Tuesday 24 January 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU6 Resepi Ringkas Sahur Tapi Mengenyangkan


Bulan Ramadan adalah salah satu bulan yang di tunggu-tunggu oleh umat Islam. Ia bukan sahaja bulan penuh rahmat tetapi mengajar kita untuk jadi lebih sabar. Sahur dan berbuka saat di tunggu-tunggu sepanjang hari. Sudah tentulah kaum wanita adalah yang paling sibuk menyediakan juadah untuk sahur dan berbuka.
Rata-rata rakyat Malaysia gemar mengambil nasi sebagai menu utama semasa bersahur dan berbuka. Namun jika anda inginkan kelaianan selain daripada nasi bolehlah mencuba beberapa resepi ringkas sahur ini. Tapi jangan taktahu tahap kekenyangannya sama seperti anda mengambil nasi.
1. Roti tinggi serat (whole grain) + mentega kacang + hirisan pisang
resepi sahur ringkas

Peanut butter atau Mentega kacang mempunyai kandungan fiber yang tinggi, kaya protein dan sumber vitamin E, B6, zat besi, folat dan kalsium. Pisang pula, seperti yang diketahui ramai, merupakan sumber tenaga.Pengambilan pisang dah whole meal bread mengekalkan tenaga dalam tempoh masa yang lebih lama daripada pengambilan gula.
2. Roti bakar gandum (whole wheat)  + tomato + telur goreng ‘mata’
roti telur
Gabungan biasa untuk sandwic ringkas tetapi ianya kaya khasiat. Telur adalah antara makanan yang punyai kandungan protein yang tinggi dan sering dicadangkan pakar pemakanan untuk diambil pada waktu pagi. Protien boleh membekalkan tenaga lebih lama berbanding karbohidrat atau nasi.
3. ‘Smoothie’
smoothie packet
Ini sangat mudah. Kisar sahaja buah-buahan kesukaan anda bersama secawan susu, yogurt dan oat untuk menghasilkan satu ‘protein smoothie’ yang mengenyangkan. Antara buah-buahan yang sesuai bagi tujuan ini adalah kurma, pisang, epal, pelbagai jenis beri, mangga dan juga avocado selain kacang. Sediakan bahan-bahan ini di dalam paket-paket kecil dan simpan di dalam peti sejuk untuk dikisarkan setiap pagi.
4. Telur hancur + bayam + keju dibalut dalam  tortilla gandum

resepi sahur ringkas
Bayam antara sayuran dengan kandungan zat besi yang tinggi yang dapat membekalkan tenaga lebih lama. Gabungkan ia dengan telur hancur, keju serta cendawan atau tomato dan balutkan dengan roti tortilla untuk satu hidangan yang cukup mengenyangkan.
5. Roti bakar gandum + kale (kubis daun) + telur dadar + keju
cheddar
Cuba campurkan apa sahaja hidangan anda dengan sayuran bernutrien tinggi, seperti kale. Mungkin ramai yang tidak tahu, kale adalah sejenis sayuran paling kaya dengan pelbagai khasiat seperti vitamin A, B, K, kalsium dan magnesium.
6. Oatmeal bakar
resepi sahur ringkas
Bosan dengan oatmeal tradisional? Anda boleh cuba oatmeal bakar. Lebih sedap dan khasiatnya juga tak banyak yang berubah. Setelah dibakar, boleh disimpan di dalam peti ais dan hanya panaskan sahaja apabila hendak makan.
Mudahkan? Sedap pun sedap. Kenyang pun kenyang. Bertenaga lebih lama.


Selamat mencuba
:)
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_



UMMI ZUBARI
SID 892671


call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

No comments:

Post a Comment