Monday 21 September 2015

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : 6 Tips Semulajadi Untuk Memperolehi Anak Perempuan

Selalunya sebagai pasangan suami isteri yang begitu berhajatkan anak, tidak akan kesahkan sangat perihal jantina anak asalkan dikurniakan cahayamata yang sihat pasti kita akan bersyukur. Sesungguhnya setiap pemberian Allah itu pasti ada kelebihan dan hikmah disebaliknya. Namun, ada juga pasangan yang begitu inginkan anak yang mempunyai jantina yang berlainan dengan anak sebelumnya contohnya jika dah mempunyai 3 atau 4 orang anak lelaki sudah pasti terdetik sedikit dalam hati untuk memiliki anak perempuan.
Tips Memperolehi Anak Perempuan
Sebagai manusia tiada salahnya kita berikhtiar untuk mendapatkan jantina anak yang kita inginkan, setelah itu kita hanya berdoa agar impian kita dimakbulkan dan akhirnya kita serahkan segalanya kepada Allah SWT. Berikut saya ingin kongsikan 6 tips semulajadi untuk memperolehi anak perempuan.

Tips 1: Pemakanan

Pemilihan makanan untuk suami seeloknya mengambil makanan beralkali contohnya seperti lemon, tembikai, limau, mangga, betik, brokoli, bawang putih, bayam dan lain-lain lagi makanan beralkali. Sementara si isteri pula eloklah memilih makanan yang berasid seperti kekacang, coklat, telur, makanan laut dan sebagainya lagi.
Makanan Beralkali dan Berasid
Makanan Beralkali dan Berasid

Tips 2: Masa Senggama

Digalakkan suami isteri melakukan persetubuhan secara kerap sebelum si isteri datang bulan. Jadi, isteri kena mencatat tarikh beliau datang bulan dan suami pula perlu ambil tahu mengenainya.

Tips 3: Kedalaman

Kromosom Y (lelaki) dikatakan mampu bergerak laju dan lebih aktif berbanding kromosom X (perempuan) yang bergerak lebih perlahan dan kurang aktif. Oleh itu, si suami tidak perlu memasukkan zakar terlalu dalam sewaktu bersetubuh untuk mendapatkan anak perempuan.

Tips 4: Klimaks

Suami hendaklah klimaks awal daripada isteri kerana ketika itu isteri mengeluarkan cecair beralkali yang berpotensi untuk mendapatkan bayi perempuan.

Tips 5: Persediaan Isteri

Disarankan kepada isteri supaya mencuci vagina dengan semangkuk air yang telah dicampur dengan sesudu cuka sebelum melakukan persetubuhan.

Tips 6: Posisi

Ketika bersetubuh, posisi suami hendaklah berada di bawah dan isteri pula berada di atas.
Tips ini hanyalah sebagai satu ikhtiar yang boleh dilakukan oleh suami isteri tetapi yang menentukannya adalah Allah SWT. Di samping itu, para suami isteri juga perlu menjaga pemakanan dan digalakkan juga mengambil vitamin-vitamin kesuburan seperti B Complex (asid folic), GLA, vitamin C, Vitamin E, Zinc dan Omega Guard. Para suami juga perlu mengetahui masa subur isteri untuk melakukan persetubuhan. Di samping itu, teruskanlah berdoa dan memohon kepada Allah moga-moga apa yang kita hajatkan dimakbulkan-Nya.

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

No comments:

Post a Comment