Tuesday 24 January 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : Tips Memasak Cepat untuk Ibu Superbusy

Tips Memasak Cepat untuk Ibu Superbusy

5521102662_30207bfffd_m
Memasak untuk keluarga memang aktiviti seronok sebenarnya. Makanan yang di masak terjamin kebersihan dan lebih sihat berbanding makan di luar yang kita tak tahu apa bahan-bahan campuran. Selain itu, makan yang di masak juga dengan penuh kasih sayang dan zikirullah. Moga makanan yang di makan menjadi darah daging yang baik-baik sahaja.

Tetapi, kebanyakan ibu-ibu sekarang ialah wanita yang berkerjaya. Sampai rumah dah pukul 6 petang. Nak masak lagi. Tak sempat nak mandi pun terus ke dapur. Kadang-kadang solat pun miss..ishhh jangan begitu. Tup-tup siap masak semua pukul 8 malam. Habis makan pukul 9 malam. Tentu sahaja si ibu dah ‘low batt’ kan? Mana ada masa nak bercerita dengan anak dan suami lagi. Fuh.. I’ve been there, sebelum saya jumpa TIPS MEMASAK CEPAT ni.

  1. Sediakan Menu Seminggu
Tips masak cepat
Kita banyak membazir masa dengan memikirkan apa nak di masak. Itu belum lagi baru nak Google resepi. Apa kata sediakan menu untuk seminggu. Pastikan ia adalah makanan yang keluarga ada sukai. Nah jimat 15 minit kan?

2. Kisar bahan tumis dan simpan di dalam peti ais
Tips masak cepat
Baru nak mengupas segala bawang-bawang adalah sangat mengambil masa. Kalau 10 biji bawang putih boleh ambik masa 5 minit tau. Apa kata kupas semua bawang dah kisarkan. Bila nak masak cuma perlu ambil ‘portion’ yang diperlukan. Nah jimat 10 minit kan?

3.  Siang bahan basah selepas pulang dari pasal
12670598_1143962615628894_2938705392729737953_n
Selalunya kita lepas beli semua barang-barang basah kita letak semua sekali dalam peti ais kan? Apa kata lepas ni sampai je rumah terus siang dan potong. Ini memudahkan anda semasa nak mula masak nanti. Jimat lagi 10 minit.

4. Simpan bahan basah mengikut ‘amount’ yang diperlukan
12705634_1143962638962225_5204888006394610777_n
Selepas dah siang dan potong bersih-bersih, simpan bahan basah di dalam bekas mengikut jumlah yang perlu di masak sahaja. Contoh untuk makan tengah hari sekeluarga perlukan lebih kurang 5 ketul ayam, jadi siap-siap 5 ketul ayam dalam satu bekas. Bila hendak memasak, anda cuma perlu ambil satu bekas dah nyahbekukan. 5 ketul ayam lebih cepat dinyahbeku dari seekor ayam bukan? Wow, jimat lagi 15 minit.

5. Guna gajet memasak 12670250_1143962658962223_8809636124205448280_n
Ini kesukaan kaum ibu tapi kaum bapa tak berapa gemar. Hehe..kenapa? Sebab ia agak ‘costly’. Ada pelbagai jenis gajet memasak di pasaran. Contoh pressure cooker yang boleh memasak nasi hanya 6 minit sahaja berbanding periuk eletrik biasa yang ambil masa 15-20 minit. Jimat lagi 15 minit kan?

6. Masak lauk lengkap
12717409_1143962678962221_1433177482291925125_n
Ini memang kepakaran saya. Hehe..Saya suka memasak lauk yang lengkap semua di dalamnya seperti tomyam , sup atau paprik. Ini kerana di dalam menu seperti ini ada daging, ada sayur dan ada kuah. Jimat masa dan jimat pinggan mangkuk juga. Dari tiga mangkuk jadi satu mangkuk. Yeayy! Jimat 45 minit.

7. Bekukan makanan yang tak habis 12729306_1143962948962194_3872141642982272253_n
Bekukan maksudnya frozen kan. Ini kerana ia lebih tahan lama berbanding hanya simpan di tempat sejuk dalam peti ais. Contoh masak ayam kari. Jika ada lebih jang buang, simpan dan esok hari boleh panaskan semula untuk dijadikan minum petang. Buat saja roti jala. Yummeh…Jimat masa tak payah masak 2x kari ayam dan jimat duit jugak. Olala! Jimat 60 minit lagi.

8. Dari dapur terus ke meja
12654686_1143962945628861_8808609571899375885_n
Ini pun kesukaan kaum ibu tapi kurang disukai kaum bapa. Hehe. Sesetengah mangkuk tahan panas di pasaran yang boleh diguna untuk masak di atas dapur kemudian terus di letak atas meja kerana ia cantik :) Tak payah alih-alih masakan. Jimat masa, tenaga, dan sabun cuci. Fuyohh! Jimat 5 minit.

9. Sementara tunggu lauk masak basuhlah alatan memasak
7709_1143962982295524_7175334742515384343_n
Jangan tangguh-tangguh kumpul penuh sinki. Sementara tunggu ikan masak, basuh la terus periuk goreng ayam tadi. Ini menjimatkan masa anda. Kerana selepas selesai makan anda hanya perlu basuh pinggan-pinggan sahaja. Yang periuk belanga semua dah bersih. Boleh la terus menonton sinetron kegemaran anda kan? Jimat 5 minit.

Nah..anda telah jimat 3 jam. Wow! Tak sangka lebih kurang 3 jam kita bazirkan di dapur. Sebab tu lepas masak semua ibu-ibu penat yang ampun.

Jadilah ibu yang bijak ya
:)

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_



UMMI ZUBARI
SID 892671


call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

No comments:

Post a Comment