Monday, 19 January 2015

SHAKLEE BINTULU :Testimoni Min - "..Saya kumpulkan semangat mengikat perut untuk beli dan mencuba Vivix...Doktor seperti tidak percaya kerana..."

 Assalamualaikum dan selamat pagi...hari ni nak share satu testimoni tentang VIVIX ...... benar..... kesihatan itu mahal harga nya.....apapun jemput baca....kita hanya berusaha dan Allah yang bagi sembuh...

Testimoni MIN.....

 ###############################################################################
Cepatnya masa berlalu.
Tahun 2015 ni kira dah masuk 3 tahun lebih saya dah tak kerja sejak hujung tahun 2011 lagi.
Pada awalnya saya cuma ambil cuti tanpa gaji kerana kesihatan saya yang agak teruk masa tu. Tapi disebabkan keadaan saya belum stabil saya terpaksa berhenti kerja juga.

Saya telah disahkan oleh doktor pakar orthopedik, mengalami masalah tulang belakang PID (Prolapse Intervetebral Disc) a.k.a Slipped Disc kronik, di mana pada masa itu tapak kaki kiri saya mulai kurang deria rasa.

Saya hanya rasa macam ada sesuatu yang melekat di tapak kaki tetapi sebenarnya tiada apa2. Saya tak dapat rasa apa2 sewaktu kaki memijak clutch kereta.
Pinggang saya sudah semakin sangat sakit. Saya perlu bertahan. Saya teruskan juga pergi ke ofis.

Fikiran saya masa tu hanyalah pergi jumpa doktor yang berhampiran ofis tempat saya kerja, minta surat untuk refer ke doktor pakar orthopedik dan minta cuti tanpa gaji dari bos selama sebulan. Tak kira bos bagi atau tidak saya mesti cuti. Kalau tak bagi juga saya berhenti kerja.

Ya.. itu dah kira 4 tahun yang lepas.

Selama 2 tahun saya berjuang menahan sakit. Saya tak boleh jalan. Tak boleh baring. Tak boleh duduk lama2. Semua serba tak kene. Masa tu saya masih bujang. Mak, abah dan adik2 banyak membantu.

Ketika saya sedang berjuang menahan sakit, saya lebih banyak duduk di tikar sejadah. Lepas subuh terus dhuha. Tenang sangat masa tu. Walaupun setiap pergerakan saya sangat sukar dan sakit namun setiap kali berbual2 dengan Pemilik Sekalian Alam ini hati sentiasa tenang dan lapang. Seolah hilang segala kesakitan dan kesusahan.

Setelah lama saya sendirian, asbab sakit yang saya alami, Allah temukan jodoh saya dengan seorang lelaki yang sangat budiman. Itulah suami saya.

Ya.. betul janji Allah. Setiap kesulitan itu diiringi dengan kemudahan. Saya sakit, terlantar, Allah temukan jodoh yang bertahun2 saya cari dan tunggu. Alhamdulillah.. syukur ya Allah...
Asbab sakit dan jodoh pula..saya ditemukan dengan Shaklee. Ya Shaklee..

Satu jenama yang sudah lama juga saya cari sebab saya tahu jenama ini mempunyai produk yang baik. Mak banyak kali cerita tentang Shaklee. Mak kata mak pernah beli minyak ikan Shaklee untuk adik istimewa. Masa tu mungkin sekitar tahun 2007. Saya pun tak pasti. Saya masih bersekolah masa tu.
Ada perubahan yang memberangsangkan. Sebab tu saya cari semula jenama Shaklee. Kami sangkakan produk Shaklee ni dah tak ada lagi. Bila tahu ada lagi rasa gembira sangat.

Saya mula makan vitamin Shaklee semasa dalam pantang. Sebab nak tambah pengeluaran susu badan. Saya ambik ESP dan Alfalfa.
Tetapi masa tu rasa macam tak menjadi. Namun saya teruskan juga. Lama kelamaan saya rasa susu saya semakin pekat. Walaupun tak banyak seperti orang lain tetapi anak saya tetap dapat menyusu. Dan semakin lama pengeluaran susu bertambah. Alhamdulillah. Syukur sangat.

