Monday 20 February 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : Jadikan Ini Sarapan Wajib Jika Anda Ingin Diet Berjaya


Selain bersukan, pengambilan makanan sihat merupakan antara aktiviti wajib jika anda ingin diet yang dilakukan itu berjaya. Makanan sihat itu banyak tetapi terdapat satu makanan yang wajib anda jadikan sajian sarapan jika ingin cepat menurunkan berat badan.
Foto – The Huffington Post
Apa dia? Telur.
Menurut ahli diet Jill Corleone, RDN, LD, telur adalah pilihan makanan terbaik dan sihat untuk sarapan kerana ianya membantu dalam proses penurunan berat badan. Telur membuat perut kenyang lebih lama kerana ia merupakan sumber protein dan serat yang sihat.
Telur rebus tentunya lebih sihat berbanding telur dadar atau telur mata walaupun yang digoreng dengan minyak sayur-sayuran. Jill juga menyarankan, sebaiknya makan 2 butir telur untuk sarapan. Jika bosan dengan telur rebus, anda boleh campurkan 2 butir telur dengan potongan sayur dan sedikir garam, lalu mengukusnya kurang lebih 10 minit. Jadi, ianya tidaklah terlalu bosan, bahkan yang penting sarapan sihat dan mengenyangkan.

Bahkan info ini dikuatkan lagi apabila seorang pakar pemakanan dari Amerika Syarikat, Dr. Sam Christie, menerangkan telur merupakan makanan yang padat kandungan protein.
“Pengambilan dua butir telur ketika sarapan mampu membuatkan anda mengehadkan pengambilan makanan pada waktu siang. Ini kerana, kandungan vitamin di dalam telur meninggalkan kesan pada penyerapan insulin dan kadar glukosa di dalam darah. Perkara tersebut menyebabkan individu merasa kenyang sepanjang hari sebaik mengambil telur,” jelasnya.

Ujar Christie lagi, selain telur, pengambilan makanan yang ditambah dengan serbuk kayu manis juga mampu membuatkan perut berasa kenyang sepanjang hari.
Jadi, selepas ini jangan lupa ambil telur untuk sajian sarapan pagi. Dan paling penting jangan sesekali skip sarapan!
SUMBER


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_




UMMI ZUBARI
SID 892671


call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

No comments:

Post a Comment