Tuesday 21 March 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU :Karbohidrat Yang Ditapis: Apakah Ia dan Mengapa Perlu Di Elakkan

Karbohidrat memberikan kepada kita sumber tenaga yang utama melalui glukosa. Ia penting kepada otak dan tubuh badan berasal daripada makanan daripada tumbuh-tumbuhan. Secara semula jadi, karbohidrat sangat berkait rapat dengan vitamin, mineral, protein, lemak dan serat.

Karbohidrat Yang Ditapis

Karbohidrat kompleks merupakan satu bahan yang tidak cepat dipecahkan dan ditukar menjadi gula seperti ubi kentang. Manakala karbohidrat yang ringkas atau ditapis pula merupakan hasil daripada pengubahsuaian struktur karbohidrat yang asal sehingga ia mudah untuk memasuki saluran darah seperti satu suntikan gula.
Suntikan ini akan merangsang kepada penghasilan inslulin yang akan menukarkan gula ini kepada lemak tersimpan berbanding ditukarkan kepada tenaga. Kesannya, otak mula mengalami kekurangan tenaga.
Karbohidrat sangat penting dalam diet anda, namun sumber utama kepadanya seharusnya datang daripada sayur sayuran daripada bijirin yang ditapis. Hal ini disebabkan oleh bijirin yang ditapis ini sangat berkait rapat dengan penyakit yang melibatkan jantung, buah pinggang, hati dan pankreas.

Kesan Pengambilan Berlebihan Karbohidrat Di Tapis

Karbohidrat yang ditapis ini juga menyumbang kepada penyakit hiperaktiviti, masalah pembelajaran dan kecenderungan untuk melakukan keganasan. Selain itu, ia juga menyebabkan alahan, anoreksia, kerapuhan tulang, tekanan, diabetes, penyakit Celiac dan ketidakstabilan gluten.
Dalam masa yang sama, vitamin B, membolehkan enzim yang diperlukan menukarkan karbohidrat kepada tenaga. Karbohidrat yang ditapis sangat kurang kandungan vitmain B, akhirnya akan menyebabkan penukaran karbohidrat kepada lemak dan akhirnya akan menyebabkan pertambahan kolestrol dan paras trigliserida selain daripada menjejeaskan paras insulin.
Sungguhpun sesetengah pengeluar makaann mendakwa bahawa makanan yang dihasilkan mereka kaya dengan vitamin B, namun ia hanyalah dalam bentuk sintetik; tidak mampu memberikan kesihatan yang lebih baik.

Bijirin dan Bijian yang Ditapis

Banyak didengari sekarang antara kematian adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular atau diabetes. Banyak kajian yang telah dilakukan mendapati rintangan insluin merupakan penyebab kepada diabetes jenis II serta penyakit jantung koronari.
Sebelum ini, lemak dalam diet dipercayai sebagai penyebab utama kepada peningkatan penyakit. Kini, American Diabetes Association dan American Heart Association kedua-duanya mencadangkan supaya meningkatkan pengambilan karbohidrat untuk digunakan sebagai tenaga.
Walaupun sudah mengamalkan diet rendah lemak, pengambilan karbohidrat yang ditapis telah menyebabkan para pengkaji bukan sahaja di AS malah di seluruh dunia memahami bahawa betapa pengambilan karbohidrat jenis ini akan mempengaruhi tindak balas insulin dan penghasilan lemak dalam badan.

Glisemik Indeks Sebagai Ukuran

Glisemik Indeks digunakan bagi mengukur betapa cepat karbohidrat dicernakan. Beban glisemik akan mengukur kandungan karbohidrat serta indeks glisemik makanan untuk menberikan satu idea tentang keupayaan karbohidrat dalam meningkatkan kandungan gula dalam darah.
Ubi kentang, bijirin yang diproses serta jus buah-buahan mengandungi beban glisemik yang tinggi. Bijirin seperti jagung, nasi dan gandum yang telah dikisar memiliki kandungan kanji yang lebih tinggi dan serat yang sedikit selain daripada paras nutrien dan pitonutrien  yang kurang. Bijirin penuh tidak memberikan kesan yang besar kepada tindak balas insulin berbanding bijirin yang ditapis seperti nasi putih, tepung putih dan bijirin proses yang lain.

Sungguhpun begitu, bijirin penuh perlu dilakukan sesuatu untuk membolehkan ia dihadam. Caranya ialah dengan mencambahkan, merendamkan serta menapaikannya bagi meningkatkan keberadaan nutrien di dalamnya. Bijirin penuh yang tidak dirawat mengandungi sebatian yang akan menghalang penyerapan nutrien. Adalah penting untuk diingat bahawa kandungan nutrien dalam bijirin adalah lebih rendah berbanding yang terkandung dalam makanan yang lain seperti sayur-sayuran.

