Thursday 28 May 2015

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : 10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI


1 . ubat batuk
limau+kicap+garam = minum setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih


2 . ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.


3. ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.


4 . ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.


5 . ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.


6 . ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.


7 . ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.


8 . ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.


9 . ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.


10 . ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama



***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Monday 18 May 2015

Pengedar Shaklee Bintulu :Cara Mudah Membuat Garlic Oil (Minyak Bawang Putih


Minyak bawang putih atau dikenali sebagai garlic oil memang sangat berguna terutamanya untuk merawat selesema ataupun batuk. Zarith suka buat garlic oil dalam kuantiti yang banyak. Bila Zuyyin atau Zayra batuk atau selesema Zarith akan sapukan pada bahagian dada, belakang dan juga tapak kaki dengan kerap. Jadi tak perlu la Zarith buat banyak kali.
Garlic Oil memang banyak kegunaannya
Garlic Oil memang banyak kegunaannya
Walaupun garlic oil ini adalah bahan semulajadi, tapi harus diingat ‘patch test’ mesti juga dilakukan.

Apakah itu ‘Patch Test’
Ujian ini untuk menentukan sama ada kulit seseorang itu alah atau tidak dengan sesuatu bahan. Sapukan sedikit minyak bawang putih ini pada bahagian dalam lengan dan biarkan selama 24jam. Sekiranya keluar bintik merah ataupun apa sahaja jenis alahan, maka kulit kita tidak sesuai terhadap bahan tersebut

Cara membuat Garlic Oil
  1. Ketuk bawang putih yang masih berkulit. Buat 1 atau 2 labu bawang putih
  2. Masukkan dalam periuk yang tidak berminyak dan panaskan
  3. Biarkan sehingga kulit bawang putih agak coklat kehitaman. Tutup api.
  4. Masukkan secawan minyak zaitun ke dalam sebuah bekas bertutup
  5. Kupas bawang putih yang dah masak tadi
  6. Masukkan bawang putih yang dah tiada kulit tadi ke dalam bekas yang mengandungi minyak zaitun tadi.
  7. Gunakan sudu atau tangan untuk hancurkan bawang putih tadi supaya khasiat bawang putih meresap ke dalam minyak zaitun tadi.
  8. Dah siap dan boleh digunakan

    ***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
    TUMARAWATI BINTI MANSHOR
    SID 892671
    call/sms/whatsapp : 013-8342092
    atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Pengedar Shaklee Bintulu : Apakah Perbezaan Lecthin Sahkee dengan Vitamin yang lain...

lechithin

  • Lecithin Shaklee diekstrak dari kacang soya organic yang tidak terubah genetiknya (Non-GMO)
  • Setiap kapsul mengandungi 520 mg lecithin soya termasuk 80 mg kolin dan 48 mg inositol.
  • Lecithin yang dihasilkan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu

Apakah manfaat utama Lecithin Shaklee ini?

  1. Menyerap Vitamin yang larut lemak
    • Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A,D,E dan K yang larut lemak
  2. Melindungi hati
    • Menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati.
  3. Pemecahan lemak dan kolestrol
    • Lecithin bertindak sebagai “pembersih” salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh
  4. Pelangsingan
    • Menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang
  5. Mencantikkan otot dan kulit
    • Membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan
  6. Memperbaiki alergi
    • Menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam sakur darah, seterusna mempertingkatkan alergy seperti penyakit kulit
  7. Menghalang kejadian batu karang
    • 90% batu karang terjadi dari kolestrol, lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang
  8. Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress
    • Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang ALzheimer dan meringankan stress
  9. Menghalang tekanan darah tinggi
    • Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah
  10. Memperbaiki prostat lelaki
    • Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan lecithin dalam kuantiti yang banyak (tapi jangan overdose ye)
  11. Meringankan sembelit
    • Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.

Jom tengok perkongsian rakan-rakan kita tentang penangan Lecithin kepada mereka:

testi lecithin1

Testimoni lecithin



***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Pengedar Shaklee Bintulu :Merawat Denggi Secara Semulajadi

Apakah itu denggi?

  • Sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti yang telah dijangkiti

Bagaimana denggi terjadi?