Masa dalam pantang saya rasa sangat tak sihat. Mungkin kesan sakit tulang belakang saya. Manakala jari dan pergelangan tangan kiri saya pula kebas dan sangat sakit hingga tak boleh disentuh. Saya berasa sangat sukar untuk mengangkat dan menguruskan anak saya pada masa itu. Tiap kali nak mengangkat anak untuk disusukan saya akan mengalirkan air mata menahan kesakitan.

Dalam masa yang sama bila ada rezeki lebih saya akan beli lagi vitamin Shaklee. Sedikit demi sedikit saya tambah. 

SR Vitamin C,
Vitalea,
B Complex,
Vitamin E,
GLA,
Zinc Complex,
Peppermint-Ginger,
Herb Lax,
Omegaguard,
Lecithin,
Garlic
Vivix

Maaf terlalu banyak pula
Bukan saya seorang yang makan. Ahli keluarga saya ikut makan juga. Sehinggalah pada suatu masa saya kumpulkan semangat mengikat perut untuk beli dan mencuba Vivix. Upline saya, saya biasa panggil beliau Kak Shareena cadangkan saya mencuba Vivix untuk masalah PID ini.

Alhamdulillah. Dapat juga beli masa promosi Vivix sebelum ni. Satu botol je mampu nak beli. Memang agak mahal. Tapi demi kesihatan dan anak saya, saya perlu ketepikan harga tu. Kesihatan lebih penting.

Seminggu selepas makan Vivix dan Omega (vitamin2 lain ada makan juga tapi saya utamakan Vivix dan Omega dulu), sakit dipergelangan tangan kiri mulai berkurang. Lama kelamaan selepas habis satu botol Vivix dalam tempoh sebulan saya tak perasan yang sebenarnya jari dan pergelangan tangan kiri saya telah pulih. Dan pada 15hb Januari 2015 doktor orthopedik telah sahkan jari dan pergelangan tangan kiri saya telah pulih sepenuhnya. Doktor seperti tidak percaya kerana saya tidak makan sebarang ubat tahan sakit ataupun membuat fisioterapi. Subhanallah. Alhamdulillah.

Kini sakit belakang, pinggang masih ada tetapi keadaan kesihatan saya sudah jauh beza dari dahulu.

Saya sudah boleh berjalan, sudah boleh buat kerja rumah lebih sedikit, lebih sihat dan cergas berbanding dahulu, kulit wajah saya lebih sihat dari sebelum ni. Dulu kusam dan berjerawat. Masalah keputihan dah tiada. Masalah dalaman wanita dapat di atasi. Daya ingatan saya semakin baik.

Pendek kata Syukur Alhamdulillah kerana banyak masalah kesihatan saya menunjukkan perubahan yang ketara secara keseluruhannya.
Begitulah.. Satu langkah yang kecil dapat membantu ke arah satu perubahan yang besar. Bantu diri untuk bantu orang lain. InsyaAllah kita mampu mengubahnya.

-----
##################################################################################
 
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

UMMI ZUBARI
SID 892671



call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
 

Tuesday, 13 January 2015

Shaklee Bintulu : MAMA, PLEASE TAKE YOUR FOLIC ASID.....

Assalamualaikum dan selamat pagi semua pembaca blog Ummi Zubari... dalam ramai2 ni mesti ada yang hamil kan...

Jom kita nak share tentang kepentingan FOLIC ASID untuk ibu-ibu yang hamil.... jangan pandang mudah yea...

>>>> Tahukah anda, tempoh 1 bulan kehamilan adalah tempoh yg sgt2 kritikal bg pembentukan bayi (janin)?? Waktu ini, kita perlu bekalkan badan dgn cukup nutrisi kerana ia akan digunakan dlm proses pembentukan janin.. dan waktu ini, ibu sendiri tidak sedar yg dia sedang mengandung!!

>>> sewaktu kita sedar yg kita sudahpun mengandung, tika ini janin sudahpun terbentuk. ..dan whatever happen, itulah keadaannya; samada sempurna ataupun tidak..

>>> andai kata, ketika proses ini berlaku, janin tidak mendapat nutrisi secukupnya, risiko yg mungkin berlaku adalah KEGUGURAN atau BAYI CACAT!!

