Foto: IG emilia_salim
Kita sedia maklum, bayi dan kanak-kanak belum mempunyai sistem imun badan yang kuat untuk mengelakkan daripada sebarang jangkitan kuman dan penyakit.

Itulah sebabnya anak-anak kecil perlu dijauhkan daripada persekitaran yang tercemar, orang-orang yang tidak sihat dan makanan yang boleh menjadi punca penyakit.
Biasanya ibu-ibu akan beri anak suplemen untuk menguatkan sistem imun badan mereka. Sebenarnya ada cara yang mudah sangat untuk bagi badan anak kuat dan tak mudah dijangkiti kuman.

Caranya iaitu kerap memberi mereka makan sup kebal imun atau 'immune-boosting meal'. Ia sebenarnya sup biasa tetapi menggunakan bahan-bahan yang memang terkenal membantu meningkatkan pertahanan badan iaitu parsnip, tulang-belulang dan isi ayam, bawang putih, bawang merah dan celery.

Jom pelajari cara menyediakan sup ini.
Bahan-bahan
Bawang putih
Bawang merah
2 batang celery
2 batang leeks
2 batang parsnip
2 batang lobak merah
3 biji tomato
Tulang ayam (semua anggota badan ayam termasuk kaki kecuali kepala)

Cara menyediakan
1. Potong kecil semua bahan-bahan.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kalau ada slow cooker lagi bagus.
3. Masukkan air sehingga tenggelam semua bahan.
4. Masak dengan api perlahan kira-kira 8 jam. Kemudian kisar dan tapis.
Selain dimakan terus, anda boleh bekukan sup ini dalam kiub ais, bekas kiub makanan bayi atau bekas bertutup dan dijadikan stok untuk apa-apa masakan di dalam peti sejuk. Kalau simpan di tempat dingin beku, boleh tahan berbulan tetapi kalau hanya disimpan di bahagian bawah peti sejuk, hanya tahan lima hari.

Dalam seminggu, sekurang-kurangnya tiga kali boleh bagi anak makan sup ini sama ada dihidangkan dalam bentuk sup atau masukkan dalam masakan lain.
Berikut adalah kebaikan sup kebal imun kepada si manja anda

1. MENGUATKAN LELANGIT BAYI
Susu ibu dan susu formula agak manis rasanya, dengan memberikan sedikit rasa savori ia membantu meluaskan lelangit bayi.

2. MENGUATKAN TULANG & GIGI
Sup ini kaya dengan bahan mudah dihadam dan membentuk kalsium dan magnesium, yang penting untuk bayi anda membina tulang yang sihat dan gigi yang kuat.

3. MEMBANTU MEMBINA TISU PERANTARA & SENDI
Sup ini mengandungi glucosamine dan chondroitin, iaitu dua nutrisi penting untuk sendi dan membantu membina sendi-sendi bayi. Sup ini juga sumber terbaik gelatin dan kolagen, kunci utama membina dan menyokong perantara tisu.

4. MENGURANGKAN RISIKO ALERGI
Kekerapan makan sup ini meningkatkan keupayaan badan untuk menguatkan lapisan usus, yang mampu mengurangkan risiko alergi dan sensitiviti terhadap makanan.

5. MENYOKONG SISTEM IMUN & PENGHADAMAN
Asid amino yang terkandung dalam sup membantu merangsang sistem imun dan meningkatkan penghadaman.


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_



UMMI ZUBARI
SID 892671

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….