit manfaat pada orang lain. Now Passion saya lebih pada nak bantu lebih ramai kehidupan di luar sana. Saya dengar pelbagai cerita sedih dari anak2 yang datang pada saya. Ya mungkin saya tak rasakan “Sakit Perit “ macam mereka rasakan. InsyaAllah dengan gaji yang saya terima cukup sangat untuk saya dan keluarga. Tapi saya terdetik, selfish nya aku jika aku sorang senang. Sedangkan banyak lagi kehidupan kat luar sana yang susah. Mungkin sekarang aku seronok makan berjalan bersama keluarga. Sedangkan ada orang lain yang merintih mencari sesuap nasi, hutang keliling pinggang. So saya rasakan saya perlu bantu lebih ramai orang.



Sangat seronok rasanya bila ade anak bisnes yang bagi tahu, thanks kak. Beban saya semakin lama makin berkurang. Terima kasih sebab beri saya peluang. So dari situ saya mula rasakan ini jalannya untuk saya cuba bantu lebih ramai orang. Ye duit usah perlu dikejar dia akan datang sendiri. Jika u kejar u akan letih, sampai satu masa u give up. So teruskan tambah nilai dalam hidup orang lain dan duit tu yang akan kejar u. Trust me. Bulan ke tujuh saya naik setapak lagi ke Coordinator. Ujian untuk saya di sini sangat kuat. Tapi saya jadikan itu sebagai cabaran untuk saya buktikan tuduhan n pandangan mereka-mereka itu tak benar.



Bulan ke lapan saya terima income 5 angka yang pertama. Huh memang masa tu tak tahu nak gambarkan macam mana. Terasa kerdil sangat diri saya di sisiNya. Dalam masa yang sama Allah terus kirimkan anak bisnes untuk saya. Semua bersungguh-sungguh. Semua hebat2. Bulan ke sepuluh saya naik setapak lagi sebagai Sr Coordinator. Masa tu promo ESP. memang terkejut saya boleh jual sebanyak tu. Tapi macam saya cakap sebelum ni, jika u betul yakin focus n berkehendakkanya seiring dengan usaha. Pasti u dapat. Masa ni Kak Cery cabar saya, Cabaran 90 hari menjadi MASTER. Tertelan air liur kejap. Hahaha.. tapi sesi tu Cuma gurauan je dalam group whatsapp kami. Bulan ke sebelas naik setapak lagi ke Key Coordinator, bulan ke dua belas naik setapak lagi ke Sr key coordi. Ikutkan saya belum betul bersedia untuk sampai ke tahap ni. Tapi berkat doa saya dikurniakan dengan anak2 yang cukup hebat. Jauh lebih hebat dari saya. Dua orang anak saya melompat dr Supervisor ke Coordinator. So saya dengan terpaksanya juga melompatkan diri saya. Hahahaha. 



Pertengahan bulan ke tiga belas (January) saya print GE terkejut tgok guv n ov. Tapi masih relax. Sebab kalau ikutkan apa yang saya bagi tahu mak saya paling awal saya target Febuary n paling lewat April. Tapi jika dah tersurat itu rezeki, ianya tak akan kemana. Hari closing bila print GE tgok ov lebih 90k. Tak ada apa yang boleh saya ucapkan selain rasa syukur yang amat sangat. Yup saya semakin percaya dan yakin. Duit usah perlu dikejar. Tapi tanamklan dalam hati untuk bantu lebih ramai orang. Pasti Duit itu akan kejar u. Dan ini yang selalu saya tekankan pada anak2 saya. 



Usah sibuk dengan orang lain. Stop mencari alasan. Jangan jadikan masa sebagai halangan. Tak de orang lain yang boleh ubah kehidupan dan diri kita. Hanya kita yang mampu corak n ubah semua itu. Jika alasan yang u pilih maka percaya cakap saya u tak akan ke mana. Jadi diri sendiri dalam hidup ni, kerana kita akan menghadapi ujian hidup yang berbeza dengan orang lain. Tembok dihadapan kita tak sama tinggi dan rendahnya dengan orang lain. Mereka di laluan mereka dan kita di laluan kita. Mungkin halangan di hadapan mudah bagi mereka tapi mungkin sukar bagi kita ATAU mungkin sukar buat mereka tapi mungkin mudah bagi kita.

