Showing posts with label PETUA. Show all posts
Showing posts with label PETUA. Show all posts

Wednesday, 24 May 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : 8 Petua Kulit Cantik Yang Nenek kita Dulu-Dulu



Nak tahu apa rahsia yang nenek kita simpan dari kita untuk dapatkan kulit cantik? Berikut adalah 8 petua kulit cantik yang perlu kita ambik tahu.

[=] Timun

*Timun dapat menghilangkan lingkaran hitam mata, mata bengkak (pastikan tidur mencukupi tau), mengecilkan rongga kulit dan merawat sunburn. Sangat berguna bagi produk yang berharga RM2 sekilogram.

[#]Cara nak guna: Hanya hiris nipis timun dan letakkan di atas mata.


[=] Teh Hijau 

*Anda suka minum teh? Pernah cuba teh hijau?

*Selepas anda menikmati keenakan teh hijau, jangan buang uncang teh tu. Ada gunanya tau untuk anda.

[#]Cara nak guna: Hanya letakkan uncang teh hijau di mata dan biarkan selama 15-20 minit ( jangan letak uncang teh panas-panas tu dkt mata pulak. Tak pasal-pasal melecur pulak mata tu kihkihkih). Teh hijau dapat melembabkan kulit yang kering dan menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata.


[=] Air beras

*Kenapa nenek kita tak membuang air beras selepas membasuh beras?

*Air beras kaya dengan antioksida dan melambatkan proses penuaan. Ini adalah tip kecantikan klasik geishas di Jepun.

[#]Cara nak guna: Ambil kapas dan rendamkan dalam air berus dan sapu kapas ke muka sebagai toner atau pelembab wajah. Itu aje. Senang tak?


[=]Kunyit

*Petua kulit cantik bagi orang India dan Cina banyak menggunakan kunyit sebagai bahan utama. Ianya berfungsi sebagai antiseptik dan scrub muka.

[#]Cara nak guna: Hanya serbuk kunyit dengan susu dan sapu dibahagian muka selama 15 minit. Cuma selepas pakai tu kena sental elok-elok muka tu. nanti tak pasal-pasal jadi macam alien warna kuning hikhikhik.


[=] Arang

*Peminat kopi dan teh perlu baca betul-betul. Untuk menghilangkan kekuningan gigi amalkan mengosok gigi dengan arang.

[#]Cara nak guna: Caranya mudah je. Hanya tumbuk arang dengan sedikit garam dan gosok gigi dengan jari ( jangan telan tau).

*Arang tersebut akan menyerap kesan kekuningan pada gigi.


[=] Minyak kelapa

*Dulu-dulu nenek kita selalu buat minyak kelapa sendiri kan ? Selain untuk memasak minyak kelapa ini sangat best untuk menghitamkan dan melebatkan rambut. Bagi anda yang mempunyai kulit kering dan gatal-gatal, minyak kelapa juga boleh digunakan.

[#]Cara nak guna: Hanya sapu pada rambut dan kulit yang bermasalah. Siapa yang dah memang kulit berminyak jangan nak try lak ya. nanti ada pula orang minyak versi wanita huhuhu.


[=] Oat

*Oat kaya dengan fiber dan sesuai di jadikan face mask.

[#]Cara nak guna: Caranya ambil oat campur dengan madu dan kisar halus. Selepas tu letakkan dimuka selama 15 minit. Amaran Keras: jangan buat masa perut korang lapar nanti korang makan oat tu pula.


[=] Lidah buaya atau Aloe Vera

*Kulit berparut adalah mimpi ngeri setiap wanita. Mujurlah ada lidah buaya yang nenek kita tanam.

[#]Cara nak guna: Hanya potong lidah buaya dan ambil lendir dan sapukan pada parut. Amalkan setiap hari dan sehingga hilang. murah dan sangat mudah.

P/S Tak perlu korang nak beli produk mahal mahal lagi dah. Amal kan je petua ni yee.
 
 
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : 5 Petua yang patut anda amalkan




1)Petua Rambut beruban

+Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

2)Petua Melebatkan tumbuh rambut

+Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian setiap hari.

3)Petua Membuang tahi lalat hidup

+Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.

4)Petua Muka kasar dan berbintik-bintik hitam

+Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.

5)Petua Menghilangkan kesan jerawat

+Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.
 
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
 

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : 9 Petua Nenek Berguna Untuk Wanita



(1)petua Tegangkan Payudara

=) Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

(2)petua Menghaluskan Kulit Muka

=) Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

(3)petua Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin

=) Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

(4)petua Menghilangkan Bau Mulut

=) Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

(5)petua Menghilangkan Lebam Mata

=) Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

(6)petua Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung

=) Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

(7)petua Mengelak Santau

=) Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melalui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

(8)petua Meminimumkan Gangguan Semasa Tidur

=) Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepada Nya setelah kita yakin dengan segala kerja disiang hari itu adalah ibadat.

