Penat seharian bekerja, tubuh badan akan berasa letih dan itu pastinya memerlukan rehat yang secukupnya. Ia adalah bagi memperbaiki semula kulit yang rosak akibat kekeringan.
Ya, waktu malamlah waktu yang cukup sesuai untuk kulit bekerja. Ikuti panduan bersihkan kulit sebelum tidur...

1. Mandi dengan air suam
Sekiranya anda menggunakan tab mandi, penuhkan tab dengan air suam terlebih dahulu dan campurkan buih mandian aroma terapi. Apabila tubuh berada dalam keadaan selesa, secara tidak langsung ia akan membuatkan minda dan badan jadi lebih relaks

2. Sapu losen, minyak
Selesai mandi, lumurkan losen badan atau minyak bayi agar kulit badan atau minyak bayi agar kulit badan dapat mengekalkan kelembapan semalaman. Tidak lupa juga pada tangan dan kaki, sapu krim khas untuk tangan dan kaki, ia amat penting bagi menyediakan tangan yang lembut dan lembap keesokan hari.

3. Guna krim pelembap
Jika anda mengalami masalah kulit kaki yang kering dan mengelupas atau cekam bulu, oleskan krim yang mengandungi bahan seperti glycolic dan asid sali silik. Ia mampu menyingkirkan bakteria, selain melembapkan kulit. Jadikan ia satu rutin setiap kali sebelum tidur.

4. Pengudaraan
Pastikan udara dalam bilik sentiasa lembap kerana udara yang lembap dapat memastikan kulit sentiasa berada dalam keadaan lembap serta bersinar keesokan harinya.

Tak susah, bukan? Nak kulit sihat dan cantik, haruslah jaga lebih!