Saturday 6 September 2014

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU: PUNCA JERAWAT MUNCUL KEMBALI

Wanita bila datang bulan pasti akan ada satu atau dua jerawat tumbuh. Tekanan betul! Macam-macam sudah dibuat tapi masih ada juga. Dah hilang dekat kawasan itu, tumbuh pula kawasan lain. Apa masalahnya?

1. Solekan Di Wajah
Ada di antara kita yang mengenakan solekan untuk menutup cela di wajah, tutup jerawat dengan concealer asalkan jerawat tidak kelihatan. Tapi tahukah anda, bahan-bahan dalam koleksi mekap anda, mengandungi pewarna tiruan dan pewangi tiruan yang boleh menyalurkan pada pertumbuhan jerawat.
Bahan-bahan seperti lanolin, mineral oil, petroleum, dan isopropyl myristate yang boleh menyumbang kepada jerawat. Jika anda rasakan mekap penyumbang kepada pertumbuhan jerawat yang kerap, mungkin anda boleh beralih kepada koleksi mekap yang berasaskan mineral. 

2. Kerap Membersihkan Wajah
Apabila anda mempunyai jerawat yang kerap kali tumbuh, semestinya anda sering menggunakan banyak produk pencuci muka. Itu sebenarnya masalah anda. Pengeringan muka anda akan menyebabkan kulit anda untuk menghasilkan lebih banyak minyak kulit.
Daripada menggunakan produk untuk mengeringkan kulit anda, cuba berpegang kepada pembersih lembut dan pelembap oil free. Jika anda perlu menghapuskan minyak berlebihan pada siang hari, hanya menggunakan beberapa helaian kertas serap minyak atau lap dengan tisu secara perlahan.
Gambar:www.bellasugar.com
3. Kerap Menyentuh Wajah
Anda boleh mendapat jerawat dengan menyetuh muka anda dengan tangan atau pelbagai objek seperti telefon bimbit. Menyentuh muka mendedahkan kulit anda kepada bakteria, yang lebih cenderung untuk keluar. Ini sebenarnya adalah satu sebab paling mudah jerawat tumbuh semula walaupun ditempat lain.
Apa yang anda perlu lakukan adalah berhenti menyentuh muka anda dan pastikan anda membersihkan telefon bimbit anda dengan sentiasa mengelapnya. Melakukan kedua-dua perkara ini akan membantu anda mencegah bakteria daripada memasuki liang anda dan menyebabkan jerawat.

4. Persekitaran Yang Kotor – Cadar, Tuala, Bantal
Sarung bantal, tuala, cadar katil merupakan punca kepada pertumbuhan semula jerawat. Anda tidur seperti biasa dan tanpa sedar pembiakan bakteria di sarung cadar atau sarung bantal berlaku. Untuk mengelakkan jerawat yang disebabkan tempat tidur, cuba tukar cadar dan sarung batal seminggu sekali ataupun dua kali seminggu.

5. Produk Rambut
Rambut anda menyentuh muka anda sepanjang hari, dan apabila anda mencuci rambut anda, syampu terkena pada muka. Bahan-bahan menjengkelkan termasuk silicones, plasticizers, dan minyak yang semua boleh membuatkan liang tersumbat. Jadi cuba cari syampu dan perapi lembut, sebagai contoh gunakan syampu bayi.

6. Barang-Barang Solekan – Berus Mekap, Span
Ini lagi satu sebab kenapa jerawat anda tumbuh semula. Contohnya berus mekap adalah penyebab besar jerawat. Kalau boleh pastikan bersihkan berus solek anda seminggu sekali. Hanya menggunakan syampu lembut untuk membersihkan berus dan biarkan ia kering berdiri jadi bulu tidak berpecah. Bagi anda yang menggunakan span, ingat bahawa anda perlu gunakan yang baru setiap kali ingin mekap.

7. Pemakanan
Ini memang tidak dapat dielakkan. Kurangkan makanan berminyak, gula, masin, minuman berkafein dan banyak lagi. Amalkan sayuran dan buahan

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671


call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….  

No comments:

Post a Comment