Wednesday 17 May 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : Anda Selalu Berasa Lapar? 7 Penyebab Utama Dan Cara Berkesan Mengatasinya



makan banyak

Adakah anda pernah duduk dalam keadaan yang tenang dan sunyi dikelilingi orang-orang tetapi perut anda merintih minta diisi dan memalukan bagi semua orang untuk mendengar?
Walaupun anda cuba untuk mengabaikannnya, sebenarnya secara rahsia anda sedang melawan perasaan yang tidak selesa dengan perut kosong, hampir tidak mampu untuk memberi perhatian, dan berkhayal tentang makanan yang sedap-sedap.

Kemudian anda sedar bahawa anda mendapati diri anda berada dalam situasi begini terlalu kerap. Mengapa anda sentiasa lapar?

“Kelaparan adalah keperluan fisiologi terhadap kalori, garam, dan air, dan ia didorong oleh gabungan faktor, termasuklah diet anda, hormon selera makan, dan juga faktor-faktor emosi, seperti tekanan,” kata Maggie Moon, RD, pakar pemakanan yang berpusat di Los Angeles.
Mesti ada sesuatu yang lain membuatkan ini berlaku. Berikut antara 7 sebab mengapa anda sentiasa lapar dan ia mudah untuk dielakkan, dan hari juga kami akan bantu anda untuk memastikan bahawa kelaparan anda itu diatasi.
sarapan
Anda Skip Makan
Jika anda berfikir anda akan kehilangan 20kg dengan mengamalkan cara yang selamat iaitu skip waktu makan dan mengurangkan kalori, sebenarnya anda silap.

Apabila anda melangkau waktu makan, anda memaksa badan anda ke mod kelaparan, yang bermakna anda akan ketagih untuk makan segala-galanya yang ada di depan mata, sekaligus menyimoannya sebagai lemak dan bukannya diguna untuk mengisi perut anda. Ini membuatkan anda lapar sepanjang masa dan juga membuat berat badan anda bertambah.
Jadi, anda mahu makan sekurang-kurangnya tiga kali sehari, bukan?
Mari kita mulakan dengan sarapan pagi.

Ia mudah untuk anda skip sarapan pagi semata-mata untuk tidur tambahan selama lima minit, tetapi kajian menunjukkan bahawa mereka yang tidak bangun untuk sarapan pagi yang berkhasiat sebenarnya akan lebih berasa lapar dan mengidam makanan lemak lebih tinggi pada waktu siang hari. Percayalah, anda tidak mungkin merasa kesan-kesan ini semasa anda sibuk di pagi hari, tetapi ia akan mula dirasai pada waktu petang,

Penyelesaian: Kenalpasti sarapan sihat yang menjimatkan masa anda supaya anda tidak akan terlepas hidangan yang paling penting untuk memulakan hari anda. Jika anda mendapati diri anda menahan kelaparan apabila anda makan 3 kali sehari, anda mungkin mahu bertukar jadual kepada makan enam hidangan kecil sehari. Dengan cara ini metabolisme anda sentiasa bekerja dan tidak akan meminta makanan lagi.
burger
Anda Makan Terlalu Cepat
Anda mungkin mempunyai kecenderungan untuk ‘melahap’ makanan di dalam mulut anda apabila anda sangat sibuk tanpa berfikir tentang bagaimana anda sebenarnya memberi permasalahan yang serius bagi sistem pencernaan anda. Sudah pasti, anda menelan makanan yang sihat, tetapi anda akan berasa lapar dalam beberapa minit selepas makan.
Apa yang berlaku?

Pertimbangkan ini: ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk otak anda mendapatkan isyarat dari sistem pencernaan anda bahawa perut anda sudah penuh. Katakan anda tergesa-gesa mengambil makan tengah hari yang berkhasiat dan seimbang dalam 10 minit. Otak anda akan terus berfikir anda lapar dan anda hanya akan terus makan walaupun perut anda penuh.

Lihatlah bagaimana ia sebenarnya mudah untuk anda makan berlebihan?
Selain memberi signal untuk otak anda, terdapat hormon lain yang bergantung kepada corak pemakanan anda yang juga memerlukan masa untuk bekerja. Kajian telah membuktikan bahawa apabila anda mengambil masa yang lama untuk mengunyah makanan anda, anda tidak hanya mengambil 10% kurang kalori, tetapi anda juga akan terasa penuh apabila anda selesai makan.

Penyelesaian: Makan seperti anda berada di mod diet dan mengunyah setiap suapan antara 5-50 kali sebelum menelan; atau meletakkan garpu anda ke bawah selepas setiap suapan untuk melambatkan kunyahan anda.
stress
Anda terlalu Stress
Apabila anda berada di bawah tekanan yang berterusan, hormon anda akan kucar kacir, anda tidak boleh tidur, dan selera anda menjadi di luar kawalan. Itulah sebabnya kebanyakan kita terlebih makan apabila tiba musim cuti; tekanan mencetuskan hormon yang menyebabkan kita mengidam untuk makan makanan tanpa berjaga-jaga.

Anda perhatikan, badan yang tertekan mengeluarkan hormon seperti adrenalin dan kortisol yang membuat badan anda rasa ia memerlukan banyak tenaga untuk melawan tekanan. Anda tidak benar-benar lapar, tetapi badan anda memberitahu anda untuk menjadi lapar sehingga dapat bersedia untuk mengeluarkan anda dari keaadaan yang tertekan tersebut.

Kajian telah membuktikan perkaitan langsung antara tahap kortisol tinggi, makan lebih banyak kalori, dan keinginan anda kepada makanan manis. Anda mungkin berasa lapar, tetapi anda tidak mahu mengambil kalori yang mana badan anda tidak akan gunakannya.

