Tuesday 24 January 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI


Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi.

Apa itu ruam?

Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin.

Ruam panas pada bayi
Ruam panas pada bayi

Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha.

Ruam lampin pada bayi
Ruam lampin pada bayi

Ruam susu ialah ruam pada kulit muka bahagian pipi bayi yang biasanya kemerahan serta membengkak dan bersisik. Ruam ini menimbulkan rasa gatal dan menyebabkan bayi menggaru bahagian yang terkena ruam lalu membuatkan mereka gelisah terutamanya pada malam hari dan sangat mengganggu tidur bayi.

Ruam susu pada bayi
Ruam susu pada bayi

Bagaimana ruam boleh terjadi?

Ruam panas pada bayi terjadi apabila:
° Bayi berpeluh untuk menyejukkan badannya akibat cuaca yang panas dan lembap di luar.
° Jika bayi berpeluh terlalu banyak sehinggakan pori kulit menjadi tersumbat dan peluh tidak dapat keluar, ruam panas akan timbul.
° Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung mendapat ruam panas kerana kelenjar peluh mereka belum lagi matang sepenuhnya.
° Pakaian ketat atau tebal juga menyebabkan bayi berpeluh.

Ruam lampin pada bayi terjadi apabila:
° Kulit terdedah pada air kencing yang mengandungi ammonia terlalu lama dan memusnahkan lapisan perlindungan pada kulit apabila lambat menukar lampin.
° Terkena najis dalam tempoh yang lama.
° Terdedah kepada bahan kimia dari sabun mandi ataupun sabun yang digunakan untuk mencuci kain lampin.

Ruam susu pada bayi terjadi apabila:
° Kulit muka bayi sangat sensitif pada sebarang faktor persekitaran seperti debu, suhu udara yang tinggi dan kelembapan contohnya air susu yang menitis dan tidak segera dikeringkan.

Apakah cara dan petua mudah untuk mengatasi masalah ruam pada bayi?

Cara dan petua mudah untuk mengatasi masalah ruam panas pada bayi:
° Elakkan persekitaran panas dan lembap.
° Tanggalkan pakaiannya atau pakaikan baju kain benang. Elakkan fabrik sintetik, seperti poliester atau nilon yang memerangkap panas
° Pastikan badannya sentiasa sejuk dengan menggunakan tuala sejuk basah, atau mandikan bayi anda dalam air suam.

Cara dan petua mudah untuk mengatasi masalah ruam lampin pada bayi:
° Pastikan bayi dalam keadaan kering dengan menanggalkan lampin sekerap mungkin.
° Tukar lampin dengan kerap dan sesegera mungkin selepas bayi buang air kecil atau air besar serta pakaikan dengan longgar.
° Cuci punggung bayi dengan air dan kurangkan penggunaan sabun.
° Sekiranya bayi menggunakan kain lampin atau cloth diaper, jangan basuh kain lampin/cloth diaper dengan sabun.

Cara dan petua mudah untuk mengatasi masalah ruam susu pada bayi:
° Selalu memastikan kulit bayi dalam keadaan bersih.
° Jangan biarkan air susu yang menitis di pipi bayi kering tanpa dibersihkan.
° Mandikan bayi dengan sabun yang mengandungi pelembap.
° Pastikan agar bayi tidak menggaru bahagian kulit yang terkena ruam kerana ini akan menimbulkan luka yang memburukkan lagi keadaan kulit.
° Elakkan sinar matahari yang panas terkena pada kulit bayi yang mengalami ruam.

Antara cara yang biasa dilakukan untuk mengatasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi ialah dengan menyapu bahagian kulit yang terkena ruam dengan pelbagai jenis krim dan losyen seperti Calamine, Drapolene dll. Tetapi tahukah anda, krim/losyen seumpama ini mengandungi pelbagai bahan kimia yang bersifat karsinogen (penyebab kanser) dan steroid? Penggunaan berpanjangan ke atas kulit lama-kelamaan akan menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya.

Bertukarlah kepada Herbal Blend Multi-Purpose Cream Shaklee, krim pelbagai guna yang diperbuat daripada ekstrak tulen herba semula jadi yang sungguh menyegarkan termasuk sej, horse chestnut, yarrow dan rosemary. Krim serbaguna ini semestinya selamat untuk bayi anda kerana ia bebas steroid dan bebas paraben tidak seperti kebanyakan krim lain di pasaran. Selain itu krim ini juga boleh digunakan untuk melegakan kesan gigitan nyamuk, mengurangkan parut, mengatasi masalah kulit kering dan tumit merekah serta banyak lagi kegunaan lain.
 
 
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_



UMMI ZUBARI
SID 892671


call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

No comments:

Post a Comment