credit : http://mylittlemomo.blogspot.com/2014/07/tutorial-mudah-esell-shaklee-untuk-SID.html#gpluscomments
Alhamdulillah Shaklee melancarkan 1 tools ala-ala Shopping Cart agar
memudahkan customer membuat pembelian terus melalui blog, facebook,
twitter, whatsapp atau apa-apa medium sosial. Seronok kan? Walaupun anda
hanya berniaga shaklee secara sambilan, dan sibuk dengan tugas hakiki,
dengan kit eSell ini, customer boleh membuat pembelian sendiri daripada
media sosial anda semudah A-B-C dan pihak shaklee akan terus menghantar
tempahan tersebut kepada pelanggan.
Dalam erti kata lain, anda hanya perlu menyediakan eSell kit ini pada
setiap entry anda, kemudian boleh membuat kerja-kerja lain dan cuma
perlu menunggu pelanggan membuat tempahan. Alangkah seronoknya kan?
Tugas menjadi mudah dan kita hanya perlu memberi konsultasi selepas
pembelian. Lagi seronok sebab segala untung dan uv akan terus masuk ke
akaun shaklee anda. Teruja kah tidak? So pastikan anda menggunakan eSell
kit sini secara maksimum!
So, kali ini saya akan kongsikan tutorial step by step bagaimana cara menggunakan eSell Kit ini.
Langkah 1: Login ke www.shaklee2u.com.my
Seperti biasa masukkan Login ID: ID Shaklee anda
Password: 6 digit terakhir kad pengenalan (default)
Muka hadapan shaklee2u (klik untuk redirect ke shaklee2u |
Langkah 2: Klik Button Esell
Klik button "eSell"
Jika button eSell tidak muncul di skrin anda, jangan risau, cuma perlu tekan F5 di keyboard anda, and tadaaa!! eSell muncul :)
Button eSell dalam bulatan pink |
Langkah 3: Create eSell
Klik button "Create eSell" untuk mencipta eSell kit yang bersesuaian dengan entry anda.
Contoh entry blog : Kebaikan Vitamin C Shaklee.
Klik "Create eSell" |
Paparan ini akan muncul selepas klik "Create eSell" |
Selepas klik, paparan ini akan muncul.
1. Isikan ruangan "eSell Name".
Sila letakkan nama berkaitan dengan entry anda. Entry berkenaan vitamin c
maka untuk ingat dengan mudah setiap kit eSell tersebut saya
menamakannya "Vitamin C"
2. Pilih produk.
Tandakan di ruangan produk yang terlibat dalam entry anda. Unit
(kuantiti) default adalah 1. Anda tidak perlu mengubah unit tersebut
kerana apabila eSell anda telah siap dan pelanggan klik, mereka boleh
mengubah sendiri kuantiti tersebut.
3. Add
Setelah selesai create "eSell Name" dan "Select" produk anda boleh la menekan button "Add".
Langkah 4: Download eSell
Klik "Download" untuk mendapat "Code" bagi eSell kit |
Copy "Code" dan paste di Blog/FB/Twitter/Whatsapp pun bole |
Selesai Mencipta eSell
Anda boleh
"Edit", "Archive" dan "Download" eSell Vitamin C tersebut untuk
digunakan dimana-mana entry berkaitan dengan vitamin c dan begitu juga
dengan eSell yang akan anda cipta kemudian.
Klik "Edit" anda akan kembali semula ke ruangan "Create Sell". Anda boleh mengubah jenis produk untuk eSell tersebut dan save.
Klik "Archieve" untuk delete eSell Vitamin C tersebut.
Klik "Download" untuk copy code.
Sekarang, anda
boleh memasukkan code eSell ke dalam blog atau copy paste code di
apa-apa medium sosial. Customer hanya perlu klik link tersebut untuk
membawa mereka ke shaklee2u eSell page dan hanya perlu mengikut arahan
di situ.
Cara memasukkan code eSell ke dalam entry Blog.
Langkah 1:
Login ke blog anda. Linkkan ke dalam entry anda dengan "create new post" atau "edit" entry sedia ada.
Highlight "ORDER NOW" dan klik button "Link" di atas untuk memasukkan code eSell |
Pilih perkataan
"Call to Action" yang anda mahukan. Klik button "Link" seperti dalam
bulatan biru. Paste code eSell ke dalam ruangan "web address" seperti di
bawah dan klik "ok". Siap!!
Selepas klik "ok" anda boleh klik button "Publish" untuk dipublishkan
ke blog anda. Kini button "ORDER NOW" anda telah dilinkkan ke eSell
Shaklee. Mudah kan?
Apabila Customer klik ke button ORDER NOW (eSell) tersebut, paparan begini akan keluar;-
Apabila customer klik button eSell, paparan ini akan keluar. Sila pilih "Agree" dan "Next".
After klik "Next" paparan ini akan muncul. Customer boleh tick and
untick mengikut produk yang dimahukan. Penambahan kuantiti juga boleh
dibuat. Jumlah harga akan ditunjukkan.
Customer wajib mengisi semua arrow berwarna merah yang disediakan, kemudian klik "Continue".
Paparan pembayaran akan muncul. Klik "Proceed for Payment"
Customer boleh membuat pembayaran menggunakan Kredit atau Debit Card
dengan mengisi ruangan yang disediakan. Klik "Confirm Payment" untuk
proses pembayaran.
Selepas ini, kita boleh menyemak semula info customer di ruangan "eSell Report".
Anda boleh melihat senarai customer anda disini untuk tujuan follow up dan konsultasi berkenaan produk.
Ruangan ini menunjukkan senarai eSell yang anda "Achieve" atau delete.
Untung runcit yang diperolehi melalui eSell boleh dilihat di bahagian "Bonus Inquiry". Seronokkan?
Sekian tutorial ringkas berkenaan eSell Tools Shaklee. Diharap sedikit
sebanyak dapat membantu anda untuk menggunakan tools e-commerce ini.
Feel free to share kepada rakan-rakan SID diluar sana. Tinggalkan komen jika ada sebarang pertanyaan atau tambahan info :)
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment