Monday 20 February 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : Rahsia kecantikan Sheila Majid

Rahsia kecantikan Sheila Majid

Rahsia kecantikan Datuk Sheila Majid
Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid sentiasa awet muda bagai tak dimamah usia. Meniti angka 47 tahun, kejelitaan wajah dan ramping tubuhnya menyebabkan ramai wanita seangkatan usianya `angkat tangan'.

Dalam ramai wanita seusianya mengeluh tubuh badan mulai menggelebir, jelapang wajah mulia dihinggap jeragat, namun tidak kepada Sheila.

Jelas figura terkenal itu, setiap insan tidak boleh menolak `hukum' pertambahan usia, termasuk perubahan bentuk tubuh badan, lantaran melalui pelbagai proses termasuk fasa kehamilan dan kelahiran.

Mustahak bagi setiap individu, menghargai kecantikan diri dengan memelihara kulit dan kesihatan diri mengikut regim sempurna serta konsisten.

"Sejak remaja, saya tidak ada masalah kulit. Cuma baru-baru ini, jerawat mula tumbuh. Saya cepat mencari penawar memastikan masalah jerawat tidak berlarutan supaya tidak menjejaskan kecantikan kulit.

"Dari segi kesihatan, saya konsisten bersenam tiga kali seminggu selain mengikuti kelas pilate. Bagi saya wanita dan ibu adalah idola kepada anak. Kita perlu tunjukkan contoh terbaik kepada mereka dalam pelbagai segi termasuk menjaga kecantikan dan kesihatan," katanya.



Ibu kepada empat anak berusia antara 5 hingga 21 tahun, percaya dua elemen itu hanya boleh dimiliki menerusi usaha bukannya jalan pintas menggunakan pisau atau jarum suntikan.

Amalan makanan seimbang seperti Vitamin C, minyak ikan dan Evening Primerose sebagai pembekal nutrisi hariannya.


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_




UMMI ZUBARI
SID 892671


call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

No comments:

Post a Comment