Thursday 25 September 2014

Shaklee Bintulu : 2 Sebab Utama Mengapa Anda Sakit Kepala




sakit kepalaJika anda mengidap penyakit buah pinggang, tahap kreatinin yang tinggi adalah gejala yang biasa berlaku. Persoalannya, jika tahap kreatinin di dalam darah anda tinggi, adakah ianya akan menyebabkan anda mengalami simtom sakit kepala?

Kreatinin Tinggi dan Sakit Kepala

Sebenarnya, tahap kreatinin tinggi tidak berkaitan secara langsung dengan sakit kepala. Tetapi, banyak kes pesakit buah pinggang yang mengadu bahawa mereka sering mengalami gejala sakit kepala. Apakah punca sebenarnya sakit kepala bagi pesakit buah pinggang?

Gejala sakit kepala boleh dikaitkan dengan pelbagai punca. Punca utama yang menyebabkan gejala sakit kepala ialah tekanan darah tinggi. Buah pinggang yang sihat akan memastikan jumlah darah dalam keadaan seimbang dan mengawal tekanan darah. Buah pinggang yang rosak pula, tidak dapat menyingkirkan cecair yang berlebihan dari badan. Keadaan ini akan menjadikan jumlah darah meningkat dan akan menyebabkan tekanan darah tinggi.

Kreatinin tinggi pula biasanya dikaitkan dengan pembentukan toksin dan bahan buangan yang tinggi di dalam darah. Bahan-bahan merbahaya ini menyumbang kepada masalah sakit kepala kerana memberi kesan kepada sistem saraf, tisu otak dan juga sel-sel.

Selain itu, anemia juga menyumbang kepada sakit kepala jika anda mempunyai tahap kreatinin tinggi. Anemia ialah sel darah merah yang berkurangan. Ini kerana buah pinggang yang telah rosak tidak dapat menghasilkan EPO, iaitu hormon yang merangsang tulang sum-sum untuk menghasilkan sel darah merah. Fungsi sel darah merah ialah mengedarkan oksigen ke tisu badan dan sel-sel. Jika otak tidak mendapat bekalan oksigen yang cukup, anda akan alami sakit kepala.

Bagaimana kurangkan sakit kepala jika kreatinin tinggi?

Langkah pertama ialah ketahui punca sakit kepala. Merawat punca dapat melegakan sakit kepala. Tetapi, jika punca utama ialah tekanan darah tinggi atau anemia, ia adalah akibat dari penyakit buah pinggang yang anda hadapi.

Jadi, jalan penyelesaiannya, anda perlu dapatkan rawatan untuk memulihkan struktur buah pinggang yang terjejas dan tingkatkan fungsi buah pinggang.

No comments:

Post a Comment