Wednesday 29 April 2015

Pengedar Shaklee Bintulu : "70 PERATUS KANAK-KANAK YANG DIDERA BERTUKAR MENJADI ORANG DEWASA YANG KEJAM”

#‎STOPTHEVIOLENCE‬ | Seorang sahabat berkongsi gambar ini dalam FB Group Mak Tak Marah Anak. Ia adalah kempen Save The Children Foundation yang yang direka oleh Y&R, sebuah agensi pengiklanan yang berpangkalan di Mexico. 3 ilustrasi hebat ini yang mempamerkan statistik bahawa "70 PERATUS KANAK-KANAK YANG DIDERA BERTUKAR MENJADI ORANG DEWASA YANG KEJAM” telah diiktiraf sebagai pemenang di Cannes Lions International Festival of Creativity 2012. Ia terus mengingatkan saya pada 1 program yang saya pernah ikuti. Seorang peserta memberi satu soalan bertulis pada ahli panel. "Dr, saya mudah rasa serabut. Terutama jika anak saya tantrum, saya terus terbayang macam mana waktu saya kecil, saya diketuk kepala, dihentak ke dinding, dirotan, dipukul, dibebel, dimaki-hamun dengan panggilan aib. Setiap kali saya gelak-ketawa dengan adik-beradik, saya pasti ditengking. Saya selalu dipandang dan dilayan paling buruk dalam keluarga. Walaupun pencapaikan akademik saya bagus, tapi tidak pernah dihargai. Saya takut untuk melawan tapi saya menahan geram yang tidak lepas-lepas sehingga sekarang. Saya masih terbayang perbuatan itu dengan jelas di depan mata. Kata-kata kasar masih terngiang-ngiang. Bila stress, saya jadi marah berlebihan kepada anak-anak secara luar kawal. Saya marah anak seperti saya pernah diperlakukan. Saya bukan mahu marah pada anak sebenarnya. Ia seperti mahu membalas balik secara tidak sedar. Walaupun saya sudah maafkan. Bila saya kembali rasional, saya sangat rasa menyesal. Saya tahu suami dan keluarga mertua tidak faham apa yang saya lalui dan saya tak suka membuka balik pengalaman pahit itu pada sesiapa. Saya cuba pelbagai ikhtiar dan berdoa supaya jadi ummi yang terbaik tetapi saya rasakan ia sangat mencabar. Saya seperti melawan arus. Saya tiada good parenting role-model. Jadi saya banyak belajar dari orang lain dan membaca bukan datang dari pengalaman sendiri. Bagaimana saya boleh rawat diri saya dan lupakan terang pengalaman itu? Saya tak nak anak-anak melalui apa yg saya pernah lalui. Dan saya juga tak mahu lakukan kesilapan yang sama, yang saya sendiri rasa benci." _________________________________________ Soalan panjang dan berat ini benar-benar menyesakkan dada yang mendengar. Diizinkan Allah pada hari Ahad lepas berpeluang mengikuti rancangan Semanis Kurma. Topik berkenaan "SILENT KILLER" yang ditayangkan di TV 9 sangat berkait rapat dengan soalan di atas. Antara beberapa input daripada Dr Hj Asmadi dan ahli panel lain yang sempat dicatit, adalah : + Cara kita tegur, cara kita marah, kata-kata dan perbuatan kita yang NEGATIF pada anak-anak boleh "MEMBUNUH" peribadi anak-anak. + 40% anak-anak belajar dari rumah, 60% lagi belajar dari guru dan persekitaran luar rumah. + Ibubapa yg membesarkan anak-anak dengan kekerasan, anak-anak akan patuh kerana hormat seorang anak. Tapi bila besar, anak-anak TAK rasa kasih dan sayang pada ibubapa. + PENDERAAN EMOSI jauh lebih dasyat daripada penderaan fizikal. + Jangan malukan atau aibkan anak-anak di hadapan orang lain. Anak-anak akan mengalami KESAKITAN EMOSI KEKAL. + Sebagai seorang ibu, jaga mulut kita. + Elakkan perkataan tidak baik dalam keluarga. + Kaedah yang terbaik bila kita (ibubapa) SEDAR sudah melakukan kesilapan, kita sendiri perlu bertaubat dan lakukan PERUBAHAN. + DOAkan yang terbaik untuk anak. Bagi anak-anak dengar dan faham doa kita. Sebut nama secara spesifik dan sebut apa yg kita harapkan. Seperti, “Ya Allah jadikanlah anakku ALI anak yang RAJIN SOLAT DI AWAL WAKTU, 5 WAKTU sehari semalam”. + Waktu anak tidur adalah waktu paling baik untuk programkan minda anak-anak. Tapi perlu cakap secara positif. _________________________________________ STOP THE CYCLE OF VIOLENCE ! Kerana ia boleh berjangkit dan boleh diwarisi. Jangan diteruskan, kerana dosanya seperti surat berantai, seperti jua MLM. Hari ini kita hentak kepala anak kita, esok-esok anak kita hentak kepala cucu kita, cucu-cucu kita pula hentak kepala cicit-cicit kita. Nauzubillahiminzalik. Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka." - (Sahih Muslim, Abu Daud dan Tirmizi) Cukuplah kisah Qabil sebagai satu ketukan kuat di kepala kita yang membaca ceritanya. Sesungguhnya setiap orang yang terbunuh hingga hari kiamat, dosa pembunuhnya dilimpahkan pada Qabil, karena menjadi orang pertama yang membunuh di atas muka bumi ini. Peringatan yang cukup besar daripadanya! Kita mungkin ada sejarah silam yang hitam. Kita mungkin selalu buat silap. Tapi kita masih berpeluang untuk membetulkan keadaan sebelum tubuh dikambus tanah. Masa untuk menghargailah setiap ruang yang Allah beri peluang. ”Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Ali ‘Imran: 135) “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang menyucikan diri.” (Al-Baqarah: 222) ***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_ TUMARAWATI BINTI MANSHOR SID 892671 call/sms/whatsapp : 013-8342092 atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

No comments:

Post a Comment