Tuesday 9 June 2015

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU :Cara Melegakan Sakit Sendi Lutut, Rawatan Mana Paling Berkesan?

CREDIT :  http://www.mamawidad.com/464/cara-melegakan-sakit-sendi-lutut-rawatan-mana-paling-berkesan/

Bila sendi lutut dah sakit sangat, mestilah kita nak cari ubat yang paling berkesan. Yelah, supaya ubat tu dapat rawat dan hilangkan terus sakit tu. Mana boleh nak tahan sakit lama-lama. Dah lah nak bergerak pun susah, banyak kerja yang tertangguh. Dalam entry yang lepas, saya ada share tentang Simptom-Simptom Sakit Sendi Dan Penyakit Yang Berkaitan Sendi.

Baru-baru ini juga saya ada kongsikan kelebihan Advanced Joint Health Tablet (AJHT) Shaklee yang terbukti memberikan kesan positif memperbaiki kesihatan sendi dalam masa paling cepat 5 hari. Hari ni saya nak share pula dengan lebih mendalam set vitamin lengkap untuk sendi dan kenapa setiap vitamin ni sangat penting peranannya dalam memelihara kesihatan sendi.

Rawatan berkesan untuk legakan sakit sendi seperti sakit lutut.
Apakah rawatan yang paling berkesan dan selamat untuk legakan sakit sendi?

Tapi sebelum tu saya nak cerita sikit tentang rawatan sakit sendi lutut yang biasa digunakan oleh doktor di hospital.

Cara Untuk Menghilangkan Sakit Sendi

Sakit sendi yang paling selalu kita dengar ramai orang hadapi ialah sakit lutut. Rawatan untuk sakit lutut ni juga bergantung kepada tahap kerosakan sendi individu. Terdapat beberapa cara untuk melegakan sakit sendi. Antaranya ialah:

1. Menggunakan ubat atau suntikan. Tetapi kekurangan kaedah ini ialah:
– Melegakan keradangan dan kesakitan sementara waktu sahaja
– Merosakkan organ-organ dalaman akibat pergantungan kepada ubat dalam tempoh jangka masa panjang

Ubat tahan sakit diberikan untuk hilangkan sakit dan bengkak pada lutut.
Ubat penahan sakit diberikan untuk hilangkan sakit dan bengkak pada sendi.

2. Melalui pembedahan. Tetapi kekurangan kaedah ini ialah:
– Kos yang mahal dan tak ramai orang mampu
– Pergerakan anggota badan yang terhad sebab sendi dah tak berfungsi dengan sempurna seperti asal

Pembedahan sendi lutut.
Pembedahan sendi lutut adalah rawatan terakhir untuk sendi yang mengalami kerosakan teruk.

Namun begitu, terdapat alternatif cara semulajadi yang boleh bantu kurangkan dan perbaiki kesihatan sendi. Terutamanya bagi sakit sendi yang minor dan tak serius. Iaitu dengan mengamalkan pengambilan set vitamin sendi yang lebih selamat tanpa bahan kimia bahaya, sihat, semulajadi, tak menyakitkan dan menjimatkan.

Nutrien Untuk Sendi Yang Sihat


Untuk menjamin kesihatan sendi, terdapat beberapa nutrien penting yang boleh menyokong pemeliharaan sendi. Iaitu:

1. Glukosamina – Bahan pembinaan utama dalam membina tulang rawan dan bendalir sinovia.
2. Vitamin C – Menghalang kerosakan radikal bebas yang ditemui dalam bendalir sendi pesakit Rheumatoid Arthritis dan sendi yang mengalami keradangan.
3. Kalsium dan mineral – Penting dalam pembinaan sel tulang yang sihat.
4. Omega 3 – Sebagai agen anti-inflamasi (anti radang) dalam sendi.

Nutrien penting untuk menggalakkan kesihatan sendi.
Nutrien yang menyokong sendi yang sihat.

Oleh itu, berikut adalah cadangan suplemen yang lengkap untuk menyokong ketidakselesaan sendi yang terdiri daripada Advanced Joint Health Tablet, Omega Guard dan juga Ostematrix. Set lengkap ni mengandungi semua nutrien penting di atas. Setiap supplement memainkan peranan penting dalam membekalkan nutrien yang diperlukan oleh sendi.

Apakah Faedah Setiap Suplemen Terhadap Kesihatan Sendi?


Kombinasi 3 supplement di bawah dapat memelihara sendi yang kuat, fleksibel dan bebas bergerak. Ketiga-tiga supplement ni bertindak dengan 3 langkah penting.

Set Vitamin Sendi Shaklee.

Langkah 1 – Membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat dengan Advanced Joint Health Tablet (AJHT)
AJHT memberikan manfaat kepada sendi dalam 3 cara iaitu:
  1. Menyokong keselesaan sendi.
  1. Meningkatkan kesan kusyen.
  1. Memelihara tisu penyambung yang sihat.

Langkah 2 – Mengurangkan inflamasi sendi dengan OmegaGuard
Kajian terkini menunjukkan pengambilan Asid Lemak Omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. Ini kerana omega 3 dapat membantu:
  1. Melambatkan degradasi tulang rawan
  1. Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi dan seterusnya mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi
  1. Bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan untuk lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut dan sakit.

Langkah 3 – Mengekalkan sel tulang yang sihat dengan Ostematrix
Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Sementara magnesium diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi. Kebanyakan orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup pengambilan magnesium.

Ostematrix Shaklee adalah sumber kalsium premium. Dalamnya terdapat:
  1. Kalsium (1000mg) – Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap
  1. Magnesium (400mg) – Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya
  1. Vitamin D (400IU) – Merangsang penyerapan kalsium
  1. Boron – Membantu dalam metabolisma tulang
  1. Mangan, tembaga dan zink – Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.
Kajian menunjukkan pengambilan kalsium bukan sahaja menguatkan tulang tetapi membantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis.

Sekiranya anda adalah golongan berisiko terkena penyakit berkaitan sendi, ambi langkah pencegahan untuk menghalang sendi daripada rosak. Amalkan set vitamin sendi yang dicadagkan sekiranya sudah terdapat tanda-tanda ketidakselesaan sendi supaya tak jadi makin kronik. Masalah sendi boleh mengganggu kesihatan dan kualiti kehidupan harian.

No comments:

Post a Comment