Sunday 19 January 2014

Shaklee Bintulu : BETULKAH Shaklee Tidak HALAL?

Sekarang ni memang kecohlah...semua nak cari 'SALAH' shaklee..
sebab ada satu produk tempatan tu...tiada 
iktiraf sijil halal dari pihak JAKIM... so mereka pun
cuba juga siasat status HALAL shaklee...GOOD JOB..

Memang tidak di nafikan...apalagi sengaja menyembunyikan 
fakta yang
Shaklee Product (M) Sdn. Bhd sememangnya tidak t
erdapat dalam list halal JAKIM...
 So..persoalannya
adakah vitamin shaklee yang kita makan, anda 
makan dan anak-anak anda makan TIDAK HALAL? 
Mengapa Shaklee Product (M) Sdn Bhd tidak 
terdapat dalam senarai JAKIM tersebut? 
Apa dah jadi.. adakah kita semua TERTIPU???
Adakah Shaklee menipu pengguna muslim nya???

OPSSS....TOLONG JANGAN PANIK !!!
  Bayangkan kalau Shaklee yang dah jadi darah daging kita
TIDAK HALAL???OH NO...tp yang sebenarnya
PRODUK SHAKLEE MEMANG HALAL
Tetapi kenapa Shaklee Product ni tiada dalam list JAKIM?
Persoalan anda saya jawab di bawah..

Pertamanya produk Shaklee adalah keluaran USA, bahan mentah daripada sana, dibuat disana dan diimport ke Malaysia. Jadi seharusnya badan Islam di USA lah yang bertanggungjawab untuk mengesahkan Status Halal bagi produk-produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia. Takkan JAKIM nak pergi ke serata dunia untuk menghalalkan berjuta-juta produk di dunia ni kan? So setiap negara ada badan Islam masing-masing yang akan mengeluarkan sijil halal bagi produk negara terbabit. Cuma persoalannya adakah badan-badan ini diiktiraf oleh Jakim? saya jawab di bawah k... so, settle part ni. 

Persoalan kedua: Jika Shaklee adalah produk USA, jadi siapakah yang bertanggungjawab untuk mengesahkan status kehalalan produk-produknya?

Good question dan anda harus tahu siapakah yang bertanggungjawab. Jawapannya adalah ISA ataupun Islamic Services of America.

Siapakah pula ISA ni?

ISA adalah 1 badan Islam di America yang mengeluarkan sijil Halal yang diiktiraf di 70 buah negara di seluruh dunia. Jakim pula telah mengiktiraf ISA sejak 1982. Klik SINI untuk bukti. Bermakna hampir 32 tahun diiktifar di Malaysia. So, adakah ini melegakan hati cik akak sekalian? offcos la kan, dah jelas dan nyata... so pasni no more ragu-ragu untuk menjadi jelita, kurus dan sihat.. hikhik.. ok, saya sertakan info-info penting untuk anda ya...

ISA HALAL CERTIFICATE


SHAKLEE HALAL ISA CERTIFICATE
Sijil HALAL Shaklee yang dikeluarkan oleh ISA
JAKIM dan ISA
ISA tersenarai di dalam Senarai Badan Islam yang Diiktiraf oleh JAKIM. 

Kesimpulannya, Shaklee adalah produk kesihatan semulajadi no.1 dunia yang Halal dan selamat dimakan :)

Credit :http://mylittlemomo.blogspot.com/2014/01/shaklee-tidak-halal.html

Shaklee Bintulu : PENGURUSAN BERAT BADAN DENGAN SHAKLEE...


SHAKLEE ada 3 peringkat dalam penggurusan berat badan.BUANG,BAKAR DAN BINA


TAPI KENA JAGA MAKAN JUGA…KALAU BOLEH KURANGKAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT DAN YANG MANIS2…..SENAM JUGA YE…..

