Thursday 25 September 2014

Kesan Kafein (Kopi dan Teh) Pada Penyerapan Vitamin

 

 

Assalamualaikum dan tengah hari..hari ni nak share artikel dr blog rakan business kami.... selalu kan kita ambil suppliment tapi tak patuhi 'pantang larang'...sebab tu kita tak boleh salahkan kalau suppliment tu macam tak de nampak kesan pun ke atas kita....oklah jom baca:

credit : http://nblo.gs/10d4bg

 Ramai yang 'hantu' kopi. Tak minum kopi sehari memang tak sah. Kopi dikatakan penenang. Saya tak pasti betul-betul menenangkan atau tidak..sbb saya tidak gemar kopi, tapi suami saya memang 'hantu' kopi.. Haih...Biasanya orang amik kopi masa breakfast. Dan kebiasaannya juga, lepas breakfast juga la orang akan telan vitamin. Betul ke cara tu? Haaa tak ramai yang aware bahawa telan supplement dalam tempoh waktu yang sama dengan minum kopi atau tea akan mengganggu penyerapan vitamin yang diambil. Apa dan bagaimana kesan kafein pada penyerapan vitamin? Meh kita tengok satu persatu kesan kafein pada vitamin-vitamin yang anda consume


(1) Kalsium
Kafein menyebabkan kalsium dikumuhkan dalam air kencing dan najis. Bagi setiap 150 mg kafein yang diambil kira-kira bersamaan dengan satu cawan kopi, 5 mg kalsium hilang. Kesan ini berlaku walaupun 1 jam selepas pengambilan kafein. Kafein juga menghalang sejumlah kalsium yang diserap melalui saluran usus dan mengurangkan jumlah kalsium yang disimpan oleh tulang. Walaubagaimanapun ini berlaku bila pengambilan kaffein terlalu tinggi dan pengambilan kalsium terlalu rendah. Kajian telah menunjukkan bahawa wanita dengan pengambilan kafein yang tinggi mengalami keretakan pinggul lebih daripada mereka yang tidak mengambil kafein atau minum dalam jumlah yang sederhana (1-2 cawan sehari).

(2) Vitamin D
Kafein menghalang reseptor vitamin D, yang menghadkan jumlah serapan. Oleh kerana vitamin D adalah penting dalam penyerapan dan penggunaan kalsium dalam membina tulang, kafein juga boleh mengurangkan ketumpatan mineral tulang, menyebabkan peningkatan risiko osteoporosis.

(3) Iron/Zat Besi
Kafein mengganggu penyerapan zat besi, yang perlu untuk pengeluaran sel darah merah. Minum kafein dan pada masa yang sama ambil sumber zat besi seperti Vitalea boleh mengurangkan penyerapan sehingga 80%. Jarakkan sekurang-kurangnya satu jam.

(4) Vitamin B
Kafein mempunyai kesan diuretik ringan, yang yang menyebabkan kita kerap buang air kecil. Vitamin Bcomplex adalah vitamin larut air. Jadi kalau kerap kencing, lebih banyak bendalir hilang dari badan akibatnya vitamin B turut hilang. Di samping itu, ia mengganggu metabolisme beberapa vitamin B, seperti thiamine (vitamin B1). Tapi ada satu kelebihan kafein pada penyerapan Vitamin B iaitu vitamin B12. Kafein merangsang pengeluaran asid perut, yang sebenarnya membantu tubuh menyerap B12.

(5) Vitamin dan Mineral lain
Kafein boleh mengurangkan penyerapan mangan, zink dan tembaga. Ia juga meningkatkan perkumuhan mineral magnesium, kalium, natrium dan fosfat. Terdapat juga bukti bahawa kafein mengganggu tindakan vitamin A.

Jadi bolehkah minum kopi atau tea sebelum atau selepas makan vitamin?  Cara terbaik untuk elakkan dari pengurangan penyerapan vitamin adalah minum kopi antara waktu makan.. contoh tea time..bukannya selepas atau sebelum makan. Bagi peluang pada badan untuk serap kebaikan dari vitamin dan makanan yang kita makan sebelum minum kopi yang boleh memusnahkan proses tersebut.


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671


call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

No comments:

Post a Comment