Kisah Jutawan Siber

Lagi sumber dapat dalam BLOG mama faiz :

http://www.mamafaiz.com/

Monday, March 14, 2011

Tips pengurusan masa

yes..semua orang ada 24jam..saya pun tak terkecuali....lately saya rasa saya makin kelamkabut..mengalahkan orang ada anak 10 org..mengalahkan menteri yang manage whole country.. ahakss.... dan bila saya renung2 balik... kalau hubungan dgn Maha Pencipta .. Hubungan dengan makhluk2Nya ..semuanya tiada masalah ..insyaAllah ..segala pekerjaan kita dipermudahkan .. dulu2 zaman di U..bila saya rajin dengan aktiviti luar jemaah kampus ..aktiviti geng2 surau....baik dgn lecturer2 ..rajin gi kelas... alhmdulillah result mcm tak caya jer.. :-)..... tekejut gak walhal takdela 24jam mengadap buku ... tapi bila semester yang saya rasa sy kene tgk buku sokmo ....tak join aktiviti jemaah(sbb rasa mcm kene study 24jam)..kelas pun asik ponteng..bgn lmbt..gege. ..time tu result tak sebest yang semester sebelum tu ....dan sebab tu saya concludekan ....bahawa selagi kita menjaga hubungan dgn Allah dan hubungan dgn makhluk2Nya ..kita akan berada di bwh lindungannNya.. cuma sebagai hambaNya yg lemah.. ..syaitan dikeliling kita yg tugasnya menakut2kan kita dengan kesusahan, kemiskinan, kehampaan, kekurangan harta jiwa... yg membuatkan kadang kita leka dan lalai... ..
Dan bila bercerita tentang menulis di blog...dulu saya wujudkan blog ni sebab nak berkongsi tentang suppemen Shaklee..supplemen yang saya sendiri dah rasai dan dah cuba... dan dari hari ke hari... setiap entry saya.. saya ingin berkongsi bukan sekadar tentang supplemen..tapi tentang sesuatu yang dapat dimanfaat buat semua ..kerana saya suka menulis.. .. kalau yg sangat2 privacy.. ..kene tulis dlm diary ...ahaha.. (kalau tak ..nnt big bos kat Miri tegur...hehe) .... jadi tak semua dapat saya luahkan di sini. .lagipun saya ni seorang yang perahsia dan pendiam (kalau pot pet tgk situasi dan keadaan ..ahaha).. saya lebih suke mendengar luahan masalah anda.. ... dan ditengah2 mlm ni . saya nak berkongsi berkaitan dgn tajuk di atas .. bagaimana anda menguruskan 24jam yang anda ada.. (tips ni untuk saya juga..huhu)..
  • pastikan anda ada log book...(TO DO LIST)...dan sangat2 dinasihatkan anda buat to do list tu dalam checklist format.. Kiranya anda ada MASTER CHECKLIST yang merangkumi daily schedule untuk seminggu... so awal2 minggu..let say esok hari isnin..so malam tu..listkan siap2 pekerjaan2 yg anda perlu buat.....contoh basuh baju ke,review document ke,tengok tv ke.....allocate masa utk setiap to do list..sgt penting peruntukan masa jadi takkan tersasar..contoh nak tgk tv setengah jam...so jgnla over2..cth lain kata nak surf 20mint..so plus minus 5-10min je boleh. then be specific job yang nak di buat tu.... (saya dlm proses nak develop masterchecklist utk saya ni)
  • pastikan meja tempat anda kerja (workspace) sentiasa kemas..tak kirala anda kerja dari rumah atau di ofis... sediakan filing system...beli 2-3 file dan setiap file ada label ..Bil, Resit, Surat, Statement, Order, Address, Etc.... Be organized.. at the end of the day ... spend 5 minit..susun kembali ke tempat asal. .jgn tangguh2...
  • set masa yang khusus untuk reply emel...bukan kene reply on the spot..tapi cemana kalau lupe nak reply?. Klik reply kat emel yang disend ke kita.tapi save as draft. then bila masa yang sesuai ..pergi kat semua draft...boleh start reply..jadi kita takkan tertinggal untuk reply emel orang.... Sekrang ni kalau emel notification je penuh inbox.. jadi jgn 24jam dok termenung tgk notification ni je... buat special folder utk setiap mail...
  • kurangkan gangguan...yang ni anda sahaja yang tahu apa yang menggangu anda...TV, hiburan, borak2, phone call..etc... mcm saya tulis tadi. jika anda dah set to do list dan masa allocate utk setiap aktiviti..anda akan lebih mudah utk fokus..
  • DOA.... doa ni senjata kita dan perisai harian kita..doa agar Allah permudahkan urusan harian kita..kerana semua yang terjadi diluar kekuasaan kita
..semua tips ni ..saya ingatkan diri saya gak.. .pendek kata..kita kene tulis apa yang kita nak buat keesokkan harinya... buku dan pen mesti ada dlm beg anda.. jadikannya habit ....tak boleh ckp je ..nnt kalau tidak..esok kita jadi ..eh nak buat mana satu..eh tu ..eh ni.. tu yang last2..kita kehilangan masa yang amat berharga. ... (saya kadang jadi mcm tu kalau saya tak tulis.)....dan kene disiplin... kene jadikannya habit..mula2 mmg rasa mcm payah..tapi jika dilakukan hari2..lepas sebulan.. ia akan melekat kat kita.. nak seribu daya ..taknak seribu dalih.. .
..Alamak..dah 12.45AM. .. times up..masa untuk menulis dah tamat...masa untuk beradu. semoga hari esok menjanjikan keceriaan dan kebahagiaan buat kita semua..
_____________________
...Surah Al -Asr