3 konsep utama – BUANG, BAKAR, BINA. Apa yang dibuang, dibakar dan dibina tu?
Sebelum tu, suka saya nak ingatkan, untuk turunkan berat badan, bukan hasil satu malam. Dan sesiapa yang nak kuruskan badan harus faham konsep kalori. Kalori yang diambil haruslah seimbang dengan kalori yang digunakan. Kalori yang tak digunakan itu lah yang menjadikan badan kita bertambah gemuk!
1. BUANG
Produk: ALFALFA/HERB-LAX
Fungsi: Membuang lemak, toksin dalam badan
buang
2. BAKAR
Produk: LECITHIN/OMEGA GUARD
Fungsi: Bertindak sebagai pemecah lemak dan pembakar lemak dan kolestrol
bakar
3. BINA
Produk: CINCH/SOY PROTEIN
Fungsi: Bina otot, elak kulit menggelebeh
bina
LANGKAH PERTAMA: DETOX
Detox adalah proses pembersihan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum
Produk pilihan untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit-birit kepada anak.
LANGKAH KEDUA: MEMECAHKAN LEMAK
Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak atau secara ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tapi diperlukan oleh badan.
LANGKAH KETIGA: MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN
Membina otot adalah penting dalam berdiet. Otot yang sihat membakar lemak lebih baik dan menjadikan kawalan berat badan kita menjadi lebih baik dan mengelakkan – mudah turun mudah naik. Oleh kerana itu pengambilan protein penting dalam program penurunan berat badan.
Untuk protein terbaik, anda boleh memilih sama ada Cinch Shake Mix atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake Mix ni, tapi gantikan dengan ESP (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan).
Walau apa jua supplement yang anda makan untuk kurus, anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak, rajin bersenam dan banyakkan minum air – sekurang-kurangnya 3L sehari.
Pilihlah produk anda. Ramai dah merasai sendiri perubahan yang ketara dengan menggunakan Set Kurus Shaklee. Turunkan berat badan dengan cara yang betul, agar kesihatan terjamin, bukan sekadar kurus!

 ***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Saturday 18 January 2014

Pengedar Shaklee Ready Stock di SEMPORNA, SABAH.




produk+shaklee Pengedar Shaklee Ready Stock Di Serdang, UPM dan Seri Kembangan.


Bagi para pelanggan Shaklee di SEMPORNA, SABAH dan kawasan-kawasan berdekatan, anda kini boleh menarik nafas lega kerana Pengedar Shaklee dengan Ready Stock kini berada berhampiran sahaja dengan tempat anda. Tidak perlu bersusah-payah kerana anda hanya perlu menghubungi Puan Khadijah melalui panggilan atau SMS di talian 013-8369536Kemudian buat temujanji anda dengan beliau di mana-mana ‘checkpoint’ dan anda akan terus dapat produk Shaklee kegemaran anda. Mudahkan? Jimat postagedan paling best boleh tanya secara face to face...






Hubungi Puan Khadijah sekarang!

FB : Khadijah Bt Abdullah
Call/Whatsapp: 013-8369536
Fanpage ;Khadijahbeautyshop
Blog: http://khadijahbeautyshop.blogspot.com







Friday 17 January 2014

Shaklee Bintulu : BATU PADA HEMPEDU...

