Thursday 25 September 2014

Pengedar Shaklee Di Bintulu, Sarawak :Sihatkah Buah Pinggang Anda?

Assalamualaikum pembaca sekelian,

Kita semua tahu betapa pentingnya untuk memastikan buah pinggang kita dapat berfungsi dengan baik.Pernahkah anda tanya kepada diri anda adakah buah pinggang yang anda miliki sekarang ini sihat atau tidak?

Adalah sangat penting untuk kita memastikan bahawa buah pinggang kita benar-benar berada dalam keadaan sihat dan dapat berfungsi dengan normal.Oleh itu langkah pertama penjagaan buah pinggang yang paling berkesan ialah dengan melakukan pengesanan awal penyakit buah pinggang.Ini sangat penting untuk dilakukan terutamanya jika anda seorang pengidap penyakit diabetis.

Ini kerana sekiranya anda menghidap penyakit diabetis,maka anda sangat berisiko tinggi untuk mempunyai masalah buah pinggang.Seseorang yang mempunyai masalah buah pinggang dapat mengesan beberapa tanda yang akan berlaku pada dirinya seperti:
  • Berat badan menurun tanpa sebab,
  • Rasa loya atau muntah,
  • Letih lesu,
  • Sakit belakang,
Tanda-tanda lain yang mesti diberikan perhatian juga ialah:
  • Penukaran kekerapan atau corak urinasi,
  • Urin yang mengandungi darah,
  • Rasa sakit ketika membuang urin,
  • Bengkak pada muka,kaki dan abdomen,
  • Kesukaran untuk tidur malam
Tetapi saya peringatkan kepada anda bahawa anda tidak boleh terlalu bergantung sangat kepada tanda-tanda tersebut.Berdasarkan pengalaman saya,kadang-kadang tanda-tanda tersebut hanya akan muncul setelah buah pinggang anda telah pun rosak dan telah terlambat untuk mengubatnya.

Malah ada kemungkinan tanda-tanda tersebut langsung tiada walaupun buah pinggang anda telah tidak berfungsi lagi.Jadi,cara yang paling baik dan berkesan ialah anda pergilah berjumpa dengan doktor dan buat ujian urinasi.Ujian ini bertujuan untuk mengesan adakah dalam urin anda terdapat mikroalbumin dan protein.

Mikroalbumin ialah protein dalam jumlah yang kecil di mana kehadirannya dalam urin menunjukkan bahawa buah pinggang anda mengalami masalah.Berdasarkan pengalaman saya sendiri,urin yang mengandungi mikroalbumin dan protein ini akan mempunyai buih-buih yang banyak seperti sabun.

Terjadinya perkara ini kerana buah pinggang yang telah rosak tidak dapat menerima balik kebanyakan protein yang telah ditapis dan menyebabkan kandungan protein di dalam urin semakin meningkat.Sebenarnya anda dapat mengesan kehadiran protein yang banyak dalam kandungan urin dengan melakukan ujian sendiri di rumah.Iaitu dengan mencelup stik pengesan protein ke dalam urin.Stik pengesan protein ini boleh anda beli di kedai-kedai farmasi dengan harga yang berpatutan.

Sekiranya anda telah melakukan ujian tersebut dan mendapati ianya positif,maka segeralah berjumpa dengan doktor anda dan ikutlah nasihat yang diberikan.Ini akan dapat membantu anda mengelak atau melambatkan penyakit anda dari menjadi bertambah teruk.

No comments:

Post a Comment