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”..


Tuesday, March 8, 2011

Resipi kewangan jutawan



Dalam kehidupan seharian keseimbangan adalah penting. Ada masanya untuk bekerja, ada masa untuk makan, ada masa untuk beribadah dan ada masa untuk berehat. Begitu juga dalam perancangan kewangan..bla bla.bla.Dan tghari ni saya nak kongsi resipi untuk anda menguasai kewangan anda…(sy jumpe artikel ni semlm)..tapi tengaharini baru sy dpt autopublish..sbb nak edit2 dulu)… …Jom baca and apply bersama2…
_______________________
Resepi kewangan 1 - Menjejaki duit yang hilang. Maksudnya membuat catatan kesemua perbelanjaan dan penerimaan duit. Dengan membuat catatan, ini dapat membantu mengenalpasti kemana duit itu dibelanjakan dan berapa jumlahnya. Catatan perbelanjaan boleh dilakukan dengan apa saja –guna buku 555,guna excel

Resepi Kewangan 2 - Membuat perancangan kewangan
Menguasai duit memerlukan perancangan kewangan yang baik. Keseimbangan perlu ada dalam perbelanjaan dan simpanan. Fomula keseimbangan kewangan ( Balanced money formula ) oleh Elizabeth Warren dan Amelia Tyagi adalah satu contoh yang baik untuk mengawal perbelanjaan. Di sini duit akan dibahagikan kepada 3 kategori.Keperluan 50% - barang yang mesti ada seperti rumah, makanan, pakaian dll(suplemen kira keperluan yer..hehe).Simpanan 20% - simpan untuk masa depan dan pesaraan
Kehendak 30% - membeli barang atau perkhidmatan yang kita suka tapi tidak kritikal dalam kehidupan harian. (cth:astro, internet, makan di restoran,baju,kasut)
*tapi peratusannya bergantung kepada anda.. Anda adalah chef kepada resipi anda..bukan saya..

