Sumber :
http://vitaminsemulajadi.com/cara-detox-yang-selamat/
Sekarang ni detox atau nyahtoksin menjadi agar popular dengan
pelbagai produk detox di pasaran. Namun tahukah bahawa kita boleh
menjalani detox secara semulajadi dengan pengambilan produk Shaklee!
Detox dengan kata lain ialah ‘membersihkan dan menyucikan badan dari
dalam’. Ia penting untuk penyerapan nutrien/vitamin. Sekiranya organ
yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah,
kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna.
Dari manakah datangnya benda-benda toksin ini? Dalam dunia moden
hari ini, lebih 5 bilion lbs bahan kimia dilepaskan ke dalam
persekitaran, makanan yang kita makan, udara yang kita bernafas dan
hidup saban tahun. Tambahan pula banyak makanan mengandungi pewarna,
pengawet, sisa racun perosak, nitrat, minyak terhidrogen dan ejen-ejen
lain yang mempunyai karsinogen.
Selain masalah penyerapan vitamin, pembentukan toksin dalam badan boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius termasuk:
- Sakit kepala yang kerap
- PMS
- Sakit sendi
- Keletihan
- Kulit melepuh
- Pencernaan bermasalah
- Halitosis (nafas berbau)
- Jangkitan yang berulang-ulang
- Kekurangan daya imun tubuh
Sekiranya anda ada mengalami perkara di atas, mungkin pelukan DETOX!
Shaklee menawarkan produk detox untuk membantu membersihkan badan
anda daripada bahan kimia toksik, menjaga kesihatan hati, membersihkan
kolon, membina mikroflora usus anda dan banyak lagi. Menarik kan?
Detox Hati/Liver Detox
Hati adalah organ dalaman terbesar di dalam badan dan memainkan
peranan penting dalam mengekalkan metabolisme yang normal dan
detoksifikasi badan secara semulajadi. DTX Complex Shaklee menyediakan
sokongan untuk fungsi hati yang sihat. Produk ini mempunyai campuran
proprietari yang terdiri daripada enam ramuan botani dengan antioksidan
dan sifat-sifat yang meningkatkan aliran cecair hempedu, yang
bergabung untuk melindungi dan merangsang keupayaan semula jadi badan
bagi mengekalkan sel-sel hati yang sihat.
DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:
- milk thistle seed
- schizandra chinensis seed (tanaman yang berasal dari China yang dah digunakan selama lebih 2000 tahun untuk meningkatkan jumlah enzim detoksifikasi di dalam hati)
- cendawan Reishi (dikenali kerana sifat antioksidannya)
- dandelion
- kunyit
- artichoke (untuk membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal)
Pembersih Usus/Colon Detox
Badan yang sihat mengandungi bertrilion mikroorganisma baik. Majoriti
bakteria baik ni tinggal di dalam usus dan dirujuk sebagai mikroflora.
Sekurang-kurangnya 400 jenis mikroorganisma yang dijumpai dalam
saluran gastro-usus; dan berjumlah kira-kira 3 lbs bakteria dalam usus
kita sepanjang masa.
Tugas bakteria baik ini ialah untuk mengawal penguasaan bakteria
jahat. Bakteria baik haruslah berada dalam jumlah optimum untuk mengawal
bakteria jahat.
Punca Utama Ketidakseimbangan Bakteria
- penggunaan antibiotik.
- umur
- pemakanan yang tidak sihat
- pengambilan serat yang rendah
- kontraseptif oral
- ubat-ubatan seperti aspirin dan kortikosteroid
- tekanan
- pengambilan gula yang tinggi
Dr Shaklee telah memperkenalkan Herb-Lax
pada tahun 1917. Ia direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu
proses semula jadi badan. Herb-Lax adalah gabungan 9 herba, termasuk
daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun
sebagai julap semulajadi.
Herba yang digunakan dalam Herb-Lax tidak berkaitan dengan julap
kimia buatan yang dijual di mana2. Produk-produk julap buatan ni
biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus
untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan
seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan
kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit.
Jadi, berhati-hati ya.
Sebaliknya, Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus.
Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan
memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herb-Lax
boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau
badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan
menormalkan fungsi usus.
Pencuci Darah
Seawal 3000 SM, orang-orang Babilon menggunakan manfaat bawang putih
yang serba boleh. Ia digunakan sebagai ubat untuk pelbagai tujuan,
termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob.
Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk menyucikan darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.
Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan bawang putih sama..
Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini,
termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang
putih dan sebagainya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan allicin.
Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk
banyak manfaat bawang putih.
Garlic Complex Shaklee diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin.
Garlic Complex Shaklee juga telah dirumus untuk kawalan bau. Bawang
putih kan menyebabkan nafas berbau…tapi tablet Garlic Shaklee tak
dipecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia
mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal bau
dengan berkesan
Pencuci Keseluruhan Tubuh
Itulah dia the amazing Alfalfa! Ya, alfalfa bukan untuk tambah susu
saja ya. Alfalfa adalah bahasa Arab untuk “Bapa Kepada Semua Makanan”.
Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah
untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam
bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.
Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, alfalfa
juga mempunyai banyak faedah lain. Menurut seorang pakar nutrisi,
alfalfa membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. Ia membantu membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc).
Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras
kolesterol. Sangat hebat kan! Hanya alfalfa yang mempunayi kualiti
terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee.
Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimiaatau
baja bukan organik,menjadikan ia alfalfa berkualiti tinggi.
Selain itu, berpuasa adalah juga satu cara terbaik untuk detox! Dr
Shaklee tidak memakan makanan pepejal sehari dalam seminggu untuk
membantu menjaga sistem badannya.
No comments:
Post a Comment