Wednesday 17 May 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : 9 Tips Hebat Gadis Ini Berjaya Kuruskan Badan 42Kg Dalam Masa Setahun



Nur Farihan sebelum (kiri) dan selepas (kanan) berjaya menurunkan berat badan sebanyak 42kg
Nur Farihan sebelum (kiri) dan selepas (kanan) berjaya menurunkan berat badan sebanyak 42kg
Untuk ruangan Cerita Motivasi Kurus kali ini kami kongsikan kepada anda bagaimana seorang pelajar berjaya menurunkan berat badannya dari 100 kg kepada 58 kg, iaitu pengurangan sebanyak 42 kg (kilogram) dalam masa setahun. Jom sama-sama kita ikuti kisah transformasi ini dengan izin Nur Farihan Idris sebagai panduan dan pembakar semangat untuk anda kembali langsing dan sihat.

Seperti orang lain (yang mempunyai masalah obesiti) beliau juga mempunyai keinginan untuk menurunkan berat badan. Cita-cita untuk kurus sudah lama ada, iaitu sejak di bangku sekolah lagi. Namun sekadar memasang impian tetapi jika tiada usaha ia tidak ubah seperti sembang kosong tanpa mendapatkan hasil atau apa-apa manfaat.

Beliau sering berpendapat, mustahil untuk kurus kerana memang sejak kecil berbadan memang berisi dan bulat. Setiap kali pulang ke kampung beliau pasti ditegur dan diperli orang tentang saiz badannya. Perasaan sedih dan marah itu pasti ada. Tapi apakan daya, beliau terpaksa hadapi keperitan itu. Berat badannya makin bertambah setiap tahun hingga mencecah ke angka 100 kg lebih. Apa yang menyedihkan, baju dan seluar sukar baginya untuk dicari. Jika adapun tidak banyak pilihan.

Tahun 2009, beliau pernah cuba untuk kurus. Tambahan pula, ibu bapanya sering menyuruhnya agar kerap bersenam. Beliau pergi ke gym tanpa ada ilmu langsung tentang bagaimana cara untuk bersenam dan berdiet dengan betul. Lebih menyedihkan, siang ke gym, malam pula beliau akan makan dengan sangat banyak kerana beranggapan lemak di badan sudah disingkir sewaktu berada di gym.
Percubaan Untuk Kurus
Percubaannya tidak berhasil malahan tetap juga gemuk dan berat badan yang tidak juga turun. Waktu itu beliau berasa sangat kecewa dan merasakan segala usahanya langsung tidak membuahkan hasil rentetan daripada kesilapan cara yang diamalkannya.

Pada awal tahun 2013, sekali lagi beliau terdetik untuk kurus apabila secara tidak sengaja telah terbaca mengenai perkongsian kisah kejayaan menurunkan berat badan oleh Kevin Zahri.  Beliau sangat teruja dan gembira dengan perkongsian mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan.

Jadi bermula dari situ setiap hari beliau akan memperbanyakkan bahan bacaan tentang cara untuk menurunkan berat badan dan cara untuk menjaga serta memilih pemakanan harian.

Amalan gaya hidup sebelum berubah
Kedai makan fast food adalah antara tempat kegemarannya. Jadi, pantang ada duit, beliau akan laburkan pada makanan. Lebih-lebih lagi waktu di universiti dulu, makan memang salah satu dari hobinya. Boleh dikatakan setiap hari beliau akan makan 2 bungkus nasi lemak yang berlaukkan ayam. Air manis pula wajib ada bersama apatah lagi coklat. Namun begitu, beliau tidak mengambil langsung sayur-sayuran.

Terima kasih Cikgu Kevin
Menurutnya, kebanyakan info yang diperolehi adalah melalui internet seperti di youtube, facebook dan blog-blog kesihatan. Pada mulanya beliau mendapat info berkaitan kurus di beberapa website dan mula belajar mengira kalori harian. Melalui pembacaannya, beliau telah mengumpul segala maklumat dan mula mencatit isi-isi penting. Jika ada persoalan yang tidak difahaminya, beliau akan bertanya terus kepada Kevin melalui emel.

Usaha Kevin Zahri mewujudkan ruangan di websitenya telah mendorong beliau untuk menjadi lebih kuat dan bersemangat setelah membaca perkongsian dari sahabat-sahabat yang telah berjaya. Oleh sebab itu beliau juga berazam ingin sama membantu dan berkongsi pengalaman kepada kawan-kawan di luar sana yang ingin menurunkan berat badan.