Resepi Kewangan 3 - Jumlah perbelanjaan kurang dari jumlah pendapatan

Perbelanjaan hendaklah dikawal. Sekiranya belanja melebihi pendapatan sampai bila pun kita tidak akan dapat keluar dari belenggu hutang. Kawal perbelanjaan anda. Membeli dan berbelanja secara bijak. Tetapkan kategori belian anda, adakah ini keperluan ataupun kehendak. Kurangkan kehendak dan pelajari bagaimana untuk mendapat ketenangan dengan benda yang sedikit. ( less is more )

Resepi Kewangan 4 - Hapuskan hutang
Bayar kesemua hutang. Sama ada hutang kad kredit, hutang kereta, hutang rumah, hutang PTPTN dan sebagainya. Hutang adalah seperti api dalam sekam menunggu sahaja untuk membakar kita dengan bebanan dan komitmen yang tinggi. Dalam proses penghapusan hutang perjalanan adalah berliku-liku dan susah. Walaupun sukar ia bukanlah mustahil. Dalam proses ini tindakan drastik mahupun sukar perlu diambil untuk mencari jalan pulang. Lakukan sesuatu yang dapat membantu anda kelular dari belenggu hutang. Ikutilah jalan yang jarang anda lalui ( the road less taken ) untuk mencapai matlamat anda.

Resepi Kewangan 5 - Memberi untuk menerima

Angka adalah nombor tetapi Satu ringgit bukanlah nombor satu semata-mata. Dalam kewangan perbelanjaan dan duit melibatkan psikologi. Kita rasa lebih gembira apabila melihat duit simpanan bertambah, hutang berkurang. Namun kita juga harus belajar unutk memberi duit dengan bersedekah, membayar zakat dan sebagainya. Allah memberi rezeki kepada semua umatnya. Rasailah sendiri bagaimana perasaan anda untuk memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Pemberian bukanlah dalam bentuk wang ringgit tapi boleh juga dari bentuk masa, tenaga dan perkhidmatan. Yang penting ialah keikhlasan untuk membantu dan mengharapkan balasan hanya dari allah
. (zakat..sedekah..wakaf…semua ni umpama saving kita utk saham akhirat..jadi saving bukan shaja datang dlmbentuk cash…jadi rajin2 la zakat dan sedekah…lagi banyak anda keluarkan ke jalaN Allah..lagi byk yang anda dapat..trust me.bila saya amalkannya..its miracle….. ni salah satu kunci bagaimana jutawan kekal jutawan…. Bykkan memberi…Allah akanbalas berganda2)

Resepi Kewangan 6 - Mempertingkatkan ilmu kewangan
Amal tanpa ilmu adalahgila dan ilmu tanpa amal adalah sia-sia. Pelajarilah ilmu berkaitan kewangan dari buku, blog, televisyen dan sebagainya. Terdapat banyak buku berkaitan kewangan seperti azizi ali, blog kewangan seperti bebas hutang dan forum kewangan yang lain. Dalam buku Robert kiyosaki ada disebut berkaitan kepintaran kewangan ( financial intelligent ) walaupun saya tidak setuju secara keseluruhanya namun apa yang penting ialah dengan ilmu kewangan kita boleh menilai sama ada ianya berguna atau tidak.

Resepi Kewangan 7 - Menyimpan pendapatan.
Simpan duit, simpan duit, simpan duit. Simpan sebahagian duit anda untuk masa depan. Simpanlah sekurang-kurangnya 10% dari jumlah pendapatan. Ini dinyatakan sendiri oleh azizi ali dan juga buku ” Richest Man in Babylon” Simpan dulu duit anda kemudian baru berbelanja. (sekurangnya simpan 10%...bukan simpan semuanya..kalau simpan semuanya..karang jadi kedekutplak)
_____________________________________
Fuhh,itu dia resipinya...…Akhir kata..tak kira siapa anda..berapa byk pendapatan anda… anda adalah chef kepada resipi ini..bukan saya.… … its all yours.. resipi dah ada depan mata. ….hasil resipi ini..semua bergantung bagaimana anda mengadunkannya menjadi sebati mengikut citarasa anda…..Semua orang matlamat tak sama..berbeza mengikut keperluan dan kemampuan masing2… Apabila kita dapat menilai pendapatan,status kewangan kita..maka automatik kita dapat menilai dan membuat resepi kewangan masing-masing..Resepi kewangan kita tidak boleh berpandukan status kewangan orang lain kecuali diri sendiri…. ..Jika anda ikut model ni.. anda takkan tersasar…InsyaAllah..…perfect…..anda boleh jadi jutawan…berapa lama?..bergantung kepada berapa lama anda mengadun resipi ni.. berapa lama anda nak masak resipi ni… lagi 6 bulan..lagi 1 tahun..lagi 5 bulan..lagi 10 tahun..InsyaAllah. (saya dah ada target saya.. anda bagaimana?)

