Kini ramai ibu-ibu yang mula mengambil berat tentang kesihatan
selepas bersalin bukan saja untuk diri sendiri malah kesejahteraan si
bayi iaitu dengan menyusukannya dengan susu ibu. Kebanyakan ibu ‘takut’
nak ambil jamu atau maajun yang dianggap ‘panas’ kerana risaukan
kesannya terhadap bayi, ataupun penyusuan susu ibu itu sendiri. Malah,
berpantang dengan mengurangkan air (cuma minum segelas sehari sahaja)
sudah mula ‘dilanggar’ oleh ibu-ibu yang menyusukan bayi kerana
penyusuan dan pemulihan selepas bersalin memerlukan air yang cukup.
Suplemen Shaklee yang dicadangkan untuk ibu yang baru bersalin ini
bukan saja baik untuk ibu dari segi pemulihan tubuh dan emosi tapi juga
dari segi penyusuan sendiri.
Set Bersalin ini terdiri dari:
VITALEA
Multivitamin dan multimineral yang membekalkan 28 jenis nutrien yang
diperlukan oleh tubuh. Ia mengandungi Beta Karotena untuk pemulihan dan
perkembangan tisu; kalsium,, fosforus dengan vitamin C & D untuk
kesihatan tulang dan penyusuan; Biotin dan Panthotenic Acid untuk
metabolisma lemak dan Vitamin B12 untuk pembentukan sel darah merah.
Maklumla ibu baru bersalin pasti banyak kehilangan darah
B COMPLEX
B Complex lengkap dengan 8 jenis vitamin B untuk kesihatan sarafs dan
juga anti-stress. Ibu baru bersalin biasanya mengalami sedikit tekanan
perasaan yang jika tak dibendung boleh membawa kepada meroyan. Berada
dalam keadaan tertekan juga boleh memberi kesan kepada susu badan.
VITAMIN C
Vitamin C penting dalam penjagaan kolagen tubuh. Vitamin C membantu
penyerapan zat besi bagi mengelakkan anemia di kalangan ibu baru
bersalin. Ia juga penting untuk mencegah selesema.
ZINC
Kekurangan zinc menjadikan luka lambat sembuh, dan ia juga berkait
dengan tekanan selepas bersalin. Zinc juga membantu mengelakkan
jangkitan pada luka serta mengelakkan rambut gugur.
Ibu yang memilih untuk berpantang dengan set bersalin Shaklee boleh juga mengambil suplemen2 lain seperti
ESP
Ibu baru bersalin memerlukan protein untuk membina kembali tisu-tisu
dan memulihkan badan selepas selepas bersalin. Protein juga penting
dalam penyusuan susu ibu.
OSTEMATRIX
Gabungan kalsium-magnesium-vitamin D dan mineral2 lain bukan saja
baik untuk tulang dan gigi malah membantu dalam pembentukan sel darah
dan mengelakkan sembelit.
ALFALFA COMPLEX
Digunakan sejak berzaman sebagai milk booster (tapi awas jika bayi mengalami jaundis, tangguhkan dulu pengambilan alfalfa)
LECITHIN
Lecithin membantu ibu menyusu mengelakkan dan merawati bengkak susu.
Hubungi saya untuk mendapatkan set bersalin ini dan selamat berpantang dengan Shaklee!
No comments:
Post a Comment