>>> huh, scary kan kalau kita sebagai seorang ibu/ bakal ibu tidak menjaga keperluan pengambilan nutrisi badan yg secukupnya??

>>>> nutrisi yg secukupnya bukan sahaja penting ketika kita disahkan hamil, malah sebelum proses itu lg, sepatutnya kita sudah menjaga keperluan nutrisi badan...

So, dah baca...apa pendapat anda??? masih nak abaikan pengambilan Folic Asid??? Ya semua ketentuan Ilahi..tapi kita di suruh untuk ikhtiar.... jangan pulak salahkan takdir ....


Folic Asid yang terbaik semestinya yang dari sumber semulajadi.... UNTUK INFO...B COMPLEX SHAKLEE memang lengkap dengan Folic Asid... 

 

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

UMMI ZUBARI
SID 892671



call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Sunday, 11 January 2015

Shaklee Bintulu : KRIM AJAIB PELBAGAI GUNA !!!

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

UMMI ZUBARI
SID 892671



call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : 90% MASALAH HILANG ASBAB OMEGA GUARD !!!

Assalamualaikum dan petang pada pembaca blog saya..
hari ni saya nak share tentang kisah OMEGA dengan kawan saya
yang memang pengedar shaklee juga.... tak perlu cakap banyak kan...
BIARLAH TESTIMONI berbicara.... 
 #########################################################################
A dialogue session with my maid one day morning:

Maid: "Puan, nak saya buang ke ubat2 n?? Semua dah expired" (she was cleaning up the fridge)

Me: "Eh, nape nak buang pulak?"

Then baru perasan, dah lama rupanya saya tak bawa anak2 pergi Hospital Columbia jumpa their paed.

Suatu masa dahulu, hampir setiap bulan, saya terpaksa bawa anak2 ke Hospital akibat demam, batuk & selsema.

Berapa kali mereka warded due to high temp, cirit birit etc. Batuk & selsema usah cakap, memang selalu kena...

Setiap kali jumpa doktor, d same thing doc akan ckp

"You kena make sure they don't expose pd benda yang boleh introduce them to this (cough & flu) like teddy bear, carpet, etc. Pastikan air cond tidak terlalu sejuk etc"

Di rumah kami, no carpet, no teddy bear. Saya cuba sehabis baik utk pastikan tidak ada sesuatu yang boleh mengundang habuk di rumah.

Cuma air cond masih tidak boleh ditinggalkan, nak buat cammane. Anak2 saya ni aktif, asyik berpeluh je. Rumah pulak bukan rumah atas gunung, sejuk memanjang.

Saya paling takut setiap kali musim sakit tiba. Anak2 saya pasti akan terkena tempiasnya, tambah Ammar waktu tu, sudah mula pergi ke sekolah (while he was 3 yro). Lagi mudah membawa virus pulang ke rumah.

Alhamdulillah, kini saya jumpa penawarnya. Saya mula amalkan Omega pada Mac 2013. Utk Ammar & Sumayyah, 1 biji setiap hari. Utk baby pulak, saya memang tak bagi apa2 vitamin sebab dia masih fully breastfeed. Jadi saya yang ambil 3 biji Omega setiap hari WITHOUT FAIL.

Sesungguhnya ciptaan Allah itu Maha Hebat. Sudah pasti setiap penyakit ada penawarnya. Minyak ikan dari ikan laut sejuk itulah penawar terbaik buat anak2 saya. Allahuakbar, Allah temukan saya jalan penyelesaian utk masalah yg sungguh2 membuat saya tertekan (saya ni akan jadi org paling stress di dunia kalau anak2 xsihat. hehe)

Kalaulah boleh saya bgtau satu dunia... tolonglah amalkan Omega. Jangan lah anda hadapai situasi yang sama seperti saya suatu masa dahulu. Jika anda sayangkan anak2 anda, anda sepatutnya invest utk kesihatan mereka, rather than belikan mereka gadgets, bawa mereka keluar makan fast food dsb.

Apa yg saya boleh katakan, Omega Guard Shaklee adalah barisan 'askar' pertama dalam tubuh anak2 saya, ia meningkatkan antibodi anak2 saya.