  • Seseorang itu akan terkena denggi apabila digigit oleh seekor nyamuk Aedes. Virus denggi berada dalam saliva nyamuk tersebut.

Jenis-jenis denggi:

  • Demam denggi klassikal
    1. Demam denggi biasa.
    2. Bermula dengan demam tanpa batuk dan selesma.
    3. Demam yang tinggi.
    4. Akan mengalami sakit sendi atau abdomen atau otot.
    5. Tiada selera makan (makanan dirasakan pahit dan ‘tasteless’).
    6. Terlalu letih.
    7. Tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian
  • Demam denggi berdarah
    1. Selalu dihidapi oleh kanak-kanak (2 – 14 tahun).
    2. Demam tinggi on off 2 – 7 hari.
    3. Tanda lain: Sakit kepala, muntah, kurang selera makan, sakit perut
    4. Kanak-kanak boleh kena sawan kalau suhu terlalu tinggi
    5. Pendarahan mungkin berlaku pada gusi, hidung dan usus
    6. Sekiranya suhu turun, boleh lihat ruam bintik-bintik merah
    7. Hati boleh membengkak
    8. Perlu rawatan segera

Apa perlu dilakukan sekiranya dijangkiti demam denggi:

Selalunya kalau kena denggi, memang tiada ubat. Kalau ditahan di hospital pun hanya monitor suhu, paracetamol dan air. Jadi apa yang kita boleh buat untuk membantu mengawal dan mempercepatkan penyembuhan denggi.
  • Banyakkan pengambilan cecair
    • sebab masa kena denggi memang cecair banyak yang hilang dari badan.
  • Tingkatkan pengambilan Vitamin C
    • selain tingkatkan imunisasi badan, dalam masa yang sama dia memberi tenaga kepada interferon kita. (sebagai ‘makanan’ kepada interferon kita)
  • Tingkatkan antibodi sendiri
  • Selepas sembuh dari denggi, kita perlukan protein untuk membantu menyihatkan semula diri sendiri.

Makanan yang boleh diberikan:

Apabila sakit denggi, selera makan memang tiada tambahan pula makanan akan ‘tasteless’. Jadi antara makanan yang sangat digalakkan ialah:
  • Jus buah-buahan
    • ini kerana selain berbentuk cecair, ia mengandungi serat juga.
  • Bubur nasi yang mengandungi sedikit sayur seperti lobak (mengandungi serat) dan protien mudah hadam (ikan). Elakkan pengambilan daging.
  • Elakkan memakan makanan yang tak sihat seperti berminyak, berlemak, masin dan pedas.

Merawat Cara Traditional:

  1. Sup ketam – rebus ketam dan makan isi dan hirup kuahnya sebanyak mungkin
  2. Jus daun betik – pilih daun betik yang dah matang. Tumbuk dan perah jusnya. Minum satu sudu kecil
  3. Jus daun pegaga – kisar dan minum jusnyan
  4. Buah tembikai merah – Boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus. Amalkan setiap hari dan diambil dalam kuantiit yang banyak untuk menggantikan air yang hilang dari badan
  5. Jus buah jambu – Kisar dan ambil jusnya. Jus buah jambu mempunyai khasiat yang tinggi yang dapat melawan radikal bebas dalam badan.
  6. Jus buah kiwi – Kisar dan minum jusnya

Supplement yang perlu diambil:

