Tuesday 9 June 2015

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : 13 Tips Hilangkan Rasa Letih Dan Penat Lepas Travel Balik Kampung

credit :http://www.mamawidad.com/350/13-tips-hilangkan-rasa-letih-dan-penat-lepas-travel-balik-kampung/

Sebenarnya penat atau cergas ni bergantung kepada keupayaan tenaga badan seseorang. Tambah-tambah kalau umur makin meningkat, memang dapat rasa tenaga kita tak sama macam muda-muda dulu. Tapi macam mana ye kalau kita nak kekalkan tenaga ke paras optimum walaupun usia makin bertambah?

1. Jaga Pemakanan
Amalkan makan makanan yang segar, berkhasiat dan seimbang. Lengkapkan juga dengan makanan tambahan contohnya seperti CoQ10, B Complex, multivitamin, Vitamin C dan minuman tenaga protin soya. Dengan ini tubuh mendapat zat dan nutrien yang diperlukan sel badan untuk bekalan tenaga yang mencukupi, memperbaiki sel-sel yang rosak dan seterusnya menggalakkan pengaliran tenaga yang sempurna.

2. Kurangkan Pilihan (Option) Sekiranya Perlu Buat Keputusan
Dalam keadaan letih, kadang-kadang otak susah nak buat keputusan yang rational dan tepat. Badan pula dah tak larat nak buat kerja-kerja ‘research’. Proses berfikir tu sendiri memakan banyak tenaga. Jadi elakkan perlu buat keputusan-keputusan besar masa letih. Kalau perlu pun, hadkan pilihan yang ada supaya tak susah sangat nak fikir lama-lama.

3. Cuba Praktikkan Terapi Warna
Untuk tingkatkan tenaga, boleh cuba pakai baju-baju ataupun melihat persekitaran yang berwarna panas seperti kuning, merah dan oren boleh memberi efek menyegarkan berbanding warna-warna yang sejuk. Warna-warna panas ni menarik perhatian minda dan mencergaskan aktiviti otak.

4. Berhubung Dengan Orang Lain (Bersosial)
Berhubung melalui media social contohnya seperti Facebook dan Twitter. Menurut kajian saintis, bila kita dikelilingi oleh orang-orang yang rapat seperti rakan dan saudara, tubuh akan hasilkan hormon oxytocyn yang menyebabkan rasa lebih tenang dan gembira.

5. Bersenam
Bersenam boleh bantu tingkatkan stamina dan ketahanan badan. Jadi kalau dah selalu bersenam, walaupun terpaksa travel lama masalah penat tu kurang. Tak lah letih sangat sebab badan dah biasa berada dalam keadaan aktif dan cergas.

6. Minum Air Yang Mencukupi, Air Sejuk Boleh Menyegarkan
Pastikan bendalir badan mencukupi untuk pastikan sel tubuh dapat berfungsi dengan baik. Menurut kajian saintis bila badan didedahkan kepada air sejuk, kita akan jadi lebih peka. Ini kerana tubuh melepaskan hormon noradrenaline iaitu hormon yang membuatkan rasa lebih segar.

7. Makan Dan Minum Yang Menyegarkan
Makan makanan yang sedap dan disukai seperti buah-buahan, ais krim, kuih muih, minuman jus dan sebagainya. Makanan dan minuman ni rasanya sejuk dan manis serta memberi tenaga. Membuatkan rasa lebih menyegarkan.

8. Buang Rasa Kesal Dan Maju Ke Depan
Kadang-kadang masa travel berlaku perkara yang tak menyeronokkan. Contohnya sebab tempat yang dilawati tu tak best ke atau kereta rosak ke. Perkara dah lepas, jadi sebaiknya kita lupakan je benda-benda tak best tu. Ingat momen-momen yang seronok je. Tapi boleh lihat pengalaman lepas daripada sudut positif dan jadikan ingatan untuk masa akan datang. Elakkan perkara-perkara yang boleh buat rasa stress!

9. Ketepikan Urusan Kerja Seketika
Bila badan tengah letih, otak pun susah nak berfikir. Elakkan buat urusan peribadi ataupun hal kerja ketika ataupun selepas travel. Contohnya balas email pejabat ataupun hantar report. Kalau tak urgent, tutup dulu laptop dan ketepikan handphone. Buat perkara-perkara yang kita suka dan menyeronokkan contohnya bermalasan tengok movie, baca majalah, pergi berurut dan sebagainya. Senang cakap, berehat lah dulu ok!

10. Senaraikan Kejayaan Dan Pencapaian
Kadang-kadang apa yang kita rancang tak menjadi. Nasib tak baik ada je pula benda tak kena kan. Silap-silap rasa menyesal pula pergi travel. Kalau tau jadi macam tu baik tak payah pergi! Haa pernah rasa macam tu? 😀 Kalau ada, ingat tips No. 8. Kemudian ambil kertas dan pen dan senaraikan kejayaan ataupun perkara yang berjaya dicapai. Biarpun perkara kecik, tapi bersyukur lah atas nikmat yang Allah beri.

11. Lompat!
Melompat melawan graviti adalah senaman yang bukan saja meningkatkan degupan jantung segera, tapi juga mengepam oksigen ke seluruh badan dan memberi kesan positif pada minda. Mengikut kajian saintis, melompat atas katil ataupun melompat macam orang gembira boleh membuatkan rasa seronok dan mengeluarkan diri daripada rutin biasa.

12.Gunakan Produk Berasaskan Daun Pudina
Kajian menunjukkan bau mint ataupun pudina membuatkan individu bekerja dengan lebih cepat dan tepat atau bersenam dengan lebih lama. Bau ini membuatkan kita rasa lebih peka dan membawa kepada tenaga yang lebih banyak.

13. Rehat Dan Tidur
Kalau dah letih, ubatnya satu je. Kena rehat! Jadi jangan risau untuk ketepikan sementara perkara lain. Utamakan dulu untuk berehat pulihkan badan. Dapatkan tidur yang mencukupi. Tidur yang berkualiti tanpa gangguan walau sekejap dah cukup nak kembalikan fokus kepada urusan harian yang menunggu lepas tu. Daripada ditahan-tahan rasa letih tu menganggu prestasi dan kualiti kerja. Buat rasa moody pun ye juga.

Penat dan letih ni besar skopnya. Penat bekerja, letih buat kerja rumah, selalu rasa mengantuk, tak bermaya, asyik tidur je, rasa lemah ehh banyak lagi lah! Jangan jadikan sebab dah jadi ibu bapa, usia dah meningkat kurang tenaga ataupun ada anak kecil membuatkan kita susah nak travel.
Semuanya bermula dengan cara kita setting minda kita. Jom kita cuba lawan semua keletihan ni dengan 13 tips di atas. Tips ni bukan saja sesuai untuk travel melancong atau balik kampung tapi juga berkesan untuk para ibu yang letih buat kerja rumah.

No comments:

Post a Comment