Kalau dulu, saya sgt stress bila musim berjangkit tiba, kalau dulu saya sgt takut utk buka aircond kuat, kalau dulu saya sgt risau kalau ada org/ kanak2 lain yang sakit dtg mendekati anak2 saya, kalau dulu saya selalu ambil cuti setiap bulan utk bawa anak2 ke klinik/ hospital, kalau dulu saya tak berani nak ada carpet di rumah... Alhamdulillah, Allah beri saya jalan penyelesaian yg menghantui saya sejak 4 tahun yang lalu.

Omega Guard > 90% masalah saya hilang kerana mu. Dikau adalah Ciptaan Allah yang sungguh unik 
################################################################################



***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

UMMI ZUBARI
SID 892671



call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
 

Pengedar Shaklee Bintulu :Vivix untuk rantaian DNA sihat

[Vivix untuk rantaian DNA sihat]

DNA yang sihat adalah satu rantaian sel yang panjang dan cantik. Apabila rosak, rantaian DNA ini akan pecah dan putus-putus.

Sel yang baik akan menghasilkan sistem badan yang baik.

Manakala jika sel DNA ini rosak, sistem badan juga akan cacat. Seperti masalah yang sering kita dengar, sukar dapat anak.

Ini berlaku kerana sistem reproduktif yang tak berfungsi dengan baik akibat kerosakan sel.

#grab promosi vivix buy 6 free 1



***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

UMMI ZUBARI
SID 892671



call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
 

Wednesday, 7 January 2015

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU :Tips memasak cepat untuk wanita super-sibuk.

  Assalamualaikum dan petang.... best juga TIPS ni..boleh lah yea kita amalkan... untuk jimatkan masa !!!....credit sangat pada yg berkongsi ni...lepas ni tak de alasan yea malas masak.... kena rajin masak..makan kat luar mahal !! bayangkan cost sekali makan tu boleh guna beli lauk makan seminggu !!!membazir je...dah tu kebersihan pun tak terjamin...

 

credit : http://saatakukaupilih.blogspot.com/2014/02/tips-memasak-cepat-untuk-wanita-super.html?m=1

Ok bila cakap pasal memasak, automatik dagu kena kedepan sikit.
Baru feel. ;D

Hari ni aku nak share tips.
Basically tips ni untuk orang yang tak berapa cekap kat dapur. Macam aku.
Aku kalau kat dapur memang selowwww je. Aku suka masak rilek-rilek sambil dengar lagu.
Sebab tu masakan aku tiptop.
*kentut*


Satu kelemahan orang yang tak cekap kat dapur ni ialah, tak mampu masak bila kesuntukan masa.
Contoh macam hari tu sibuk ada banyak urusan ke kan.
Confirm takkan masak. Tapaw kat kedai je. -____-

Aku salute dengan sorang kawan aku ni.
Dia seorang isteri, ibu kepada dua orang anak dan bekerja.
Rutin harian dia memang sibuk.
Setiap pagi bangun pukul 4.30 buat breakfast, siapkan anak apa semua.
Pagi-pagi pergi kerja, dah nak maghrib baru balik rumah.
TAPI.
Dia masih mampu masak untuk keluarga dia SETIAP HARI.
Dia cuma amik masa 30 minit je untuk masak nasi dengan lauk. Hebat kan?
Itu kelebihan orang yang cekap kat dapur.

Macam mak mertua aku pon cekap aku tengok.
Rasa macam baruuuuu je dia masuk dapur. Tetiba je dah bawak lauk pauk ke meja makan sambil,
"Ok jom makannnnn!!"

Nasib baik aku kalau bab makan, memang cekap.
Tak tahu la itu dikira kelebihan jugak ke apa. ;D

Tapi apa yang aku nampak,
kerja dapur ni memerlukan KEBIJAKSANAAN dan PERANCANGAN AWAL jugak sebenarnya.
Kau tak boleh menonongggg je masuk dapur sambil dagu kedepan,
pastu expect skill memasak kau sejibik macam Chef Wan.
Tak boleh.
Dagu kedepan pon tak guna kalau otak kebelakang. -..-
Dan multitasking skill kena tinggi untuk cekap di dapur.

