Ini adalah pengalaman saya sendiri. Biasanya saya minum air masak
3-4L sehari, tidak termasuk minuman lain seperti ESP, mealshake, teh,
milo dan sebagainya.
Pada hari berkenaan, saya dalam misi pulang ke kampung bersama
keluarga. Disebabkan kalut dengan anak-anak, maka saya tidak sempat
minum air dengan banyak pada pagi tersebut. Namun saya membawa sebotol
air 2L sebagai bekal. Dalam perjalanan, air minuman tersebut telah
tumpah dengan tidak sengaja yang hanya tinggal 1/8 saja. Jadi dalam
perjalanan tu saya tak minum cukup air. Kami pun tak berhenti di R&R
sebab nak cepat.
Akibatnya saya telah mengalami sakit kepala dan tidak sedap badan.
Adakah ini kesan pengambilan vitamin? Tidak, sebab saya dah ambil Shaklee bertahun-tahun.
Penyebabnya adalah kerana kekurangan air. Apabila tubuh kita kurang
air, dan kita ambil supplement, umpama cuba melarutkan gula dalam
kuantiti air yang sedikit. Bukankah lebih mudah melarutkan gula dalam
air yang banyak? Apabila kita mengambil supplement, kita mengambil zat
dalam bentuk ‘concentrated’ berbanding dengan mengambil vitamin dari
sumber seperti buah, sayur dan sebagainya. Vitamin yang lebih ‘cair’
umpama gula dalam kuantiti sedikit, jadi kita tak memerlukan jumlah air
yang banyak untuk melarutkannya, berbanding gula dalam kuantiti yang
banyak.
Oleh itu, apabila anda mengalami sakit kepala, tak sedap badan, rasa
nak demam, badan panas dan sebagainya selepas mengambil supplement,
minumlah air yang mencukupi (sekurang-kurangnya 3L sehari) untuk
mengelakkan anda mengalami healing krisis.
No comments:
Post a Comment