Menu diet harian yang diamalkan
Seminggu sekali beliau akan ada “cheat day” sebagai ‘reward’. Beliau tetap makan sumber-sumber semulajadi seperti ayam, ikan, buah, sayur-sayuran yang dimasak sendiri. Menurutnya, beliau lebih selesa masak sendiri di rumah berbanding makan di luar kerana boleh mengawal sukatan garam, gula, minyak dan sebagainya. Masakan juga untuk lebih selamat dan sihat penyediaannya adalah dengan mengukus, panggang, bakar atau rebus.
Menu harian :

7 pagi:  Roti gandum penuh, sebiji telur dan air teh hijau. 10 pagi: Sebiji epal 12 tengah hari: Nasi (kurang segenggam), sayuran, ikan atau seketul ayam bakar 3 petang: Kekacang (lebih kurang 10-12 biji) 6 petang: Air susu bersama oat ATAU makan ayam/ikan bersama sayur

*** Seminggu sekali beliau akan mengambil coklat sebagai ‘reward’ tetapi pengambilannya masih dalam kawalan.

 9 Tip Mudah Untuk Kurus
Berikut merupakan tips ringkas yang dikongsikan oleh Nur Farihan berkaitan aspek pemakanan:
  1. Kurangkan atau kalau boleh elakkan gula, garam, minyak, makanan bersodium tinggi, processed food (seperti daging burger, nugget, kentang goreng), fast food (seperti mcd, kfc dan lain-lain).
  2. Makan dari sumber-sumber semulajadi seperti ayam, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  3. Makan secara kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Kurangkan pengambilan karbohidrat. Jika ambil nasi, pastikan nasi kurang segenggam. Yang penting lebihkan sayur-sayuran.
  4. Sekiranya rasa ingin mengunyah, kekacang adalah sumber lemak yang baik (cukup sekadar 10 hingga 12 biji).
  5. Perlu tahu maksud DIET yang sebenar. Ramai yang tersalah persepsi kerana ada beranggapan bahawa diet itu perlu berlapar. Tanggapan itu salah sama sekali.
  6. Jauhi pengambilan air berkarbonat atau air bergas kerana kandungan kalori dan gulanya sangat tinggi.
  7. Banyakkan minum air kosong atau teh hijau untuk detox.
  8. Amalan bersenaman seperti joging, berenang, berbasikal, lompat tali, berjalan, atau apa-apa aktiviti setiap hari kecuali hujung minggu kerana waktu itu adalah hari untuk badan berehat. Rutin senaman di gym ialah gabungan antara kardio dan weight lifting (angkat berat). Akuinya, senaman angkat berat amat membantu dalam menurunan berat badan dan juga dapat mengelakkan kulit di bahagiaan tertentu menjadi lembik (menggelebeh) setelah penurunan berat badan.
  9. Beliau tidak mengambil sebarang produk kurus kerana kurang percaya. Tambahan pula, dengan melihat kejayaan orang lain (kurus tanpa pengambilan pil atau produk kurus), beliau rasa lebih yakin  dan percaya diri bahawa beliau juga mampu lakukan. Baginya, walaupun dengan makan pil kurus kita masih perlu menjaga pemakanan dan juga bersenam. Maka beliau telah memilih keputusan untuk melabur duit dengan melakukan workout di gym daripada membeli produk pil kurus yang belum pasti menjanjikan hasil yang memuaskan.
Penting!!! Motivasi dan nasihat Nur Farihan
  1. Paling penting, 80% kurus adalah dari penjagaan makanan, manakala 20% senaman akan membantu mmpercepatkan proses kurus. Maknanya andai kita bersenam setiap hari pun tetapi pemakanan harian tidak dijaga atau dikawal sememangnya agak susah sedikit untuk mencapai impian untuk kurus.
  2. Rajinkan diri untuk membaca info-info berkenaan kesihatan dan diet yang betul. Jika rasa hampir mengalah, cepat-cepat baca kisah kejayaan orang yang boleh lakukan. (jika mereka boleh, takkan kita tak boleh kan)
  3. Rajin bertanya. Kalau tidak faham, boleh bertanya dengan ahli-ahli yang pakar dalam pemakanan dan gaya hidup sihat atau boleh juga membaca di ruangan soal-jawab di website berkaitan kesihatan.
  4. Jangan terlalu memaksa badan untuk cepat kurus. Ini akan menyebabkan badan cepat berasa bosan dan stress. Apabila stress, proses penurunan berat akan terganggu.
  5. Perlu ingat bahawa jika kita sudah gemuk bertahun-tahun mustahil jika dapat kurus dalam masa seminggu. Banyakkan bersabar dan istiqomah dengan gaya hidup yang lebih sihat, aktif dan positif.
  6. Untuk kekal bersemangat, banyakkan membaca kisah kejayaan orang yang telah berjaya.
  7. Jangan berfikir negatif; “Everybody have their own struggles”
sumber foto kevinzahri.com
sumber foto kevinzahri.com
Kesimpulan
Setiap orang daripada kita mahukan kehidupan yang lebih baik. Walau apa pun tanggapan kita terhadap bentuk tubuh kurus itu nampak cantik dan sihat, itu tidak bermakna orang yang berbadan ‘besar’ itu menjelekkan dan tidak sihat. Buangkan fikiran yang negatif dan hapuskan sikap stereotype terhadap orang lain kerana setiap orang punya cara tersendiri untuk tampil cantik, sihat dan hebat. Sama-sama kita saling bantu-membantu dan sentiasa bercakap perkara-perkara yang positif. Belajar melihat kejayaan orang lain yang kurus tanpa produk kurus, mudah-mudahan anda juga punya rasa yakin diri dan mampu lakukan.


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

No comments:

Post a Comment