Contoh sambil goreng ikan, sambil buat sambal tumis.
Sambil buat masak lemak, sambil siang ikan untuk masak esoknya.
Sambil masak, sambil kemas dapur.
Camtu.
Buat 2-3 kerja dalam satu masa.
Itu namanya CEKAP. Sambil masak sambil otak berjalan.

Aku ni bila entah nak sampai tahap tu. Selowwwww memanjang. -___-
Aku jenis yang tak suka rushing.
Macam sambil tunggu ikan masak kat atas kuali tu,
aku akan rilek kejap duduk atas bangku sambil dengar lagu sambil mengunyah.
Buruk betul perangai.
Nak harapkan dagu je la kedepan. T___T

So disebabkan kelembapan itu, aku mula berfikir.
Dengan perangai aku yang sedemikian rupa, macam mana aku nak menambahkan tahap kecekapan di dapur supaya aku boleh masak makanan yang berkhasiat untuk keluarga setiap hari.
Tanpa perlu mengubah perangai. Kahkah.

Dannnnnnn aku dah jumpa jawapannya.
Ni yang nak share dengan korang nih.
Walaupon kita sebenarnya pemalu. *tetiba*

Aku dah amalkan tips ni sejak 3 minggu lepas.
Dan hasilnya:
  • Aku mampu masak makanan best-best untuk keluarga setiap hari.
  • Masa yang diluangkan kat dapur hanya 20 minit sahaja.
  • Dapur tak bersepah dan tak perlu basuh banyak kitchen utensils. Cuma perlu basuh seketul kuali dan sudip sahaja. Yeayyy!
  • Kerja kat dapur lebih sistematik dan terurus. Tak payah pening kepala fikir nak masak apa hari ni. Sebab semua dah plan awal-awal.
  • Lebih banyak masa terluang untuk anak. Tak banyak masa lepak kat dapur.
  • Grocery shopping lebih cepat dan jimat.
  • Bagus untuk bajet bulanan. Boleh jimat RM100-150 sebulan. Dah boleh beli jubah baru satu. Eceh promosi promosi. ;D

Nak tahu camane aku boleh dapat semua tu?
Ok jom kita tengok satu per satu step dia.



1) Rancang menu untuk seminggu. Bukan sehari.

Macam aku, setiap hari Ahad lepas subuh aku akan sit down dan fikir menu untuk 7 hari akan datang.
Dan dalam bab fikir menu ni, jangan ikut syaitonirrojim. Ikut kemampuan.

Kalau menunya macam ni:
Isnin: Nasi beriani Kambing.
Selasa: Nasi Minyak Kari Ayam.
Rabu: Spaghetti Bolognese
etc etc..

Itu menu syaitonirrojim nama dia. ;D
Kalau ya pon nak menggembirakan perut suami, agak-agak la.
Fikir bajet, fikir khasiat setiap menu, fikir kesihatan keluarga.
Biar realistik, dan jangan terlalu optimistik. Nanti aku lestik.
Sekian pantun 3 kerat.

Macam kitorang, satu atau dua lauk untuk sekali makan sudah memadai.
Tak perlu meriah sangat.
Sebab tu badan aku macam megan fox.
*kentut lagi*

Bila selesai fikir menu untuk 7 hari akan datang tu, list down dengan jelas resepi dan bahan-bahan untuk setiap menu tersebut.

Jangan tanya mana resepi hari Jumaat. Sebab Jumaat hari cuti memasak.
Jumaat letih ok. Kan penat baca Yasin malam sebelum tu. ;D

Yang aku buat kat atas ni contoh je.
Korang nak buat 7 hari 7 resepi berlainan pon boleh.
Macam aku, aku buat 2 hari satu resepi yang sama sebab nak memudahkan pembelian barang dapur.
Supaya tak kalut sangat nak amik banyak benda. Maklom lah ada anak kecik.
Nak-nak pulak Haikal sekarang dah pandai amik barang masuk troli. Pfft.
Tetiba masa nak bayar ada 10 batang carrot dalam troli, padahal rasa macam aku amik dua je tadi. -____-

Plus, bila korang dah plan dan list down betul-betul barang dapur macam tu, korang akan lebih berdisiplin ketika grocery shopping.
Grab barang yang DIPERLUKAN sahaja.
Tak lah ikut syaitonirrojim sangat, main sambarrrr je mana nak.
Dan korang juga tak perlu amik masa yang banyak untuk grocery shopping.