  1. Nutriferon (30 Sachetx 1.2g – RM181.25)- Perlu untuk tingkatkan antibodi melalui pengaktifan interferon.
  2. Performance Drink (PD) (539gram – RM82.50) – Yang ini sangat penting. PD ini WAJIB untuk menggantikan 100 plus. Ini kerana kandungan gula dalam 100 Plus adalah tinggi. Tambahan pula ia bukan natural dan ada penambahan gas karbon dioksida.
    • PD ada elektrolit: sodium, magnesium, kalsium, kalium dan sebagainya yang dapat membantu mengekalkan bendalir & keseimbangan dalam badan
    • Memberi tenaga on the spot dan selepas beberapa jam sebab ada karbohidrat ringkas (tenaga segera) dan karbohidrat kompleks (tenaga selepas beberapa jam)
    • Selain tu PD membantu mengurangkan kekejangan dan membantu pergerakan otot dan sendi yang lebih baik (sebab pesakit denggi selalu sakit sendi dan otot)
  3. Banyakkan Vitamin C (180 biji- RM 92.50) – Ia membantu penyerapan iron dalam sel darah merah serta membantu meningkatkan platelet darah merah. Ia juga membantu untuk menghalang virus dari merebak.
  4. (Selepas sembuh dari denggi) sangat digalakkan untuk mengambil ESP (850gm -RM150) untuk memberi tenaga kepada badan. 9 asid amino yang ada akan membantu semula badan, terutama kebocoran plasma dan sebagainya yang berlaku dalam badan.
Yang masih dikurniakan kesihatan yang baik, Alhamdulillah. Terus tingkatkan taraf kesihatan kita kerana walaupun kita digigit nyamuk Aedes yang membawa virus denggi, sekiranya antibodi kita kuat, kita takkan menghidap demam denggi.


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Pengedar Shaklee Bintulu : 10 Rahsia Air Kelapa Yang Perlu Kita Tahu Sebelum Minum

Credit : 

Apakah Kandungan Dalam Air Kelapa?
  1. Kurang kalori, kurang Natrium dan Potassium yang lebih tinggi berbanding minuman sukan yang lain
  2. Air kelapa cuma mengandungi 5.45 kalori, 1.3 gram gula, 61 miligram (mg) Kalium dan 5.45 mg Natrium berbanding Gatorade yang mengandungi 6.25 kalori, 1.75 gram gula, 3.75 mg Kalium dan 13.75 mg Natrium
Apakah Khasiat Air Kelapa?
Khasiat Air Kelapa
Khasiat Air Kelapa
  1. Membantu mengelakkan obesiti
    • Meningkatkan metabolisma, membekalkan tenaga segera dengan kalori yang rendah  berbanding lemak lain
  2. Mengekalkan kesihatan jantung
    • Membekalkan asid lemak yang mempunyai ikatan kimia yang pendek dan sederhana yang menjadi tunjang utama kepada kesihatan kita (MCFA)
  3. Tinggi kandungan serat
    • Kelapa membekalkan 61% fiber!
  4. Index Glisemix yang rendah
    • Fiber yang ada pada kelapa melambatkan pembebasan glukosa, yang seterusnya memerlukan insulin yang sedikit untuk menukarkan glukosa kepada tenaga
  5. Mengurangkan rasa teringin kepada makanan manis
    • Lemak sihat yang ada pada kelapa melambatkan peningkatan gula dalam darah dan membantu mengurangkan “hypoglycemic craving”
  6. Memperbaiki sistem penghadaman
    • Membantu penyerapan nutrien ke dalam badan
  7. Meningkatkan tenaga dengan segera
    • Membekalkan sumber nutrisi untuk tenaga berlebihan
  8. Mengandungi anti-virus, anti-bakteria dan anti-fungus. Air Kelapa membantu meningkatkan imun sistem kita
  9. Tiada lemak-Trans
  10. Gluten-Free


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Pengedar Shaklee Bintulu :8 Rawatan Semulajadi Untuk Anak Kecacingan

Assalamualaikum dan selamat petang...tentu kita semua ada pengalaman kan,.. terutama zaman kanak-kanak ...jom check tanda-tanda kecacingan pada kanak-kanak...

Rawatan semulajadi cacing

  1. Makan buah tomato mentah.
  2. Habbatussauda samada makan dengan cara kunyahan mentah 7-10 biji atau minyak habbatussauda 1 sudu (anak bawah 3 tahun) / 2 sudu (atas 3 tahun) , dewasa 3 sudu beri 2 kali sehari.
  3. Makan atau minum bawang putih samada makan mentah, atau bakar dan dicampur dalam minyak kelapa dara atau minyak zaitun.
  4. Minum air kelapa.
  5. Makan lobak merah mentah atau jus carrot setiap pagi.
  6. Nenas muda diparut, diperah. Tambah madu atau sirup gula batu. Bagi pada anak yang ada cacing (pastikan pesakit tiada sebarang masalah dgn nenas muda)
  7. Buah delima
  8. Biji labu (keringkan samada jemur atau bakar, kemudian makan sprt kuaci) atau boleh didapati di kedai organik yang sudah siap sedia untuk dimakan.

