Monday 22 September 2014

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : MEMAHAMI BACAAN PARAS KOLESTEROL DAN UJIAN DARAH

Nak share info berguna yang saya dapat dari blog rakan kita ....

Credit : http://i-cantiksihat.blogspot.com/2014/06/memahami-bacaan-paras-kolesterol-dan.html

***************************************************************************

Assalamualaikum.... semalam saya dapat satu soalan dari sorang customer saya. Soalan dia
" Bagaimana kita nak tahu bacaan kolesterol kita tinggi atau rendah yer?"
Ok, thats means, masih ada sesetengah dari kita tak tahu bacaan paras normal kolesterol yg sepatutnya berapa dan juga mcam mana nak dapatkan bacaan tersebut. Mari saya terangkan agar anda mudah memahami.
Kolestrol sebenarnya mmg sgt diperlukan oleh badan kita. Tetapi kita harus mengawal paras kolestrol tersebut agar tidak memudaratkan badan kita. Tinggi rendah paras kolesterol pada badan kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor, antaranya Pemakanan, Merokok, Minuman keras, Tekanan dan Penyakit hati.
kolesterol, fitosterol, phytocol, pengedar shaklee melaka, HDL, LDL triglyceride, paras kolesterol
Anda perlu membuat pemeriksaan setiap 3 bulan sekali sekiranya berumur 30 tahun untuk mengetahui tahap kesihatan anda. Terutamanya jika anda cenderung dengan faktor-faktor yg mempengaruhi peningkatan kolestrol seperti diatas. Bacaan kolestrol boleh dibuat melalui ujian darah. Maksudnya darah anda perlu diambil dan dihantar ke makmal untuk ujian. Anda boleh terus ke klinik kesihatan kerajaan, klinik swasta ataupun terus ke makmal seperti Pathlab untuk membuat pemeriksaan. Kebiasaanya 3 bacaan asas akan di berikan oleh doktor (jika di KKM) iaitu bacaan paras kolesterol, bacaan ALT (liver function test) dan bacaan Triglyceride.
Bacaan paras kolesterol ialah untuk mengetahui sama ada paras kolesterol dalam darah anda berada di paras selamat atau tinggi, bacaan biasanya terbahagi kepada 2 iaitu high-density lipoprotein cholesterol (HDL) dan low-density lipoprotein cholesterol (LHL). Normal bacaan untuk Paras kolesterol ialah 5.2mg/dl dengan bacaan LDL tidak melebihi 2.6mg/dl dan HDL tidak kurang 1.0mg/dl.
Bacaan ALT pula adalah untuk mengetahui ketoksidan hati ataupun tahap kerosakan pada hati anda. Jika bacaan kolesterol anda tinggi, melebihi 5.2mg/dl, bacaan ALT juga akan turut naik kerana ia berkait langsung dengan hati anda yang membekalkan LDL dan HDL. Bacaan Normal untuk ALT ialah 40 IU/L
Di dalam darah terdapat 3 jenis lemak utama iaitu Kolesterol, Triglyceride dan fosfolipid. Oleh kerana darah kita komponen utamanya ialah air, maka 3 jenis lemak ini memerlukan sejenis protien untuk menjadikan ia larut dan dipanggil Apoprotien. 3 jenis lemak dan Apoprotien ini dipanggil Lipoprotien dan bergerak didalam salur darah kita bersama2 dengan darah. Walau bagaimanapun Triglyceride adalah jenis lemak yg melekat pada bawah sel kulit dan mudah teroksida hingga menyebabkan kerosakan pada LDL dan HDL kemudian membebankan dnding salur darah. Makanya, jika bacaan Triglyceride tinggi, juga sangat merbahaya dan boleh menyebabkan kerosakan pada salur darah. Bacaan normal Triglyceride mestilah tidak melebihi 2.0md/dl.
kolesterol, fitosterol, phytocol, pengedar shaklee melaka, HDL, LDL triglyceride, paras kolesterol
 Berhati hati dengan paras kolesterol anda!
ok sekarang anda boleh la memantau paras kolesterol anda yer...jika paras kolesterol baik, insyaallah ALT dan Triglycerides juga akan normal. dan jangan lupa ambil Phytocol-st, dan omega untuk memastikan kolesterol anda berada di paras normal! atau cuba juga Tips2 untuk menurunkan paras kolesterol anda ye.
 
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671


call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
 

No comments:

Post a Comment