Sumber :
http://naluriibu.blogspot.com/2012/10/doa-dan-amalan-ibu-menyusu.html
"Ya
ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku
untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku
agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
Surah
al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak
mengandung lagi.., Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki
kita, anak kita dan banyakkan susu kita.Bagaimana pun jangan kita lupa
juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan
difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain
dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan
tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak
kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pada anak kita
hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...
Dan
(ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya,
maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun
memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air
sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui
tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan
minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan
bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....
No comments:
Post a Comment