Simptom Jangkitan Cacing

  1. Kurang selera makan dan anak lesu tidak bermaya
  2. Tumbesaran terganggu
  3. Kerap muntah
  4. Sakit perut
  5. Kerap cirit-birit
  6. Pucat
  7. Gatal pada dubur serta ada cacing pada najisnya

Komplikasi Jangkitan Cacing

  1. Cacing gelang
    1. Usus tersumbat menyebabkan muntah-muntah, perut kembung dan tidak buang air besar. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kanak-kanak itu muntah cacing dengan banyak. Komplikasi ini perlu dirawat dengan pembedahan untuk mengeluarkan cacing yang terlampau banyak yang menyekat perjalanan usus. Cacing gelang juga menyebabkan kekurangan vitamin A kerana gangguan penyerapan zat makanan di dalam usus kecil.
    2. Larva cacing boleh pergi ke paru-paru dan menyebabkan simptom batuk serta lelah. Cacing yang berhijrah ke saluran hempedu dan pankreas boleh menyebabkan demam, jaundis (sakit kuning) dan sakit perut. Simptomnya boleh menyerupai gejala batu di dalam hempedu. Cacing boleh dikeluarkan dengan menggunakan kaedah endoskopi atau pembedahan.
  2. Cacing cemeti
    • Masalah usus tersumbat menyebabkan muntah berwarna kuning, perut kembung dan berak berdarah dengan banyak. Cacing yang sangat banyak pada usus besar dan rektum (pangkal usus) boleh menyebabkan ‘prolaps rectum‘ atau usus terkeluar dan cacing dapat dilihat pada permukaan usus itu.
  3. Cacing kerawit
    • Cacing kerawit paling kerap menyebabkan kekurangan darah atau anemia kerana cacing ini boleh menghisap darah di dalam usus. Anemia boleh menjadi teruk dan mengganggu tumbesaran, pembelajaran seseorang kanak-kanak dan pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung.
Masalah cacing berlaku pada semua peringkat usia tidak kira muda atau tua. Bagaimanapun, usia yang paling kerap dijangkiti cacing adalah antara 6 hingga 7 tahun dan usia yang paling kurang dijangkiti adalah di bawah setahun.

Jika ada tanda jangkitan, ubat cacing boleh diberi kepada semua peringkat usia. Namun, pemberian ubat untuk pencegahan seperti yang disarankan WHO pada 2006 ialah selepas usia setahun kerana kanak-kanak pada usia ini lebih kerap dijangkiti.

Ubat cacing boleh diberi setiap enam bulan untuk pencegahan, tetapi dalam kes lebih serius, ia perlu diberi setiap tiga bulan. Bagaimanapun, pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak di bawah usia dua tahun perlu dirujuk kepada doktor terlebih dulu.

Cacing dan Jangkitan

Cacing adalah sejenis jangkitan yang berlaku daripada pencemaran tanah. Tanah yang tercemar dengan telur cacing akan mencemarkan tanaman dan tangan manusia. Tangan dan makanan yang tidak dibersihkan dengan baik juga akan menyebabkan telur cacing dimakan dan larva akan menetas di dalam usus.
Larva yang sudah menetas akan berhijrah ke paru-paru sehingga matang sebelum berhijrah semula ke dalam usus manusia. Cacing yang matang akan bertelur, membiak dan telur cacing juga boleh menjangkiti orang lain jika tangan tidak dibersihkan dengan baik sebelum penyediaan makanan.

Larva cacing kerawit juga boleh menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah dan seterusnya masuk ke dalam usus dan meneruskan kitar hidup yang sama.

Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan cacing adalah masalah kecil tetapi tanpa pencegahan dan amalan kebersihan, cacing boleh membawa maut jika terjadinya masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera.