Penyelesaian: Mengekalkan kesihatan, letakkan almonds rangup di meja tempat kerja anda, buat secawan teh hijau panas, dan berehat seketika untuk berjalan di luar dan menyerap vitamin D dari matahari.
12
Anda Tidak Minum Cukup Air
Apabila kita mengalami dehidrasi, hipotalamus kita iaitu bahagian otak yang mengawal rasa lapar dan dahaga, mula panik. Ia menjadikan badan anda berfikir anda lapar apabila anda sebenarnya hanya dahaga. Pastikan anda selalu minum air sepanjang hari kerana anda akan menikmati seribu manfaat kesihatan yang luar biasa.
Jika anda berasa lapar, minum segelas besar air dan tunggu 20 minit untuk isyarat sampai ke otak anda bahawa anda ‘penuh’. Jika anda rasa okay, anda mungkin hanya dahaga. Jika anda lapar tetapi anda sedang cuba untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan pengambilan kalori anda, air akan menjadi rakan anda yang terbaik.
Penyelesaian: Kekalkan tahap bendalir anda dengan memilih air lemon segar dan air kelapa, dan makan makanan padat air seperti tembikai dan timun untuk menghilangkan dehidrasi kerana kelaparan.
tidur
Anda Tidak Mendapatkan Tidur Berkualiti Secukupnya
Tidur adalah menakjubkan. Badan anda menggunakan masa anda tidur tersebut untuk mengurangkan  tahap kortisol akibat tekanan dan menyimpan hormon-hormon kelaparan anda. Jika pada anda ia tidak cukup penting, baca ini:

Apabila anda tidak dapat rehat sepenuhnya pada waktu malam, ghrelin, hormon yang bertanggungjawab untuk merangsang selera makan anda, meningkat; dan leptin, hormon yang membuat anda berasa kenyang, jatuh menjunam. Ini sebenarnya bukan keadaan yang ideal untuk badan anda, melainkan jika anda mahu ia mendapatkan tenaga dari karbohidrat, lemak, dan kafein.

Menurut satu kajian, apabila wanita tidur kurang daripada empat jam, mereka consume 300 kalori tambahan dan 21 gram lemak pada hari berikutnya! Semua ini kerana mereka mungkin merasakan kesan ketidakseimbangan tahap hormon  dan ketagihan makanan.
Lelaki juga tidak terkecuali; kajian yang dijalankan ke atas manusia menunjukkan bahawa peserta yang hanya tidur empat jam makan lebih banyak kalori dan sebenarnya berasa lebih lapar pada keesokan harinya.

Penyelesaian: Belajar cara bagaimana untuk mengatasi insomnia melalui diet supaya anda boleh tidur cepat, dapatkan tidur berkualiti, dan hilangkan kelaparan pada hari berikutnya.
A photo by Toronto Eaters. unsplash.com/photos/i_xVfNtQjwI
Anda Dikelilingi Makanan
Makanan di mana-mana sahaja sekarang, dan kita tidak boleh lari daripadanya. Kita dihujani dengan makanan di TV dan di seluruh media sosial; hashtags di Instagram, gambar kawan-kawan anda makan di Facebook.

Adakah ini membantu atau menyakiti kita?
Satu kajian mengatakan bahawa apabila peserta dipaparkan imej makanan lazat, tahap ghrelin mereka meningkat. Memandangkan kita tahu bahawa ghrelin merangsang selera makan, kita sendiri berani bertaruh peserta-peserta tadi akan mula menjadi lapar.
Ini adalah sensasi yang sama yang anda akan dapat apabila menghidu aroma yang lazat daripada masakan makanan.

Penyelesaian: Hentikan mendera diri sendiri dan elakkan untuk terjebak dengan makanan melalui media sosial terutamanya sebelum makan apabila anda secara tidak sengaja terlebih makan kerana selera makan anda telah meningkat.
fiber
Anda Perlukan Lebih Fiber
Walaupun orang dewasa puratanya hanya makan 15 g serat setiap hari, lelaki memerlukan sekitar 38 g serat setiap hari dan wanita memerlukan kira-kira 25 g. Serat tidak larut adalah apa yang menyebabkan penghadaman anda berfungsi tetapi serat larut sebenarnya memperlahankan sedikit proses pencernaan anda.

Jangan bimbang, ini adalah satu perkara yang baik!
Serat larut bertukar menjadi sama dengan gel dan kelewatan pencernaan akan membuatkan tubuh anda mempunyai lebih banyak masa untuk menyerap nutrien. Hasil dari satu kajian menunjukkan bahawa makan serat dan bijirin penuh bersama-sama akan membuat anda terasa penuh lebih lama, yang pasti akan menghadkan nafsu makan dan lapar anda.

Penyelesaian: Kenali perkara seperti biji chia, kacang dan bijirin lain untuk dimakan. Dan masukkan lebih banyak serat yang dipenuhi sayur-sayuran untuk membuat makanan anda bertahan lebih lama.

Kesimpulan
Sekarang anda tahu anda perlu tidur lebih, mengimbangi diet anda, minum banyak air putih dan kekal terhidrat, perasaan untuk sentiasa lapar akan hilang dengan sendirinya.
Kami berkongsi tentang diet dan faktor-faktor mempengaruhi gaya hidup anda hari ini, tetapi perlu diingat bahawa isu-isu seperti ketidakseimbangan hormon, dan ubat-ubatan tertentu mungkin penyebab perut anda merungut untuk diisi.
Jika anda tidak dapat melawan rasa lapar anda menggunakan tips ini,  anda boleh consult dengan doktor jika sesuatu berlaku.



***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….



No comments:

Post a Comment