Dan sentiasa sematkan model ni dalam minda anda dalam mengadunkan resipi2 di atas..model perancangan kewangan secara Islam…
i)bekerja / berniaga untuk mencari duit (mencipta harta )
ii) menyimpan duit dalam tabung haji, asb, bank ( menambah biak harta )
iii) mengambil takaful / insuran nyawa, am, kesihatan ( lindungi harta kekayaan)
iii) membuat penamaan dalam KWSP dan menulis wasiat ( mengagih2kan harta )
iv) membayar zakat, bersedekah, amal jariah (
menyucikan harta)
_______________________________________________

moga ada rezeki kami lagi utk kesini.. Ameen.._


utk mengetahui latest update dan latest healthy beauty info, sila klik LIKEpage MamaFaiz.COm




.

Tuesday, February 15, 2011

kisah jutawan siber

Hari ni saya nak share sesuatu tentang fikir positif dan fikir negatif.... Bagi saya jika kita impikan sesuatu..tak mustahil utk kita capainya dengan kuasa minda... tetapi utk memperolehi kuasa minda yang yang positif dan bertenaga..byk faktor yang mempengaruhinya... Apa yang kita makan,apa yang kita lakukan..apa yang kita baca..dengan siapa kita berkawan...semuanya sedikit sebanyak membantu membina kuasa minda yang positif......dan ni saya nak share kenapa si jutawan siber ,IrfanKhairi ni tak suke baca akhbar dan apa kaitan dengan fikiran positif dan fikiran negatif.....jom baca apa kate beliau...
.Apa yang saya nak kongsikan adalah, sekiranya minda kita dipenuhi dengan terlalu banyak perkara negatif, kita akan memupuk tabiat berfikiran negatif. Sehingga pemikiran negatif, menjadi dominan… itu yang bahaya.Contohnya, kalau kita terdengar kawan kita kata:
“Eh, ko tau tak kat muzium ada si polan ni nak duduk dalam sangkar dengan 200 ular berbisa selama satu minggu”
Selalunya apa yang kita fikirkan? Sering kali negatif:
· Kerja gila si polan tu, kena patuk ular, terus gol… baru dia tau (dah gol, nak tau apa lagi ye tak?)
· Takde kerja si polan tu, nak cari publisiti murah!]
· Buang masa je, baik buat benda lain yang berfaedah & tak bahaya!
Betul kan? Ini kerana zaman ini, bila kita didedah dengan terlalu banyak perkara negatif, maka, negatif lah dalam pemikiran kita. Ini menjadikan berfikir negatif itu mudah. Sebabkan berfikir negatif itu mudah, sebab itu banyak point-point yang negatif akan keluar dulu dengan pantas.Lawannya pula adalah berfikir positif.
Kini, untuk berfikir positif anda perlu usaha lebih sikit. Sebab ia menjadi sukar berfikir positif. Mungkin anda fikir:
  • · Wah, hebat si polan ni. Sudah tentu polan ni melalui latihan minda dan fizikal yang amat tinggi nilainya!
    · Bagus juga si polan ni, silap-silap dapat masuk dalam Book of World Records! Mari kita beri sokongan!
    · Kalau si polan boleh melakukan sesuatu yang luar biasa, aku pun boleh juga! Ini satu inspirasi!

