Tuesday 9 September 2014

Pengedar Shaklee Bintulu :Apa itu Stroke atau Angin Ahmar


Kita sudah biasa dan tahu bila orang sebut stroke berbanding dalam bahasa melayu, angin ahmar yang kurang disebut walaupun ianya sama maksud. Stroke berlaku apabila sel otak tiba-tiba mati akibat kurang bekalan oksigen dan berpunca samada saluran darah kepada tisu otak tersumbat atau berlaku pendarahan di dalam otak.

Bila terjadi, pesakit stroke akan menjadi lumpuh sebelah badan, tidak boleh bertutur, koma, hilang ingatan dan boleh membawa maut.

Jenis stroke atau angin ahmar yang menyebabkan badan lumpuh

Haemorrhagic Stroke dan Ischaemic Stroke.

Ada dua jenis stroke iaitu "ischaemis stroke" dan "haemorrhagic stroke". Ischaemic berlaku bila saluran arteri yang membekalkan darah beroksigen ke tisu otak tersumbat oleh darah beku (trombus) atau serpihan lemak (embolus). Stroke jenis ini lebih kerap terjadi berbanding jenis haemorrhagic.

Ischaemic stroke dan haemorrhagic stroke adalah dua jenis angin ahmar

Stroke jenis haemorrhagic atau pendarahan terjadi bila salur darah pecah di dalam otak. Kedua-dua jenis situasi ini menyebabkan kurang oksigen kepada tisu otak yang menyebabkan stroke.

Tanda-tanda terkena stroke:

  • pening, susah atau tak stabil bila berjalan
  • masalah bila bertutur
  • kebas, lemah atau lumpuh sebelah badan
  • penglihatan kabur, gelap atau objek kelihatan dua
Transient Ischaemic Attack (TIA) adalah mini stroke. Ia dimana tisu otak tidak mendapat oksigen seketika. Tanda serangannya adalah sama seperti stroke di atas tetapi ia hanya sekejap dan tidak meninggalkan kesan neurologi seperti lumpuh, lemah dsb secara kekal. Namun, TIA adalah tanda amaran untuk stroke dan mesti dipandang serius.
Sekiranya seseorang itu mengenalpasti TIA dan segera mendapatkan rawatan daripada doktor, kemungkinan untuk mendapat stroke dapat dikurangkan.
Cara rawatan stroke berbeza untuk kedua jenis stroke itu. Ubat pencair darah seperti aspirin dan heparin diguna untuk merawat ischameic stroke. Manakala pembedahan untuk menghentikan pendarahan atau mengeluarkan darah beku dalam otak bagi pesakit haemorrhagic stroke. Apa pun, tujuannya adalah untuk mengembalikan bekalan darah kepada tisu otak dengan segera.

Cara mencegah stroke:

  • kawal tekanan darah tinggi dengan optimum
  • kawal penyakit kencing manis
  • ambil ubat kurangkan kolesterol boleh mencegah stroke berulang
  • rawat stress atau tekanan perasaan
  • bersenam aerobik boleh mencegah stroke
  • tidak merokok
  • periksa jantung untuk pastikan tiada "atrial fibrillation" yang menjadi punca stroke
  • pesakit kencing manis boleh mengambil aspirin untuk mengelakkan darah beku trombus
Penyakit datangnya daripada Allah untuk menguji keimanan hambanya diatas muka bumi ini. Kita mesti sabar dalam menempuh dugaan ini sekiranya terjadi pada kita atau orang kesayangan kita. Proses pemulihan memakan masa berbulan-bulan untuk sembuh dengan rawatan ubat, physiotherapy, speech therapy dan sebagainya.
Ia juga ujian daripada Allah terhadap orang sekelilingnya yang berkorban masa dan tenaga untuk menjaga pesakit stroke yang tidak berdaya. Jangan berputus asa mencari rawatan alternatif untuk cepatkan proses pemulihan.
 
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

UMMI ZUBARI
SID 892671

call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….  
 

No comments:

Post a Comment