Thursday, 7 March 2013

Pemakanan Ibu Hamil Dan Kesan Alahan Pada Bayi

Ibu hamil secara azalinya mula memandang diet hariannya sebagai sesuatu yang serius. Maklumlah, membawa insan lain dalam tubuhnya, menjadikan seorang ibu tidak mahu merisikokan bayinya terhadap perkara-perkara yang tidak diingini.

Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan semasa mengandung dikaitkan dengan merendahkan peluang mempunyai bayi dengan alahan tertentu,satu kajian dari Jepun mencadangkan hal ini.

Kajian mendapati bahawa bayi yang dilahirkan oleh wanita yang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran hijau dan kuning yang kaya dengan beta karotena, mempunyai kurang risiko menghidap ekzema, satu keadaan yang menyebabkan kulit menjadi gatal, kering, merah dan rekah.

Makanan yang tinggi dalam Vitamin E, seperti yang ditemui dalam beberapa sayur-sayuran hijau, juga didapati boleh mengurangkan risiko semput pada bayi.

Kajian ini dibuat terhadap 763 wanita Jepun yang memakan sayur dan buah semasa mengandung untuk menilai adakah bayi mereka menghidap ekzema.

Keputusannya, penyelidik mendapati, pengambilan sayur dan buah yang kaya dengan fitonutrien semasa hamil mengurangkan risiko ekzema pada bayi sehingga 79%, selepas didedahkan kepada faktor-faktor yang boleh mencetuskan ekzema.

Jadi, kepada ibu-ibu hamil, banyakkan mengambil makananan yang tinggi dengan beta karotena, insya-Allah kita berusaha untuk menghidarkan anak-anak kita dari risiko penyakit-penyakit yang boleh mengganggu kegiatan harian mereka. Dan setelah melahirkan, jangan abaikan untuk menyusukan bayi anda dengan susu badan!
Dapatkan Set Kehamilan Shaklee hari ini!

Jom Dapatkan daripada saya ...anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA daripada saya :
 


Tumarawati Manshor [Ummi Zubari] Shaklee Independent Distributor [ID No : 892671]
012-8915582 FB : Ummi Zubari  Fan Pages : Ummi Zubari Corner

No comments:

Post a Comment