Itu adalah antara sebab saya tak baca akhbar, untuk memastikan saya kurang terbaca berita-berita negatif dengan niat untuk mem-positifkan diri saya ..Tapi, majalah saya baca majalah yang beri informasi-informasi positif… atau kalau akhbar tu keluar cerita mengenai saya, baru saya beli ...*Note: kalau anda jenis suka baca akhbar, jangan risau- takde salahnya. Boleh teruskan sahaja. Cuma, perlu latih diri supaya tak ter-influence dengan berita negatif yang dibaca dan tidak terbawa-bawa kepada diri sendiri
____________
Memang benar kan..~berfikir negatif adalah mudah dan berfikir positif adalah susah...Anda bagaimana... Jom mulakan hari anda dengan berfikir positif...Cara pemikiran manusia sama ada positif atau negatif adalah satu tabiat (habit) . Sekiranya anda sering berfikir positif, anda akan mengamalkan tabiat berfikir positif kebanyakan masa. Sekiranya anda sering berfikir negatif, tanpa anda sedar fikiran ini akan menjadi tabiat anda dan amat sukar anda menghindarinya.Berfikir negatif akan selalu mengakibatkan kesedihan, kemurungan, bad mood, cepat marah dan hilang daya fokus kearah kejayaan.
Yezzaa... okayla...semoga hari ini membawa seribu kebahagiaan buat semua.. Salam Maulidur rasul buat junjungan Nabu Muhammad SAW yang kelahirannya jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571..Banyakkan berselawat yer kawan2..bukan hari ini je..tapi setiap hari.....

Yang bulat tak dtg bergolek2... A.A.K..... M.O.J

 Lagi nak share dapat dari blog Mama Faiz

http://www.mamafaiz.com/search/label/Hidup%20Ku?updated-max=2011-12-09T08:00:00%2B08:00&max-results=20&start=13&by-date=false

Wednesday, November 16, 2011

Sehari dua ni saya takde sore.. jadi saya nak membebel kat sini...jadi entry ni agak panjang..Ahaks... Lately ada beberapa org yg emel ke saya., katanya... "I'm inspired with how cery started bisnes with Shaklee..bla bla bla bla bla... appreciate your guidance how to start.. bla bla bla bla..."

Saya sengih je.. saya pun mcm tak percaya.. ahaha..bila plak saya start buat bisnes..Ni buat sambil tak sedar.. bermula dari minat je.. haha ..mode separa sedar... The truth is selepas setahun buat part time, alhamdulillah,RMxx xxx masuk dlm bank, setiap bulan....Alhamdulillah.. hmm..takkanlah duit jatuh dari langit bulan2 kan kan.. tapi kene ingat... ni bukan sistem forex. bukan skim cepat kaya... yang bulat tak dtg bergolek2.. very very true indeed.. i work for it.. it pays.. but work smart maa...think n grow rich.. explore your mind..your strength..Terus terang saya ckp.. saya tak expect pun pada awalnya nak serius buat bisnes online ni. Dulu2 kan, 5thn dulu,time saya duduk di Miri, time tu facebook, blog2, internet2 ni tak brapa glamor.. time tu saya sekadar buat sharing bisnes saya hanya via word of mouth n emel kawan2 je.. Suami saya ada tanya dulu kenapa tak jual online (dia nampak dah kuasa2 internet ni)... .. time tu sy kat miri.. saya gelak je.. sy kata apelah dia ni merepek .. haha.. dan kemudian 2thn yg lepas.. bila kak N ajak buat bisnes online.. pun saya geleng2 je.. no no.. sy busy kerja.. lagipun saya tak nampak lagi apa pentingnya part time part time ni.. i enjoy doing my job.. my full time job.(konon lah kan enjoy.. walhal busy paksa rela.. ahha.. yelah kalau tak kerja,nak mkn apa dekk oiii...mak ni dahla byk nak belanja ni.. ahha.. mcm anak 10 je).....
tapi sampai satu masa.. bila anak makin besar, stress kerja.. bla bla... dgn fikirkan masa yg makin sedikit dispend bersama keluarga.. phewww.... . dan bila rasa mcm takde kepuasan dalam daily job (gaji ciput..seriuss...kecikla kalau nak dibandingkan dgn nafsu berbelanja ni.. hahaha... Keje dgn company oil n gas Pet, bukan lah tinggi sgt gaji dek oii.. tapi benefit bykla..hehe. and I learn a lot in term of knowledge, life experience, training.. thanksss yaa petronas.. i lap u.. haha)...sayonara.. kenangan terindah dlm hidup saya..
Dan yg sangat sangat buat saya rasa saya tak boleh tangguh2 lg nak mulakan keje part time ni, tak boleh dah lagi bg alasan tipu diri sendiri.... ni semua bermula bile rasa jeles tgk org yg dpt jadi surirumah.. serius.. mmg sy jeles...jeles gilerrrr..... tapi nak berhenti.. mana berani beb.. ada berani?..income tak cukup masyukk nak ghenti2 kerja ni.. jadi pendam je lah hajat tu...tapi jeles tu lah yg telah membakar semangat saya.. dan nak buktikan kat pasangan saya yang ada pintu lain utk kita gunakan utk capai impian kita..

