Hamil adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ini berlaku apabila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar.
Tambah pula, bekalan darah wanita yang mhamil sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih "relax", dan ini memburukkan lagi keadaan. Tak susah, kaum wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.
 
 
Buasir akan surut selepas tempoh berpantang namun boleh berulang apabila wanita itu mengandung lagi. Beberapa kaedah rawatan yang boleh digunakan antaranya ialah:
 
1. Tuam buasir dengan pek ais berbalut kain dua hingga tiga kali sehari untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan.
 
2. Sitz bath iaitu rendamkan bahagian punggung ke dalam besen yang berisi air suam selama 10 ke 15 minit. Langkah 1 dan 2 di atas boleh dilakukan berselang-seli.
 
3. Elakkan sembelit dengan pengambilan serat sama ada daripada diet atau serat yang boleh didapati dari farmasi atau dengan preskripsi doktor.
 
4. Pergi terus ke tandas apabila ada rasa hendak membuang air besar kerana masalah sembelit berlaku jika kita melambatkannya.
 
Secara umumnya wanita yang mempunyai masalah buasir masih boleh bersalin secara normal. Walau bagaimanapun anda dinasihatkan untuk bertemu dengan pakar perbidanan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.