Dengan melakukan hubungan intim anda bersama isteri, tidak bermakna anda dan pasangan terus mendapat zuriat yang diidamkan. Masih ada faktor-faktor lain yang tidak dapat memberi kesempatan untuk anda memiliki anak.

Jangan salahkan pasangan anda kerana mungkin ini juga berpunca daripada anda sendiri. Alasan yang boleh diketengahkan adalah jumlah sperma yang sedikit, alahan sperma, sperma yang kurang berkualiti atau sperma yang tidak efektif.

Setiap 1/10 pasangan mengalami masalah kesuburan dan alasan utamanya adalah jumlah sperma yang rendah pada lelaki.

Berdasarkan fakta, untuk isteri hamil, suami harus mengeluarkan sekurangnya 40 juta sperma per ejakulasi.

Ada beberapa faktor yang harus anda elakkan dalam usaha untuk meningkatkan jumlah sperma. Antaranya:

1. MANDI AIR PANAS
Untuk fungsi yang baik, testis mestilah dalam keadaan dingin. Jika suhu testis naik sehingga 98’C, ini boleh merosakkan sperma. Jadi, elakkan diri anda daripada mandi air panas, jika merancang untuk mendapatkan anak.

2. SELUAR DALAM KETAT
Disarankan seluar dalam jenis ‘boxer’ adalah lebih baik berbanding seluar dalam yang ketat. Alasan utama yang diberikan, seluar dalam ketat yang dipakai terlalu lama boleh membuatkan testis terlalu panas sehingga menurunkan jumlah sperma.

3. TELEFON BIMBIT
Kajian mengatakan lelaki yang menggunakan telefon bimbit lebih daripada 4 jam sehari mempunyai jumlah sperma yang lebih rendah. Ini kerana, lelaki sentiasa menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar dan radiasi telefon bimbit terdedah kepada testis yang boleh memberi kesan negatif kepada jumlah sperma.

4. OBESITI
Bagi wanita, obesiti dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran hormon estrogen dan lelaki pula dikaitkan dengan penurunan jumlah sperma. Sebab itulah, banyak penelitian mendapati lelaki yang obesiti boleh menyebabkan penurunan fungsi testis dan jumlah sperma.

Cara Tingkatkan Kesuburan Lelaki
Ada cara yang boleh membantu anda untuk meningkatkan kesuburan, sekaligus menghasilkan sperma yang sihat dan berkualiti.

1. Pengambilan walnut
Pengambilan 180 gm walnut setiap hari dapat meningkatkan kualiti sperma kerana ia kaya dengan linoleat alfa. Anda boleh makan terus ataupun diambil dalam bentuk panggang.

2. Dapatkan berat badan ideal
Aturkan pola pemakanan yang sihat dan senaman. Jika anda berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 15%, ia turut akan meningkatkan jumlah sperma dan kualiti sperma.

3. Jangan stres
Lelaki yang mengalami stres boleh mempengaruhi kualiti sperma yang dihasilkan. Jika perlu, cubalah lakukan akupunktur untuk mengurangkan stres dan sudah tentu dapat membantu anda dalam meningkatkan kualiti sperma.

4. Ambil Vitamin C
Pengambilan vitamin C yang cukup setiap hari dapat membantu menjaga ketahanan badan dan kualiti sperma. Cubalah amalkan pengambilan vitamin C sebanyak 1000mg setiap hari.