Tuesday 22 September 2015

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : Air Ketuban Berlebihan Buat Ibu Tak Senang Duduk

CREDIT : http://www.fydanoh.com/2015/09/air-ketuban-berlebihan-buat-ibu-tak-senang-duduk.html

Air Ketuban Berlebihan Buat Ibu Tak Senang Duduk

Saya mendapat soalan daripada seorang ibu yang hamil dalam 32 minggu yang mana terdapat percanggahan antara 2 doktor mengenai air ketubannya. Doktor A mengatakan air ketubannya agak banyak, sementara doktor B yang scan kali kedua mengatakan air ketubannya normal sahaja. Sedangkan bayinya bergerak aktif.
Doktor A tetap percaya dengan apa yang dilihat dan telah merujuknya ke hospital. Menurut doktor di hospital, jumlah air ketubannya adalah normal.
Masalah ini telah menyebabkan beliau risau akan keadaan bayi dalam kandungannya kerana ini adalah kehamilan pertama dan tidak mempunyai banyak maklumat mengenai kesan air ketuban kepada bayi.
masalah air ketuban banyak
Alamak.. berenang pula baby ni

Fungsi air ketuban.

Air ketuban terdiri daripada 98% air, 2% garam dan sel-sel daripada bayi. Pada mulanya air ketuban dihasilkan oleh badan ibu, namun apabila buah pinggang bayi sudah terbentuk dan sudah berfungsi, tugas menghasilkan air ketuban dilakukan oleh buah pinggang bayi. Ya, air ketuban itu adalah air kencing bayi, yang kemudian menjadi makanannya dan diproses semula menjadi air ketuban.

Kepentingan air ketuban kepada bayi:
1. Membantu untuk menghangatkan badan bayi.
2. Berfungsi untuk menjadi pelincir untuk pertumbuhan fizikal yang normal kerana pertumbuhan bayi sangat cepat. Ada kes di mana kekurangan air ketuban menyebabkan jari tangan dan kaki bayi bercantum.
3. Air ketuban juga membenarkan bayi menggerakkan anggota badannya untuk melatih kekuatan otot dan tulang sebelum bayi dilahirkan.
4. Juga berfungsi untuk menyerap tekanan sekiranya perut ibu terlanggar apa-apa.
5. Air ketuban juga menjadi indikasi sama ada sistem perkumuhan dan sistem penghadaman bayi adalah sihat.

Perbezaan isipadu air ketuban

Sebenarnya jumlah air ketuban dalam dalam rahim tidak boleh diketahui dengan tepat. Ia lebih kepada pandangan mata kasar, pengalaman dan penilaian orang yang melakukan ultrasound itu. Jadi, jika ada 2 orang atau lebih yang cuba mengukur air ketuban, tidak mustahil kesemuanya mendapat bacaan yang berlainan.


Jumlah air ketuban adalah jumlah tinggi 4 poket pada bahagian rahim ibu yang dibahagi 4. Pengiraan ini adalah secara rawak dan bergantung kepada penilaian orang yang scan, jadi penialaian mungkin berbeza yang tidak tepat.

Air ketuban meningkat dari usia kandungan 28 minggu dan mencapai tahap maksimum pada 32-34 minggu. Jadi, tidak hairan jika  air ketuban yang nampak banyak ketika ini sebenarnya normal.

Selepas 34 minggu air ketuban nampak berkurang kerana bayi membesar dengan ketara dan jumlah air ketuban yang tidak berubah.
Jadi, untuk ibu ini, memang tiada masalah dengan air ketubannya, walaupun air ketuban yang tidak normal, sama ada berkurangan atau berlebihan akan menjejaskan kandungan. Biasanya walaupun air ketuban nampak banyak, selagi masih dalam linkungan normal ibu akan diberikan temujanji mungkin seminggu atau 2 minggu untuk diperiksa semula.


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

No comments:

Post a Comment