Thursday 9 February 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : Ikutlah Rentak Ini Kalau Takut Sampai Berhutang



Ikutlah Rentak Ini Kalau Takut Sampai Berhutang
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Hangatnya Ramadan makin terasa dan musim raya bakal muncul. Waktu inilah kaum wanita akan pulun apa yang dirasakan patut tukar baru!
 
Namun kena beringat, berbelanja jangan ikut nafsu tetapi dahulukan keperluan. Sekalipun barangan yang diperlukan itu berharga mahal, mahu tak mahu terpaksa juga mengeluarkan bajet untuk mendapatkannya. Jadi, anda perlu melakukan sesuatu agar membolehkan anda berjimat cermat.
 
Tip berjimat 
 
1. Bandingkan harga sebelum membeli
Ambil masa apabila anda membeli belah dengan membandingkan harga barang yang dibeli. Jika anda tidak terikat dengan sesuatu jenama ia memudahkan anda mencuba barang atau jenama baru. Ini mungkin menjimatkan perbelanjaan anda. 
 
2. Beli barang dapur dalam jumlah banyak
Sekali sahaja anda mengeluarkan duit untuk membeli barang dalam kuantiti  banyak dan ia menjimatkan daripada membeli secara runcit. Sebelum membuat keputusan membeli secara pukal bandingkan harga dan bajet berapa ringgit anda dapat berjimat. 
 
3. Kurangkan wang dalam dompet
Ia langkah selamat untuk mengurangkan perbelanjaan anda. Melihat duit yang tidak seberapa membuatkan anda tidak ada nafsu berbelanja terutamanya apabila tidak sengaja dibawa ke pusat membeli belah. Sebaliknya jika ada duit banyak di tangan, pasti ada sahaja barang yang dibeli.
 
4. Elak keluar
Jika tidak ada sebarang aktiviti memerlukan anda ke luar rumah eloklah anda tidak ke mana. Duit perbelanjaan anda selamat kerana tidak perlu mengeluarkan bayaran tol, minyak, makan minum dan sebagainya lagi. Mungkin anda boleh merancang aktiviti di tempat percuma seperti taman dan berhampiran dengan rumah. 
 
5. Bawa bekal ke pejabat
Perlukan sedikit pengorbanan untuk anda memasak bekal pada pagi hari. Buat apa membeli barang dapur sehingga beratus ringgit jika anda hanya memasak di hujung minggu. Akhirnya barang yang dibeli rosak. Sedangkan jika anda memasak dan membawa bekal, anda dapat jimatkan duit perbelanjaan yang mungkin mencecah RM6 hanya untuk sarapan pagi.
 
6. Beli barang terpakai
Beli barang terpakai tidak berdosa. Jika apa salahnya jika membeli barangan terpakai jika keadaannya masih elok dan selamat digunakan. Buat apa membazir untuk sesuatu barang jika kita sendiri tidak tahu jangka hayat barang itu bertahan berapa lama. Sudah pasti jika anda membeli barangan terpakai, anda dapat berjimat separuh daripada harga asal barangan tersebut.  
 
 
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_



UMMI ZUBARI
SID 892671


call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
 

No comments:

Post a Comment