Makanan yang Dilenyek

Proses lenyekan merupakan satu proses yang dilakukan oleh pengusaha makanan yang berbentuk separa cecair dan akhirnya dibentuk-bentuk dengan menggunakan mesin dengan bentuk yang menarik. Proses ini banyak digunakan dalam penghasilan pelbagai jenis makanan.
Dalam proses ini, daging atau bijirin akan dijadikan seperti bubur, dimampatkan dan dibentukkan secara paksa kemudian akan disembur dengan minyak dan gula. Seorang bekas ahli biokimia korporat dan penulis buku Fighting the Food Giants, Paul Stitt, mengatakan bahawa proses seperti ini akan memusnahkan kebanyakan nutrien di dalam bijirin tersebut walaupun ia telah ditambah dengan vitamin.
Stitt menjelaskan satu kajian yang tidak diterbitkan telah dilakukan oleh sebuah syarikat bijirin di mana dalam uji kaji tersebut, tikus makmal telah diuji dengan memberikannya makan pelbagai jenis diet. Satu diberikan gandung yang kaya dengan vitamin dan mineral. Satu lagi diberikan air dan larutan vitamin.
Kumpulan yang lain pula diberikan puf gandum serta vitamin atau larutan mineral. Kumpulan keempat pula diberikan hanya air. Hasilnya, kumpulan tikus yang pertama didapati hidup selama setahun. Manakala tikus yang hanya diberikan air dan vitamin/larutan mineral pula hanya hidup selama 2 bulan sahaja. Tikus yang diberikan air sahaja pula hidup selama sebulan. Akhir sekali, tikus yang diberikan bijirin dan larutan vitamin pula mati selepas tempoh dua minggu!
Para pengkaji telah menemui tanda-tanda kejutan insulin di dalam badan tikus tersebut yang makan bijirin : yang menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang, hati dan pankreas serta saraf tunjang.

Bijirin dan Gula

Disebabkan oleh bijirin akan bertukar kepada gula dalam tubuh badan kita dengan sangat cepat, kita perlu lihat kepada kesan-kesan daripada pengambilan gula yang ditapis di dalam tubuh badan kita juga. Kebanyakan bijirin, roti dan makanan berbungkus mengandungi gula tambahan.
USDA telah melakukan kajian terhadap pengambilan gula yang ditapis serta tepung putih pada tahun 1970 dan 1997. Hasilnya mendapati bahawa pengambilan diet yang kaya dengan fruktosa dan sirap jagung serta pemanis-pemanis yang lain meningkat kepada 144.5 pound karbohidrat setiap orang bagi setiap tahun. Hasil ini boleh dibandingkan dengan 17 pound lemak badan seseorang bagi setiap tahun. Kini industri menghasilkan kira-kira 156 pound gula yang ditapis bagi setiap orang dalam tempoh setahun.

Gula Yang Ditapis

Gula yang ditapis memberikan kalori namun tidak memberikan apa-apa nutrien. Ia sering dikenali sebagai ‘kalori kosong’. Namun begitu, bukan setakat itu sahaja, ia juga bahkan menyebabkan anda terpaksa ‘berhutang’ dalam soal kesihatan anda dalam pelbagai cara.
Gula yang ditapis kini menjadi 16% daripada purata diet masyarakat Amerika dan juga secara amnnya seluruh dunia . Ini yang menyumbang kepada penyakit jantung, obesiti dan kerosakan gigi seperti yang dilaporkan oleh Center for Science in the Public Interest. Pengambilan kalori kosong ini bermakna masyarakat dunia perlu mendapatkan 100% nutrien daripada hanya 84% daripada makanan yang mereka makan.

Dalam kalangan golongan dewasa, diabetes Jenis II (yang disebabkan oleh diet dan gaya hidup) telah meningkat kepada 70% bagi mereka yang berumur 30-an di Amerika, manakala 40% dalam kalangan mereka yang berusia 40-an dan 31% bagi yang berusia 50-an.
Walaupun kebanyakan gula yang ditapis terdapat dalam makanan yang diproses, namun ramai yang tidak menyedari bahawa gula semula jadi atau gula mentah yang mereka gunakan di rumah juga merupakan gula yang ditapais. Jus buah, kristal Florida, kristal sukanat dan kristal turbinado juga merupakan gula yang telah diproses supaya ia lambat diserap dalam tubuh badan.
Daun stevia, madu asli dan sirap maple adalah pilihan yang lebih baik namun masih lagi perlu digunakan secara sederhana.
 
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_



UMMI ZUBARI
SID 892671
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

No comments:

Post a Comment