(9)Menghilangkan Sakit Kepala

=) Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.
 
 
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Tuesday, 23 May 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : Petua Untuk Nampak "BABYFACE" Gitteewww





{+}Makan makanan bernutrisi

<.>Apakah makanan bernutrisi tu? contoh macam buahan.. sila makan buah buahan yang mencukupi untuk korang kelihatan awet muda.. buah buahan jugak mengandungi anti oksidan yang tinggi..

{+}Minum air mencukupi

<.>Jangan di biarkan diri anda tidak mendapat air yang mencukupi.. kalau boleh bawak air kemana sahaja korang pergi, ikat kat pinggang.. badan kita memerlukan air yang mencukupi untuk melakukan semua aktiviti dalaman.. pengambilan lapan gelas sehari adalah disarankan.. ingat 70% daripada komposisi badan kita adalah daripada air..

{+}Elakkan sinaran matahari berlebihan

<.>Satu perkara yang korang perlu ingat, elakkan diri korang daripada terkena sinaran matahari yang lama dan banyak.. jangan biarkan diri korang berjemur di bawah pancaran matahari yang terik.. sebab ia boleh merosakkan lapisan kulit korang.. tapi perlu korang tahu jugak, sinaran matahari diwaktu pagi adalah baik..

{+}Lakukan perkara yang korang gemari

<.>Ikhlaskan lah diri anda untuk melakukan sesuatu perkara.. jangan memaksa diri korang untuk menerima segalanya di depan mata. kalau tak suka tinggalkan.. jika korang merasa terpaksa ia akan menyebabkan korang tertekan seterusnya korang akan mengalami stress.. stress mempengaruhi emosi korang dan ia boleh menyebabkan korang kelihatan tua daripada usia sebenar.. senyum, ikhlas ingat itu...

{+}Berfikiran positif

<.>Korang harus perlu berfikiran positif dalam apa jua hal yang berlaku pada diri korang, selagi ia tidak mengancam diri korang.. korang jugak perlu tahu bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. then barula diri korang menjadi lebih bersemangat dan ceria..


P/S Bagus kan tips kat atas tu. tak payah beli products yang mahal mahal lagi dah. original, terpulang daripada diri korang untuk mengamalkannya. ok good luck.



Sumber:Puan Norrita Abdullah
 
 
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : 5 CARA DAN PETUA MENEGANGKAN KULIT MUKA SECARA SEMULAJADI



5 CARA DAN PETUA MENEGANGKAN KULIT MUKA SECARA SEMULAJADI

Assalammualaikum dan salam sejahtera, tips ini sangat mudah untuk kita amalkan pada setiap hari, anda cuma perlu sediakan beberapa barang sahaja, jadi jangan tunggu lagi. Ikutilah 5 cara dan petua menegankan kulit mula secara semulajadi ini.


[+]1. Putih telur dan tepung sagu :
Pukul putih telur hingga kembang dan dibancuh dengan sedikit tepung sagu. Lumurkan ke seluruh muka seperti masker sebelum tidur dan biarkan semalaman.

[+]2. Beras pulut, kulit kayu manis dan kunyit hidup :
Tumbuk halus sedikit beras pulut bersama sedikit kulit kayu manis dan seketul kunyit hidup. Lumur ke seluruh muka dan leher sebelum tidur. Keesokan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih. Amalkan dua kali seminggu.

[+]3. Bunga melur dan bunga cempaka :
Kisar beberapa kuntum bunga melur dan bunga cempaka. Bancuh bunga yang telah dikisar dengan bedak sejuk bersama sedikit air. Lumur ke seluruh muka setiap malam sebelum tidur. Keesokan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih.

[+]4. Kulit pisang dan putih telur :
Kisar kulit sebiji pisang masak hingga halus dan gaul bersama sebiji putih telur hingga sebati. Lumurkan ke seluruh muka seperti masker. Biarkan hingga kering dan bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

[+]5. Tepung ubi kayu dan buah mentimun :
Buah timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan sedikit air. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Jangan lupa amalkan 5 cara dan petua menegankan kulit mula secara semulajadi ini setiap hari untuk kesan yang cepat.

Selamat mencuba.


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : 3 Petua Awet Muda : Cara Tradisional, Cara Islam dan Cara Moden Yang Patut Di Amalkan



[*]Petua Awet Muda Cara Tradisional


  • ##Air Kelapa – Dikatakan air kelapa berkhasiat untuk mengelakkan kedut di wajah. Setiap 2 atau 3 hari (lebih elok lagi kalau dapat diamalkan setiap hari) cuba amalkan membasuh muka dengan air kelapa.  Cara ini juga dikatakan mampu melambatkan penuaan dengan mengelakkan wajah anda cepat kerepot.

