Tuesday 27 September 2016

Pengedar Shaklee Bintulu : Kolesterol menyebabkan penyakit jantung

credit: http://healthy.babykawaiistore.com/vivix/kolesterol-menyebabkan-penyakit-jantung/#more-3833

 

Kolesterol menyebabkan penyakit jantung

Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius di mana ia boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan dalam jangkamasa panjang ini akan memberikan impak negatif terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. Tetapi apa yang lebih membimbangkan kita sekarang di mana ramai individu TIDAK menyedari bahawa paras kolesterol mereka terlalu tinggi!

Apa itu kolesterol?

Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah da kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

Dari mana datang kolesterol?

Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian. Kolesterol yang anda makan akan meningkatkan paras kolesterol darah anda. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan ahmar.

2 sumber utama kolesterol

Bagaimana Kolesterol menyebabkan penyakit jantung?

Terdapat 2 jenis kolesterol utama dalam darah iaitu :
  • LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
  • HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)
LDL dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.
Kolesterol HDL pula dikenali sebagai kolesterol ‘baik’ kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan membersihkan saluran darah.
Oleh yang demikian, untuk melindungi dari penyakit kardiobaskular seperti pennyakit jantung, anda hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah. 

Apakah penyebab utama tinggi kolesterol?

Makanan Malaysia yang tinggi lemak serta kalori adalah di antara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari. Bagi mereka yang menghidap penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolesterol kurang dari 200mg sehari.
Walaupun begitu, cuba bayangkan menu harian anda.


Alamak!! Lebih dari 3 kali ganda dari yang sepatutnya!!!

Penyakit Utama akibat kolesterol tinggi

  • Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%
  • Risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%
  • Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, penyakit hati seperti hati berlemak, dan masalah ketidakseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi seksual dan kesuburan.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan??

  • Tingkatkan pengambilan kolesterol ‘baik’ seperti minyak ikan(omega 3), lecithin, minyak zaitun
  • Kurangkan pengambilan kolesterol ‘jahat’ seperti santan, mentega, daging, kuning telur
  • Ambil makanan yang membantu mengurangkan kolesterol seperti anggur, Fitosterol, kekacang, oat
  • Banyakkan bersenam
  • Banyakkan ambil sayur-sayuran dan buah-buahan

    ***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
    UMMI ZUBARI
    SID 892671
    call/sms/whatsapp : 013-8342092
    atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

No comments:

Post a Comment