Apabila dah datang semangat berkobar2 keinginan membara tu, maka saya pun mulakan buat part time.. Mula2 tu sy dok fikir ,apa lah yg sy nak kongsikan dgn org diluar sana.. Jadi sy mulakan dgn apa yg ada.. Apa yg sy ada? Pengalaman best apabila mkn shaklee. Yang tu yg sy ada dan kongsikan dgn ramai org diluar sana.. Dan yg lebih menjadikan hati saya terbuka dan yakin utk jadikan berniaga ni full time, apabila saya sendiri lihat kwn saya yg hanya berkerja dari rumah.. tapi mampu bantu keluarga.. tanpa susah2 keluar rumah. tanpa susah mencari org.. tanpa susah2 paksa2 org beli... slowly saya yakin.. apabila saya bergantung sepenuhya pada Allah.. rezeki itu pasti milik saya jika telah ketentuanNya... tetapi kene lah bersabar ..yg bulat tak dtg bergolek..

Kalau rezeki tu bergolek2 dtg ke kaki.. lama dah saya duduk je..hahah.. cuma yg jadi masalahnya bila ramai sangat org kita ni mudah terpedaya dgn skim cepat kaya.. saya ni pun sebenarnya mudah terpengaruh... ni bukan kali pertama saya buat part time bisnes ... dulu kat miri,bersama2 Aula. kami ligat buat Omega trend.. tetapi last2 pancit.. sbb ia hanya bersandarkan pada 'HEAD HUNTING' ... sampai kwn2 tgk kami pun rasa nak lari.. kami pun segan.. tu namanya zaman buta kami.. ahahha.. Alhamdulillah.. tak buta selama2nya kan.. Alhamdulillah Allah tunjukan saya jln yg benar... Dan slowly sy jadikan online sebagai medium utk sy buat part time... yg tukang gelak, tukang komen.. biasalah ramai.. tapi... ada aku kisah?..(A.A.K)...hahah.. kenapa saya kuat ? sbb mak okay je (M.O.J) ..haha... M.O.J (mak okay je)..
Dan yg paling best.. akhirnya hajat utk saya bekerja sepenuh masa dari rumah tercapai..tak perlu susah fikir tentang mkn gaji..saya resign apabila part time income stabil melebihi gaji mkn gaji... sekarang ni sy lah BOS.. haha. Bukan tu sahaja, la ni ramai je yg emel saya tanya saya bagaimana nak berjaya.. Hmm, bagi saya.. selagi anda belum jatuh cinta dgn produk ini, sebaiknya anda undur diri...kerana dlm bisnes ni.. ia perlukan minat.. rajin.. kesabaran.. passionate..keazaman..fokus.. have faith in Allah and yourself.. bergantung sepenuhnya dgn Allah.. Jika anda yakin bahawa Allah takkan menghampakan hamba2Nya yg bersabar, yg berusaha... InsyaAllah.. buatlah apa2 bisnes part time pun (yg halal naa), anda akan dapat apa yg anda nak..
Yg pasti Alhamdulillah.. saya suka dgn apa yg saya buat sekarang..Resipi rahsia utk berjaya dlm apa juat bisnes yg anda buat. semuanya sama sahaja... tiada jalan singkat utk berjaya... sbb tu org2 dulu cipta pepatah ni. kalau tak dipecahkan ruyung ,mana nak dpt sagunya, bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian..... Jadi kwn2... jgn sekali2 mulakan bisnes dgn berhutang puluh2 ribu (unless anda nak bukak umah kedai, buat projek besar2an, yg tu sume kena ada paper work, bisnes plan..then bolehla apply bisnes loan kat Bank). Berhutang ni menambah tekanan jiwa..maksud saya sampai buat pinjaman semata2 nak untung ratus2 seawal bulan pertama buat bisnes....takde bisnes yg awal2 bulan pertama akan untung...Anda ingat tak ada satu subjek dalam Add Maths dulu.. yg graf linear2 tu.. yg kita boleh predict dlm berapa bulan kita akan dpt balik modal tu.. tak ingat plak nama subjek tu.. pergh.. mmg suke subjek tu... ... Kalau bulan pertama terus untung ribu2.. sah sah ada hidden agenda...so beware.. the rules of thumb in starting the part time bisnes.. mulakan dgn apa yang ada.. itu jer... :-).. Jadi renung2kan.. apa yang anda ada?.Allah kurniakan manusia sesuatu yg takde pada makhluk lain..iaitu akal fikiran. its priceless. jadi gunakan akal fikiran anda utk explore kekuatan anda.. (skill,hobi, explore your strength, your passion,etc... tak semestinya buat shaklee naaa.. anak2 didik dibwh saya yg berjaya dgn Shaklee sbb mereka minat dan jatuh cinta dgn Shaklee..jgn sama kan diri anda dgn mereka.. tapi kalau anda pun dah jatuh cinta dgn Shaklee.. u may follow me.. hehe)...