  • ##Masa lapang - Jika ada masa lapang (kalau tiada masa lapang, lapangkan juga), contohnya pada hujung minggu atau hari cuti, perelokkan lagi dengan amalan ini. Simpan air kelapa selama satu malam. Esoknya, sapukan air kelapa tersebut ke wajah anda sambil berselawat biarkan selama lebih kurang sejam, barulah dibilas dengan air bersih.  Wajah akan tampak lebih berseri.

  • ##Kayu manis – Seperti namanya, herba ajaib ini menurut petua orang lama, boleh melambatkan proses penuaan dan anda tampak lebih ‘manis’ dipandang orang.
  • Bagaimana caranya? Sediakan 1 sudu serbuk kayu manis, 4 sudu madu (pastikan yang asli) dan 3 cawan air. Rebus bahan-bahan tersebut hingga mendidih. Amalkan minum air rebusan itu setengah cawan pada setiap hari. Minumlah sebanyak 3 kali sehari, sebaiknya selepas makan. Air rebusan itu dikatakan dapat menyegarkan dan memberi tenaga baru kepada tubuh. Ia juga melembutkan kulit dan melambatkan proses penuaan.


[**]Petua Awet Muda Cara Islam


  • ##Berikut diturunkan beberapa cara untuk kekal awet muda cara Islam. Semestinya mudah & selamat.


  • ##Urut wajah – Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.


  • ##Tapak tangan – Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.


  • ##Surah Yusuf – setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.


  • ##surah Al-Waqiah – Hafalkan ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.


[***]Petua Awet Muda Cara Moden


  • ##Produk penjagaan kulit –  Buang semua produk kecantikan yang tidak digunakan enam bulan lalu dan dapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar ingin digunakan setiap hari.


  • ##Air – Minum 8 gelas air putih setiap hari.


  • ##Senaman – Lakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu anda mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri.


  • ##Buah-buahan – Pastikan kulit anda mendapat ‘makanan’ terbaik menerusi khasiat buah-buahan segar.


  • ##Pelembab – Pakai pelembap wajah setiap hari. Pilih pelembap yang bebas minyak.


  • ##Tenang – Elakan kemarahan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.


  • ##Rehatkan kulit – Jangan sentiasa mengenakan solekan. Biar kulit berehat seketika.


  • ##Sebelum tidur – Jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap terlebih dahulu.


  • ##Elak makanan ringan – Berhenti pengambilan makanan ringan kerana ia boleh merosakkan kulit anda.


  • ##Pengambilan vitamin – Makanan tambahan seperti vitamin amat penting untuk kesihatan kulit anda. Walaupun begitu, tidak bermakna jika anda tidak mengamalkan makan harian yang berkhasiat.


  • ##Tidur kena cukup – Pastikan anda tidur cukup iaitu 8 jam sehari.
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Wednesday, 17 May 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : Masker Kopi Bisa Bikin Wajah Jadi Lebih Kenyal



Bintang.com, Jakarta Siapa bilang masker untuk wajah hanya terbuat dari buah-buahan atau sayur-sayuran saja? Kalau kamu tahu, banyak nyatanya bahan-bahan yang memiliki manfaat untuk kulit wajah, salah satunya kopi.

Hah, kok kopi? Yap, kopi. Salah satu minuman berwarna hitam yang memiliki wangi yang khas ini selain enak disajikan dingin atau panas, kopi juga punya segudang manfaat untuk kecantikan kulit wajah. Banyaknya manfaat tersebut, bisa membuat kulit wajah terawat dan lebih sehat.
Seperti yang dikutip dari berbagai sumber, kopi juga mengandung senyawa flavonoid dan polifenol yang sangat baik bagi tubuh. Dengan semua kandungan penting tersebut, tidak ada alasan lagi untuk mengatakan kopi memberikan dampak buruk bagi kesehatan. Bahkan kopi dapat mencegah berbagai masalah kulit seperti kering dan kusam.
Selain itu, banyaknya manfaat untuk kulit wajah yang ditimbulkan dari pemakaian masker kopi bisa mengencangkan, melembutkan, dan mengecilkan pori-pori di wajah. Kamu nggak bakal nyesel deh memilih masker kopi untuk perawatan wajah.
Masker kopi yang bisa kamu pakai yaitu kopi bubuk hitam murni. akan lebih baik bila membuat masker kopi dicampurkan dengan bahan-bahan yang memiliki vitamin yang bermanfaat seperti madu atau minyak zaitun.
Kopi pun juga mudah untuk kamu temukan, pembuatan maskernya yang mudah dan praktis juga menambah mudah kamu untuk membuat dan menerapkannya kapan saja.
Untuk mencoba masker kopi, kamu hanya perlu menyiapkan kopi bubuk, ditambahkan air sedikit hingga menjadi sedikit kental, lalu oleskan pada wajah kamu yang sudah dibersihkan, setelah itu, tunggu masker hingga kering di wajah, dan dibilas dengan air hangat, setelahnya bilas dengan air dingin untuk menutup pori-pori di wajah. Lakukan cara ini dengan teratur agar mendapatkan hasil yang maksimal.

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….