Bagi mereka yang se­ring rasa tidak selesa, senak atau sakit pada bahagian perut setiap kali selepas makan, ia mengganggu tugasan harian, apatah lagi jika berlarutan dalam tempoh lama.
Malah, mungkin ramai beranggapan sakit dialami itu disebabkan gastrik, tetapi jangan terkejut apabila pemeriksaan doktor pakar mendapati terdapat ketulan batu dalam pundi hempedu badan. Tidak dinafikan gejala penyakit batu karang hempedu seakan-akan sama dengan gastrik.
Pesakit berasa senak dan kadangkala sakit di bahagian perut, disertai rasa mual, angin, kembung perut dan muntah. Ramai yang mengabaikan gejala berkenaan sehingga akhirnya kesan kesakitan dialami tidak lagi mampu ditanggung badan. Ketika ini mungkin jalan penyelesaian terbaik adalah untuk membuang organ berkenaan bagi mengelakkan ia berulang.
Seseorang individu boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa gejala tertentu. Proses ini juga mengambil masa bertahun-tahun untuk wujud dalam hempedu seseorang tanpa disedari dan jumlahnya mungkin mencecah puluhan biji.
Ia berlaku apabila hempedu tidak memiliki bahan kimia seimbang dan membentuk partikel keras yang kemudian menjadi batu karang. Batuan terbabit akan terus berada dalam pundi hempedu dan bertambah jumlahnya sekiranya ia tidak dikesan lebih awal bagi me­ngurangkan masalah terbabit..
Apabila pundi hempedu dipenuhi batu hempedu, proses pencernaan lemak dan kolesterol menjadi semakin kurang efektif. Ia menyebabkan cecair hempedu dan kolesterol memasuki sistem darah dan mengakibatkan pelbagai penyakit lain seperti sakit kuning, penyempitan salur darah, tekanan darah tinggi, jantung, kerosakan hati, masalah buah pinggang dan usus.
Jika satu ketika dulu individu yang mengalami­nya berusia 40 tahun ke atas, tetapi kini golongan muda seawal usia 20 tahun sudah disahkan menghidapnya. Keadaan ini disebabkan perubahan cara hidup dan pengambilan diet harian yang semakin mudah dan semuanya berasaskan makanan segera.
Antara penyebab berlakunya masalah ini adalah cara ­hidup moden yang serba mudah, kurangnya aktiviti fizikal serta makanan me­ngandungi banyak kolesterol, lemak, bahan perasa dan pewarna sintetik di samping pencemaran udara, asap kenderaan, kosmetik me­ngandungi kimia sintetik, alkohol dan rokok.
Pe­nyakit berpunca daripada masalah batu karang hempedu iaitu:
Kolik hempedu
Ia berlaku disebabkan satu daripada batu karang yang terhasil tersangkut di tengah pundi hempedu selepas makan membuatkan individu terbabit mengalami kekejangan. Rasa sakit terbabit bermula pada bahagian ulu hati dan membawa ke bahagian belakang. Jika kolik hempedu berlaku dalam masa singkat serta menyebabkan kekejangan dan jangkitan, ia akan menjadi radang (acute Cholecystitis).
Kronik Cholecyctitis
Keradangan kelenjar pankreas.
Gejala batu karang dalam hempedu:
  • Rasa senak kronik yang hadir dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian perut.
  • Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar ­teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas ­perut.
  • Rasa sakit apabila ditekan pada bahagian tepi ulu hati.
  • Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas.
  • Rasa loya dan muntah tanpa sebab.
  • Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit berterusan atau mengalami demam panas
  • Selain itu, ada ketika­nya batu karang hempedu terlepas daripada pundi hempedu dan masuk ­melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus ­kecil (duktus hempedu biasa). 
  • Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala pankreas dan menyebab­kan ketulan batu karang ini tersumbat dan menyekat duktus mengakibatkan komplikasi dikenali sebagai pankreatitis.
Kaedah atau rawatan 
i- Pembedahan
  • Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. 
Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan meng­gunakan laparoskopi iaitu sejenis tiub nipis ­dengan sistem lampu dan kamera video kecil.
Beberapa insisi (menghiris tisu) kecil akan dilakukan dan individu berkenaan akan kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
  • Pembedahan terbuka. 
Pundi hempedu ­dikeluarkan melalui insisi besar di perut. Selepas pembedahan dilakukan, hati ­terus menghasilkan hempedu secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.
ii- Bukan pembedahan
Batu karang terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan pembedahan dilakukan. Bagaimanapun, apabila pembedahan bukan pilihan utama pesakit, doktor akan mencadangkan:
  • Pil garam hempedu. 
Doktor menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall) yang akan melarutkan batu kolesterol untuk tempoh ditetapkan. 
Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu karang yang kecil.
PETUA (Sumber: Dr Hamid Arshat)
Jadi saya rasa terpanggil untuk kongsi petua ini dengan semua. Jom baca apa petua Dr. Hamid tentang cara nak hilangkan batu karang ni dalam kilang hempedu ( Gall Bladder Stones).
  • Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turut
  • Hari ke-6 jangan makan malam
  • Pada pukul 6 petang hari ke-6: makan satu sudu garam Epsom (magnesium sulphate) yang boleh dibeli dari farmasi
  • Pukul 8 malam hari ke-6: ulang makan garam Epsom
  • Pukul 10 malam hari ke-6: Campurkan satu cawan (250 ml) minyak zaitun atau minyak bijan dan setengah cawan jus lemon segar (perah 3 biji lemon). Campur minyak zaitun dengan jus lemon dan minum.
  • InshaAllah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar.

Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi Pesakit Batu Karang                                                
• B Complex - mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk batu karang & menampung vitamin B6 yang berkurangan
                                           
• Vitamin C - menambah keasidan urin di mana batu karang tidak akan terbentuk dalam urin yang berasid, juga untuk membantu penyembuhan luka dalaman
                                          
• Ostematrix - mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah pembentukan batu karang
                                               
• Carotomax - menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
                                              
• Alfafa Complex - mengurangkan inflamasi & infeksi
                                                  
• Omega Guard - membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang
                                         
• Lecithin - mengelmulsi lemak dan minyak makanan yang dimakan dan menghalang daripada diserap oleh perut


 ***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPOR

Thursday 16 January 2014

Shaklee Bintulu : Atasi masalah migrain dengan shaklee

Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:

  • Sakit kepala kerana tekanan
  • Sakit kepala kerana sinus
  • Sakit kepala kerana migrain


Sakit kepala kerana tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.  ( hehe cthnye kalau anda pernah ke genting pagi then balik (KL) petang tgh matahari mencucuk2 kulit, huhu blk rumah mesti berdenyut kepala..)

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat. Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

  •          Kekurangan zat dan nutrisi
  •          Faktor keturunan
  •          Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  •          Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  •          Terlalu banyak mengambil kafein
  •          Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat 


Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung. Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.


Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? 

Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin untuk migrain:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbangkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.


credit to   mommy Lyna

 ***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….