Apa lagi ya.. oh yaa.., anda kene banyakkan baca buku org yg dah berjaya buat bisnes.. buku motivasi sahaja tak cukup, buku motivasi tu adalah utk recharged our soul dan membuka minda, tapi bila kita baca buku kisah2 org yg dah berjaya atau rapatkan diri dgn org yg dah berjaya.. kita akan korek2 dan belajar segala ilmu dari mereka...Jika anda tanya jutawan online tu ..mereka pun ckp,bykkan membaca kisah2 org yg dah berjaya.. ikut step2 mereka..Zaman sekarang ni kene work smart...kene bijak duplicate... zaman IT.. kene bergerak pantas.. pantas pun bukan pantas yg menonong... tak tahu apa2... tu sama lah gak kes bwk kereta tak pakai talipinggang semua lampu merah diredahnya... tak berhenti di R& R utk muhasabah...
Saya mulakan semuanya dari minat dan hobi dan dari part time sahaja.. awal2 pun dapat puluh2 ringgit je.. Umpama awal2 hanya ada gerai tepi jalan,..awal2 sebelah mata pun org tak pandang.. tapi akhirnya ada bangunan ala2 twin tower tu.. waaa. I likee...time tu semua pandang tak berkelip.. . dan sama gak mcm tanam pokok... bila awal2 tumbuh kecil. org tak pandang.. tapi bila dah merimbun dah berbuah.. semua org dtg tgk"Waaaaa ..Impressed"..semua nak ada pokok yg rendang berbuah mcm tu gak.. InsyaAllah tak mustahil.. jadi mulakan dari sekarang lah ..pergi beli 'anak pokok, semai,letak baja siram air'.... Ready?..
Jadi, jika anda benar2 berminat..benar2 ingin mulakan hobi dan apa jua yg anda minat sebagai part time... boleh contact saya.. boleh join kelas saya...Kelas amatur.. kelas bagaimana menjana pendapatan 3-4-5angka bermula dari part time... . wahhh.. mcm kelas memasak.... ahaha..ala2 akademi fantasia gitu.. haha..sebenarnya, walaupun sy dah ada title Master in Shaklee.. its not the end ya.. saya masih dlm mode belajar.. Ilmu Allah itu luas,lebih luas dari buih dilautan.. its just beginning . ia hanya permulaan utk saya capai impian2 saya yang lain... Selagi ada hayat dikandung badan.. InsyaAllah.. will continue to keep on sharing.. utk kesejahteraan ummah...
Sekian terima kasih utk hari ini....