Selain itu, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat.
Berbanding cacing yang dipindahkan melalui tanah seperti ascariasis dan trichuriasis, yang selalu terjadi pada kanak-kanak sekolah, jangkitan cacing kerawit juga kerap terjadi pada orang dewasa.
Kredit: GNRAM


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Pengedar Shaklee Bintulu :Makanan yang boleh melebatkan rambut ibu

Makanan yang boleh melebatkan rambut ibu: Salmon
Selain kaya dengan Protein dan Vitamin D yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat, Salmon juga mengandungi Omega-3 yang sangat diperlukan oleh tubuh kita untuk menghasilkan rambut. Malang sekali Omega-3 yang sangat penting ini tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh kita, hanya boleh diperoleh daripada pemakanan seharian. Oleh itu Salmon menjadi salah satu sumber Omega-3 yang penting. Selain itu Omega Guard juga boleh membantu kerana ia mengandungi 330 mg asid lemak Omega-3 ini Walnut
Merupakan satu-satunya dalam keluarga kekacang yang kaya dengan minyak essential Omega-3 ini. Walnut juga kaya dengan Vitamin E dan Biotin yang membantu melindungi sel dari kerosakan DNA. Biotin juga sangat berguna sebagai perisai dari sinaran UV. Kekurangan Biotin boleh menyebabkan kerosakan rambut. Pengambilan B-Complex yang mengandungi 150 mg Biotin secara berterusan boleh membantu mengurangkan kerosakan pada rambut. Tiram
Tiram atau kerang kaya dengan sumber Zinc. Bila kita kekurangan Zink, bulu-bulu yang berada pada badan kita akan mudah gugur termasuklah bulu mata kita. Selain dari tiram, zinc juga boleh didapati dari bijirin gandum dan juga Zinc Complex. Apa yang membuatkan tiram ini istimewa, ia mengandungi Protein yang tinggi. Harus diingat, 97% rambut terdiri daripada Protein. Oleh itu pengambilan makanan yang tinggi protein, seperti ESP juga sangat membantu. Keledek Sedap kan keledek, manis je rasanya. 

Ia mengandungi Beta-Kerotin yang akan bertukar menjadi Vitamin A apabila masuk ke dalam badan. Pada dasarnya, setiap sel dalam badan kita memerlukan Vitamin A untuk berfungsi secara maxima. Selain menyebabkan gatal-gatal pada kulit kepala, kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan timbulnya kelimumur pada kulit kepala. Selain itu, pengambilan Carotomax yang kaya dengan Vitamin A juga boleh membantu Telur Selain kaya dengan Protein yang kita tahu sangat penting untuk rambut, telur juga memiliki 4 mineral penting iaitu Zinc, Selenium, Sulfur dan Zat Besi (Iron). Iron sangat penting dalam pertumbuhan rambut kerana ia membantu sel untuk membawa oksigen ke folikel rambut.

 Kekurangan Zat Besi ini selain dari menyebabkan anemia, boleh mengakibatkan keguguran rambut. Oleh itu pengambilan Vitalea with Iron Formula juga sangat membantu Selain dari penjagaan dalam bentuk makanan, ada beberapa lagi yang boleh diamalkan dari luaran. Penjagaan luaran: Lumurkan kepala dengan minyak kelapa yang dibuat sendiri ataupun boleh juga dilumurkan santan segar pada kulit kepala. Sangan (goreng tanpa minyak) beberapa biji buah keras. Setelah cukup garing, sejukkan dan kisarkan sehingga halus. Gaul dengan minyak zaitun dan jadikan sebagai tonik rambut. Sapukan pada kulit kepala, biarkan semalaman dan bilas pada keesokan harinya. Ramas beberapa helai daun bunga raya dengan beberapa helai daun pandan. Sapukan pada seluruh kulit kepala seperti menggunakan syampu. 

Bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali. Kisar sebiji nenas sehingga menjadi jus. Biarkan semalaman barulah dilumurkan pada rambut dan dibiarkan selama 15-30 minit. Lakukan 3 kali seminggu. Rendam 3 sudu serbuk teh semalaman bersama secawan air mendidih. Setelah sejuk, embunkan semalaman. Selepas itu sapukan pada kulit kepala dan dibiarkan selama satu jam. Kemudian barulah dicuci. Lakukan 3 kali seminggu dan lihatlah hasilnya.  

