Friday 19 May 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : 5 Panduan Mendidik Anak Mengenal Allah Dari kecil Lagi Supaya Jadi Anak Yang Beriman


Oleh: HASNITA PaMa
Tarikh: 12 Mei 2017 untitled
"Adik kena sayang Allah tau sebab Allah yang cipta kita, bumi, haiwan, bintang, bulan dan seluruh alam ini," pesan mama kepada si kecil yang baru berusia 2 tahun.
"Tapi Allah tu kat mana mama?" tanya si kecil yang kurang faham.
Betul ke cara kita didik anak untuk kenal dan sayang Allah? Macam mana sebenarnya cara yang betul untuk mengenalkan Allah kepada anak-anak kecil yang masih belum faham apa-apa?

Ya, memang penting ibu bapa mengenalkan Allah kepada si kecil walaupun mereka tidak faham lagi. Dengan mengamalkan didikan mengikut ajaran Islam sudah tentu lama-kelamaan si kecil akan meletakkan Allah di tempat tertinggi dalam hati mereka.

1. Didik anak untuk belajar solat dengan cara selalu biarkan dia tengok ibu bapa bersolat
Mula-mula mungkin si kecil suka mengacau papa dan mama bersolat tetapi lama kelamaan dia boleh meniru cara bersolat dan akhirnya bila tiba masanya, anak akan pandai bersolat dengan sempurna.

2. Ajar anak memuji Allah SWT
Ajar anak untuk memuji Allah atas segala keindahan dan nikmat yang kita perolehi di dunia ini. Misalnya kalau kita tunjuk bulan dan bintang di langit atau birunya laut yang terbentang luas, iringi ia dengan ucapan SubhanaAllah sebagai satu cara memuji ciptaan Allah. Atau kalau lepas makan, ajar anak ucap Alhamdulillah sebagai tanda terima kasih kerana memberi kita rezeki yang halal.

3. Ajar anak tidur mengiring ke kanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi saw
Selain mencintai Allah SWT, jangan lupa untuk mengajar anak cinta kepada Rasulullah saw dengan cara mengikut segala sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

4. Amalkan baca surah Ibrahim untuk merangsang ahli keluarga supaya rajin solat dan elok perangai
Ibu bapa perlu berusaha dan berdoa memohon kepada Allah supaya memudahkan urusan mendidik anak-anak menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah.

5. Biasakan anak mengaji al-Quran setiap hari
Biasakan anak melihat anda mengaji al-Quran setiap hari. Lama-kelamaan dia akan tahu bahawa amalan tersebut mesti dilakukan setiap hari. Ceritakan kepada anak bagaimana al-Quran boleh menjadi sahabat baik mereka nanti di alam kubur.
Walaupun masih kecil tetapi tak salah untuk kita mendidik anak mengenal Allah yang telah menciptanya dan seluruh alam ini. Biarkan hati anak dipenuhi dengan rasa cinta dan sayang kepada Allah SWT.

 

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

No comments:

Post a Comment