Thursday 26 January 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : 10 Tips Penjagaan Rahim Dari Dr Hamid Arshat Yang Wanita Perlu Tahu

CREDIT http://www.greenvitamin.net/search/label/KUATKAN%20RAHIM

Rahim adalah mahkota wanita. 

Bila ditanya organ apa yang paling unik dan ajaib di tubuh seorang perempuan, aku yakin jawapannya adalah rahim. Kerana sehingga saat ini, belum ada teknologi yang boleh menggantikan rahim sebagai tempat pembiakan dan berkembangnya janin bayi 

Namun demikian, tidak semua wanita dianugerahi rahim berfungsi sepanjang hidupnya. 

Ada yang memang dari "azali" nya ditakdirkan Sang Pencipta untuk tak pernah mempunyai rahim, ada juga yang terpaksa kehilangan rahim di tengah perjalanan hidupnya . Dikenal sebagai histerektomi (proses buang rahim), adalah jenis tindakan operasi yang paling banyak dilakukan di Amerika Syarikat. Lazimnya berpunca dari masalah penyakit dalam rahim seperti kanser, cyst ,endometriosis, pcos dan banyak lagi


ketika ini semakin ramai wanita berdepan dengan masalah ketumbuhan yang berkaitan dengan rahim. Atas sebab itu Pakar sakit Puan terkenal Dr. Hamid Arshat membuat perkongsian ini.



10 Tips Penjagaan Rahim Yang Semua Wanita Patut Tahu

1. Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga 

ibu, nenek, ibu saudara adik beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor penyebab. Elakkan dan jauhkan dari faktor penyebab yang timbul dari sekitaran. Dan jika anda mempunyai sejarah keluarga berkaitan penyakit rahim, perlulah mengambil langkah pencegahan


2. Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. 

Kahwin dan hamil awal ketika usia muda boleh mencegah dari tumbuhan fibroids dan adenomyosis. Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Selepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Peroses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan adenomyosis.



3. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim. 

Rahim sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita – estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia} progesterone meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel2 otot rahim (myometrial hypertrohy).

Kedua-dua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri2 kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak seimbang estrogen boleh menimbulkan bermacam-macam penyakit dan gangguan.

Di antaranya:

  •  Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
  •  Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
  •  Kemandulan dan sukar hamil.
  •  Perdarahan rahim.


Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.

Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.



4. Atasi faktor yang mengganggu imbangan hormon. 

Sering tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit. Diantara faktor-faktor ialah tekan fizikal, stress mental dan gangguan emosi. Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemokkan (obesity) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen menungkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stres.



5. Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. 

Sering kali anak perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan sayur dan buah2.

Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge, basuh faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita. Beri supplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada anak perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Supplemen tersebut akan meningkatkan Ketahanan / immunity untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya dirahim.

Kes yang terbaru yang saya sendiri perolehi, kanak kanak 14 tahun mengalami masalah Cyst dalam baru sebesar 4cm. Bayangkan jika penyakit cystnya lambat dikesan. Nauzubillah 



6. Kegemukkan perlu dikawal dari umur kanak kanak dan remaja. 

Dewasa ini kanak-kanak terlalu suka makanan segera  dan junk foods. Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang. Remaja mula dilanda kegemukkan bila belajar disekolah, kolej dan universiti berasrama.

Mereka makan terlalu banyak makanan segera kononnya tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan. Bermula disini gangguan haid berlaku – sama ada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon2 wanita dan akhirnya merosakkan rahim.



7. Didik sahsiah diri anak anak 

Remaja perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak kedalam maksiat perzinaan kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila kahwin kelak.



8. Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. 

Perdarahan haid atau ‘datang kotor’, ‘datang bulan’. Berbagai panggilan untuk haid. Memang ada disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan telah mandi junub.

Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid ‘tumpah / melimpah’ ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid. Bila sistem ini gagal akibat penurunan immunity ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.


9. Cegah Gangguan Makhluk Halus 

Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu ketika haid wanita tidak boleh solat dan membaca al-quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.



10. Jaga pemakanan 

Banyak makanan yang membantu dalam menjaga rahim diantaranya nenas yang mengandungi enjim bromalin dan betik yang mengandungi enjim papase. Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim. Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). 

Makanan tersebut membantu penjagaan rahim. Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti keradangan juga berperanan menjaga rahim.

Perbanyak makan sayur sayuran khususnya yang hijau saperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, lobak, brokoli, taugeh dan lain-lain. Banyak makan buah2 saperti jambu, oren, mangga, apel, nenas, betik, buah naga dan lain-lain. Makan pelbagai kacang saperti gajus, almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.

Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain-lain. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioksidan yang boleh mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari




***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_



UMMI ZUBARI
SID 892671


call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

No comments:

Post a Comment