Makanan yang boleh melebatkan rambut ibu: Salmon Selain kaya dengan Protein dan Vitamin D yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat, Salmon juga mengandungi Omega-3 yang sangat diperlukan oleh tubuh kita untuk menghasilkan rambut. Malang sekali Omega-3 yang sangat penting ini tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh kita, hanya boleh diperoleh daripada pemakanan seharian. Oleh itu Salmon menjadi salah satu sumber Omega-3 yang penting. Selain itu Omega Guard juga boleh membantu kerana ia mengandungi 330 mg asid lemak Omega-3 ini Walnut Merupakan satu-satunya dalam keluarga kekacang yang kaya dengan minyak essential Omega-3 ini. Walnut juga kaya dengan Vitamin E dan Biotin yang membantu melindungi sel dari kerosakan DNA. Biotin juga sangat berguna sebagai perisai dari sinaran UV. Kekurangan Biotin boleh menyebabkan kerosakan rambut. 

Pengambilan B-Complex yang mengandungi 150 mg Biotin secara berterusan boleh membantu mengurangkan kerosakan pada rambut. Tiram Tiram atau kerang kaya dengan sumber Zinc. Bila kita kekurangan Zink, bulu-bulu yang berada pada badan kita akan mudah gugur termasuklah bulu mata kita. Selain dari tiram, zinc juga boleh didapati dari bijirin gandum dan juga Zinc Complex. Apa yang membuatkan tiram ini istimewa, ia mengandungi Protein yang tinggi. Harus diingat, 97% rambut terdiri daripada Protein. Oleh itu pengambilan makanan yang tinggi protein, seperti ESP juga sangat membantu. Keledek Sedap kan keledek, manis je rasanya. Ia mengandungi Beta-Kerotin yang akan bertukar menjadi Vitamin A apabila masuk ke dalam badan. Pada dasarnya, setiap sel dalam badan kita memerlukan Vitamin A untuk berfungsi secara maxima. Selain menyebabkan gatal-gatal pada kulit kepala, kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan timbulnya kelimumur pada kulit kepala. Selain itu, pengambilan Carotomax yang kaya dengan 

Vitamin A juga boleh membantu Telur Selain kaya dengan Protein yang kita tahu sangat penting untuk rambut, telur juga memiliki 4 mineral penting iaitu Zinc, Selenium, Sulfur dan Zat Besi (Iron). Iron sangat penting dalam pertumbuhan rambut kerana ia membantu sel untuk membawa oksigen ke folikel rambut. Kekurangan Zat Besi ini selain dari menyebabkan anemia, boleh mengakibatkan keguguran rambut. Oleh itu pengambilan Vitalea with Iron Formula juga sangat membantu Selain dari penjagaan dalam bentuk makanan, ada beberapa lagi yang boleh diamalkan dari luaran. 

Penjagaan luaran: 

Lumurkan kepala dengan minyak kelapa yang dibuat sendiri ataupun boleh juga dilumurkan santan segar pada kulit kepala. Sangan (goreng tanpa minyak) beberapa biji buah keras. Setelah cukup garing, sejukkan dan kisarkan sehingga halus. Gaul dengan minyak zaitun dan jadikan sebagai tonik rambut. Sapukan pada kulit kepala, biarkan semalaman dan bilas pada keesokan harinya. Ramas beberapa helai daun bunga raya dengan beberapa helai daun pandan. Sapukan pada seluruh kulit kepala seperti menggunakan syampu. Bilas dengan air bersih. 

Lakukan seminggu sekali. Kisar sebiji nenas sehingga menjadi jus. Biarkan semalaman barulah dilumurkan pada rambut dan dibiarkan selama 15-30 minit. Lakukan 3 kali seminggu. Rendam 3 sudu serbuk teh semalaman bersama secawan air mendidih. Setelah sejuk, embunkan semalaman. Selepas itu sapukan pada kulit kepala dan dibiarkan selama satu jam. Kemudian barulah dicuci. Lakukan 3 kali seminggu dan lihatlah hasilnya. 

 ***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

 TUMARAWATI BINTI MANSHOR SID 892671 call/sms/whatsapp : 013-8342092 atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Tuesday 5 May 2015

Penedar Shaklee Bintulu : Tips memilih makanan untuk ibu berpantang

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_ TUMARAWATI BINTI MANSHOR SID 892671 call/sms/whatsapp : 013-8342092 atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….