Macam kitorang, grocery shopping adalah setiap Ahad.
Maksudnya kitorang akan beli barang dapur seminggu sekali.
Dan bajet kitorang adalah RM150 sahaja sekali shopping.
Guna cash, jangan guna credit card.
Kang RM150 takkan jadi RM150.80. Mesti jadi RM280 terus.

Syaitoooooonirrojim lagi.



2) Siapkan semua bahan untuk setiap menu sejurus pulang dari grocery shopping.

Macam barang basah seperti ikan, ayam, udang, etc etc, siang siap-siap sementara masih fresh.
Dah siang tu, basuh dan selawat siap-siap sebelum masuk freezer.
Supaya nanti nak masak, boleh defrost dan terus masuk kuali je.

Cara nak store dalam freezer, simpan dalam plastik atau container yang berasingan mengikut menu dan hari.
Isnin satu plastik, Selasa satu plastik, rabu satu plastik, dan seterusnya.
 So nanti nak masak, keluarkan plastik berisi ikan yang nak dimasak sahaja.
Tak perlu nak defrost semuaaaa sekali.
Ikan akan cepat rosak bila defrost-freeze-defrost-freeze banyak kali.
Kan dah membaziorrr.



Ok itu untuk barang basah.
Untuk barang kering macam bawang-bawang dan sayur-sayur, pon kena potong, basuh dan tos siap-siap.
Cuma cara penyimpanan dia berbeza sikit. Sebab sayur mudah rosak lepas dipotong.
So untuk bagi dia tahan lama, balut dengan aluminium foil.
Pon buat berasingan mengikut menu.

Kalau sayur yang mudah berair seperti tomato, bawang, dan sebagainya, balut dalam aluminium foil yang berasingan mengikut spesis mereka sahaja. -..-


Aku guna aluminium foil heavy duty, jenama Diamond. Sebab dia tebal dan tahan lasak.
Bila unfold banyak-banyak kali pon tak koyak. So boleh basuh dan guna berkali-kali.
Dah boleh jimat di situ.



3) Semua bahan yang dah siap disiang/ dipotong, simpan elok-elok dalam bekas dan LABEL mengikut hari.

Supaya korang tak komfius bawang ni untuk menu mana, kentang ni untuk menu mana.

Bila nak masak, buka peti, terus ambil bekas yang berlabel hari tersebut sahaja.
Senang.


Sekian sahaja 3 tips memasak dari saya yang dagu tak berapa kedepan ni. ;D
Aku harap, dengan mengamalkan kehidupan yang lebih sistematik camni, korang lebih bersemangat dan gembira dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang permaisuri rumah.
Taknak jugak cakap surirumah kahkah.

Kalau dulu, setiap kali memasak, mesti camni keadaan dapur.
Meletihkan.
Tapi sekarang, korang cuma perlu letih sekali seminggu sahaja. 
Oh tak tak. Dua kali seminggu. Campur malam jumaat bahahahaha. ;D

Aku harap dengan perkongsian ini, wanita-wanita yang super-sibuk mahupon yang sibuk berangan kat luar sana, lebih kerap boleh memasak untuk suami dan anak-anak.
Ingat, air tangan tu penting.
Bak kata Azhar Idrus, "Biar tak reti masak, janji RAJIN MASAK."
=)

Tuesday, 6 January 2015

Pengedar Shaklee Bintulu : 8 kg TOKSIN DALAM BADAN

Assalamualaikum dan pagi.... menakutkan lah...biar betul, 8 kg TOKSIN dalam
badan kita??? tak mustahil lah kan..macam2 benda masuk....kadang kita
fikir dah keluar melalui najis...tapi jangan tak tahu... ada yg tinggal
dalam badan sebagai TOKSIN....

Cuba baca ada tak ciri2 dalam ni??? bermakna anda ada banyak TOKSIN
dalam badan...

Nak tahu kaedah 'buang' toksin dalam badan???

Sila dapatkan konsultasi daripada saya :


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

UMMI ZUBARI
SID 892671



call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….